*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~* { Sila lawat Laman Hizbi-Net - http://www.hizbi.net } { Hantarkan mesej anda ke: [EMAIL PROTECTED] } { Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED] } *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~* Undilah PAS : MENENTANG KEZALIMAN & MENEGAKKAN KEADILAN ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~ Tiada apa yang nak di herankan. Kalau Karpal Singh terima negara Islam itu pelik. Kalau dia tidak terima itu lumrah. Berapa ramai umat Islam di malaysia tidak menerima negara islam. Yang pasti lebih ramai tidak mahu dari yang mahu Kalau ramai yang mahu negara Islam sudah tentu Pas yang memerintah Malaysia sekarang dan ahli Pas tidaklah hanya 200,000 orang sahaja. Antara yang pasti tidah mahu negara islam ialah orang UMNO, ahli sahaja ade 1.4 juta. jadi isu ini tak perlu di panjangkan lagi. Adelah lebih baik Parti Alternatif berbincang tentang perkara yang di persetujui bersama --- Tad deToad <[EMAIL PROTECTED]> wrote: > > > <HR> <html> <head> <title>Karpal tidak ikhlas dalam meminta maafWahai para sahabat</title> <meta name="GENERATOR" content="Microsoft FrontPage 3.0"> </head> <body> <p>Karpal tidak ikhlas dalam meminta maaf<br> <br> <br> <br> Wahai para sahabat,<br> <br> Timbalan pengerusi DAP Karpal Singh meminta maaf tempoh hari kerana kenyataannya pada 1990 berkaitan dengan<br> rancangan PAS untuk menubuhkan sebuah negara Islam yang berteraskan Hudud. Semasa itu, Karpal berkata: "Langkah<br> mayat aku dulu (sebelum cuba untuk menubuhkan sebuah negara Islam)".<br> <br> Cerita Karpal meminta maaf ini dipaparkan di muka hadapan Harakah dan digunakan oleh orang-orang PAS untuk<br> menunjukkan seolah-olah Karpal telah berubah pendirian terhadap rancangan PAS hendak tubuh negara Islam.<br> <br> Namun, yang nyata ialah Karpal hanya meminta maaf atas kenyataannya tetapi pendiriannya dan DAP masih tetap sama.<br> Mereja tidak mahukan sebuah negara Islam ditubuhkan. PAS cuba mengelabui mata rakyat dengan isu ini supaya rakyat<br> berpendapat yang DAP boleh berkerjasama dengan PAS akibat dari keinsafan Karpal. Akan tetapi, Karpal masih tidak insaf.<br> <br> Orang DAP sendiri marah dengan Karpal yang seolah-olah menyokong penubuhan negara Islam dan Hukum Hudud di<br> Malaysia. Mereka menuduh Karpal menjual maruah DAP hanya untuk mendapat publisiti murah dengan mengelabui mata<br> rakyat. <br> <br> Tetapi penerangan Karpal kepada ahli-ahli DAP tentang kes minta maaf ini mesti manaikkan api kemarahan rakyat (termasuk<br> ahli-ahli PAS). Secara senyap-senyap, Karpal berkata bahawa dia dan DAP masih tidak akan menyokong apa-apa<br> rancangan yang akan mengubah sistem sekarang yang menjamin kebebasan berugama. <br> <br> Karpal berkata bahawa DAP akan menyokong Artikel 3 Kanun Negara tentang status ugama Islam sebagai ugama rasmi<br> Malaysia tetapi akan membangkang usaha-usaha selain dari yang termaktub dalam kanun tersebut, termasuk rancangan PAS<br> untuk menubuhkan negara Islam.<br> <br> Ditanya samada beliau bersetuju dengan rancangan PAS untuk kuatkuasakan Hudud dan menubuhkan negara Islam, Karpal<br> berkata: "Kita sokong Artikel 3 Kanun Negara. Apa-apa usaha selain dari yang tercatit adalah bertentangan dengan kanun<br> negara. Dalam konteks ini, kita harus sedar bahawa ugama Islam dan negara Islam adalah perkara yang berbeza."<br> <br> Ini jelas membuktikan bahawa DAP tidak sekali-kali akan membenarkan PAS menubuhkan negara Islam. Agak<br> menghairankan juga mengapa pemimpin PAS dan HARAKAH terdiam dalam hal ini dan tidak mahu komen panjang lagi<br> tentang samada DAP akan menyokong rancangan untuk membina negara Islam. Kenapa terdiam sedangkan Karpal dah<br> kata yang dia tidak akan sokong penubuhan negara Islam dan Hudud walaupun dia dah meminta maaf? <br> <br> Karpal buat kenyataan tersebut dalam tahun 1990 hanya untuk memenangi pilihanraya. Dan kali ini tidak berbeza<br> kerana DAP hanya mahu menang pilihanraya, tidak lebih dari itu.<br> <br> Tetapi yang masih belum terjawab ialah bagaimana DAP dan PAS akan berkerjasama sedangkan PAS mahu<br> negara Islam tetapi DAP tak mahu? Mahukah orang bukan Islam hidup dalam sebuah tempat yang mengongkong<br> dan menurut perintah sebuah parti yang hanya menggunakan Islam untuk tujuan politiknya?<br> <br> Sebaliknya, bagaimana mungkin PAS kotakan janji kepada penyokong-penyokongnya untuk menguatkuasakan<br> undang-undang Islam di Malaysia? Sejak tahun 1951 lagi, PAS mahu menubuhkan negara Islam kerana mengikut PAS, ini<br> adalah jalan yang terbaik untuk rakyat Malaysia tanpa mengambil kira kepelbagaian ugama di negara ini.<br> <br> Satu perkara yang DAP dan PAS lupa ialah rakyat Malaysia bukan mudah dibohongi. Rakyat Malaysia tidak akan termakan<br> lakonan DAP dan PAS yang tidak boleh berkawan atau berkahwin kerana masing-masih mempunyai niat dan kepentingan<br> yang nyata perbezaannya.<br> </p> </body> </html> ===== __________________________________________________ Do You Yahoo!? Bid and sell for free at http://auctions.yahoo.com ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~ ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED] pada body : SUBSCRIBE HIZB) ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED] pada body: UNSUBSCRIBE HIZB) ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan ) ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net ) ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED] ) ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~ Pengirim: datuksri <[EMAIL PROTECTED]>