Assalamu'alaikum wrh. Para netters yang dirahmati ALLAH; Ingin saya mempromosi buku-buku berikut yang pada pandangan saya amat wajar untuk dibaca. Insya-ALLAH ianya memberi manfaat kepada kita dan ummah.Untuk melihat kulit buku, sila lihat attachment the penghujung mesej. Untuk mendapatkannya, sila hubungi alamat-alamat berikut:- 1. Cik Nurulhuda Daud 4, Lorong Pauh 9, Taman Pauh, Jalan Baru, Permatang Pauh, 13500 Butterworth, Malaysia. No. Tel: 04-3999493 2. Ustadz Hisham b. Hashim 2579, D/1, Jalan Selasih, Taman Selasih, 09000 Kulim, Kedah, Malaysia. No. Tel: 019-4738460 Tajuk buku : PERMATA MINDA Penulis : SHUIB SULAIMAN Harga : RM 15.00 Terbitan : ABUKU HEBAT SDN. BHD. Sinopsis : Hati yang beriman dan bertaqwa serta akal yang berisi ilmu dan pengetahuan, akan terpancar di wajahnya kejernihan dan cahaya. Barang siapa melihat wajahnya akan terbongkar rasa berTuhan. Seribu penyakit disembuhkan oleh satu ubat - Islam. Kuasa besar Islam tidak tercapai kerana umat Islam kecundang, tewas, tumpas dan jatuh terjelapak sebelum bertarung di gelanggang, iaitu kalah kepada nafsu sendiri. Membaiki diri itulah faktor kemenangan. ALLAH swt berfirman bermaksud; "Sesungguh ALLAH tidak mengubah sesuatu kaum itu sehingga kaum itu mengubah apa yang ada pada diri mereka." (Ar Ra'ad: 11). Manusia sememangnya inginkan perubahan dari jahat kepada baik dan lebih baik. Dari bodoh kepada cerdik dan lebih cerdik. Dari jahil kepada berilmu dan menguasai lebih banyak ilmu. Dari mundur kepada maju dan lebih maju. Dari negatif kepada positif dan lebih positif. Dari pesimis kepada optimis dan lebih optimis lagi. Dari hina kepada mulia, dari tewas kepada menang. ALLAH swt menegaskan bahawa ALLAH swt tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum, puak, golongan atau bangsa sehingga mereka terlebih dahulu mengubah apa yang ada pada diri mereka. Pada diri manusia yang sifatnya berubah ialah hati dan akal. Fizikal manusia hanya menurut sahaja. Hati yang mahu kepada perubahan itulah yang menjadi anak kunci kepada ALLAH swt mengubah kedudukan sesuatu kaum itu. Sesungguhnya mengubah ke arah membaiki diri itu merupakan senjata yang amat berkesan untuk mengalahkan musuh. Membaiki diri memanglah sukar lantaran itu para pejuang Islam kurang memperdulikannya. Malah kedapatan di kalangan umat Islam ini yang terlalu asyik memikirkan dan memberi tumpuan kepada musuh hingga urusan membaiki diri terus terpinggir. Natijahnya ALLAH swt lambat mendatangkan bantuan dan kesudahannya lambat mencapai kemenangan. Sub-topik : Muhasabah Kepimpinan, Baikilah Diri, Jangan Keliru Mengenai Ibadah, Hiburan Orang Mukmin, Pemimpin Khadam Umat, Mengatasi Kezaliman, Wibawa Kepimpinan, Dua Golongan Apabila Baik, Maka Baiklah Rakyat Iaitu Pemimpin Dan Ulama, Pertolongan ALLAH Itu Dekat, Senario Umat Islam: Dulu, Kini dan Akan Datang dan lain-lain lagi. Tajuk buku : SEMBAHYANG DAN PERSOALANNYA Penulis : IBNU ABD RAHMAN Harga : RM 10.00 Sinopsis : Sembahyang adalah ibu segala ibadah. Dari sembahyang lahir kehidupan umat Islam di semua sudut Al Quran dan Sunnah. Bertepatanlah sembahyang sebagai tiang agama, sesiapa mendirikan sembahyang, dia mendirikan agamanya. Hari ini umat Islam bersembahyang juga, tetapi tidak lahir kehidupan mereka di semua bidang Al Quran dan Sunnah. Yang lahir ialah kehidupan sekularisme. Ibarat menanam pokok rambutan, yang terhasil buah manggis. Mengapa terjadi demikian? Ikutilah semua persoalannya di dalam buku SEMBAHYANG DAN PERSOALANNYA ini. Sub-topik : Kewajipan Sembahyang, Peranan Sembahyang, Kebesaran Sembahyang, Ibadah Sembahyang - Sumber Jati Diri, Mengapa Sembahyang Itu Berat?, Khusyuk Dalam Sembahyang, dan lain-lain lagi ===== __________________________________________________ Do You Yahoo!? Bid and sell for free at http://auctions.yahoo.com
minda.gif
semb.gif