*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
 {  Sila lawat Laman Hizbi-Net -  http://www.hizbi.net     }
 {        Hantarkan mesej anda ke:  [EMAIL PROTECTED]         }
 {        Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED]     }
 *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
  Undilah PAS : MENENTANG KEZALIMAN & MENEGAKKAN KEADILAN
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
From:
         "Noor Hasni Mohamad Tahir" <[EMAIL PROTECTED]>

Sat 8:21

 Subject:
         [alternatif-net] [Fwd: H-Net* "tunggu arahan saya selanjutnya
mengenai Datuk Seri
         Anwar".]
      To:
         "Norhidayah bt Shahuri @MATERIALS [MS-Mail [EMAIL PROTECTED]]"
<[EMAIL PROTECTED]>,
         "\"Ida @ Siti Aishah Bt Ismail @MATERIALS [MS-Mail
[EMAIL PROTECTED]%@" <[EMAIL PROTECTED]>,
         "\"Jalimah Mohammad Jais @TNBMSC [MS-Mail
[EMAIL PROTECTED]%@" <[EMAIL PROTECTED]>,
         "\"Norazian Baharudin @TPWPEMBGN [MS-Mail
[EMAIL PROTECTED]%@" <[EMAIL PROTECTED]>,
         "\"Norsidah Abdul Aziz @STORHQ [MS-Mail
[EMAIL PROTECTED]]" <[EMAIL PROTECTED]>,
         "\"Nuriah Bt Umar @MATERIALS [MS-Mail
[EMAIL PROTECTED]]\"" <[EMAIL PROTECTED]>,
         "\"Nuzha Hj. Hussein @PDSHAHALAM\"" <[EMAIL PROTECTED]>,
         "[EMAIL PROTECTED]" <[EMAIL PROTECTED]>,
         "[EMAIL PROTECTED]" <[EMAIL PROTECTED]>,
         Raja Badeli Safri Raja Shaharin <[EMAIL PROTECTED]>,
         Raja Badrul Zaman Raja Mahmood <[EMAIL PROTECTED]>,
         Salwah Yaakob <[EMAIL PROTECTED]>, Siti Zainah Ilias
<[EMAIL PROTECTED]>,
         Umi Kalthom Ahmad <[EMAIL PROTECTED]>,
         ZAITON BTE JUWAINI <[EMAIL PROTECTED]>,
         "[EMAIL PROTECTED]" <[EMAIL PROTECTED]>





    From:
         "Concorde" <[EMAIL PROTECTED]>

Sat 0:48

 Subject:
         H-Net* "tunggu arahan saya selanjutnya mengenai Datuk Seri
Anwar".
      To:
         "Adil" <[EMAIL PROTECTED]>, "Anwarxtpm"
<[EMAIL PROTECTED]>,
         "Hizbi" <[EMAIL PROTECTED]>, "SKancil" <[EMAIL PROTECTED]>



BERITA MALAYSIA

October 22 , 1999 21:02PM


   SAYA TIDAK SANGKA DIKENAKAN TINDAKAN DRASTIK, KATA
 ANWAR

 KUALA LUMPUR, 22 Okt (Bernama) -- Datuk Seri Anwar Ibrahim memberitahu
Mahkamah
 Tinggi di sini hari ini bahawa beliau tidak menyangka bahawa
"ketegangan hubungannya
 dengan Perdana Menteri" menyebabkan tindakan drastik diambil
terhadapnya.

 Anwar berkata beliau telah dimaklumkan oleh Tun Daim Zainuddin, Menteri
Kewangan
 Pertama, bahawa beliau akan didakwa di mahkamah dengan segera terhadap
pelbagai
 tuduhan termasuk rasuah dan salahlaku seks.

 "Walaupun saya menjangka masalah akan berbangkit akibat ketegangan
hubungan saya
 dengan Datuk Seri Dr Mahathir Mohamad, Perdana Menteri, saya tidak
terfikir ada
 kemungkinan mereka tergamak mengambil tindakan sedrastik itu," katanya.

 Beliau berkata demikian pada hari pertama beliau membela diri terhadap
tuduhan meliwat
 Azizan Abu Bakar, bekas pemandu peribadi isterinya pada perbicaraan
yang masuk hari ke-62
 hari ini.

 Anwar dilucutkan daripada jawatan Timbalan Perdana Menteri dan Menteri
Kewangan pada
 2 Sept 1998.

 Anwar, 52, dan adik angkatnya Sukma, 38, menghadapi tuduhan bersama
meliwat Azizan, 39,
 di pangsapuri Sukma di Tivoli Villa, Bangsar, di sini pada suatu malam
antara Januari dan
 Mac 1993.

 Sukma, ahli perniagaan, menghadapi satu lagi tuduhan iaitu bersubahat
dengan Anwar untuk
 meliwat Azizan di tempat dan pada masa yang sama.

 Sebelum itu, ketika diminta mengingati mengenai peristiwa yang relevan
sehingga
 pemecatannya, Anwar berkata ia bermula dengan Daim memaklumkannya pada
12 Ogos
 1998 bahawa beliau akan didakwa di mahkamah.

 Anwar berkata beliau perlu merujuk kepada buku catatan hariannya bagi
mengesahkan tarikh
 itu, bagaimanapun, buku itu tidak dapat dikemukakan kerana kini berada
dengan pihak polis.

 Peguam utama Anwar, Christopher Fernando memberitahu mahkamah bahawa
notis
 berhubung perkara itu telah diserahkan kepada pendakwaan semalam tetapi
Timbalan Kanan
 Pendakwa Raya Datuk Abdul Gani Patail menafikannya, sebaliknya
menyatakan bahawa
 mereka hanya menerima notis itu pagi tadi.

 Hakim berkata, perkara itu harus diselesaikan untuk memudahkan
perjalanan perbicaraan kes
 itu.

 Anwar berkata beliau mengingati tarikh berkenaan sebagai hari Rabu
sebelum mesyuarat
 Kabinet berlangsung apabila Daim memaklumkannya bahawa Mohtar telah
berbincang
 berkaitan tindakan yang akan diambil terhadapnya.

 Katanya, Mohtar memberitahu Daim bahawa beliau (Anwar) akan didakwa
dengan segera dan
 Daim mengusulkan kepadanya supaya meletakkan jawatan bagi mengelakkan
"keaiban
 terhadap saya dan keluarga".

 Anwar berkata beliau memberitahu Daim dengan nada yang keras bahawa
beliau terkejut
 dengan tindakan Mohtar yang memilih beliau (Daim) untuk membincangkan
perkara itu, dan
 berkata "saya tidak gentar pada ugutan", sebelum terus ke pejabat
Perdana Menteri.

 "Saya memaklumkan kepada Perdana Menteri apa yang diberitahu oleh Tun
Daim kepada
 saya dan saya membantah kerana Tun Daim tidak mempunyai hak atau
peranan atau
 tanggungjawab menguasai atau memberi telunjuk kepada Peguam Negara,"
katanya.

 Anwar berkata Dr Mahathir telah menelefon Mohtar dan beliau dapat
mendengar perbualan
 mereka yang antara lain Perdana Menteri membenarkan Peguam Negara
meneruskan
 pendakwaan terhadap Datuk S. Nallakaruppan (rakan tenis Anwar) dan
Khalid Jafri, penulis
 buku "50 Dalil Mengapa Anwar Tidak Boleh Jadi PM," dan berkata "tunggu
arahan saya
 selanjutnya mengenai Datuk Seri Anwar".

 Mesyuarat Kabinet telah tertangguh sehingga jam 10 pagi setelah beliau
meminta
 penjelasan Dr Mahathir mengenai sebab beliau akan didakwa berdasarkan
maklumat yang
 disampaikan oleh Daim iaitu rasuah dan salahlaku seks, Akta Rahsia
Rasmi dan kemungkinan
 kerana kesalahan mengkhianati negara.

 Beliau berkata bagaimanapun, perdana menteri tidak mengesahkannya.
"Setelah perdana
 menteri meletakkan telefon, saya menyatakan semata-mata kerana saya
berbeza pendapat
 dalam beberapa isu termasuk kes-kes rasuah yang besar yang melibatkan
pemimpin-pemimpin
 termasuk kes "bail out" perniagaan yang melibatkan anaknya, Mirzan, dan
lain-lain, beliau
 tidak patut mengambil tindakan untuk merekacipta pertuduhan dan
berkonspirasi terhadap
 saya," kata Anwar.

 Beliau berkata isu konspirasi sering dibincangkan antara beliau dan Dr
Mahathir
 berminggu-minggu sebelum kejadian itu dan perbincangan yang agak tegang
kerap berlaku
 semasa pertemuan mereka setiap hari yang bermula antara pukul 8.10 dan
8.15 pagi dan
 berakhir antara 8.45 dan 9 pagi.

 Perbicaraan disambung Isnin ini walaupun sebelum ini mahkamah telah
menetapkan esok
 untuk Anwar meneruskan keterangannya. Keputusan itu dibuat setelah
mahkamah diberitahu
 yang Anwar perlu ke Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM)
untuk pemeriksaan
 lanjutan.

 Anwar berkata pemeriksaan itu sepatutnya dilakukan pada 27 Okt tetapi
pihak penjara telah
 meminta supaya ia dilakukan pada hujung minggu bagi memastikan
perjalanan perbicaraan
 kes itu tidak terganggu.

 Perbicaraan ditangguhkan pada pukul 12 tengah hari bagi membolehkan
Anwar menunaikan
 solat Jumaat di penjara Sungai Buloh.

 Anwar kini menjalani hukuman penjara enam tahun di penjara itu kerana
kesalahan rasuah.
 "Kadang-kadang teringin juga nak sembahyang di Masjid Negara," kata
Anwar menyebabkan
 mereka yang ada di mahkamah ketawa. -- BERNAMA










 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
 ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED]   pada body : SUBSCRIBE HIZB)
 ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED]  pada body:  UNSUBSCRIBE HIZB)
 ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan             )
 ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net                  )
 ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED]                    )
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Pengirim: abuhanif <[EMAIL PROTECTED]>

Kirim email ke