*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
 {  Sila lawat Laman Hizbi-Net -  http://www.hizbi.net     }
 {        Hantarkan mesej anda ke:  [EMAIL PROTECTED]         }
 {        Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED]     }
 *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
  Undilah PAS : MENENTANG KEZALIMAN & MENEGAKKAN KEADILAN
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
>IDRUS DITANGKAP BERSAMA ISTERINYA, HAMID OTHMAN PENIPU BESAR
>
>KUALA LUMPUR 21 OKTOBER-Penangkapan Idrus Ibrahim seorang pesara Guru Besar
>dan berusia 60an merupakan satu helah konspirasi yang cuba diputarbelitkan
>media MAHAFIRAUN .Sebenarnya Idrus Ibrahim telah berkahwin sejak 4 tahun
>yang lalu di Thailand.Isteri muda beliau dalam usia 30an dan cara
>penangkapan ala gestapo disebuah kondominium dikatakan dilakukan secara
>terancang.Ini berikutan Saudara Idrus kadangkalanya bermalam
>disana.Walaubagaimana pun mereka ditahan semalaman di balai polis bagi
>mengesahkan identiti masing-masing. Malangnya media MAHAFIRAUN tidak pula
>merasa bersalah ekoran pendedahan membuta tuli yang dicanangkan diseluruh
>negara.Malah Hamid Othman sendiri sebagai seorang ketua Jabatan Hal Ehwal
>Agama Islam tidak mengetahui akan hal ini. Adakah sebagai seorang menteri
>tidak menyiasat terlebih dahulu sebelum mengeluarkan sebarang kenyataan
>kepada khalayak ramai.Amat malang sekali jika ini yang cuba dilakukan oleh
>seorang Menteri Hal Ehwal Islam.Nampaknya berita untuk memburukkan keluarga
>bakal Perdana Menteri, Saudara Anwar Ibrahim adalah agenda utama dari
>melindungi berbagai konspirasi yang melanda Menteri Kabinet
>sendiri.Kesilapan penangkapan ini seharusnyalah disiasat dan barulah
>didedahkan.Tapi apa yang berlaku sebaliknya.Tindakan meyaman kemungkinan
>besar akan dilakukan terhadap Hamid Othman. 21 OKTOBER 1999
>
>PEMBOHONGAN MAHAFIRAUN TERBONGKAR
>
>Selama ini, apabila MAHAFIRAUN mahu mempertahankan projek-projek mega yang
>dibangunkan di negeri ini oleh sektor swasta ataupun awam, Perdana Menteri
>dengan cepat mendabik dada serta berkata bahawa projek-projek mega itu
>dibina dengan wang kita sendiri. Malaysia tidak meminjam dari luar, kata
>MAHAFIRAUN. Malaysia membina projek seperti itu tanpa berhutang kepada
pihak
>luar. Malaysia mampu dan ada keupayaan. Demikianlah hujah MAHAFIRAUN selama
>ini untuk menepis kritikan rakyat bahawa projek-projek mega kesayangannya
>sebagai boros, mewah dan membazir.
>Pendedahan di Parlimen
>Tetapi pembohongan MAHAFIRAUN itu terbongkar semalam, 19 Oktober di Dewan
>Rakyat (Parlimen) apabila Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Wong See Wah
>membentangkan di Parlimen akan kedudukan hutang luar negara Malaysia.
>Sehingga akhir Jun tahun 1999, hutang luar Malaysia berjumlah RM160.9
bilion
>atau 57 peratus daripada Keluaran Negara Kasar (KNK). Hutang luar sebanyak
>itu merupakan jumlah yang sangat besar bagi sebuah negara seperti Malaysia.
>Bukan sesuatu yang boleh dibanggakan. Angka di atas juga menunjukkan jumlah
>hutang negara kita melebihi separuh daripada pendapatan negara. Malaysia
>meletakkan dirinya dalam senarai negara banyak berhutang.
>Pembangunan Dengan Cara Berhutang?
>Dari jumlah RM160.9 bilion itu, sebanyak RM131.9 bilion (82%) adalah hutang
>jangka sederhana dan panjang terdiri daripada RM17.4 bilion (11%) pinjaman
>kerajaan Persekutuan. Berbagai pihak, baik kerajaan Persekutuan, perbadanan
>awam bukan kerajaan dan sektor swasta turut meminjam dari luar negara.
>Misalnya RM53.5 bilion (33%) bagi pinjaman Perbadanan Awam Bukan Kerajaan
>(PABK) dan RM61 bilion (38%) pinjaman sektor swasta.
>Dasar Penswastaan MAHAFIRAUN Punca Hutang Bertambah
>Dasar penswastaan yang digalakkan oleh kerajaan Barisan Nasional di bawah
>MAHAFIRAUN telah menyebabkan banyak projek-projek mewah dan mega
dibangunkan
>di Malaysia. Apabila projek itu mega, maka untungnya pun mega untuk kroni,
>tapi bukan untuk negara, yang terpaksa menanggungnya. Apabila kroni-kroni
>mendapat untung mega, maka komisyen rasuah kepada pemimpin besar BN juga
>mega. Di Malaysia di bawah MAHAFIRAUN, nilai rasuah juga mega-mega.
>Sokongan Perdana Menteri Kepada Kroni
>Sektor swasta yang mendapat projek-projek penswastaan itu kemudian mendapat
>sumber modal bagi membangunkan projek itu dengan cara meminjam dari luar
>negara. Kroni-kroni MAHAFIRAUN dan Daim mudah sahaja diberi kebenaran oleh
>Bank Negara untuk mendapatkan kebenaran pinjaman asing itu. Kerana pengaruh
>MAHAFIRAUN dan Daim. Jika sektor swasta hendak membuat pinjaman luar negara
>melebihi RM5 juta, maka kelulusan Bank Negara diperlukan. Tetapi kelulusan
>itu mudah sahaja diperolehi kerana projek-projek penswastaan yang
>dikendalikan oleh kroni-kroni itu mendapat sokongan dan dokongan Perdana
>Menteri sendiri.
>Hutang Luar Jangka Pendek
>Hutang luar Malaysia bagi jangka pendek pula ialah berjumlah RM29 bilion.
>Hutang jangka pendek bermaksud mesti dibayar dalam tempoh yang cepat.
Kerana
>banyak berhutang, maka setiap tahun, 6.6% dari pendapatan negara terpaksa
>digunakan untuk membayar kembali hutang luar negara itu. Jika Malaysia
tidak
>banyak berhutang di luar, maka lebih banyak wang dapat digunakan untuk
>membina rumah rakyat, kelengkapan hospital, melatih lebih ramai tenaga
pakar
>dalam bidang perubatan, meningkatkan tahap mutu pendidikan dan sekolah,
>memperbaiki mutu bekalan air bersih kepada rakyat dan sebagainya.
>Projek Mewah Punca Berhutang
>Jika projek-projek yang mewah dan membazir tidak dibangunkan, maka satu
>kesan positif ialah Malaysia tidak perlu berhutang di luar negara. Hutang
>luar sekarang sebanyak RM160.9 bilion adalah jumlah yang melebihi wang
rezab
>negara. MAHAFIRAUN berdusta jika berkata semua projek yang dibangunkan
>kononnya untuk 100 atau 200 tahun itu dengan wang Malaysia sendiri, tanpa
>berhutang dan meminjam. Jika tidak berhutang dan meminjam kenapa sampai
>demikian banyak hutang luar Malaysia?
>Warisan Tinggalan MAHAFIRAUN
>Jika MAHAFIRAUN tidak lagi menjadi Perdana Menteri, dia telah meninggalkan
>satu warisan yang membebankan rakyat Malaysia sekarang dan generasi masa
>depan. MAHAFIRAUN akan meninggalkan hutang negara yang banyak.MAHAFIRAUN
>meletakkan Malaysia ke kedudukan yang bahaya. Jika hutang tidak dapat
>dibayar, Malaysia boleh jadi bangkerap atau muflis. Malaysia akan menjadi
>sebuah negara pariah di dunia antarabangsa sebagai sebuah negara banyak
>berhutang.
>Dana Rakyat Diboroskan
>Bukan hutang yang banyak sahaja yang dibebankan MAHAFIRAUN ke atas ekonomi
>Malaysia angkara sikap angkuh dan sombongnya membangunkan negara secara
>tempang dan songsang dengan projek-projek mega yang mewah dan membazir itu.
>Ada satu lagi kesan negatif lain. Hutang negara sebanyak RM160.9 bilion itu
>masih tidak cukup untuk menampung membangun projek-projek mega seperti
KLIA,
>KLCC dengan Menara Kembara Petronas, Cyberjaya, Putrajaya, MSC, Litar
>Formula Satu dan banyak lagi. Sumbr dari dana dalam negara juga diguna
>pakai. Dana rakyat juga digunakan. Wang KWSP, wang Tabung Haji,wang Tabung
>Angkatan Tentera dan wang Khazanah Holding serta wang Petronas semuanya
>digunakan untuk menjayakan projek-projek mega yang mewah itu.
>18 Tahun Di Bawah MAHAFIRAUN Yang Boros
>Semua projek mewah dan boros yang disebutkan di atas tadi telah dibangunkan
>dalam tempoh 18 tahun MAHAFIRAUN berkuasa sebagai Perdana Menteri. Tunku
Abd
>Rahman, Bapa Kemerdekaan. Tun Abdil Razak, Bapa Pembangunan. Tun Hussein
>Onn, Bapa perpaduan. MAHAFIRAUN Mohamad layak digelar Bapa Pembaziran.
>Projek Mewah: Siapa Yang Untung? Siapa yang untung dengan projek-projek
>mewah dan boros itu. MAHAFIRAUN untung sebab dia dapat mahligai baru di
>Putrajaya. Anak-anak MAHAFIRAUN untung. Mereka mendapat kontrak-kontrak di
>Putrajaya dan KLIA. Kroni-kroni Daim dan MAHAFIRAUN seperti Vincent Tan,
>Ananda Krishnan, Tajuddin Ramli, Azmi Wan Hamzah, Halim Saad, Arumugam,
>Francis Yeoh, Ting Pik Khiing dan lain-lain lagi, sekadar menyebut beberapa
>nama. Mereka ini yang mendapat untung dari projek-projek mewah, mega, boros
>dan membazir itu. Mereka yang menjadi mahajutawan atau bilionwan. Yang
>ruginya ialah rakyat, baik generasi sekarang apatah lagi generasi akan
>datang. Semua rakyat secara langsung atau tidak langsung akan menanggung
>beban dari hutang luar Malaysia yang banyak, dana dalam negara yang merosot
>dan wang Petronas yang semakin susut kerana digunakan sewenang-wenang untuk
>membangunkan pelbagai projek mega.
>Malaysia Hutang Keliling Pinggang
>Untuk membina Menara Kembara Petronas, RM2 bilion dibelanjakan. Untuk
>membangunkan KLCC, kroni yang mendapat projek itu terpaksa berhutang di
luar
>negeri. Pendek kata, Malaysia di bawah MAHAFIRAUN telah berhutang keliling
>pinggang. Hutang-hutang ini tak masuk lagi dengan bon berbilion ringgit
yang
>dijual di Jepun, Eropah dan Amerika. Jadi MAHAFIRAUN tidak bercakap jujur
>sebenarnya. Dia membohongi rakyat dengan mendakwa Malaysia ada wang untuk
>membangunkan semua projek-projek mewah dan membazir yang banyak terdapat
>terutamanya di Kuala Lumpur, Putrajaya, Sepang dan Cyberjaya. Tamat 21
>OKTOBER 1999
>
>MAHAFIRAUN TERIMA PERLETAKAN JAWATAN DAIM
>
>MEDIA RAKYAT FIRAUN 2020 mendapat maklumat berikut daripada sumber kami di
>Jabatan Perdana Menteri: Berikutan pengumuman Bank Negara Malaysia semalam
>(20 Oktober) bahawa pelan awal penggabungan bank-bank kepada enam bank
utama
>dimansuhkan, bank-bank dibenarkan mencari rakan gabungan sendiri.
>Bagaimanapun, pengumuman terbaru ini telah gagal menyelamatkan Bank
>Bumiputra Malaysia Berhad (BBMB) yang bergabung dengan Commerce Bank
>mengikut rancangan lama. Dijangka, beberapa pegawai Bumpiutra-Commerce akan
>menerima tawaran "perletakan jawatan secara sukarela" tidak lama
>lagi.Pemansuhan rancangan pertama itu merupakan tamparan hebat kepada tiga
>peranbcangnya iaitu Menteri Kewangan Pertama Daim Zainuddin, Gabenor Bank
>Negara Ali Abul Hassan Sulaiman dan Timbalan Gabenor Bank Negara Zeti
Akhtar
>Aziz. Turut terlibat dalam perancangan itu ialah penasihat Bank Negara,
Mohd
>Nor Yakcob. Bank Negara Malaysia terpaksa tunduk kepada arahan terbaru
>MAHAFIRAUN untuk memansuhkan rancangan awalnya, setelah MAHAFIRAUN didesak
>oleh tuanpunya Hong Leong Bank, Tan Sri Quek Leng Chan dan tuanpunya
>RHB-Sime Bank, Tan Sri Rashid Hussain. MAHAFIRAUN juga ingin memberi
"rasuah
>pilihanraya" kepada masyarakat Cina setelah menghadapi tekanan dari
Gabungan
>Persatuan-persatuan Cina baru-baru ini.
>Langkah Bank Negara dilihat oleh para penganalisis tempatan dan luar negara
>sebagai "u-turn", "backtrack" dan "betrayal" yang akan merosakkan suasana
>pasaran dan masa depan jangka panjang ekonomi Malaysia. Sumber kami
>melaporkan, MAHAFIRAUN telahpun menyampaikan keputusannya kepada Daim
bahawa
>tawaran perletakan jawatan Menteri Kewangan Pertama itu diterima,
>berkuat-kuasa sebaik sahaja palimen dibubarkan. Menurut sumber, Daim
>dijangka melepaskan jawatan Menteri Kewangan Pertama dan Menteri
Tugas-tugas
>Khas di Jabatan Perdana Menteri selepas membentangkan Belanjawan 2000 pada
>29 Oktober nanti. Daim juga akan melepaskan jawatan sebagai Ahli Parlimen
>Merbok. Kerusi itu yang disandang oleh Daim sejak 1982 akan ditandingi oleh
>ketua pemuda UMNO Bahagian Merbok, Mokhzani a/l MAHAFIRAUN. Daim yang pada
>mulanya bercadang untuk bertanding kerusi Parlimen Wangsa Maju sudahpun
>menyatakan hasrat untuk bersara ke England sesudah pilihanraya nanti.
>          Menurut sumber, jawatan Menteri Kewangan akan kekal di tangan
>Datuk Mustapa Mohamad, yang dijangka bertanding sebagai Naib Presiden UMNO
>tahun hadapan. Sumber menyatakan, desas-desus bahawa Gabenor Bank Negara
Ali
>Abul Hassan Sulaiman akan digantikan dengan Pengerusi ISIS Tan Sri Noordin
>Sopiee adalah tidak benar. Bagaimanapun, Ali akan juga "bersara" sebaik
>sahaja pilihanraya selesai.
>Kredibiliti Daim dan Ali rosak teruk sesudah rancangan awal mereka
>menggondol semua bank.bank di bawah kuasa Qarun Malaysia itu mendapat
>tentangan hebat masyarakat Cina dan pekerja bank. Bagaimanapun, Daim masih
>menguasai hampir 40% aset perbankan melalui Bumiputra-Commerce dan Bank
>Antarabangsa.MEDIA RAKYAT FIRAUN 2020 21 OKTOBER 1999
>
>MAKSUD TERSIRAT PENGUMUMAN BANK NEGARA MALAYSIA
>
>           Bank Negara Malaysia (BNM) had announced a consolidation
>programme for the domestic banking sector on 29 July 1999. Since then,
there
>has been some strong objections on certain aspects of the programme,
>especially pertaining to the number and composition of the banking groups
>and the time frame.
>MAKSUDNYA: MAHAFIRAUN mengaku bahawa akibat tekanan Barisan Alternatif,
>gabungan persatuan-persatuan Cina, pekerja bank dan para penyokong
>Reformasi, jika gabungan yang dicadangkan pada mulanya oleh Daim itu
>diteruskan - tak ada canlah Barisan Nasional hendak menang pilihanraya!
Oleh
>itu, MAHAFIRAUN terpaksa "kensel" perancangan Daim yang asal...
>        Following the recent announcement by YAB Perdana Menteri and
>thestatement in Parliament by Y.B. Menteri Kewangan II, BNM wishes to
inform
>allbanking institutions that they will now be given the flexibility to form
>their own merger groups and to choose their own leader in each group to
lead
>themerger process.
>MAKSUDNYA: Anda sedar atau tidak nama Daim langsung tidak disebut? Walaupun
>dia Menteri Kewangan Pertama, kenyataan awalnya bahawa kerajaan tidak akan
>berganjak dari rancangan menggabungkan bank.bank menjadi enam "mega bank"
>menjelang April 2000 telah diketepikan begitu sahaja."Kelonggaran"
diberikan
>kerana Pengerusi Hong Leong Bank, Tan Sri Quek Leng Chan mempunyai pengaruh
>yang kuat di kalangan masyarakat Cina dan telah mengugut MAHAFIRAUN untuk
>berpaling tadah dan menentang Barisan Nasional.
>          Banking institutions are required to revert to BNM by the end of
>January 2000 on their respective merger groupings, as well as the agreement
>in principle from the major shareholders of the banking institutions in the
>group. Upon BNM’s approval in principle of the new merger groupings, the
>domestic banking institutions will be allowed to terminate the Memorandum
of
>Understanding signed with the earlier partners, and they should then
proceed
>to complete all aspects of the merger exercise by the end of December 2000.
>MAKSUDNYA: Tarikh baru ini penting kerana Daim Zainuddin tidak lagi Menteri
>Kewangan sesudah pilihanraya. Daim sudahpun menyatakan niat "bersara" dan
>berpindah ke England. Menjelang akhir tahun 2000, selesainya pemilihan UMNO
>mungkin bermakna Menteri Kewangan yang baru akan dilantik. MAHAFIRAUN
>terpaksa me,ilih antara Mustapa Mohamed dan Najib Tun Razak sebagai Menteri
>Kewangan yang baru. Bagaimanapun, jika cantuman bank dibuat akhir tahun
>depan, keputusan MAHAFIRAUN yang berat terhadap Mustapa lebih mudah kerana
>Mustapa dijangka menewaskan Najib sebagai Naib Presiden UMNO yang paling
>popular.
>           In line with this announcement, a separate circular will be
>issued to all bbanking institutions on 21 October 1999 outlining the
>operational details ofthe merger exercise.
>MAKSUDNYA: Kenapa 21 Oktober? Nak kejar tarikh pilihanraya, atau hendak
>selesai cepat untuk mempermudahkan Daim letak jawatan?
>            The flexibility that is now provided to the banking
institutions
>does not in anyway reduce the importance of bank consolidation. In view of
>the impending liberalisation and globalisation of the banking sector, the
>consolidation of domestic banking institutions is inevitable.
>MAKSUDNYA: Jika bank-bank tidak bergaung, ekonomi negara akan hancur.
>Bagaimanapun, jika bank-bank digabungkan mengikut pelan asal Daim, karier
>politik MAHAFIRAUN pula hancur. Ditelan mati mak, diluah mati bapak...
>         A fragmented banking system will only increase the vulnerability
of
>the financial system and indeed the vulnerability of the economy as a
whole.
>We need a strong and efficient banking system that is resilient in order to
>support the financing needs of the economy so that the nation can continue
>to achieve a strong and sustainablegrowth. We now have 55 banking
>institutions, made up of 20 commercial banks, 23finance companies and 12
>merchant banks and this number will have to besubstantially reduced.
>MAKSUDNYA: Ini adalah satu kritikan terhadap Daim. 90% lesen-lesen bank
yang
>berlebihan ini diterbitkan oleh Daim kali pertama dia menjadi Menteri
>Kewangan dahulu. Setiap satu lesen, Daim dapat potongan 15%...
>            The policy to consolidate the domestic banking institutions to
>strengthen the banking system would, therefore, continue to remain a
>priority objective of BNM. The only difference is that under the new
>approach,greater responsibility is now with the shareholders of the
domestic
>bankinginstitutions to initiate and drive the merger process. In the event
>that theshareholders of the banking institutions do not make full use of
the
>flexibility accorded to merge among themselves, BNM will intervene directly
>to select the merger partners to ensure that the consolidation objective is
>achieved.
>MAKSUDNYA: Ini gertak sahaja. MAHAFIRAUN takut kehilangan undi masyarakat
>Cina dan pekerja bank, jadi dia tidak berani hendak melawan bank-bank
ini...
>           One important aspect of the consolidation exercise is its effect
>on employment. BNM would like to explain that the proposed
bankconsolidation
>exercise should not result in an increase in the level of unemploymentin
the
>country, Indeed, the recent merger of Bank Bumiputra Malaysia Berhadand
Bank
>of Commerce (M) Berhad did not result in any staff lay-off and this clearly
>shows that bank mergers need not lead to any retrenchment of bank
>employees.Even where there is a need to redeploy some staff, particularly
at
>the senior level, the fast recovering Malaysian economy would provide ample
>opportunitiesfor alternative employment. Such staff will also be
compensated
>fullythrough voluntary separation scheme. There should be no forced
>retrenchment inthis bank consolidation exercise.
>MAKSUDNYA: Pekerja tidak dipecat, mereka "secara sukarela" letak jawatan.
>Konnnya, sekarang kerja senang diperolehi. Ini kenyataan sedap mulut
sahaja,
>realitinya lebih 15,000 pekerja bank akan "menganggur secara sukarela".
>Surat untuk pekerja Bumiputra- Commerce sudah ditaip dan diluluskan. Yang
>lain bila lagi? Hendak selamatkan kerja anda, undilah Barisan Alternatif!
>           All banking institutions are reminded that the merger exercise
>should not in any way disrupt the normal operations of the banking
>institutions andthey should continue to place particular emphasis on loan
>growth, which is a vital ingredient in the recovery process of the economy.
>MAKSUDNYA: Bank Negara tahu kalau Daim letak jawatan, pelabur mungkin
takut.
>Jadi, mereka cuba yakinkan kita konnnya bisnes macam biasa...padahal
>pertukaran dasar ini menyebabkan keyakinan pelabur merosot dengan teruk
>sekali! MAHAFIRAUN menyatakan dia patut dipilih semula menerajui Malaysia
>kerana dia pandai mentadbir ekonomi, tetapi bukti menunjukkan keadaan
adalah
>yang sebaliknya. MAHAFIRAUN perosak ekonomi negara! Hapuskan dia sebelum
dia
>menghapuskan kita! 21 OKTOBER 1999
>
>PERTARUNGAN KUASA QARUN MALAYSIA, DAIM-MAHAFIRAUN
>
>Akhbar Business Times Singapura (BT) keluaran 18 Oktober lalu sekali
>bertanya: "Adakah terdapat keruncingan antara Perdana Menteri Datuk Seri
>MAHAFIRAUN Mohamed dengan penasihat ekonomi utamanya (yang juga Menteri
>Kewangan), Tun Qarun Malaysia, Daim Zainuddin?" Menurut akhbar itu,
>cakap-cakap mengenai perbezaan antara dua orang kawan lama itu semakin
>dipercayai berikutan langkah MAHAFIRAUN minggu lalu untuk melonggarkan
>penggabungan sektor perbankan, rancangan yang menurut akhbar itu dipaksakan
>oleh Qarun Malaysia, Daim dan Bank Negara. MAHAFIRAUN, lapor akhbar itu,
>telah membayangkan bahawa kerajaan akan bersikap fleksibel dengan jadual
>penggabungan, pemilihan rakan gabungan malah jumlah bank teraju (anchor
>banks), yang sebelum ini ditetapkan oleh Qarun Malaysia, Daim terhad kepada
>enam sahaja.
>       Ketika MAHAFIRAUN terus melonggarkan rancangan yang begitu tegas
>untuk menggabungkan 58 institusi kewangan di negara ini kepada enam bank
>teraju sahaja dalam masa setahun, lapor BT, setakat ini Qarun Malaysia,
Daim
>dan Bank Negara terus membisu mengenai perkara itu. Ini, menurut BT,
>ditafsirkan oleh sesetengah pihak sebagai tanda perbezaan polisi antara
>kedua-dua pihak. Sama ada boleh diberikan justifikasi atau tidak, kata
>akhbar itu, sikap membisu Qarun Malaysia, Daim itu mencetuskan
>ketidaktentuan dalam pasaran. Walaupun MAHAFIRAUN menolak khabar-khabar
>angin tentang pergaduhan antara beliau dan Qarun Malaysia, Daim sambil
>menyatakan perubahan polisi itu adalah keputusan bersama, BT melaporkan
>sentimen pasaran tidak yakin dengan kenyataan MAHAFIRAUN, yang dipetik oleh
>Berita Harian (Malaysia) Selasa 20 Julai lalu sebagai berkata: "Saya adalah
>Maha Firaun". Sebagai contoh, lapor akhbar itu, terdapat khabar-khabar
angin
>bahawa gabenor Bank Negara Tan Sri Ali Abul Hasan Sulaiman, yang berada
>secara langsung di bawah titah perintah Qarun Malaysia, Daim, telah
>mengemukakan surat perletakan jawatan. Walaupun jurucakap Bank Negara
>menafikan khabar angin itu, BT melaporkan para pelabur percaya dengan
khabar
>angin perletakan jawatan itu.
>       Dalam perkembangan berkaitan, MAHAFIRAUN 2020 melaporkan, Qarun
>Malaysia, Daim telah mengutus tiga ‘memorandum’ kepada  MAHAFIRAUN.
>Memorandum pertama, menurut sumber laman web itu, menyatakan penegasan
Qarun
>Malaysia, Daim bahawa hanya enam bank yang dicadangkan dahulu itu sahaja
>yang mampu mengemudikan dasar percantuman bank-bank. Qarun Malaysia, Daim
>dilaporkan memberi amaran kepada MAHAFIRAUN supaya jangan meminda dasar
asal
>yang digubah olehnya.  Menurut laman web itu, setelah mAHAFIRAUN
menimbulkan
>isu tersebut dalam sidang jemaah menteri, Qarun Malaysia, Daim dilaporkan
>mengutus ‘memorandum’ kedua yang sekali lagi memberi amaran kepada
>MAHAFIRAUN supaya jangan mengubah pelan asalnya.Setelah MAHAFIRAUN
dikatakan
>terus memberanikan diri untuk mengetepikan amaran-amaran itu, Qarun
>Malaysia, Daim dilaporkan telah mengutus ‘memorandum’ ketiga kepada
>MAHAFIRAUN dengan salinan kepada Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri
>Abdullah Ahmad Badawi. Dalam memorandum itu,
>Mahafiraun 2020 melaporkan, Qarun Malaysia, Daim bertindak tegas dengan
>memberi amaran keras kepada MAHAFIRAUN, jika rancangan awal itu ditolak
atau
>diubah, serta tarikhnya dipinda, beliau tidak akan teragak-agak menghantar
>surat perletakan jawatan sebagai Menteri Kewangan Pertama dan Menteri
dengan
>Tugas-Tugas Khas di Jabatan Perdana Menteri.
>         Mengambilkira laporan itu, timbul pertanyaan adakah Qarun
Malaysia,
>Daim sedang memberi amaran kepada MAHAFIRAUN supaya jangan melanggar
>nasihatnya setelah beliau dijulang dan dimahkotakan sebagai penasihat
>ekonomi? Adakah Qarun Malaysia, Daim sedang membuktikan kepada MAHAFIRAUN
>siapa yang lebih berkuasa di antara kedua-dua mereka? Jika kata dua untuk
>meletak jawatan itu benar-benar mencerminkan kemarahan Qarun Malaysia,
Daim,
>ia pasti akan mencederakan MAHAFIRAUN. Dalam keadaan cedera parah setelah
>teruk bergaduh dengan orang yang paling berkuasa di negara ini, amat sukar
>bagi MAHAFIRAUN menghadapi pilihan raya umum yang sama bengisnya dengan
>kemurkaan Qarun Malaysia, Daim.Apa jua hakikat dan kemungkinannya, rakyat
>ternanti-nanti untuk melihat yang manakah yang lebih berkuasa antara kuasa
>ekonomi yang ada pada Qarun Malaysia, Daim dengan kuasa politik yang ada
>pada MAHAFIRAUN.
>Abu Bakar Rashid 21 OKTOBER 1999
>
>
>
>
>
>
>PEMILIHAN PRESIDEN ABDURRAHMAN WAHID SANGKAL DAKYAH JAHAT MAHAFIRAUN
>
>MEDIA RAKYAT FIRAUN 2020 mengucapkan tahniah kepada Bapak Abdurrahman Wahid
>atau lebih dikenali sebagai "Gus Dur" atas kemenangan beliau sebagai
>Presiden Keempat bagi Republik Indonesia.Kami juga mengucapkan tahniah
>kepada semua rakyat Indonesia kerana berjaya memilih presiden secara
>demokratik buat kali pertama semenjak 1949. Langkah Indonesia ini menjadi
>dorongan kepada semua rakyat Malaysia untuk turut menumbangkan diktator
>seumur hidup negara ini iaitu MAHAFIRAUN. Sebagai seorang ulamak yang
>terpelajar, Gus Dur tentu faham sangat perangai Firaun dahulukala yang kini
>diwarisi oleh presiden UMNO. Kemenangan Gus Dur membawa maknya yang besar
>kerana reputasi beliau sebagai pemimpin Islam yang toleran dikupas dalam
>buku "Among The Believers" karangan Sir Vida Naipaul yang turut
menggariskan
>kebangkitan sezaman di Malaysia di bawah pimpinan Sdr Anwar Ibrahim, pada
>masa itu seorang aktivis muda. Gus Dur juga telah memberi katadua bahawa
>beliau akan mempertahankan hak kumpulan minoriti, sambil memastikan
>demokrasi tulen bertapak di Indonesia.
>Rakyat Malaysia harus prihatin bahawa pertukaran pemimpin tidaklah membawa
>kesengsaraan malah memberi keyakinan baru kepada negara. Berikutan
pemilihan
>Gus Dur, nilai rupiah dan pasaran saham Jakarta meningkat naik.Kemenangan
>Gus Dur menandakan bahawa proses Reformasi bukanlah didalangi oleh orang
>asing, tetapi adalah cetusan citarasa rakyat tempatan. Walaupun akhbar dan
>kerajaan asing mahukan kemenangan Ibu Megawati Sukarnoputri yang dilihat
>sebagai mewakili kumpulan pro-Barat dan sekular, kemenangan Gus Dur yang
>juga seorang tokoh agama yang terkenal, menandakan bahawa Reformasi
dikemudi
>dan dikendalikan oleh rakyat tempatan yang tidak mengendahkan kehendak
>kuasa-kuasa barat. Malah, dakyah MAHAFIRAUN terbukti bohong kerana
Indonesia
>sekali lagi menunjukkan sikap berdikari yang mantap. Kami berdoa semoga
>Indonesia, negara yang serumpun dengan kita, menikmati kemakmuran dan
>kemewahan di bawah pimpinan Presiden Abdurrahman Wahid, Insya Allah. Kami
>juga mendoakan semoga negara kita, Malaysia, mencontohi proses demokrasi
dan
>keterbukaan yang membanggakan, seperti yang dipaparkan oleh Republik
>Indonesia!21 OKTOBER 1999
>
>‘DARI ULAMA MENJADI PRESIDEN"
>
>Saya cukup pelik dengan Bernama. Agensi kerajaan MAHAFIRAUN ini sering
>menyiarkan berita kononnya ulama tidak layak jadi pemimpin, tetapi tajuk
>beritanya hari ini memuji pemilihan seorang ulama - Gus Dur - sebagai
>Presiden Indonesia keempat.Di Malaysia lagi ramai ulama yang layak jadi
>pemimpin, bila Bernama nak sedar? Bila kita, rakyat Malaysia, nak sedar?
Tak
>malu ke dengan mamat Indon? ABDUR RAHMAN WAHID, DARI PEMIMPIN ULAMA MENJADI
>PRESIDEN KEEMPAT INDONESIA JAKARTA, 20 Okt (Bernama) -- Sekalipun sebelum
>ini tidak pernah memegang kedudukan tertinggi dalam politik, Abdurrahman
>Wahid bukanlah tokoh yang tidak punya nama di Republik Indonesia. Sebagai
>pemimpin dan ulama sebuah pertubuhan Islam terbesar, Nahdlatul Ulama, (NU)
>yang mempunyai 30 juta
>anggota kebanyakan di pulau Jawa, Abdurrahman atau turut dikenali dengan
Gus
>Dur, merupakan tokoh yang menguasai dua bidang—agama dan politik. Pemilihan
>Gus Dur, sebagai presiden keempat Indonesia, negara yang mempunyai lebih
200
>juta penduduk dengan kira-kira 90 peratus terdiri daripada umat Islam,
>menempatkan dirinya pada kedudukan atau peranan yang bukan baru baginya.
>Banyak penganalisis menganggap beliau sebagai pemimpin yang boleh diterima
>oleh semua pihak yang bertentangan dalam politik Indonesia. Barangkali yang
>agak membingungkan banyak orang ialah sikap beliau yang selalu berubah-ubah
>dan suka berterus-terang sehingga seringkali membuat orang
>rasa tersinggung. Beliau juga merupakan seorang ulama dan tokoh politik
>"yang suka berjalan"dalam menyampaikan cita-cita dan misi politiknya
>sekalipun dalam keadaan kesihatan sedemikian. Beliau sering berkunjung ke
>rumah bekas presiden B.J. Habibie sama ada atas jemputan atau datang
sendiri
>"untuk sarapan pagi" atau "makan malam" sambil membincangkan pelbagai hal.
>Malah di tengah kegawatan politik dan pilihan raya Indonesia, beliau turut
>bersusah payah berkunjung ke kubur allahyarham Sukarno di Blitar dan
>allahyarham ayahandanya Wahid dan datuknya Hashim Ashari di Jombang, Jawa
>Timur. Lahir pada 4 Ogos 1940 di Jombang, Gus Dur menerima pendidikan awal
>di situ sebelum melanjutkan persekolahan ke Sekolah Menengah Ekonomi
Pertama
>sehingga 1956 di Jogjakarta, Jawa Tengah. Beliau kemudian memasuki sekolah
>agama di Pasentren Tambakberas Jombang dari 1959 sehingga 1963. Selepas itu
>beliau melanjutkan pelajaran di Fakulti Pendidikan Tinggi Islam dan Arab
>Universiti Al Azhar Mesir sebelum ke Fakulti Sastera Universiti Baghdad,
>Iraq, pada 1970. Sekembali dari Iraq beliau menjadi pensyarah dan dekan
>Fakulti Ushuluddin Universiti Hasyim Asyhari di Jombang. Beliau dipilih
>menjadi ketua NU pada tahun 1984 sehingga sekarang. Gus Dur, penulis
>beberapa buku dan bergiat cergas dalam pelbagai pertubuhan bukan kerajaan,
>berkahwin dengan isterinya Shinta Nuriyah pada 1968 dan dikurnia empat
orang
>anak, kesemuanya perempuan.—BERNAMA 21 OKTOBER 1999



 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
 ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED]   pada body : SUBSCRIBE HIZB)
 ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED]  pada body:  UNSUBSCRIBE HIZB)
 ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan             )
 ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net                  )
 ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED]                    )
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Pengirim: "Shahrun Bin Ishak @ Abu Hassan" <[EMAIL PROTECTED]>

Kirim email ke