Title: Untuk tatapan rakyat Malaysia
Hei! Hei! Hei! very funny. Cerita bolih tahan tapi style tulisan tak macam orang yang telah 20 tahun menceburkan diri dalam penulisan dan kewartawanan...All the same, semuga Allah membalas jasa-jasa anda setimpal dengan niat dan keikhlasan anda.
Wassalam 
-----Original Message-----
From: [EMAIL PROTECTED] [mailto:[EMAIL PROTECTED]]On Behalf Of Pemuda Cawangan
Sent: Wednesday, October 20, 1999 11:25 PM
To: [EMAIL PROTECTED]
Subject: H-Net* Untuk tatapan rakyat Malaysia

Untuk tatapan rakyat Malaysia,

Saya menulis ini bukan untuk berpolitik kerana ini bukan bidang saya. Saya hanya tahu menulis dan inilah yang
telah saya lakukan selama 20 tahun dalam media di Malaysia dan luar negeri.

Tujuan saya menulis ini buakanlah untuk memihak kepada mana-mana pihak pun, seperti yang telah saya
katakan tadi, saya hanya mengambil jalan tengah, lebih-lebih lagi dalam isu perihal saudara Anwar Ibrahim.

Namun, setelah beberapa lama berkecimpung di bidang penulisan dan kewartawanan, saya ingin berkongsi
maklumat dengan rakyat Malaysia tentang apa yang saya ketahui tentang saudara Anwar.

Setiap kali saudara Anwar keluar negeri di atas tugas-tugas resmi kerajaan, dia akan menyuruh
setisausaha-setiausaha akhbarnya menelepon pengarang dan orang atasan media negera tersebut untuk
berbincang.

Lantas, semua pengarang-pengarang (termasuk saya juga) pun menemui saudara Anwar (selalunya di suite
sebuah hotel terkemuka) untuk berbincang. Mula-mula tajuk perbincangan tersebut hanya berkisar tentang
negara Malaysia secara umum.

Tetapi apabila tiba pada peringkat soal jawab dan apabila ditanya tentang Dr Mahathir, Anwar akan mengkritik
Dr Mahathir dan merujuk kepadanya dengan pangillan yang biadap seperti "orang tua tak sedar diri", "orang tua
yang takutkan saya", "orang tua yang tak tahu mentadbir negara" dan lain-lain kata-kata yang tak senonoh
didengar.

Secara amnya, saudara Anwar seringkali menonjolkan dirinya sebagai pemimpin yang waras, pintar dan cekap
sambil menjatuhkan maruah Dr Mahathir. Kerapkali saya rasa "character assasination" yang dilakukan saudara
Anwar tidak beradab dan melanggar tatasusila Timur dan Islam yang dia sendiri agung-agungkan selama ini.

Namun saya tidak berbuat apa kerana terdapat pengarang-pengarang kanan dalam syarikat saya di pertemuan
tersebut.

Selepas setiap pertemuan, kami akan bertanya samada topik perbincangan tersebut boleh dilaporkan. Saudara
Anwar selalu berkata: "Awak boleh tulis tentang ekonomi dan apa-apa yang positive. Tetapi tentang Dr
Mahathir, jangan sekali-kali awak laporkan. Itu hanya untuk pengetahuan awak semua."

Selepas saudara Anwar pulang ke Malaysia, pengarang-pengarang media yang menyertai perbincangan dengan
Anwar akan mengadakan pertemuan sesama mereka.

Ada di antara kami bertanya samada saudara Anwar patut melakukan demikian, yakni mengkritik Dr Mahathir
dengan lantang sedangkan di antara kami juga tahu bahawa Dr Mahathir adalah seorang pemimpin yang dikagumi
oleh dunia luar, lebih-lebih lagi di Amerika di tempat saya ditugaskan. Jawapan yang selalu kami dapat ialah:
"Biarlah mereka sesama mereka bergaduh. Kalau kita boleh memecahbelahkan Malaysia, itu satu kejayaan yang
besar (Let them fight among themselves. If Malaysia is divided, it is another feather in our cap.)"

Selepas itu, barulah saya mendapat tahu bahawa perbincangan dengan

pengarang-pengarang seperti ini selalu berlaku. Sekiranya saudara Anwar tidak ada, orang-orang kanannya
seperti N.V. Raman akan mempengerusikan pertemuan tersebut.

Secara peribadi, saya tidak boleh menerima hakikat ini kerana ia adalah perbuatan pembelot dan penderhaka
(treason) yang sanggup menjual maruah bangsa dan negara.

Saya mendedahkan perkara ini bukan kerana saya anti-saudara Anwar atau pro-Dr Mahathir. Saya hanya mahu
menyampaikan sesuatu yang benar kerana saya tidak mahu terus hidup dengan rahsia ini. Saya rasa adalah
menjadi tanggungjawab saya menyampaikan berita ini tanpa apa-apa motif politik.

Sekian. Terima kasih.

Dari bekas pengarang dalam dan luar negeri.

(Nota: Penulis ini mempunyai 20 tahun pengalaman di dalam di bidang kewartawanan dan penulisan. Dia telah
membuat liputan ke atas Anwar sejak Anwar masuk Umno pada tahun 1982.)


Kirim email ke