*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
 {  Sila lawat Laman Hizbi-Net -  http://www.hizbi.net     }
 {        Hantarkan mesej anda ke:  [EMAIL PROTECTED]         }
 {        Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED]     }
 *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
  Undilah PAS : MENENTANG KEZALIMAN & MENEGAKKAN KEADILAN
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Assalamualaikum para netters yang dihormati dan dikasihi sekalian!
Saudara armuda, saya pernah mendengar, sekiranya kita ada bermimpi perkara
yang tidak baik, adalah lebih elok jika kita tidak menceritakan kepada orang
lain! sekiranya kita bermimpi perkara yang baik dan menggembirakan, dibolehkan
cerita kepada orang lain! Sesungguhnya mimpi yang baik itu datangnya daripada
Allah swt dan mimpi yang buruk dan ngeri datangnya daripada syaitan! Sekiranya
saudara bermimpi perkara yang buruk lagi, hendaklah saudara meludah ke sebelah
kiri sebanyak 3 kali sambil membaca auzubillahiminasyaitonirrojim - aku
berlindung kepada Allah daripada syaitan yang direjam! Insya allah, mimpi
tersebut tidak akan menjadi betul sekiranya ada tafsirannya! Wallahualam!
Hanya Allah saja yang maha mengetahui! Sekian.



"armuda" <[EMAIL PROTECTED]> wrote:

> --------------------------------------------- 
>       Attachment:  
>       MIME Type: multipart/alternative 
> --------------------------------------------- 
Assalamualaikum

Kepada netters

Tolong tafsirkan mimpi saya yang berlaku pada malam 15 Rejab.

Dalam mimpi saya dan beberapa orang sahabat sedang bermuzakarah didalam
surau.Salah seorang dari kami melihat kelangit yang pada ketika itu sedang
berlaku gerhana matahari, kami pun sama-sama melihat pergerakan gerhana
tersebut. Seperti yang sedia maklum bulan akan menutup keseluruhan matahari,
tetapi apbila hampir habis bulan hendak menutupi matahari tiba-tiba bulan dan
matahari terpisah dua sekira-kira dua tiga depa pandangan mata kasar, dan
selepas itu bulan dan matahari itu berlaga antara satu sama lain dan
mengeluarkan satu letupan yang amat dahsyat sehingga mengegarkan bumi
seperti gempa yang amat dahsyat.

sekian.


 


____________________________________________________________________
Get your own FREE, personal Netscape WebMail account today at 
http://webmail.netscape.com.

 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
 ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED]   pada body : SUBSCRIBE HIZB)
 ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED]  pada body:  UNSUBSCRIBE HIZB)
 ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan             )
 ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net                  )
 ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED]                    )
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Pengirim: Zaki Zainudin <[EMAIL PROTECTED]>

Reply via email to