*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
 {  Sila lawat Laman Hizbi-Net -  http://www.hizbi.net     }
 {        Hantarkan mesej anda ke:  [EMAIL PROTECTED]         }
 {        Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED]     }
 *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
  Undilah PAS : MENENTANG KEZALIMAN & MENEGAKKAN KEADILAN
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Assalamualaikum,

Cerita Gus Dur dan Indonesia ini, kalau nak ditulis, memang  boleh dibuat buku. Apa 
yang kita cuba sentuh cumalah sedikit iktibar panduan bersama.

Terus terang, kita tidak seharusnya meletakkan harapan yang tinggi kepada Gus Dur 
kerana banyak tanda-tanda menunjukkan perjuangan menegakkan Islam di bumi Indonesia 
masih lagi jauh daripada sasaran.

Pun begitu, satu benda yang agak ketara, kerajaan BN pimpinan UMNO nampaknya begitu 
gelisah sekali dengan perkembangan terbaru di Indonesia ini. Contoh yang paling ketara 
ialah:

Tatkala mana Harakah keluaran 25 October 1999 mengalu-alukan dengan penuh rasa gembira 
kejayaan Gus Dur , Berita Harian keluaran hari yang sama cuba memburuk-burukkan Gus 
Dur dengan menyiarkan beberapa berita negetif mengenai beliau.

Antara yang sempat saya baca:

Berita Harian keluaran 25/10/99 menyiarkan satu article yang antara lain menceritakan 
bagaimana Gus Dur pernah berkata:

"Penganut Agama Kristian lebih rapat dengan Tuhan mereka berbanding dengan penganut 
Islam, kerana penganut Kristian berbisik ketika berbicara dengan Tuhan mereka, 
sedangkan penganut Islam menjerit menggunakan pembesar suara ketika berhadapan dengan 
Tuhan "

Kita tak pasti sama ada Gus Dur pernah bercakap demikian, atau pun mungkin dia cuma 
berlawak sahaja, wallah hu aklam.

Apa-apa pun, Gus Dur walau pun dipanggil ulamak dan dianggap sebagai Tuan Guru oleh 
pengikut-pengikutnya tetapi taraf ulamak beliau itu tidaklah mencapai tahap ulamak 
menurut piawaian masyarakat kita. Contoh yang paling ketara, beliau tanpa was-awas 
terus memegang erat tangan Megawati selepas Megawati diiytiharkan menang jawatan Naib 
Presiden, sambil berkata:

"Saya bersama-sama Megawati hari ini menyambut kemerdekaan negara kita kali ke-dua 
selepas Sukarno mengisytiharkannya pada tahun 1945" [FEER 28/10/99]

YA, KITA JUGA INGIN MELIHAT PEMIMPIN BARISAN ALTERNATIF MEMBUAT UCAPAN YANG SAMA 
SEKIRANYA BA MENANG KELAK, TETAPI KITA TENTUNYA TAK INGIN MELIHAT USTAZ FADZIL 
MEMEGANG TANGAN DR WAN AZIZAH SEPERTI MANA YANG DILAKUKAN OLEH GUS DUR TERHADAP 
MEGAWATI!!

[Pointnya - ada benda yang kita boleh pelajari dari Indonesia, ada yang tidak]

Saya cuba membuat sedikit research mengenai latarbelakang politik Gus Dur; antara 
banyak-banyak perangai dan fe'el dia, cuma satu yang saya rasa amat wajar ditonjolkan 
kepada umum, terutamanya kepada para pemimpin Barisan Alternatif.

Saya melihat sepanjang perjalanan Gus Dur ke persada pemerintahan negara, dalam banyak 
hal, beliau lebih gemar mengambil jalan tengah, cuba menjadi 'orang tua' sebagai 
perantara antara berbagai kumpulan tatkala mana suasanan politik, ekonomi dan 
ketenteraman awam Indonesia berada dalam keadaan tegang.

Dalam konfrontasi pertengahan November tahun lalu di antara tentera kerajaan dan 
penunjuk2 perasaan, yang menolak legimitacy atau kesahihan kerajaan BJ Habibie yang 
mengambil alih pemerintahan selepas kejatuhan Suharto; pada mulanya tidak ada 
mana-mana pemimpin yang sanggup mengambil risiko untuk ke hadapan bagi mententeramkan 
keadaan.

Sebaliknya, yang berlaku ialah kemunculan beberapa kumpulan radikal bangun untuk 
memimpin gerakan rakyat. Mereka berjaya menghimpun beribu-ribu orang pelajar untuk 
terus berdemo bagi menggagalkan kerajaan Bj Habibie yg dilihat mereka sebagai 
kroni-kroni kepada Suharto. Contohnya, beribu-ribu orang turun menunjuk perasaan 
menentang Sessi Khas persidangan parlimen kerajaan BJ Habibie daripada berlansung.

Apabila pelajar-pelajar ini diserang oleh gangster-gangster yang dilatih khas oleh 
pihak tentera (yang menembak mati 6 orang penunjuk perasaan di Jambatan Semanggi, 
Jakarta, hampir sejuta orang turun untuk membantu mereka. Ini menyebabkan kerajaan BJ 
Habibie yang tersedia lemah menjadi bertambah nazak. [Sumber: Berita ANTARA].

Dalam suasana yang sedemikian, negara Indonesia berada dalam keadaan yang penuh chaos, 
huru hara, lintang pukang dan teramat nazak sekali.

Maka, di kala itu, di kala mana tidak ada pemimpin-pemimpin politik yang berani ke 
hadapan, lalu muncullah Gus Dur cuba menyelamatkan keadaan. Kalau mahu, beliau boleh 
terus saja bersama-sama dengan kumpulan pelajar-pelajar berkenaan, tetapi beliau tidak 
berbuat demikian; sebaliknya beliau meminta semua pihak supaya berdamai - bukan 
setakat berdamai dengan kerajaan boneka BJ Habibie tetapi juga berdamai dan memaafkan 
Suharto.

Akhbar Kompas keluaran Dec 7 melaporkan bahawa bagi Gus Dur cara untuk mencegah 
daripada berlakunya Revolusi sosial ialah dengan mewujudkan persefahaman antara 
kesemua kumpulan yang berbalah, tak kira sama ada mereka di sebelah kerajaan atau 
bukan kerajaan.

Ada di antara penyokong2 Gus Dur sendiri yang tidak menyenangi cara approach beliau 
ini; begitu juga dengan kumpulan-kumpulan pelajar yang selama ini berusaha untuk 
menjatuhkan Suharto dan kroninya. Pelajar-pelajar ini menjadi bertambang bingung 
apabila mereka pula dimarahi Gus Dur ketika berkunjung ke rumah beliau untuk bertukar 
pandangan. 

Kejadian ini berlaku tatkala sekumpulan Mahasiswa berkunjung ke rumahnya di Ciganjur 
pada 5/1/99.

[rujuk http://www.hidayatullah.com]

<cut>
Gus Dur bahkan membentak-bentak sambil menunjuk-nunjuk sekelompok mahasiswa di 
hadapannya.  "Sampeyan itu sombong! Kenapa sampeyan tidak mau mendengarkan yang lebih 
tua!" Gus Dur memang sedang meledak. Marahnya tidak main-main. Dan itu terjadi saat 
serombongan mahasiswa menemuinya di  Ciganjur, Selasa (5/1/1999) menjelang buka puasa. 
"Ini kebudayaan Indonesia, mas! Bukan kebudayaan Barat!" lanjut Gus Dur. Gus Dur 
bahkan sempat menyuruh pergi sekelompok mahasiswa itu, "Sombongnya itu! Kalau nggak 
mau silakan pergi! Ini rumah saya! Saya terus terang marah! Saya terus terang marah! 
Saya berpikir dan berkorban untuk bangsa ini dan sampeyan mengampangkan!"

Sebelumnya sekelompok mahasiswa itu tergabung dalam Front Perjuangan Pemuda Indonesia 
(FPPI). Yang membuat Gus Dur  marah, bermula dari pertanyaan seorang anggota FPPI soal 
manuver politik Gus Dur yang bertemu dengan mantan presiden  Soeharto. Menurut 
mahasiswa, rakyat mengalami Kebingungan akibat manuver Gus Dur tersebut. Mahasiswa 
juga menganggap Gus Dur tidak "turun ke bawah" dan tidak melihat aspirasi yang 
berkembang di dalam masyarakat.

Menanggapi tuduhan tersebut, Gus Dur menyatakan bahwa dia selama ini selalu "turun ke 
bawah". Gus Dur juga mengatakan bahwa penegakan hukum dan keadilan harus disertai 
dengan "wisdom". Gus Dur juga mengecam kata-kata yang sering digunakan mahasiswa dalam 
aksi-aksi demonya, seperti "Seret Soeharto ke Pengadilan". Menurut dia kata-kata 
tersebut tidak sepantasnya diucapkan kepada orang tua.

Menurut Gus Dur, saat ini Soeharto masih bermain sehingga kita semua harus hati-hati. 
Berhati-hati menurut Gus Dur bukan berarti menyerah, "Hati-hati tapi tidak menyerah", 
lanjutnya. Gus Dur mengatakan bahwa sesungguhnya dia sangat jengkel dengan Soeharto, 
"Tahun 1994 Soeharto menyuruh Hartono ke Cipayung  dan menggagalkan saya jadi ketua.

<cut>

ITULAH SEDIKIT SEBANYAK SIFAT GUS DUR DAN CARA PERJUANGAN BELIAU - WALAU PUN NAMPAK 
LIBERAL TAPI BEGITU TEGAS DALAM SESETENGAH KEADAAN.
 
Pun begitu, dalam isu menegakkan ketuanan Islam di bumi Indonesia, kita janganlah 
terlalu mengharap. Kejadian terbaru di Pakistan seharusnya menjadi tauladan. Tatkala 
mana Jen Musharraf mengambil alih pemerintahan Pakistan daripada tangan Nawas Shariff, 
ada di antara kita yang terus melompat kegembiraan kerana nostalgia lama Jen Zia 
Ul-haq sebagai seorang pejuang muncul kembali dalam ingatan - tetapi sebaliknya pula 
yang berlaku:

"Tak sampai sebulan Jen Musharraf memerintah Pakistan, pemimpin utama kumpulan Jamiat 
El-Islami telah dikena perintah buang daerah kerana mencabar Jen Musharraf yang cuba 
menyebarkan ajaran Kemalism (Kamal Altartuk) di Pakistan".

So, berbalik kepada Gus Dur di Indonesia,  dari sudut perjuangan untuk menegakkan 
daulah islamiyah di bumi Indonesia, tak banyak yang mampu kita buat. Apa yang kita 
mampu lakukan cumalah berdoa dan menanti dengan penuh harap dan hampa berdegap.....

Wassalam,
Pakdin


---------------------------------------------------
Get free personalized email at http://www.iname.com

 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
 ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED]   pada body : SUBSCRIBE HIZB)
 ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED]  pada body:  UNSUBSCRIBE HIZB)
 ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan             )
 ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net                  )
 ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED]                    )
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Pengirim: [EMAIL PROTECTED]

Kirim email ke