Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.
 
Merujuk kepada mesej yang saya hantar tempoh hari berkaitan dengan wasiat penjaga makam nabi.Terlebih dahulu saya ingin memohon maaf sekiranya mesej tersebut mendatangkan kesan yang tidak baik kepada semua.
   Tujuan sebenar saya menghantar mesej tersebut ialah sekadar untuk memberi peringatan sesama manusia tentang keadaan manusia di akhir zaman, yang mana kebanyakan daripada kita terlalu asyik mengejar kebendaan hingga terlupa akan kematian yang sentiasa menghampiri kita.
   Intisari mesej tersebut mengingatkan kita supaya memperbanyakkan amal kebajikan.Kewajipan jangan di abaikan..Banyak berselawat ke atas junjungan besar Nabi Muhamad S.A.W.Saya rasa itu merupakan satu peringatan yang amat berguna untuk kita semua.
  Jika dipandang dari sudut positif peringatan ini banyak memberi faedah kepada kita semua.Akhir sekali saya ingin mengucapkan terima kasih kepada saudara-saudara kita yang memberi teguran terhadap apa yang berlaku.Yang penting kita sama-sama berusaha untuk memperbetulkan kesilapan kita.Mudah-mudahan kita mendapat rahmat dari Allah subhanahuwataala.
  Sekali lagi saya memohon berbanyak maaf sekiranya mesej yang saya edarkan itu menimbulkan kesulitan semua dan bukan niat saya untuk menimbulkan suasana yang tidak sihat apatah lagi sehingga boleh menyebabkan iman kita rosak.Yang baik itu daripada Allah dan yang buruk itu dari pada kelemahan saya sendiri. Sekian
 
 Wassalam.

Kirim email ke