*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
{ Sila lawat Laman Hizbi-Net - http://www.hizbi.net }
{ Hantarkan mesej anda ke: [EMAIL PROTECTED] }
{ Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED] }
*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
Undilah PAS : MENENTANG KEZALIMAN & MENEGAKKAN KEADILAN
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Ia terlalu misteri buat ku, tak banyak kisah awal mengenainya kecuali yang
muluk-muluk dipaparkan oleh penulis upahan lagi murahan seperti Zainuddin
Maidin, A Kadir Jasin, Robin Adshead dan lain-lain lagi.
'Kununnya' beliau seorang pejuang yang telah melalui tiga zaman, berasal
dari keluarga miskin yang semasa kecilnya sering berjaja kuih termasuk di
Pekan Rabu, Alor Setar. Tetapi orang tua ini banyak menyimpan kisah misteri
yang dikongsi bersama dengan towkey-towkey besar seperti Ananda, Teng Pek
Khing, Francis Yeoh dan sebagainya.
Tidak banyak yang diketahui mengenai sejarah awal dan kehidupan peribadinya,
begitu cermat ia meniyimpan 'tokaknya' sehingga sukar untuk dihidu oleh
khadam-khadam dan barua-barua politiknya, apatah lagi musuh-musuh
politiknya lagilah sukar untuk menghidu 'tokaknya' itu. Kecuali satu dua
cerita yang tenggelam begitu sahaja lalu dilupakan.......... umpamanya
kisahnya status 'bangsanya' ketika mengisi borang untuk memohon mengikuti
pengajian di universiti, skandal seks yang didedahkan oleh seorang bekas
timbalan menteri (wanita), skandal rasuah dan pelbagai skandal yang terlalu
panjang kalau hendak disenaraikan.
Usaha mendedahkan 'tokak' orang tua ini telah lama cuba dibuat oleh
tokoh-tokoh tertentu tetapi kelicikannya menampilkan diri menjadikan
seolah-olah beliau adalah 'hero' rakyat dan 'mujadid' (kununnya Imam
Mahadi...r) di mana dengan dokongan dan sokongan jentera kerajaan, media
masa dan massa sendiri (barua-barua politiknya) maka usaha tersebut gagal,
maka orang tua ini dilihat sebagai hero.
Aku kagum melihat ketajaman Cikgu Shahnon dalam aspek ini walaupun beliau
pernah mengakui juga turut tertipu dengan kemunafikan dan kepragmatikan
orang tua ini. Sehinggalah peristiwa keramat 2 Sept 1998 berlaku, walaupun
sebelum itu pelbagai spekulasi telah dibincangkan dalam hizbinet ada yang
tepat dan banyak yang tersasar, pelbagai pendedahan yang berani telah
dilakukan.
Kekadang aku berfikir sendirian........ siapakah sebenarnya orang tua
ini..........
tidak banyak diketahui mengenai sejarah awal dan kehidupan personalnya.
lebih-lebih lagi setelah berlakunya protes golongan menengah dan golongan
muda, dakwaan seorang pemuda bekas orang kuat Umno mengenai penglibatan
'orang tua ini' dalam satu kursus yang dianjurkan oleh CIA dalam tahun 1964
untuk beberapa bulan lamanya lima tahun kemudian berlaku peristiwa berdarah
1969 (macam ada kaitan dalam satu master plan).
Beliau juga telah membenarkan pelajar dan pasukan kriket yahudi datang ke
Malaysia, memberikan permit lawatan ke Israel kepada seorang towkey Melayu
kawannya dan ia diperkukuhkan lagi dengan ucapannya di Majlis CFR baru-baru
ini. Majlis yang dihadiri oleh tokoh-tokoh besar Yahudi, tokoh-tokoh yang
mencaturkan politik Amerika Syarikat dan politik negara umat Islam. Wah
tepukan gemuruh diberikan (oleh Yahudi) apabila dalam majlis tersebut
orang tua ini membela orang-orang Yahudi yang teraniaya di zaman Hitler,
tetapi penganiayaan Yahudi terhadap umat Islam di Palestin lebih 50 tahun
lamanya (hingga sekarang masih ditindas) tidak disebut.
Kekadang aku berfikir sendirian........ siapakah sebenarnya orang tua
ini..........
adakah beliau anggota pertubuhan zionis yang menguasai politik negara
kita............... atau beliau serang anak didik Yahudi......... yang
memang tidak ingin melihat Islam tertegak di bumi Melayu ini dengan
melakukan pelbagai usaha penyimpangan terhadap kebangkitan Islam di awal
1980an.
Kekadang aku berfikir sendirian........ siapakah sebenarnya orang tua
ini..........
Adakah beliau seorang syaitan yang mampu menampilkan diri dengan pelbagai
watak dan imej putih dan hero hindustan yang sentiasa menang dan serba tahu.
Yang mahu mentafsirkan semula AlQuran dan mahu menilai semula hadis.
Kekadang aku berfikir sendirian........ siapakah sebenarnya orang tua
ini..........
Sehinggakan seisi rumahku sudah marah apabila melihat wajahnya terpapar
saban hari di skrin tv menjalankan propaganda untuk menipu dan menipu rakyat
marhaen, rakyat yang sebelumnya ini dikutuknya, rakyat yang dirampas
haknya.........
Kekadang aku berfikir sendirian........ siapakah sebenarnya orang tua
ini.......... Yang mengiyakan bahawa ia adalah 'MAHAFIRAUN'.
______________________________________________________
Get Your Private, Free Email at http://www.hotmail.com
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED] pada body : SUBSCRIBE HIZB)
( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED] pada body: UNSUBSCRIBE HIZB)
( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan )
( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net )
( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED] )
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Pengirim: "Topang Soleh" <[EMAIL PROTECTED]>