*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
{ Sila lawat Laman Hizbi-Net - http://www.hizbi.net }
{ Hantarkan mesej anda ke: [EMAIL PROTECTED] }
{ Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED] }
*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
Undilah PAS : MENENTANG KEZALIMAN & MENEGAKKAN KEADILAN
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Bismillah
Wallahi, wabillahi, watallahi dengan nama Allah saya
tidak pernah menghantar posting dan reply seperti
dibawah.
Kepada yang berkenaan, kamu saya laknat dunia dan
akhirat, dan tidak akan mengampunkan dosa kamu
sehingga kamu datang menyerah diri memohon maaf
daripada saya.
Tindakan kamu memperkecilkan Islam dilaknat oleh Allah
Azzawajalla.
Nau zubillah min zalik.
--- Pemuda Cawangan <[EMAIL PROTECTED]> wrote:
>
>
>
<HR>
<html>
<head>
<title>En</title>
<meta name="GENERATOR" content="Microsoft FrontPage
3.0">
</head>
<body>
<p><br>
<br>
Terima kasih kerana menjawab E.Mail saya. Maaf kerana
saya lambat menjawab<br>
kembali kerana agak sibuk kebelakangan ini.<br>
<br>
Walaubagaimanapun, En tidak menjawab soalan saya.
Sebagai orang yang begitu mempertahankan
Islam, En.<br>
mengecam kata-kata pemimpin UMNO yang En. anggap lari
dari landasan Islam, tetapi kenapa
En.<br>
mempertahankan pemimpin PAS yang menghina ALLAH secara
terang-terangan kemudian menerima
seribu satu<br>
alasan yang diberikan<br>
oleh mereka demi mempertahankan diri dari dikecam.<br>
<br>
Tetapi En. tidak langsung menerima alasan pemimpin
UMNO apabila mereka membela diri. <br>
Sedangkan petikan kata-kata pemimpin UMNO itu adalah
subjektif dan masih<br>
boleh dipertikaikan atau dibahaskan, manakala
kata-kata seperti bekerjasama<br>
dgn Syaitan, Allah mencarut, orang UMNO kafir (PAS
menafikannya sekarang),<br>
mengolah doa supaya ternampak hanya bulan ketika
mengundi dan lain-lain,<br>
yang begitu jelas maksudnya dan merupakan seperti satu
fatwa bila keluar<br>
dari seorang yang "mengaku diri sendiri
mursyid". Ini bukan bersifat<br>
subjektif - ianya jelas. Takkan seorang mursyid
berseloroh sebegitu atau<br>
tidak bermaksud sedemikian? Apakah bekerja dengan
syaitan boleh dianggap<br>
hanya sebagai perumpamaan oleh seorang mursyid? Anda
semua seolah-olah<br>
sangat pasti bahawa anda betul, orang lain salah dan
tidak ada sesuatu pun<br>
kesalahan dari pihak anda dan kesalahan adalah milik
orang lain. Siapa<br>
yang menghukum benar atau salahnya di sini? En. dan
rakan-rakan,<br>
NIk Aziz atau Allah? Ulama yang sejati akan berfikir
sebelum bercakap.<br>
<br>
<br>
Majalah Tamadun Jun 1998 - Mohd Sabu menyatakan bahawa
Anwar lebih kejam<br>
dari Mahathir dan membongkar kisah liwat Anwar dalam
wawancara dengannya. <br>
Tetapi Mohd Sabu berdiam diri malah bersama-sama
menyokong Anwar sekarang. <br>
Apa ceritanya ini? Pendirian pun tidak ada, bagaimana
hendak memerintah. <br>
<br>
Baiklah, PAS nak buat hukum hudud. Dalam zaman Nabi
Muhammad, hukum hudud<br>
dilaksanakan tetapi pada kes-kes tertentu hukumnya
banyak yang terpaksa<br>
dilonggarkan. Kes rogol - siapa yang akan merogol jika
ada 4 orang<br>
yang sedang melihatnya? Dan jika ada 4 orang yang
sedang melihat takkan 4<br>
orang itu akan membiarkan perogolan itu berlaku? Kes
rogol samada ke atas<br>
wanita yang berpakaian seksi atau budak dalam pakaian
seragam sekolah<br>
terjadi tanpa saksi. Di manakah keadilan dalam Islam,
kalau begitu? Allah<br>
juga menyatakan bahawa Islam dan hukumnya sesuai untuk
semua zaman dan<br>
ianya adil.<br>
<br>
Oleh itu fikirlah - sesuaikanlah semoga tidak
terjadi<br>
melepaskan orang yang salah dan menganiaya orang yang
benar. Dalam kes ini<br>
jika PAS berkuasa matilah semua orang kerana orang PAS
akan sentiasa betul<br>
walau apapun kata-kata dan perbuatan mereka manakala
orang lain akan tetap<br>
dihukum walaupun tidak bersalah. Allah menurunkan
Al-Quran untuk kita<br>
berfikir, berkali-kali Allah menyebut kelebihan
manusia adalah pada akal<br>
fikiran. Al-Quran diturunkan untuk kita berfikir
mengenai ayat-ayatnya dan<br>
mengkaji. Allah tidak menyuruh kita menerima sahaja
membuta tuli dan Allah<br>
tidak menghalang kita dari bertanya lebih jauh. Sebab
itu, di zaman<br>
kegemilangan Islam ulama-ulamanya terdiri dari
professor-professor yang<br>
pakar dalam bidang perubatan, sains, matematik,
architecture dan terutama<br>
fizik. Mereka membina bangunan-bangunan dan
universiti-universiti. Maka<br>
orang-orang kafir menjadi segan pada mereka kerana
akhlak dan kepandaian<br>
mereka. Dan Tok Guru En. pula, pandai dalam apa?
Berseloroh?<br>
<br>
Lagi satu, tidakkah En. membaca attachment saya
mengenai Perwaja<br>
dan bagaimana ianya dimanipulasikan oleh Anwar?
Ataupun, En. tidak<br>
memahami pentadbiran kewangan sebagaimana Anwar tidak
memahaminya juga?<br>
<br>
En. l, sebelum saya pergi lebih jauh lagi sehingga En.
ketinggalan ingin saya ingatkan
bahawa perbincangan<br>
kita ini adalah berbentuk global dan objektifnya
adalah untuk kebaikan sebuah Negara dan
seluruh Rakyat bukan<br>
perbincangan sempit mengenai sesuatu daerah, sebuah
keluarga atau seorang individu sahaja.
Jadi, kesimpulan yang kita<br>
jangkakan adalah sesuatu yang terbaik untuk negara
iaitu dari segi ekonomi dan sosial yang
merangkumi kehidupan seluruh<br>
rakyat Malaysia, Melayu, Cina dan India. Get it?<br>
<br>
<br>
Kebanyakan kes rogol anak berlaku di kawasan
perkampungan yang mana PAS berkuasa. Satu kes
rogol di Pendang,<br>
Kedah tahun lepas berlaku pada seorang yang berserban
dan kuat berparti (PAS). Dia merogol
anaknya. Kes liwat<br>
dengan kambing 1 - 2 minggu lepas berlaku di Kelantan.
Apabila kes yang berkenaan dengan
akhlak berlaku, pertama<br>
sekali yang patut disalahkan adalah diri sendiri,
kemudian kita lihat pada keluarganya,
kemudian pada sekolahnya, kemudian<br>
pada masyarakat sekeliling, kemudian pada masyarakat
daerahnya, negerinya, kemudian pada
kerajaan negeri dan<br>
kemudian pada rakyat negara dan kemudiannya pada
kerajaan negara. Bukankah kerajaan PAS
yang memerintah<br>
Kelantan? Kenapa kes-kes rogol juga berlaku di
Kelantan? Kenapa orang Kelantan yang paling
ramai berhibur di Siam? <br>
Kenapa di kampus, budak Kelantan dilabel sebagai
kurang sopan, suka bergaduh dan terlebih
sosial bila keluar dari<br>
Kelantan? Inikah yang PAS mahu? Sikap berpura-pura.
Satu pesanan saya, kalau En. ada
anak dan anak En.<br>
Shahrel kurang ajar atau menjadi Bohsia atau Bohjan
atau apa saja, jangan disalahkan
kerajaan kerana tak semua anak<br>
orang jadi begitu. Sedangkan anak orang lain tinggal
di Malaysia juga, kerajaan yang sama,
media yang sama cuma<br>
ibu-bapanya saja yang tak sama. Berfikirlah dgn tenang
tentang hal ini. Dan jika anak En.
dirogol dan tidak ada<br>
saksi dan jika pada waktu itu, PAS memerintah dengan
hukum hudud apakah En. akan
buat? Terima sajalah yang<br>
anak anda telah berzina dan dihukum rejam? <br>
Maaf, saya tidak suka memberi contoh begini tetapi
inilah contoh terbaik.<br>
<br>
<br>
Masyarakat Malaysia majmuk, En. l. Takkan En. nak
tengok orang Islam yang dibicarakan
sebaik mungkin<br>
oleh manusia (hakim) kerana dituduh mencuri dan
bersubahat dengan orang bukan Islam lalu
didapati bersalah. <br>
Dipotong tangannya, tetapi orang bukan Islam tadi
tidak dipotong tangannya.<br>
Tiba-tiba orang yang benar-benar bersalah dapat
ditangkap maka mahkamah membebaskan mereka
berdua tadi. Tetapi<br>
yang Islam bebas tanpa tangan dan yang kafir bebas
dengan sempurna. Orang kafir akan
berkata betapa tidak adilnya<br>
Islam lalu bagaimana kita hendak berdakwah? <br>
<br>
<br>
Cuba bandingkan - Nik Aziz, Fadzil Nor yang hanya tahu
bercakap tentang wanita dengan jasa
Dr. Mahathir kepada dunia<br>
Islam. Menolong beratus-ratus juta umat Islam di
Bosnia dan Kosovo setakat yang termampu,
menolong memberi idea<br>
untuk membangunkan negara-negara dunia ke-tiga yang
kebanyakannya Islam, mengutuk
kekejaman dan ketidakadilan<br>
Amerika terhadap negara Islam lain dengan beraninya.
Kita bercakap di sini dari segi
kuantiti umat Islam. Berapa ramai<br>
yang mendapat manfaat dari kelantangan Dr. Mahathir
membela Islam dengan caranya, dengan
cara yang global dan moden<br>
sesuai dengan zaman. Bukanlah maksud beliau tidak
boleh berserban dan berketayap tetapi
apalah ada pada serban jika<br>
dibandingkan dengan membantu berjuta-juta umat Islam
dan membangunkan negara Islam? Beliau
tidak perlu berjubah dan<br>
berjanggut (itulah mesej yang ingin disampaikan,tetapi
tidak terjangkau oleh minda
pengikut Tok Guru di Kelantan itu). Tok<br>
Guru di Kelantan itu hanya nampak orang di rumahnya
dan orang-orang di negerinya.
Orang-orang di negeri lain, negara<br>
lain dan kemajuan orang lain dan persaingan dengan
kafir demi menjaga maruah Islam yang
diperlecehkan oleh orang kafir<br>
dia tidak nampak.<br>
<br>
<br>
Kanggaroo court yang diadakan oleh Amerika untuk
membicarakan Malaysia telah menyaksikan
seorang Mat Salleh<br>
mengakui menerima wang dari Anwar. <br>
Ini dilaporkan oleh bukan sahaja media kita yang
kononnya berat sebelah tetapi juga media
Amerika yang dipuji oleh PAS<br>
itu. Jadi benarlah Anwar menjual negaranya. Apakah En.
tak terfikir?<br>
<br>
<br>
Anwar juga hanya menyaman penulis buku 50 dalil kerana
memfitnah dalam muka surat 29
sahaja (saya ulang<br>
MUKASURAT 29 SAHAJA) iaitu tentang anak luar nikahnya.
Tetapi tidak pernah menyaman
penulis itu untuk mukasurat<br>
lain yang memperkatakan mengenai liwat, salahguna
kuasa dan lain-lain. Jadi benarlah Anwar
melakukannya. Apakah En. tak terfikir?<br>
<br>
<br>
Amerika membenci Islam. Membenci Saddam Hussin kerana
kekuatan senjata<br>
Iraq lalu menyerang dan melemahkan terus Iraq.
Melengah-lengahkan isu penderitaan umat
Islam Bosnia dan Kosovo<br>
begitu juga dengan isu Palestin. <br>
Seluruh dunia tahu, Rusia juga tahu. Amerika dikritik
kerana sifat berat sebelahnya dan
seluruh dunia tahu bahawa mereka<br>
berbuat demikian kerana ingin melemahkan Islam. Malah
Amerika juga tahu yang orang lain
tahu niat mereka tetapi mereka<br>
tak kisah kerana mereka berkuasa. Pasti melucukan dan
membanggakan bagi Amerika kerana
orang-orang Melayu sendiri<br>
ingin meminta pertolongan mereka dalam hal perundangan
kita.<br>
<br>
Tidakkah En. terfikir KENAPA AMERIKA YANG BEGITU
MEMBENCI ISLAM TIBA-TIBA MEMBERI<br>
SOKONGAN YANG TIDAK BERBELAH BAGI KEPADA ANWAR? (sila
jawab) DAN KENAPA AMERIKA<br>
YANG BEGITU MEMBENCI ISLAM JUGA MENUNJUKKAN KEBENCIAN
YANG SAMA KEPADA DR.<br>
MAHATHIR, SADDAM, ANWAR SADDAT DAN LAIN-LAIN? (sila
jawab).<br>
Mereka membela Anwar secara terang-terangan dan
mengakui persahabatan dengannya - tidakkah
ianya pelik? <br>
APAKAH INI BUKAN PERKARA BESAR UNTUK DIFIKIRKAN OLEH
ORANG YANG MENGAKU AMAT<br>
MENITIKBERATKAN SOAL AGAMA? <br>
KENAPA MEDIA BARAT (Newsweek, Far Eastern dll yang
diterajui YAHUDI) beria-ia menyokong
PAS/ANWAR? <br>
Tidak pernah dalam sejarah dunia Islam Yahudi
menyebelahi Islam tanpa ada sesuatu
disebaliknya. Saya minta En.<br>
jawab soalan ini. <br>
En. dan rakan-rakan begitu yakin yang Anwar
tidak bersalah. <br>
Kenapa? (Sila jawab soalan ini juga) <br>
<br>
<br>
Jangan takbur dengan menganggap bahawa kita dapat
menjadi hakim menentukan yang dia di
pihak yang benar tanpa<br>
bukti-bukti sahih. Kita bukan Allah untuk menghakimi
manusia lain tanpa bukti. Dengarkan
bukti-bukti dan<br>
pengakuan-pengakuan yang dibentangkan dan kisah-kisah
dirinya yang diperkatakan oleh
orang-orang yang bekerja<br>
dengaannya dan mengenalinya secara dekat.
Sekurang-kurangnya pendakwa berhujah dengan
bukti manakala pembela<br>
hanya berhujah dengan tuduhan bukan bukti jauh sekali
pembelaan. <br>
Pembela tidak dapat membela kerana yang dibela tidak
ada bukti dan pengakuan tidak
bersalah. Yang ada hanya tuduhan<br>
terhadap orang lain. <br>
Itulah yang tidak relevan. Pernahkan anda melihat
bukti yang dia tidak melakukan apa yang
sedang dibicarakan sekarang? <br>
Konspirasi boleh wujud dalam mana-mana organisasi.
Contohnya, seorang majikan yang
menggelapkan wang syarikat dan<br>
pegawai-pegawainya tidak menyukai perbuatannya lalu
berpakat (berkonspirasi)
menjatuhkannya lalu beliau terheret ke<br>
mahkamah. Dalam kes ini, memang benar pegawai-pegawai
itu berkonspirasi tetapi mahkamah
merujuk kepada kes<br>
menggelapkan wang syarikat bukan konspirasi.<br>
<br>
<br>
Isunya di sini adalah adakah benar atau tidak majikan
itu menggelapkan wang syarikat? Jika
peguambela hendak membela,<br>
dia harus membuktikan bahawa Tidak, Majikan itu Tidak
Menggelapkan Wang Syarikat bukannya
membuat tuduhan<br>
bahawa Pegawai-Pegawainya Berpakat Menjatuhkannya.
Bila dia terbukti tidak berbuat
demikian, dia mesti<br>
membentangkan bukti bahawa cerita itu sengaja
diada-adakan jika dia mendakwa bahawa ada
pakatan jahat di antara<br>
pegawai-pegawainya.<br>
Ramai umat-umat Islam di sini mengadakan sembahyang
hajat samada beramai-ramai atau
berseorangan meminta agar<br>
ditunjukkan kebenaran. <br>
Semakin dipohon pada Allah, semakin banyak bukti yang
dibentangkan terhadap<br>
kesalahan Dato' Seri Anwar. Bukankah Allah telah
menunjukkannya? Tidak puas hati dengan
itu, sembahyang hajat lagi,<br>
dan lagi bukti keluar mengenai kesalahannya. Ianya
bukti sahih, bukti material, bukan
sekadar kata-kata sepertimana yang<br>
dibentangkan oleh pihak pembelaan. Allah telah
memperkenankan apa yang tuan-tuan pohon,
iaitu menunjukkan kebenaran.<br>
<br>
<br>
Apakah kebenaran itu hanya ada pada orang yang
berjanggut, berserban dan berselipar?
Apakah selagi kebenaran itu<br>
tidak menyamai dengan pendapat tuan-tuan, maka itu
bukan kebenaran. Jangan Takbur,
siapalah kita? Kita hanya manusia<br>
biasa dan tidak dapat melihat di sebalik tuturkata dan
pakaian. Kita hanya boleh menilai
bukti, kenapa dipertikaikan setiap<br>
bukti? Siapalah kita untuk menghukum semua saksi-saksi
dan hakim-hakim sebagai berniat
jahat? Apa buktinya? Adakah<br>
kita dari golongan wali di mana kebenaran dapat
disampaikan oleh Allah melalui ilham atau
wahyu? <br>
(sila jawab, En. l) Rasulullah S.A.W sendiri pernah
menekankan "terimalah kebenaran
itu walaupun datangnya dari<br>
orang fasik atau kafir" <br>
Yang benar tetap yang benar. Jangan melihat pada siapa
yang menyatakan tetapi apa yang
dikatakan.<br>
En. , disekeliling saya, di tempat kerja saya ramai
orang-orang seperti En. yang
sudah mula sedar dari tidur. <br>
En. bila lagi? Jika pembangkang menang
pilihanraya ini - pelabur akan lari lalu
terjadi pengangguran, hak<br>
keistimewaan melayu dihapuskan, Dana IKS dikatakan
membazir (lalu dihapuskan), Putrajaya
akan dilelong, wanita cantik<br>
tidak boleh bekerja, Perlis dikeluarkan dari Malaysia,
Anwar akan menjadi PM lalu diikuti
dasar IMF lalu terjadi inflasi,<br>
bank dan syarikat-syarikat besar ditutup atau dibeli
oleh orang asing dengan murahnya
(kerajaan tidak boleh membela bank<br>
dan syarikat-syarikat besar kerana dikatakan
kronisme), Tol dihapuskan, Cukai dihapuskan,
Malaysia tiada perancangan<br>
untuk pembangunan ekonomi, rakyat akan kembali
bercucuk tanam dan orang melayu kembali
mundur dan boleh dipijak<br>
seperti dulu. ISA dihapuskan maka orang yang tidak
berpuas hati boleh berdemonstrasi lalu
menjadi huru-hara. Semakin<br>
banyak pelabur lari maka semakin miskinlah negara.
(Fahamkah En. dan Tok Guru En.
Shahrel mengenai kaitan<br>
pelabur dengan kekayaan/kemiskinan sesebuah negara?)
Maka jadilah kita seperti negara
Islam lain yang mundur dan<br>
miskin di mana rakyatnya berperang sesama sendiri dan
diamlah Amerika. Mereka tidak akan
mengganggu kita lagi apabila<br>
kita sudah lemah.<br>
<br>
<br>
Tidak ada pembangkang dalam negara manapun yang
seolah-olah mengharapkan agar ekonomi
tidak pulih dan negara<br>
menjadi miskin supaya dapat menyalahkan kerajaan.
BETAPA MURAHNYA MARUAH DIRI, BANGSA DAN<br>
NEGARA BAGI MEREKA.<br>
Saya rasa cukuplah setakat ini.<br>
<br>
Sekian. SELAMAT BERFIKIR.</p>
</body>
</html>
=====
__________________________________________________
Do You Yahoo!?
Bid and sell for free at http://auctions.yahoo.com
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED] pada body : SUBSCRIBE HIZB)
( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED] pada body: UNSUBSCRIBE HIZB)
( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan )
( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net )
( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED] )
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Pengirim: Pemuda Cawangan <[EMAIL PROTECTED]>