|
Wahai para guru, sudah sampai masanya kamu semua mengikat ikatan yang padu, melupakan perselisihan yang wujud, menampal bahagian-bahagian yang pecah dan menguatkan tali ikatan di antara kamu semua. Guru-guru sekarang begitu menjadi bahan tohmahan oleh para pemimpin bajingan. Ramai guru yang menyebelahi pembangkang ditukarkan tanpa sebarang sebab yang munasabah...guru-guru diugut akan diturunkan pangkat..malah dipecat..diceritakan pula tentang keesengsaraan guru-guru yang dipecat..kononnya ada yang menjual tembikai tepi jalan..sedih ceritanya. Kini timbul pula guru yang membuat soalan matematik menggunakan iras nama para bajingan pun hendak diambil tindakan..dan mamak kutty pula mencabar para guru. Tidak kasihankah kamu semua melihat rakan seperjuanganmu dipersenda..anda semua adalah para guru..anda terdidik melebihi daripada sesetengah pemimpin..anda manusia terpilih..profesion anda paling mulia baik didunia ataupun diakhirat. Bukan seperti sesetengan pemimpin yang otak berkarat yang hanya pandai nak jadi korporat keparat. Cubalah anda fikir kenapa anda dimangsakan..kenapa anda diugut..kenapa anda semua disusahkan..jawapannya senang sahaja...PARA GURU SEPERTI ANDA TIDAK BERSATU..oleh itu ikatkan ikatan anda dan bersama-sama dengan para reformis..marilah kita sama-sama menolong dan menyokong sesiapa sahaja yang dianiayai. Cukupkah hanya dengan anda semua memberi semangat kepada para guru yeng teraniaya..cukupkan dengan kata-kata perangsang yang mungkin tidak membawa apa-apa makna? Ingatkah anda dengan pepatah Melayu..BERSATU KITA TEGUH..BERCERAI KITA ROBOH. OLEH ITU ANDA PERLU BERSATU..ANDA PERLU MENUNJUKKAN KEKUATAN PARA REFORMIS TANPA MENGIRA SIAPA KITA.. CARANYA SENANG SAHAJA..TERAMAT SENANG DAN TERAMAT MUDAH..SEMUA PARA REFORMIS YANG TERANIAYA HENDAKLAH DIAMBIL NO AKAUN BANK MEREKA DAN SEKIRANYA KITA MENDERMA SEORANG SERINGGIT...BAYANGKAN JIKA 3 JUTA ORANG MENDERMA..SUDAH MENJADI 3 JUTA RINGGIT..KITA BAHAGI-BAHAGIKAN KEPADA PARA PEJUANG REFORMASI YANG DIANIAYAI..SUDAH TENTU NASIB MEREKA TERBELA..KALAU SETIAP ORANG MENYUMBANGKAN SEPULUH RINGGIT..KITA BOLEH MENGUMPULKAN TIGA PULUH JUTA RINGGIT..INI AKAN MEMBUATKAN PARA PEJUANG BERANI UNTUK TAMPIL KE DEPAN KERANA MEREKA TAHU MEREKA TIDAK PERLU RISAU TENTANG PERIUK NASI MEREKA LAGI.. Cadangan ini meungkin nampak sukar untuk direalisasikan..tetapi ingatkah anda bagaimana pejuang-pejuang Hizbul Muslimin di Mesir berjaya mengambil alih beberapa bank hanya dengan kutipan sedikit wang daripada setiap ahli kumpulan tersebut. Bukan sedikit di antara kita yang pernah tertipu dengan sekim cepat kaya..kita tidak sayangkan duit untuk diberikan kepada tauke sekim cepat kaya..tetapi kita amat sayangkan duit untuk menderma..inilah kelemahan kita yang diambil kesempatan oleh para bajingan. Oleh itu saya menyeru kepada webmaster laman reformasi supaya menyenaraikan nombor-nombor akaun mereka yang dibuang kerja akibat daripada menyokong reformasi agar sama-sama kita dapat menderma untuk kesejahteraan mereka. Jika takut berlaku penyelewengan . eloklah ditubuhkan satu dana khas yang bertujuan menolong untuk meringankan beban para reformis yang teraniaya. Jika ini dapat kita jayakan..insyaallah.. semakin ramai orang yang akan berani tampil kedepan untuk menegakkan kebenaran.. Salam untuk Para Reformis arif bistari.. |
