*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
 {  Sila lawat Laman Hizbi-Net -  http://www.hizbi.net     }
 {        Hantarkan mesej anda ke:  [EMAIL PROTECTED]         }
 {        Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED]     }
 *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
  Undilah PAS : MENENTANG KEZALIMAN & MENEGAKKAN KEADILAN
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
CHANDRA MUZAFFAR AKAN SAMAN MURAD KHALID

Berikutan fitnah oleh Murad Khalid, pegawai bank bacul, MEDIA RAKYAT FIRAUN 
2020 mendapatkan reaksi mereka yang dituduh olehnya.
Timbalan Presiden KeADIlan, Dr Chandra Muzaffar, menyatakan beliau akan 
menyaman Murad atas tuduhan kononnya professor itu mengambil wang untuk 
ALIRAN.Dr Chandra merupakan presiden ALIRAN tidak lama dahulu.Bagaimanapun, 
Dr Chandra menegaskan kepada pihak kami beliau tidak takut dengan tuduhan 
Murad kerana beliau tidak bersalah."Jika Murad benar, kemukakan bukti, " 
seru Dr Chandra.
Dr Chandra menjelaskan, ini sebahagian taktik jahat pihak musuh yang 
mempergunakan orang-orang "tersepit". Murad difahamkan mahu membebaskan 
dirinya dari penjara yang sedang menunggu.Dr Chandra berkata, beliau yakin 
bahawa tuduhan Murad itu akan tumpas jika Murad diheret ke mahkamah 
kelak.MEDIA RAKYAT FIRAUN 2020 29 OKTOBER 1999

ANWAR MOHON PENYOKONG BERJUANG SEBAGAI MUSLIM

Dalam pepatah Inggeris ada menyebut, "a drowning man clutches straws". 
Maksudnya, orang yang sedang lemas sanggup berpaut pada apa sekalipun, 
termasuk bilah-bilah jerami. Dalam pepatah Melayu pula ada menyebut, "orang 
mengantuk disorongkan bantal". Mafhumnya, kalau ada peluang, mesti tangkap, 
sebab kita memang memerlukan. Begitulah ceritanya dengan Murad Khalid, bekas 
penolong gabenor Bank Negara Malaysia yang dituduh rasuah dan menggelapkan 
wang rakyat. Kini Murad menuduh kawan lamanya, Anwar Ibrahim terlibat sama. 
Tuduhan Murad, mengikut fahaman MEDIA RAKYAT FIRAUN 2020, telahpun 
dimaklumkan kepada Anwar. Jawab Anwar, dia tidak pernah terlibat dan dia ada 
bukti dia tidak terlibat. Tiba masanya, bukti itu akan dikeluarkan.  Apa 
yang hendak dipelikkan dengan Murad, Zahid Hamidi, Saifuddin Abdullah, 
Suhaimi Ibrahim, Ahmad Saad, Abdul Latif Mirasa, Wan Zahidi Wan Teh dan 
lain-lain pengecut yang bacul ini?
Mereka orang UMNO dan orang UMNO itu nalurinya penakut, bacul dan dayus. 
Itulah sebabnya kita menentang UMNO dan Barisan Nasional. Itulah sebabnya 
kita bertungkus-lumus ingin mematikan kerjaya politik MAHAFIRAUN dan 
kuncu-kuncunya. Naluri mereka adalah sebagai penipu dan pengkhianat.  MEDIA 
RAKYAT FIRAUN 2020 meminta Anwar Ibrahim segera menjawab, tetapi Anwar 
menasihatkan kami jangan terjatuh ke dalam perangkap samar MAHAFIRAUN. 
Nasihat bakal perdana menteri itu, setiap tindakan ada waktu dan ketikanya. 
Beliau meminta keyakinan semua penyokong supaya mengizinkan beliau 
beristikharah sebelum membongkar sepenuhnya kejahatan MAHAFIRAUN.
Masanya akan tiba, tetapi Anwar mohon kita menggunakal akal fikiran yang 
bijaksana dan berhikmah. Berbagai taktik kotor akan digunakan oleh 
MAHAFIRAUN. Kita mesti pandai supaya tidak terjerumus. "Bukan calang-calang 
orang yang boleh berjuang," kata beliau. "Many come, but few are called" 
(Ramai datang, hanya sejumlah yang layak menjadi pejuang). Oleh itu MEDIA 
RAKYAT FIRAUN 2020 menyampaikan pesan Anwar Ibrahim, marilah kita 
beristikharah bersama beliau dan merancang pencak seterusnya dengan hikmah. 
29 OKTOBER 1999

TAFSIR MAFHUM KENYATAAN PENGKHIANAT BACUL BERNAMA MURAD

Murad Khalid, pengkhianat bacul yang takut ke penjara telah mula menabur 
fitnahnya. Tidak hairanlah, Murad yang biasa dengan kemewahan takut untuk 
disumbat ke penjara atas kesalahannya sendiri. Lantas, Murad menjual 
maruahnya kepada MAHAFIRAUN. Jika diteliti laporan BERNAMA, sebuah agensi 
propaganda MAHAFIRAUN yang tidak berwibawa, tuduhan Murad dikatakan cukup 
meyakinkan. Namun, bila
dilihat laporan agensi berita Bloomberg seperti di bawah, wartawan cukup 
sangsi dan memaparkan beberapa tandatanya terhadap tuduhan Murad. Sila ikuti 
tafsiran MEDIA RAKYAT FIRAUN 2020 seperti di bawah:
Malaysian Ex-Central Banker, Facing Charges, Denounces Anwar
Maksudnya: Besar kemungkinan Murad hanya membuat kenyataan ini sebab takut 
masuk penjara.
Kuala Lumpur, Oct. 28 (Bloomberg)- Abdul Murad Khalid, a former Malaysian 
central bank official facing criminal charges of failing to disclose all his 
financial assets, said he helped raise $31.6 million to fund former Finance 
Minister Anwar Ibrahim’s political career.
Maksudnya: Murad kononnya mengaku menjadi kasyier Anwar. Cuba tuan-tuan 
lihat jumlahnya itu. Hanya RM 31.6 juta? Sedangkan Murad dituduh mempunyai 
harta haram peribadi sebanyak RM 20 juta. Benarkah itu duit Anwar, atau 
adakah ianya wang yang disonglap oleh Murad untuk dirinya atas ALASAN 
kononnya itu wang Anwar? Jangan lupa, taktik yang sama digunakan oleh 
MAHAFIRAUN dalam kes Datuk Nalakaruppan Solaimalai. Tetapi, peniaga beragama 
Hindu ini lebih kukuh imannya daripada Murad, seorang yang mengaku dirinya 
Muslim. Nalla dengan berani mengaku wang RM 2 juta di rumahnya bukan wang 
Anwar, walaupun polis menderanya supaya mengaku begitu.
Murad, 46, told a news conference he used his former post as assistant 
governor of Malaysia’s central bank to arrange loans to help settle debts of 
Anwar’s political allies and to help them buy control of publicly traded 
companies such as New Straits Times Press Bhd. and Malaysian Resources Corp. 
Bhd.
MAKSUDNYA: Bila pulak NST dan MRCB kepunyaan Anwar? Syarikat-syarikat ini 
dimiliki bersama oleh Qarun Malaysia Daim Zainuddin dan UMNO. Jika ianya 
milik Anwar masakan Johan Jaafar (UM), Nazri Abdullah (BH), Khalid Ahmad 
(MRCB) dan Yunos Said (TV3) boleh dipaksa letak jawatan? Siapa sebenarnya 
pemilik NST dan MRCB? Tentu bukan Anwar. Mari kita tanya Tun Daim 
Zainuddin...Siapa punya syarikat NST dan MRCB ini, Tun? Tun punya? Ohhh, 
begitu...Jadi maknanya Murad "mengatur" pinjaman untuk Daim, bukannya untuk 
Anwar!
``This is intended to provide the public with the proper perspective on the 
machinations of (Anwar),’’ Murad said. ``I now realize I have been exploited 
and made use of by Anwar to hold assets for his political and personal use 
and benefit.’’
MAKSUDNYA: Murad diberi makan pil oleh Dr. MAHAFIRAUN. Pil itu namanya pil 
gertak. Apabila makan pil ini, si pesakit akan menjadi takut terhadap 
ancaman
MAHAFIRAUN dan "sedar" bahawa mereka telah "dipergunakan" oleh Anwar. 
Hebatnya pil ini!
Murad’s remarks precede his trial on March 13, 2000, in which he said he 
would plead not guilty to breaking Malaysia’s banking laws by failing to 
disclose assets of 24 million ringgit ($6.3 million) worth of shares and 
real estate. If convicted, Murad, could be jailed for up to five years, 
fined up to 5 million ringgit, or both. He was charged on Sept. 16.
MAKSUDNYA: Bloomberg memberi sindiran bahawa Murad takut masuk penjara. Itu 
sebabnya dia sanggup memfitnah Anwar. Khalid Jafri sanggup memfitnah Anwar 
dengan bayaran RM 1.5 juta daripada Daim, Azizan pula hanya berharga RM 500 
ribu. Murad ini mahal sedikit. Daim terpaksa bayar RM 24 juta untuk mendapat 
"kerjasamanya". Tapi Zahid Hamidi lagi mahal - harganya RM 300 juta!
Murad said his denunciation of Anwar was made to ``clear (his) conscience.’’ 
Murad declined to say whether he would’ve denounced Anwar had his former 
mentor and friend not been sacked from the government.
MAKSUDNYA: Kawan ketawa banyak, kawan menangis mana nak cari?
Murad’s news conference was held in a hotel near a police station in Kuala 
Lumpur’s Chinatown, where plainclothes officers kept watch over the 
proceedings.
MAKSUDNYA: Bloomberg syak pihak polis terlibat memaksa Murad "bekerjasama". 
Kita pun tahu maruah Polis di-Raja Malaysia langsung tidak bernilai. 
Wartawan asing ini pun rupanya peka bahawa Murad orang terdesak. Orang 
terdesak, kalau hendak menyelamatkan batang lehernya, bunuh anak isteri 
sendiri pun sanggup!
Murad’s denunciation follows another in June, when Ahmad Zahid 
Hamidi—Anwar’s ally in the country’s dominant political party, Umno—said he 
was influenced by Anwar to raise issues of cronyism and nepotism during 
Umno’s annual meeting last year in order to embarrass Prime Minister 
Mahathir Mohamad.
MAKSUDNYA: Zahid Hamidi pun dua kali lima. Jawa di Indonesia seperti Gus 
Dur, Amin Raies dan Megawati memperjuangkan KeADIlan tetapi Jawa Perak ini 
penakut. Bukan kita tidak tahu, Zahid belajar makan rasuah daripada 
mentornya dalam Pemuda UMNO Najib Tun Razak. Zahid takut rumahnya dekat 
Country Heights Kajang dirampas...
Anwar’s dismissal from the government preceded the arrest of one of his 
associates and a raid on the business of another: Anwar’s tennis partner, 
Nallakaruppan Solaimalai, was charged with illegally possessing live 
ammunition, which carries a mandatory death sentence. He was also sacked 
from the board of the country’s oldest gambling company, Magnum Corp. Bhd. 
Tong Kooi Ong, CEO of PhileoAllied Bank Bhd., who helped arrange meetings 
for Anwar with foreign investors, was raided by the central bank on 
suspicion the bank had breached a rule that limited loans to a single 
customer. No charges were ever filed against Tong or PhileoAllied.
MAKSUDNYA: Semua orang yang rapat dengan Anwar akan didera dan ditekan oleh 
MAHAFIRAUN dalam usaha fitnah jahatnya. Apa salah Tong? Memperkenalkan 
pelabur asing kepada Menteri Kewangan pun salah? Bukankah itu tugas Anwar? 
Kalau begini baik tangkap kawan-kawan Daim seperti George Tan (Southern 
Bank) dan Nizar Tun Razak (CIMB). Mereka pun banyak memperkenalkan pelabur 
asing kepada Daim...Tak salahkah?
Still, Murad said in a seven-page sworn statement that Tong had set up an 
account and was holding 200 million ringgit on Anwar’s behalf. Tong couldn’t 
be reached for comment.
MAKSUDNYA: RM 200 juta? Itu duit Anwarkah duit kamu Murad? Atau duit Daim? 
Semua orang tahu PhileoBank proksi Daim semenjak 1995 lagi...Di Petik Dari 
BloombergMEDIA RAKYAT FIRAUN 2020 29 OKTOBER 1999


WAN ZAHIDI LAYAK DIHUKUM SEBAT

Seseorang yang berpangkat "ustaz" sepatutnya orang yang terpelajar. 
Seseorang yang berpangkat "ustaz" biasanya manis tutur katanya dan dilapik 
pula dengan pengetahuan yang mendalam. Namun ciri-ciri ini tidak ada pada 
Ustaz Wan Zahidi Wan Teh, seorang pencacai MAHAFIRAUN yang kini ke hulu dan 
ke hilir menabur fitnah. Ustaz Wan Zahidi salah seorang bekas pegawai khas 
Anwar Ibrahim. Semasa menjadi Timbalan Perdana Menteri, Anwar mengekalkan 
khidmat Wan Zahidi yang dilantik oleh Timbalan Perdana Menteri terdahulu 
iaitu Tun Ghaffar Baba.Wan Zahidi dipilih menjadi pegawai khas Ghaffar Baba 
kerana Wan Zahidi mengaku taat pada MAHAFIRAUN, berasal dari keluarga UMNO 
dan mempunyai hubungan rapat dengan ABIM. Semasa itu, Tun Ghaffar memang 
cuba menjalinkan hubungan rapat dengan ABIM. Antara orang ABIM lain yang 
turut diambil kerja oleh Tun Ghaffar ialah Setiausaha Politiknya, Datuk 
Kamarudin Jaffar.Bagaimanapun, berbeza dengan orang ABIM lain, Wan Zahidi 
tidaklah mempunyai kepercayaan yang kukuh terhadap pergerakan brjamaah. 
Malah, Wan Zahidi pernah mengaku bahawa ABIM adalah batu loncatannya untuk 
mendapat "kerja lebih baik daripada menjadi pensyarah universiti".
      Oleh itu, Wan Zahidi adalah ulamak su´atau ulamak duniawi. Tak 
hairanlah kita, dalam UMNO memang ramai yang mengaku ulamak termasuk Tun 
Ghaffar sendiri, tetapi taraf ulamak itu bukannya dikurniakan oleh Naib 
Canselor atau Pro Canselor mana-mana universiti, tetapi darjat kurniaan 
Allah SWT. Kita pelik melihat Wan Zahidi menyatakan bahawa MAHAFIRAUN adalah 
ulil amri dan berhak membunuh Anwar jika dia mahu. Rasanya, Wan Zahidi tidak 
tahu atau sengaja terlupa "membunuh orang tanpa hak" itu adalah dosa yang 
tersangat besar.
Adakah MAHAFIRAUN mempunyai hak untuk membunuh Anwar? Benar, MAHAFIRAUN 
adalah Perdana Menteri, tetapi dia bukan pemerintah negara. Pemerintah 
negara, dari pandangan perundangan Islam, bukanlah Perdana Menteri iaitu 
"wazirul kabir" sahaja, sedangkan pemerintah negara atau "amir-ud-daulah" 
adalah Yang di-Pertuan Agong. Itupun, Yang di-Pertuan Agong hendaklah 
bertindak melalui perundangan, terutama hukum syara´. Jika Anwar hendak 
dibunuh, atas kesalahan apa perlu dia dibunuh?
       Jika Anwar dibunuh atas alasan dia meliwat, benar ini terkandung 
dalam Hadd, tetapi mana bukti dan saksinya seperti yang dituntut oleh Islam? 
Adakah perbicaraan Anwar menurut syari´e. Jawabnya TIDAK. Maka atas sebab 
apa Anwar mahu dibunuh? Adakah dia kafir harbi, atau murtad, atau munafiq, 
atau apa? Jawapannya, Anwar tidak boleh dibunuh. Tetapi yang layak dihukum 
sebat ialah MAHAFIRAUN dan Wan Zahidi sendiri yang menyebar fitnah.Malah, 
dengan "fatwa" terbarunya, tidak mustahil Wan Zahidi melanggar batasan 
syirik. Adakah Wan Zahidi mahu bertaubat?Oleh MUDIR MUNIR 29 OKTOBER 1999

LAKONAN DATUK ADNAN RAMLI DAN TUAN HJ YAHYA JAMALUDIN

Majlis ceramah penerangan oleh pegawai penerangan Umno bahagian yang dipecat 
bersama setiausaha bahagian di Cawangan Kampung Paya (Kadun Permatang 
Pasir)telah meninbulkan kontrovesi apabila jawapan yang diberikan oleh 
penceramah hanyalah jawapan pembohongan terhadap orang kampung.Datuk Adnan 
Ramli telah berceramah tajuk sejarah Umno dan kenapa kita kena sokong 
Umno!Apabila golongan tua bertanya kalau parti Umno baik kenapa Dr.Haron 
Din, Dr.Hassan Ali dan Datuk Haji Ishak Baharom telah menyertai PAS?Datuk 
Adnan Ramli tergamam kerana tidak menyangka bahawa soalan itu datang dari 
veteran Umno.Jawapan beliau ialah...Mereka semua ada kepentingan.Datuk Ishak 
Baharom mahu jawatan mufti,Datuk Haron Din mahukan projek perparitan.Tetapi 
tentang Dr. Hassan Ali beliu terdiam!Nampak sangatlah kebodohan Datuk Adnan 
Ramli!Alnakah malunya kalau seluruh kakitangan BANK PERSATUAN tahu sifat 
keji Datuk Adnan Ramli.Tuan Hj.Yahya Jamaludin (cikgu Ya) dan Datuk Adnan 
Ramli kesal kerana pembakang mempergunakan Datin Sri Wan Azizah untuk 
berkempen!!Mereka berdua berkata"kami kenal Anwar Ibrahim lebih dekat dan 
lama bersama beliau"
       Kalau dah kenal mengapa tak tolong Anwar Ibrahim.Jijik kalau haji tua 
bangka tak sedar diri lagi.Bukan sebagai ahli as sunnah wal jamaah...kita 
wajib tolong saudara islam yang kena zalim.Boleh jadi kamu tak nak tolong 
Anwar Ibrahim sebab Anwar Ibrahim telah dipecat sebagai ahli 
Umno.Perlembagaan parti melarang menolong bukan ahli parti.Mana lebih 
wajib...mematuhi perlembagaan umno atau perlembagaan as-sunnah wal jamaah( 
al qur’an dan hadis). Malahan di beberapa siri ceramah umno Datuk Adnan 
Ramli dan Cikgu Ya telah mencerca Anwar Ibrahim.munafiq dan fasiq jika dah 
tahu Anwar Ibrahim tak buat liwat tetapi merestuinya kerana gilakan pangkat 
dan harta.Munafiq jugalah jika menafikan Anwar Ibrahim tidak menolong 
kamu(dengan izin Allah jua) apa-apa.Datuk Adnan Ramli tiada apa-apa dan 
Cikgu Ya hanya guru sekolah rendah. Cerminlah diri sikit kalau nak cerca 
Anwar Ibrahim.Seluruh umat Islam amnya dan khasnya kaum keluarga mesti tahu 
perangai manusia yang berjiwa iblis.Anwar Ibrahim mesti tahu Datuk Adnan 
Ramli dan Cikgu Ya memainkan peranan utama menghina Anwar Ibrahim dan 
sekeluarga. Alhamdulillah...Akhirnya terluah juga ungkapan ini dari mulut 
Anwar Ibrahim "SAYA TAK SANGKA CIKGU YA SANGGUP BERBUAT BEGITU KEPADA 
SAYA!"Peristiwa ini dibuat pada 18-10-1999.29 OKTOBER 1999


______________________________________________________
Get Your Private, Free Email at http://www.hotmail.com

 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
 ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED]   pada body : SUBSCRIBE HIZB)
 ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED]  pada body:  UNSUBSCRIBE HIZB)
 ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan             )
 ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net                  )
 ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED]                    )
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Pengirim: "Hoot Hoot" <[EMAIL PROTECTED]>

Reply via email to