*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
 {  Sila lawat Laman Hizbi-Net -  http://www.hizbi.net     }
 {        Hantarkan mesej anda ke:  [EMAIL PROTECTED]         }
 {        Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED]     }
 *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
  Undilah PAS : MENENTANG KEZALIMAN & MENEGAKKAN KEADILAN
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
BERITA PANAS!! ADAKAH IANYA AKAN TERJADI?

1. Mahafiraun dalam proses untuk menggantikan Sanusi Junid dengan Tan Sri 
Halim Ali (KSN)sebagai MB Kedah. Keahlian Halim Ali sebagai ahli UMNO sudah 
pun di back date. Ini untuk dapatkan sokongan pegawai-pegawai kerajaan.
2. Di N9 pula Isa akan diganti dengan Aseh Che Mat. Juga untuk mendapatkan 
sokongan pegawai-pegawai kerajaan.
3. Mahafiraun sudah sediakan 100,000 salinan video dan VCD yang kononnnya 
adegan seks Anwar. Ia akan ditaburkan sebaik sahaja Ariffin Jaka jatuhkan 
hukuman.

RAFIDAH AKUI DIA MEMANG TERLIBAT DALAM RASUAH

Antara yang menarik dari Mahkamah Tinggi hari ini:
· DSAI akan ke HUKM pada pukul 2.15 pm ini
· DSAI menjelaskan Rafidah menuduhnya campurtangan dengan melaporkan kepada 
PM dalam kes pemberian saham kepada  menantunya.
· Sebenarnya BPR dan Peguam Negara telahpun memaklumkan terlebih dahulu 
secara terus kepada PM sebelum itu. DSAI hanya menjalankan tanggungjawabnya.
· Rafidah mengkritik Mahathir melalui suratnya kepada DSAI. Dia 
mempertikaikan tentang Daim yang terlampau banyak membolot kekayaan dalam 
masa yang sama memegang jawatan Penasihat Ekonomi.
· Rafidah mengkritik tentang projek Mega' Gunawan Steel' yang turut dibolot 
oleh Daim.
· Rafidah merungut tidak puas hati dengan siasatan : Saham dia ratusan juta 
BPR nampak tapi rompakan Daim berbillion-billion ringgit tidak ada tindakan 
pun

SANGGUP MENGGANTIKAN ANWAR DI PENJARA

Saya bekas seorang Pegawai Tentera yang berpangkat Mejar dalam Tentera Darat 
Malaysia yang telah mempertahankan negara dari ancaman kominis 
bertahun-tahun cukup bersimpati dan kasihan apabila menemui DSAI di mahkamah 
baru-baru ini. Kesedihan ini tidak dapat saya sembunyikan apabila airmata 
saya berlinang dengan tak disedari setelah saya melihat DSAI bergurau-gurau 
dengan anak lelakinya di mahkamah. Kedua-dua beranak ini berpelukan, melawak 
dan saling melepaskan rasa rindu diantara satu sama lain. Pada hari itu anak 
lelaki DSAI tidak kesekolah dan apabila ditanya kenapa dia tak kesekolah, 
anak lelakinya berkata dia `boring’. Saya cukup kasihan dan hati saya cukup 
tersentuh dengan keadaan itu. DSAI kelihatan semakin susut badannya, mukanya 
cekung, bibirnya kering dan dia kelihatan memang tidak sihat. Semasa 
menjawab soalan-soalan yang disoal oleh Peguam Pembela beliau, saya dapati 
beliau cuba menjawab dengan tenang dan terang tetapi nyata dari maqrifat 
saya bahawa DSAI sedang mengalami tekanan jiwa. Saya berkeyakinan penuh 
bahawa DSAI sedang mengalami kesakitan dalaman yang cukup serius. Beliau 
cuba menyembunyikan kesakitan beliau dengan senyuman dan sikap periang 
beliau yang ditunjukkan kepada keluarga beliau. Saya dapat merasai apa yang 
DSAI lalui akibat fitnah manusia, kerana saya juga melalui pengalaman yang 
sama sewaktu berkhidmat dalam ATM. Fitnah yang saya hadapi meyebabkan saya 
mengambil keputusan untuk menamatkan perkhidmatan lebih awal, kerana rasa 
tertipu dengan perkhidmatan saya setelah berkhidmat lebih 21 tahun. Saya 
dituduh menerima rasuah melalui satu surat layang. Setelah melalui siasatan 
demi siasatan ternyata tuduhan ini langsung tidak berasas. Saya telah 
ditahan reman oleh pihak BPR didalam lokap selama seminggu. Ternyata 
undang-undang manusia ini cukup kejam, kerana menahan orang yang tidak 
bersalah didalam lokap. ISYAALLLAH ORANG YANG TERLIBAT INI AKAN DILAKNAT 
OLEH ALLAH SWT SAMADA DIDUNIA ATAU AKHIRAT.
       Seperti kes DSAI saya tahu bahawa saya ditahan demi untuk melindungi 
pegawai atasan ATM yang terlibat dalam rasuah. Perkara ini terbukti selepas 
sebulan saya ditahan seorang Pegawai Kanan Tentera didakwa kerana rasuah. 
Tetapi tidak seperti yang saya lalui Pegawai Kanan Tentera ini bebas tidak 
ditahan didalam lokap. Inilah keadilan di Malaysia. Saya akan membongkar 
satu demi satu amalan rasuah yang diamal didalam ATM oleh segelintir Pegawai 
Atasan ATM dari masa kesemasa. Insyallah. Saya berikrar akan bersama DSAI 
untuk membongkar penyelewengan yang berlaku didalam kerajaan terutama 
didalam ATM. Demi untuk keadilan saya sanggup mengganti diri saya dengan 
DSAI dipenjara bagi membolehkan DSAI membersihkan semua pemimpim Malaysia 
yang korup dan zalim. Atas dasar peribadi yang ikhlas saya juga sanggup 
mengganti DSAI dipenjara kerana bersimpati dengan kesengsaraan yang DSAI dan 
keluarga nya alami selama ini.Saya dan keluarga berdoa agar DSAI dan 
keluarga sentiasa didalam peliharaan oleh Allah swt hendaknya.Oleh pembaca 
MAHAFIRAUN 2020 28 OKT1999

PESAWAT INDON LAYAK KE MUZIUM - GUS DUR TEMPELAK MAHAFIRAUN

Ramai yang mengikuti perkembangan di Indonesia, iaitu pengisytiharan Kabinet 
Indonesia baru di bawah kepimpinan Kiyai Hj. Abdul Rahman Wahid sebagai 
Presiden RI yang ke empat pada hari Selasa yang lalu. Dicelah-celah 
kesibukan pengisytiharan tersebut ada yang bertanyakan Kiyai Gus Dur 
berhubung masa depan industri pesawat terbang milik negara tersebut di bawah 
nama PT Industri Pesawat Terbang Nusantara. Kiyai Gus Dur terus terang 
menyatakan bahwa :
"We know that the airplane industry that we had nowadays has only ended up 
only fit for a museum" NST 27/10/99
(Kita tahu bahwa industri pesawat terbang negara ini kini cuma layak 
ditempatkan dimuzium sahaja)
Menurut Kiyai Gus Dur industri ini tidak sesuai buat Indonesia kerana 
masanya belum tiba bagi Indonesia untuk menceburkan diri dalam industri 
canggih seumpama ini malah ianya lebih membebankan lagi hutang negara 
tersebut. Selama ini pun industri tersebut dapat berdiri di bawah Suharto 
oleh kerana terlalu banyak insentif dan pelepasan cukai yang diberikan 
sehingga dikritik kuat oleh IMF sendiri.Mahafiraun duduk diam membisu 
membaca berita ini. Bukankah dia yang memaksa TUDM membeli pesawat-pesawat 
ini dari Indonesia baru-baru ini demi
mebantu kroninya Pak Harto. Sekarang apa sudah jadi wira-wira terbang kita 
dilengkapkan oleh PM dengan pesawat yang hanya layak untuk dicampakkan ke 
dalam muzium! Ahli Parlimen Pembangkang perlu membawa isu hangat ini ke 
Parlimen untuk penjelasan!28 OKTOBER 1999

PENGHINAAN PENGARAH PENDIDIKAN KEDAH TERHADAP GURU-GURU

Kelmarin saya hdir ke taklimat Haji Hassan,Pengarah JPN Di SM Teknik SP 1. 
Tidak ada apa yang menarik.Haji Hassan dalam ucapannya cuba pengaruhi 
guru-guru supaya kagum dengan Che Det.Dalam setiap abad hanya seorang 
pemimpin sahaja yang lahir.Orang itu ialah Che DET, katanya dengan 
megah.Guru-guru dinasihatkan agar jangan lawan kerajaan,khususnya UMNO dan 
BN. BN yang bayar gaji dan memberi rezeki kepada semua cikgu."Tanpa BN 
negara porak-poranda dan akan berlaku kacau bilau", ugut Haji Hassan.Saya 
telah menjadi guru hampir 28 tahun.Inilah ucapan yang amat hina yang pernah 
saya dengar.Keluar dari mulut seorang pengarah.Saya amat kesal.Dia ingat 
kami semua yang hadir adalah JKKK kampung.Ucapan seperti itu hanya layak 
untuk JKKK sahaja.Sepatutnya Haji Hassan tidak layak jadi Pengarah JPN 
Kedah,hanya layak jadi Penghulu sahaja.Dia sentuh secara ringkas mengenai 
guru-guru yang menentang kerajaan dan telahpun diambil tindakan. 3 orang 
guru diambil contoh kes. Pertama guru matematik SMK Jabi,kedua guru di SMK 
Sg.Layar Sg.Petani dan ketiga Cikgu Abd.Wahab yang ditukar ke Pahang dan 
sahabat baik Haji Hassan.Saya berasa tersinggung kerana Haji Hassan masih 
lagi ungkit perkara itu dalam perhimpunan awam. Sedangkan guru-guru yang 
dihukum ini tidak diberi ruang untuk membela diri. Haji Hassan kutuk guru di 
SMK Sg.Layar yang kononnya tidak boleh terima pertukaran ke P.Pinang. Saya 
kenal cikgu SMK Sg.Layar tersebut. Saya lihat dia bukanlah guru yang aktif 
dalam politik. Tidak pernah naik pentas politik pun. Tidak pernah ceramah di 
mana-mana. Lainlah dengan Cikgu Abd.Wahab yang memegang jawatan besar dalam 
PAS dan berceramah aiang dan malam.Cikgu SMK Sg.Layar itu patut membela 
dirinya.Dia tahu siapa yang membuat surat layang ke kementerian dan 
memfitnah beliau. Saya sangat setuju kalah Pengarah buat siasatan, kemudian 
baru jatuhkan hukuman. Ini tidak terus sahaja surat turun dari "langit" dan 
tukar cikgu tersebut tanpa sebarang sebab.Tidak ada sebarang peringatan dan 
surat tunjuk sebab.Tidak pernah dipanggil untuk disoalsiasat. Tiba-tiba 
tukar dan JPN bagi alasan sebab politik. Saya rasa tindakan-tindakan 
sebegini menyebabkan kaum guru makin marah.Sebab itu usahlah pihak Pengarah 
yang menjadi alat UMNO dan BN cuba untuk ugut dan pengaruhi cikgu-cikgu. 
Saya amat berkeyakina, apa yang telah berlaku ini menambahkuatkan lagi 
semangat cikgu-cikgu untuk bersama berganding
bahu ke arah kerajaan baru yang dipimpin oleh pemimpin yang lebi ADIL DAN 
SAKSAMA.Tidak seperti pimpinan yang ada pada hari ini yang sering membuat 
keputusan dan tindakan membuta tuli.Minta maaf kepada Pengarah Pendidikan 
Kedah kerana hanya dalam ruangan ini dapat saya sampaikan luahan hati.Kalau 
secara terbuka sudah pasti saya juga akan menjadi mangsa sebagaimana 
guru-guru lain.Sahabatmu,
Sungai Petani.28 OKTOBER 1999

KEGAGALAN SEMINAR BTN DI PULAU PINANG
Assalamualaikum,
Hari ini 27.10.99 (Rabu) kami Guru Besar bersama dengan 2 orang Penolong 
Kanan seluruh Sekolah Rendah Kebangsaan Seberang Perai telah diarahkan untuk 
menghadiri Seminar anjuran BTN P.Pinang, di Maktab Perguruan Tuanku Bainun, 
Bt.Mertajam. Saya ingin menceritakan apa yang terjadi di Seminar  itu. 
Rata-rata 90% G/Besar dan P/Kanan di Sbg.Perai meluat dekat MAHAFIRAUN. 
Sesampai di tempat pendaftaran (7.50 pagi), saya terdengar ramai G/Besar 
merungut sebab kena tinggal sekolah. Bayangkan jika terjadi sesuatu di 
sekolah kerana pada hari itu kesemua sekolah di Sbg.Perai ketiadaan G/Besar 
dan 2 orang P/Kanan. Mungkin Allah nak tunjuk, 2 orang penceramah 
(fasilitator BTN), lambat sampai kerana jalan banjir. Jadi sesampainya 
mereka, mereka terpaksa beri ceramah yang tergesa-gesa (sebab mengejar 
masa). Semua G/Besar dan P/Kanan punyalah boring mendengar ceramah mereka. 
Asyik bercakap pasal ketuanan melayu dan ditunjukkan angka (statistik) 
jurang profesional dan pendapatan diantara orang Melayu dan bukan Melayu.
      "Kata seorang G/Besar, fasilitator ini punyalah bodoh. Statistik yang 
ditunjukkan itu menunjukkan kegagalan kerajaan MAHAFIRAUN. Apa yang umno/bn 
buat untuk merapatkan jurang kekayaan tersebut. Yang kaya hanya anak-beranak 
dan kroni2 mereka saja. Orang ramai hanya makan kuah saja. 90% G/Besar dan 
P/Kanan yang boring telah tidak mempedulikan cermahnya. Ini menjadikan 
fasilitator itu seolah-olah bercakap seorang diri dan yang dengar cuma di 
barisan hadapan saja. Secara terang-terang G/Besar dan P/Kanan yang boring 
ini, ada yang tidur, ada yang keluar dewan dan bersembang diluar, ada yang 
terus balik, dan yang tinggal di dalam dewan ini terus bersembang dan ketawa 
dengan kuat sehingga tenggelam ceramah fasilitator tersebut.  Menyedari 
ramai yang sudah boring fasilatator tersebut terus memberhetikan ceramahnya 
tanpa diadakan sessi soal jawab (agaknya BTN sekarang takut hendak berdialog 
dengan guru2 mengenai isu2 semasa) Kesimpulannya BTN. P.Pinang telah 
membuang masa dan duit saja(kerana terpakas menyedia sarapan dan makan 
tengahari dan membayar 2 orang fasilitator), Matlamatnya untuk menyuruh 
G/Besar dab P/Kanan menyokong MAHAFIRAUN tak tercapai.  Malahan ramai 
G/Besar dan P/Kanan Sbg.Perai makin meluat dan berazam untuk memberi undi 
pada Barisan Alternatif. Oleh GB Meluat Kemungkaran P.Pinang.28 OKTOBER 1999

MENGGUNAKAN NAMA ORANG TERKENAL BUKAN PERKARA BARU

Assalaamualaikum dan selamat sejahtera buat semua pencinta keadilan.Habis 
kecoh satu negara pasal soalan peperiksaan menggunakan nama Mahafiraun dan 
kroninya. Guru tersebut juga khabarnya telah menerima ‘akibat’ dari 
keberaniannya itu. Tindakan tidak rasional pemimpin dan media (TV3 Suku 
terutamanya) menggembar-gemburkan hal ini sungguh mengaibkan warga pendidik. 
Isteri saya, seorang pendidik, mendedahkan kepada saya bahawa tindakan 
menggunakan nama orang2 terkenal (celebrities) di dalam soalan2 ujian dan 
peperiksaan bukanlah perkara baru yang nak diterperanjatkan. Berikut adalah 
buktinya (macam peguam pulak isteri saya ni):
Tajuk buku : Bahasa Inggeris - Skor A dalam PMR
Pengarang : Zulaikha Lau Abdullah & Lim Ah Yoo
Penerbit : Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd. 1999
Pada mukasurat P-19 buku di atas, soalan Text 7 (fill in the blanks) 
berbunyi begini: "Karpal Singh was a rich but bad-tempered old man. He was 
too stingy to give anything to the beggars and was unfriendly. His only 
hobby was counting his money. No one was surprised when one Sunday morning, 
he was found stabbed to death."
Pada mukasurat 2-3 buku yang sama, terdapat artikel mengenai ‘Mohzani’ yang 
telah berjaya mendaki gunung Everest.Nengok tu, yang positif, dia guna nama 
kroni; yang negatif dan tak baik tu habis digunakan nama orang yang dibenci 
kerajaan.  Namun begitu, warga pendidik dan rakyat secara amnya, masih lagi 
waras untuk tidak memperbesar2kan perkara ini. Mereka masih berpegang pada 
hakikat bahawa nama2 dalam soalan2 peperiksaan adalah rekaan semata2 
(arbitrarily chosen) yang tidak ada kena-mengena dengan yang hidup atau yang 
mati.Tanyalah mana2 orang Malaysia pun siapa dia Karpal Singh. Walaupun ada 
beribu orang bernama Karpal Singh di Malaysia ni, namun yang seorang itu
jugalah yang mula2 timbul difikiran mereka. Kenapa? Kerana dia seorang 
celebrity. Namun begitu, saya tidak rasa Karpal akan marah dan histeria 
kalau ia terdengar anaknya membaca soalan di atas, walaupun dia menyedari 
bahawa buku ini digunakan di seluruh Malaysia. Tetapi itulah yang sedang 
dilakukan oleh pembodek2 Mahafiraun yang kekeringan modal. Dengan nada 
emosional, mereka mengapi2kan lagi isu ini seolah2 guru tersebut seorang 
pengkhianat negara.
      Mungkin ada pula diantara kita yang tak dapat menerima alasan di atas 
(bahawa nama2 tersebut adalah kebetulan saja). Mungkin anda berkata: "Ianya 
terlalu obvious... nama2 Eric Chia, Daim, Mirzan dalam soalan yang sama! 
Dengan konotasi negatif pulak tu!" Kalau begitu, kita mesti tabik kepada 
guru tersebut kerana keberaniannya meluahkan perasaan. Setiap orang di 
antara kita punya cara yang tersendiri untuk meluahkan perasaan disaat kita 
diperas dan dizalimi. Zunar dengan kartunnya, Dinsman dengan sajaknya, Harun 
Din dengan ceramahnya, DSAI dengan seluruh jiwa raganya, guru2 pula dengan 
bahan2 pengajarannya!
       Pihak kerajaan pula janganlah asyik nak menuduh guru2 cuba mendidik 
pelajar2 membenci pemimpin negara. Menurut isteri saya, pelajar2 sekarang 
amat peka dengan perkembangan politik semasa. Tanpa disuruh2, mereka akan 
menggunakan nama2 seperti Mahafiraun, MahaShit dll dalam karangan mereka.Ada 
juga yang menggantung gambar Nik Aziz di tempat gambar Perdana Perdana 
Menteri dalam kelas mereka! Hatta anak saya di sekolah rendah pun sama. Satu 
soalan ujiannya menanyakan nama PM Malaysia, lalu anak saya tulis: "Mahathir 
Mat Kutty" (kami tak pernah beritahu dia begitu). Yang bestnya,jawapan itu 
diterima oleh gurunya. Padan muka kamu Mahathir!! Oleh Jebat Siber 28 OKT 
1999




SUHAIMI IBRAHIM MUKA TEMBOK BERMUKA DUA
Suhaimi Ibrahim, presiden Gabungan Pelajar Melayu Songsang (GPMS), 
diperkenalkan kepada Pak Utih oleh Anwar Ibrahim sendiri. Terus terang Pak 
Utih nyatakan, walaupun pada masa itu Suhaimi digembar-gemburkan sebagai 
pemimpin yang meningkat naik, pada firasat Pak Utih ada sesuatu yang tidak 
kena dengan perangai Suhaimi. Kini terbuktilah, Suhaimi seorang petualang, 
bukan pemimpin sejati.Rasa curiga Pak Utih kepada Suhaimi bersebab. Pertama, 
Suhaimi mengaku pemimpin belia dan pelajar, tetapi belia dan pelajar tidak 
pernah mengakui ketokohan Suhaimi. Ucapan dan cadangan Suhaimi tidak kritis 
atau membina, tetapi hambar dan cetek ilmu. Suhaimi lebih minat berhujah 
mengenai Erra Fazira atau Siti Nurhaliza, tetapi langsung tidak mengetahui 
keunggulan Malik Bennabi, Abdul Malik Karim Amrullah (HAMKA), Ishak Haji 
Muhammad atau lain-lain ilmuan. Ketokohan Suhaimi palsu.
    Kedua, Suhaimi bersikap talam dua muka. Sewaktu Anwar dipecat, Suhaimi 
beriya-iya menangisi nasib pemimpin Reformasi itu. Tetapi, Suhaimi kini 
mencaci dan menghina Anwar secara terang-terangan. Suhaimi boleh dikatakan 
kacang lupakan kulit, beruk peliharaan yang menggigit tangan tuannya 
sendiri.Ketiga, Suhami masih taksub dengan fesyen kepimpinan publisiti 
murahan yang dibenci oleh kumpulan belia dan golongan muda masakini.  Walhal 
Suhaimi cukup sedar wajah tembok tidak lagi dapat menarik perhatian rakyat. 
Ini tidak membimbangkan Suhaimi kerana khidmatnya bukan untuk pelajar atau 
belia tetapi untuk diri sendiri dan MAHAFIRAUN.Pak Utih rasa pihak pelajar 
dan belia harus bertekad jangan memaafkan Suhaimi. Malah, Pak Utih merasakan 
wajar golongan ini memasang niat bertekad untuk menghapuskan Suhaimi dan 
karier politiknya.  Jangan disimpan orang seperti ini. Eloklah disisihkan 
awal-awal. Pak Utih – Biar Suhaimi menangis, jangan nanti dia buat kita 
menangis!

LAGI KERJA KEJI CUBA MENGAIBKAN SDR. ANWAR
Para konspirator yang sudah menggelabah akibat pendedahan yang dilakukan 
oleh Sdr. Anwar dimahkamah telah cuba membuat bukti palsu di kementerian 
kewangan dibawah pimpinan Daim Zainuddin kononnya Sdr. Anwar meluluskan 
lesen judi kepada syarikat Diriwan di Sabah.
Semalam (26 Okt 1999) pakar rekacipta bukti palsu terkenal negara Musa 
Hassan bersama pasukan penyiasat polis telah merampas fail Diriwan dari 
Kementerian Kewangan. Setelah sekian lama mereka cuba mencari bukti 
penyelewengan Sdr. Anwar di Kementerian Kewangan tetapi gagal, mereka 
merancang pula untuk merekacipta bukti semata-mata untuk memalukan Sdr. 
Anwar yang kononnya meluluskan lesen judi di Sabah. Mereka amat memerlukan 
bahan kempen untuk memburukkan Sdr. Anwar untuk menghadapi pilihanraya 
terkotor kali ini. Mereka cuba memalukan Sdr.Anwar supaya rakyat hilang 
simpati terhadap beliau. Maka mereka tidak mempunyai pilihan lain melainkan 
menggunakan pakar pereka bukti palsu terkenal Musa Hassan supaya dapat 
dihebahkan kononnya Sdr. Anwar meluluskan lesen judi kepada Diriwan. Untuk 
makluman semua lesen ini diluluskan olehMahathir dan Daim sebelum Sdr. Anwar 
menjawat jawatan Menteri Kewangan dan mula beroperasi semasa Sdr. Anwar 
menjadi Menteri Kewangan. Berjaga-jagalah dengan segala tektik kotor UMNO 
Dan BN pada pilihanraya kali ini.
Sekian. Salam perjuangan dari Awang Siber

KENYATAAN ORANG BONGKAK
Kenyataan akhbar ada mengatakan bahawa PiiM hanya akan ke Mahkamah kerana 
isu liwat. Isu-isu lain tidak berbangkit. Lihat bagaimana kenyataan seorang 
yang cuba mengatur perjalanan mahkamah dan perbicaraan DSAI. Satu-satu 
manusia dalam sejarah Malaysia berulangkali mendahului Mahkamah. Kenyataan 
yang dibangkitkan dalam sidang media menunjukkan sifat menyombong diri dan 
cuba menidakkan perkara sebenar, iaitu perkara pokok yang tercetus tuduhan 
liwat. Fikirlah secara rasional, adakah buah (isu liwat) timbul sekiranya 
tiada pokoknya (konpirasi). Nampaknya kenyataan itu cuba menyembunyi sesuatu 
yang besar disebalik kes liwat DSAI. Bagi orang yang berakal, sesuatu yang 
terjadi mesti mempunyai jalinan cerita sebelumnya. Jalinan cerita inilah 
yang cuba disimpan rapi .... tapi kini telah dibongkar oleh DSAI. Sungguh 
jahat dan busuk aliran cerita tersebut. AKAL GUNA UNTUK BERFIKIR!





______________________________________________________
Get Your Private, Free Email at http://www.hotmail.com

 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
 ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED]   pada body : SUBSCRIBE HIZB)
 ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED]  pada body:  UNSUBSCRIBE HIZB)
 ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan             )
 ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net                  )
 ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED]                    )
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Pengirim: "Hoot Hoot" <[EMAIL PROTECTED]>

Reply via email to