*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
 {  Sila lawat Laman Hizbi-Net -  http://www.hizbi.net     }
 {        Hantarkan mesej anda ke:  [EMAIL PROTECTED]         }
 {        Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED]     }
 *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
  Undilah PAS : MENENTANG KEZALIMAN & MENEGAKKAN KEADILAN
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
KEPUTUSAN MAHKAMAH BOCOR

Sistem Kehakiman Malaysia sudah tidak relevan lagi. Selepas pemecatan Ketua 
Hakim Tun Saleh Abas, sistem kehakiman semakin bercelaru dan telah hilang 
kredibiliti dan integritinya.Ketua-ketua hakim selepas dari itu telah 
diketahui umum terdiri dari mereka yang korup. Bukti prima facie kes amalan 
rasuah Eusoff Chin yang ditemui BPR hanya terperap di atas meja PM tanpa 
tindakan. Peguam Negara dipilih melalui cadangan Daim dengan sokongan kuat 
Vincent Tan. Hakim yang mendengar habeas corpus Datuk Nalla dan DSAI rupanya 
bersaudara dengan hakim dan pendakwaraya untuk kes DSAI (Wahab Patail & Gani 
Patail). Ariffin Jaka, hakim bagi kes liwat DSAI merupakan bekas pengarah 
Dataprep Holdings syarikat kepunyaan Mirzan Mahathir. Arifin masih lagi 
mengaut keuntungan dari syarikat tersebut melalui sebuah syarikat penama. 
Dengan memperkudakan Peguam Negara, Hakim Negara dan Ketua Polis Negara, 
tuduhan boleh direka, saksi telah diatur dan dilatih,
dan hukuman dibuat terlebih dahulu sebelum bukti-bukti dikemukakan 
dimahkamah. Itulah yang dikata 'Malaysia Boleh' ala mahaFiraun.
        DSAI telah dijatuh hukum 6 tahun atas salah laku rasuah (yang tidak 
melibatkan se sen pun ) untuk mempertahan maruahnya. Kini kita diberitahu 
dari sumber Mahkamah Tinggi dan polis yang keputusan terhadap perbicaraan 
liwat yang sedang berjalan telah diputuskan dan DSAI akan didapati bersalah 
dan akan dijatuhkan hukuman 10 tahun penjara (percayalah kesahihan berita 
ini). DSAI dipanggil untuk membela diri hanyalah sandiwara semasa dan 
lakunan dusta kononnya untuk membuktikan sistem kehakiman yang bobrok ini 
masih ampuh. Sistem kehakiman dan mahkamah sivil kini bukan lagi tempat 
menjalankan keadilan tetapi tempat menjatuhkan hukum. Prima facie dibuat 
hanya dari
semata-mata 'hearsay' dari saksi yang kredibilitinya amat disangsikan 
(biarpun telah dibuktikan dengan tangkapan khalwat dan pengakuan berzina 
beberapa kali). Hakim berasa tidak malu walaupun di mahkamah tinggi yang 
sama di mana saksi yang sama telah mengaku yang dia telah tidak diliwat dan 
doktor telah membuktikan Sukma tidak pernah diliwat. Inilah yang didakwa 
oleh PM dan pembodek-pembodeknya kununnya, sistem kehakiman Malaysia 
merupakan yang paling adil dan bebas di dunia.
        Sudah tiba masanya rakyat Malaysia bangun dari tidur dan menyedari 
betapa sistem kehakiman dan sistem kepolisian kita telah jauh tercemar dan 
menjadi alat kepada mereka yang korup. Kita tidak punya pilihan kecuali 
bertindak sekarang dengan membuang kerajaan BN yang korup. Kita harus 
pastikan alaf baru membawa fajar baru dengan perubahan kepada Malaysia. 
Yakinlah, perubahan kerajaan Filipina dari pimpinan kawan Mahathir, diktator 
Marcos ke Cory Aquino tidak membawa kepada rusuhan dan porak peranda. Malah 
perubahan fundamental kepada sistem politik Filipina seperti Presiden tidak 
boleh memerintah lebih dari 6 tahun telah berjaya memastikan tidak akan 
wujud lagi Marcos kedua di bumi Filipina.
         Kita perlu memberi mandat kepada Barisan Alternatif dan kita minta 
perubahan fundamental dilaksanakan segera agar tidak akan
wujud diktator Mahathir kedua di bumi Malaysia ini, walaupun dikemudian 
hari, bukan Barisan Alternatif yang memerintah. Kuasa
rakyat yang akan mengembalikan kejernihan demokrasi dan akan menegakkan 
negara "Baldatun Taiyyibatun Warabbul Ghafur " -
Negeri yang baik dan berkat dan sentiasa mendapat pengampunan dari ALlah. 
Semuga ALlah menjayakan usaha kita semua.
Oleh Rakyat Yang Prihatin 20 OKTOBER 1999





______________________________________________________
Get Your Private, Free Email at http://www.hotmail.com

 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
 ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED]   pada body : SUBSCRIBE HIZB)
 ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED]  pada body:  UNSUBSCRIBE HIZB)
 ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan             )
 ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net                  )
 ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED]                    )
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Pengirim: "Hoot Hoot" <[EMAIL PROTECTED]>

Kirim email ke