*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
 {  Sila lawat Laman Hizbi-Net -  http://www.hizbi.net     }
 {        Hantarkan mesej anda ke:  [EMAIL PROTECTED]         }
 {        Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED]     }
 *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
  Undilah PAS : MENENTANG KEZALIMAN & MENEGAKKAN KEADILAN
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
27 Oktober 1999

MUHASABAH DIRI

"Dan barangsiapa yang mengerjakan kejahatan dan menganiaya dirinya,
kemudian ia mohon ampun kepada Allah, niscaya ia mendapati Allah Maha
Pengampun lagi Maha Penyayang. (al-Qur'an. 4:110)


Sesuatu perusahaan memerlukan akauntan dari luar perusahaan untuk mengaudit
kewangan perniagaan secara berjadual.  Hal ini dilakukan untuk menyakinkan
para pemegang saham bahawa perniagaan masih berjalan dengan baik.  Secara
berjadual, kita perlu juga mengadakan pengamatan dari dekat terhadap urusan
peribadi kita untuk- menentukan apakah rumah kita teratur atau tidak.Apakah
keimanan kita sempurna atau tidak.
Salah satu pelajaran pertama dalam hidup adalah mempelajari pertimbangan
yang benar tentang nilai-nilai.  Sungguh mudah untuk menentukan sasaran,
tetapi berjaya atau tidak adalah soal  yang lain.  Sungguh mudah untuk
berjanji
kepada diri sendiri bahawa kita tidak akan merendahkan ideal kita, bahawa
kita akan terus maju dan meningkat, namun betapa ramainya di antara kita
yang kerana kerutinan hidup dan begitu terbiasanya dengan hal-hal yang ada
di sekitar kita membuat kita tidak peka terhadap akibat yang ditimbulkan
oleh semua itu.  Apabila kita tetap mahu mencapai ketinggian dan tujuan
hidup, maka kita tidak boleh menghadapi semua pengaruh yang bertentangan
dengan perjuangan kita baik pengaruh dari luar mahupun dari dalam.

Dari semasa ke semasa, kita perlu memperhitungkan kembali rancangan
kita,Umpamanya berapa banyak ibadat yang telah kita lakukan untuk bertemu
Allah di akhirat nanti.
Sepatutnya hal ini lebih kerap diperhatikan dari yang dilakukan oleh
kebanyakan orang.  Kita perlu
memastikan apakah kita masih berada pada garisan yang betul atau tidak. 
Kita perlu memeriksa rancangan kita untuk menentukan apakah kita telah
melalui perjalanan dengan betul untuk mendapatkan kemajuan atau tidak,
serta untuk menemui jalan yang lebih baik dalam menyempurnakan pekerjaan. 

"Tunjukilah kami jalan yang lurus," (al-Qur an. 1:6)


Adakah waktunya sesuai dengan rancangan dan apakah kita telah sampai pada
tempat yang dijanjikan?
Penilaian diri belum lengkap, kalau kita belum meyakinkan diri sendiri
bahawa kita mengalami kemajuan dalam penciptaan kehidupan yang sama baiknya
dengan penciptaan penghidupan.

Hai orang-orang yang beriman bertaqwalah Kepada Allah dan carilah jalan
yang mendekatkan diri kepada-Nya, dan berjihadlah pada jalan-Nya, supaya
kamu mendapat keberuntungan. (QS. 5:35)


Sila ke  laman web http://www.onelist.com/community/psikologi-islam







 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
 ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED]   pada body : SUBSCRIBE HIZB)
 ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED]  pada body:  UNSUBSCRIBE HIZB)
 ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan             )
 ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net                  )
 ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED]                    )
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Pengirim: "Cikgunik" <[EMAIL PROTECTED]>

Kirim email ke