*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
 {  Sila lawat Laman Hizbi-Net -  http://www.hizbi.net     }
 {        Hantarkan mesej anda ke:  [EMAIL PROTECTED]         }
 {        Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED]     }
 *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
  Undilah PAS : MENENTANG KEZALIMAN & MENEGAKKAN KEADILAN
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Assalamu`alaikum warahmatullahi wabarakatuh,

....Sambungan....

 Larangan Menyokong Puak Yang Mungkar.
--------------------------------------------------------------------
   Firman ALLAH dlm Surah al-`An`am,ayat 68,yg
bermaksud,"Dan apabila engkau melihat org2 yg
memperkatakan dgn cara mencaci atau mengejek2 ayat2
Kami,maka tinggalkanlaj mrk sehingga mrk memperkatakan
soal yg lain;dan jika engkau dilupakan oleh Syaitan
(lalu engkau duduk bersama mrk),maka janganlah engkau
duduk lagi bersama2 kaum yg zalim itu,sesudah engkau
mengingati (akan larangan itu).
[ Eg,ejek yg dimaksudkan di sini ialah apabila
mengatakan yg hukum hakam drpd Al-Quran tak boleh
pakai sekarang ni krn sudah lapuk.Dan Al-Sheikh Abdul
Aziz Abdillah bin Baz,ulama yg meninggal dunia baru2
ini,pernah menyebut di antara  yg membatalkan Islam
seseorg pd zaman sekarang ialah apabila  seseorg itu
mengejek dgn mengatakan bahwa hukum ALLAH tidak layak
lagi dilaksanakan pd kurun ini.Oleh itu,sesiapa pun
bila mencaci/mengejek ayat2 ALLAH,bila2 pun dia
`kufur`.Tapi kata ust,kalau mencaci ulama pula ada `2`
bahagian :
 i) kalau kita caci ulama di atas dasar krn kita tak
suka peribadinya yg tak elok,itu adalah masalah kita
dgn dia.Tapi kalau tuduhan itu tak benar,maka
berdosalah kita.
 ii) Tapi kalau kita caci dan benci ulama krn dia
ulama yg banyak ilmu agamanya dan pegangannya kuat
terhadap ugama,maka kufur lah kita.
     Dan maknanya `janganlah engkau duduk lagi
bersama2 kaum yg zalim itu,sesudah engkau
mengingati',ini adalah masalah wala` yg sangat penting
dlm aqidah supaya seseorg itu tentukan pendiriannya
dimana.Sbg manusia,fitrah kita memang sayangkan
ibubapa,isteri,harta,pemimpin,tetapi semua kasih
sayang ini tidak boleh mengatasi kasih sayang kpd
ALLAH SWT/RasulNya.Oleh sbb itu,kita kena sensitif
apabila ALLAH/RasulNya dicaci/diejek.Sehingga satu
hari,Huzaifah bertanya pd Nabi,lalu Nabi s.a.w.
berkata,"Kamu duduk seorg diri,jangan bercampur dgn
golongan yg sesat itu,lebih afdal,sekalipun kamu
mati,drpd bercampur."  Kata Huzaifah lagi,"Ramai org
tanya Nabi perihal benda yg baik2.Tapi aku tanya benda
yg buruk2,krn aku bimbang ia akan mengenai aku."  ]

   Kata al-Qadi Abu Bakr Ibn al-`Arabi :"Ayat ini
adalah dalil bahwa tidak dihalalkan duduk bersama ahli
mungkar."[rujukan Al-Ahkam al-Quran,jld 2,m.s.
260;cetakan Dar al-Fikr]
[ Abu Bakr Ibn al-`Arabi (dgn alif lam) ni adalah
ulama besar dari Andalus (la ni Spain).Tapi kata
ust,antara punca Islam tumbang di Spain ialah krn
kelalaian terlalu berzikir di Masjid hingga  org nak
ambik negara mrk pun,mrk kata tak apa,krn negara ini
dunia shj.
 Tuan2 kalau kita buka kitab2 sufi,kebanyakannya kita
akan jumpa tercatit nama Ibnu Arabi (tanpa alif
lam).Dia ni adalah Sheikh Sufi yg nama sebenarnya
Muhhiddin Ibnu Arabi,yg Ibn Taimiyyah sangat anti
kpdnya,dimana Ibn Taimiyyah mengatakan bahwa Ibn Arabi
ni bukan `Muhhiddin` yg bermaksud penghidup
agama,malah dia adalah pemusnah agama.Kata ust
lagi,ibnu Arabi pernah mengatakan bahwa iblis itu
sebenarnya adalah mangsa korban.Krn apabila ALLAH
perintah iblis sujud kpd Adam,tapi iblis tak mau sujud
krn aqidahnya kuat,dia hanya sujud kpd ALLAH shj.Hah !
nampak tak tuan2,cerita ni kalau dapat dekat org2 sufi
yg baru belajaq `2` hari,"Hoh,yg ni depa tak sampai
lagi,tapi kita dah jumpa."....Hemmm,jumpa sungguh la
tu,kena kat depa.Dan ada satu lagi kenyataannya ttg
Firaun.Dimana apabila Firaun kata,"Aku lah tuhan yg
maha tinggi."...Lalu kenyataan Firaun itu disalah
tafsir oleh Nabi Musa,krn Nabi Musa baca secara
hakikat,sedangkan Firaun adalah org makrifat.Kenyataan
Firaun sbg tuhan itu,krn roh ALLAH telah bersatu 
dgnnya,maka Firaun telah nampak semuanya dan dia telah
sampai makam wali yg tinggi.Inilah ibnu Arabi (tanpa
alif lam),sesat tuan2.Tapi kalau ada org lain yg tulis
atas nama dia,WALLAHUA`LAM,balik kpd urusan ALLAH. ]

    Duduk bersama golongan mungkar tidak
dibenarkan,apatah lagi menyokong,membantu dan menolong
mrk.
    Firman ALLAH SWT dlm Surah an-Nisa` ayat 140,yg
bermaksud,"Dan sesungguhnya ALLAH telahpun menurunkan
kpd kamu (perintahNya) di dlm Kitab (Al-Quran) ,iaitu
: apabila kamu mendengar ayat2 keterangan ALLAH
diingkari/diejek2 (oleh kaum kafir/munafik),maka
janganlah kamu duduk (bergaul) dgn mrk sehingga mrk
masuk kpd pemperkatakan soal yg lain; krn sesungguhnya
(jika kamu melakukan yg demikian) ,tentulah kamu sama
seperti mrk."  
[ Kata al-Imam al-Qurtubi dlm menafsirkan  ayat ini :
"Ayat ini menjadi dalil wajibnya menjauhi ahli maksiat
apabila jelas kemungkaran mrk.Ini krn sesiapa yg tidak
menjauhi mrk bereti redha dgn perbuatan
mrk."...Katanya lagi : Firman ALLAH,yg bermaksud,"yg
demikian ,tentulah kamu sama seperti mrk.",ditafsirkan
dgn sesiapa yg duduk dlm majlis maksiat (menderhakai
ALLAH) dan tidak membantahi mrk,maka dia juga akan
menanggung dosa yg sama seperti mrk.Dan maka hendaklah
dia membantah mrk sekiranya mrk bercakap dan melakukan
maksiat.Sekiranya dia tidak mampu utk membantahi
mrk,maka hendaklah dia meninggalkan mrk supaya tidak
termasuk dlm golongan yg disebut dlm ayat ini.(rujukan
: Tafsir Ayat al-Ahkam,jld 5,418,Dar al-Fikr,Beirut.) 
]

     Sesiapa yg terus menyokong golongan atau pemimpin
yg melakukan kejahatan/kezaliman serta mempermain2kan
ayat2 ALLAH,maka sesungguh dia sama2 menanggung dosa
dgnpemimpin tersebut.Mungkin dia kata,saya tidak
menzalimi org lain,atau mempersendakan agama,tetapi
sekadar menjadi ahli biasa parti shj.Sedangkan
pemimpinnya zalim/jahat,maka dia turut menanggung
dosa.Sepertimana dlm firman ALLAH dlm Surah al-Ahzab
ayat 66 & 67,yg bermaksud,"Pd masa muka mrk
dibalik2kan dlm neraka,mrk berkata (dgn
sesalnya):"Alangkah baiknya kalau kami dahulu (semasa
di dunia) taat kpd ALLAH serta taat kpd Rasul."..Dan
mrk berkata lagi:"Wahai Tuhan kami,sesungguhnya kami
telah mematuhi kehendak ketua2 dan org2 besar
kami,lalu mrk menyesatkan kami dari jalan yg benar."
[ Demikianlah halnya ahli neraka yg dahulu menjadi
pengikut setia para pemimpin yg melanggari ajaran
ALLAH/RasuNya.Mrk yg taat dan terus setia sehingga
akhirnya mrk dihumbankan ke dlm neraka. ]

    Firman ALLAH lagi dlm Surah Hud ayat 113 pula,yg
bermaksud,"Dan janganlah kamu cenderung kpd org2 yg
berlaku zalim,maka (kalau kamu berlaku demikian),api
neraka akan membakar kamu,sedang kamu tidak ada
sebarang penolong pun yg lain dari ALLAH.Kemudian (dgn
sbb kecenderungan kamu itu) kamu tidak akan mendapat
pertolongan."

.....bersambung lagi......  




=====

__________________________________________________
Do You Yahoo!?
Bid and sell for free at http://auctions.yahoo.com

 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
 ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED]   pada body : SUBSCRIBE HIZB)
 ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED]  pada body:  UNSUBSCRIBE HIZB)
 ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan             )
 ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net                  )
 ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED]                    )
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Pengirim: Omar AlKhatab <[EMAIL PROTECTED]>

Kirim email ke