*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
 {  Sila lawat Laman Hizbi-Net -  http://www.hizbi.net     }
 {        Hantarkan mesej anda ke:  [EMAIL PROTECTED]         }
 {        Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED]     }
 *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
  Undilah PAS : MENENTANG KEZALIMAN & MENEGAKKAN KEADILAN
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
MIME-Version:  1.0
Assalamualaikum sahabat2ku...
Aku tulih email ini untuk menyampaikan pesanan Ust.Harun Din...
Aku amat berharap kawan2 dapat bersabar dan membace sehingga habis email ini 
supaya selesai tanggungjawab aku untuk menyampaikan maklumat ini. Begini 
cerita dia...
Pada 22 oktober 1999 jam 8.00 malam, aku, azli, nin dan nitham telah 
bertolak ke kg. air baloi, pontian untuk mengikuti ceramah ust. harun din ( 
kire2 sejam dari utm ).Beliau mengupas soal syirik.. Dan aku rasa kawan2 
semua patut tahu apa kupasan tersebut..Terlebih dahulu aku nak katakan 
disini bahawa aku bukannya memandai mandai dalam soal agama yang aku nak 
sampaikan ini tetapi cuma untuk menyampaikan apa yang aku dengar... jelas.. 
siap dok baris depan lagi, depan speakar... Seperti yang kite ketahui... 
Negara kite nie banyak tugu... Antara yang famousnya ialah Tugu Kebangsaan, 
Tugu Helang Laut kat langkawi dan sebagainya.. Tahukah kawan2 bahawa pada 
tahun 1993,
Mufti wilayah persekutuan telah mengeluarkan fatwa bahawa " segala tugu-tugu 
itu serta pembinaannya adalah haram...     ciri-cirinya menyerupai 
berhala... dan melawatnya juga adalah haram.. " Setelah fatwa itu 
dikeluarkan, maka ia digazetkan bermakna tindakan undang2 boleh dikenekan 
kepada sesiapa yang melawat tugu kebangsaan! Tetapi sayang2... pihak atasan 
tidak suka akan keputusan itu maka disuruhnya pihak mufti menarik balik 
fatwa itu... Setelah berbincang...  Mufti tersebut tidak mahu menarik balik 
fatwa itu... Maka pihak atasan telah menarik balik gazet tersebut maka apa 
yang tinggal ialah fatwa sahaja... tiada tindakan undang2 yang boleh 
diambil...

Menurut kupasan Ust. Harun Din, tugu2 ini boleh mendatang syirik...Beliau 
berkata..." bawalah dosa anda sebesar langit dan bumi kepada
Allah dan Allah mungkin akan mengampunkannya tetapi   jika terdapat walau   
sedikit/sebesar zarahpon dosa   syirik maka Allah tidak akan mengampunkan 
orang itu..." dan kata beliau lagi..." walaupun kita tidak pergi ke tugu2 
tetapi jika kita
‘redha’ atau     tidak melakukan apa2, berdiam diri, maka   kita juga akan 
mendapat   dosa tersebut iaitu dosa syirik..." Contoh kedua yang beliau 
utarakan dalam perbincangan dosa syirik ini ialah nama negeri perlis iaitu 
perlis indera kayangan...
" Menurut kamus dewan... indera bermaksud nama tuhan hindu manakala kayangan 
bermaksud tempat di mana tuhan2 bersemayam...  maka makna   sebenar ialah 
perlis tempat tuhan hindu bersemayam.." Menurut beliau... Nama perlis ini 
juga mendatangkan dosa syirik...
Perkara terakhir yang dibincangkan ialah isu perlembagaan negara...
Tahukah kawan2 bahawa... Perlembagaan Negara Fasa ke-14 mengatakan bahawa 
mana2 undang2 akan terbatal dan tidak boleh dipakai jika ia bertentangan 
dengan undang2 yang telah dinyatakan di dalam perlembagaan termasuklah 
undang2 hudud... iaitu undang2 yang dicipta oleh Allah. Kata beliau 
seterusnya... Dosa syirik boleh diakibatkan oleh...
1. Mempertahankan perlembagaan serta undang2 ciptaan manusia dan 
membuatkannya mengatasi undang2 ciptaan Allah iaitu hudud dll.
2. Menyokong mereka yang mempertahankan perlembagaan.
3. Mereka yang berdiam diri.
4. MEREKA YANG MENGATAKAN BAHAWA HUKUM HUDUD ITU ZALIM

( BERMAKNA ALLAH JUGA ADALAH ZALIM )!
Dengan ini selesailah tanggungjawab aku untuk menyampaikan segala maklumat 
diatas kepada kawan2 sekalian.... Aku berterima kasih kepada kawan2 semua 
kerana sudi membaca email ini sehingga habis.. Semoga nasihat2 daripada 
Ust.Harun Din di atas kite renungi bersama dan ambil iktibar. Wassalam..
Boss.

* - Balik dari kg. air baloi pukul 12.30 tengahmalam,berjalan 2 km ke tempat 
parking kete pasal jalan jem, PENUH! Nie bukan kat bandar     nih.. kat 
kampung ulu! estimate crowd 10,000. Alhamdulillah



"Jika takut dengan risiko, jangan bicara tentang perjuangan!" - Anwar 
Ibrahim

______________________________________________________
Get Your Private, Free Email at http://www.hotmail.com

 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
 ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED]   pada body : SUBSCRIBE HIZB)
 ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED]  pada body:  UNSUBSCRIBE HIZB)
 ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan             )
 ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net                  )
 ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED]                    )
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Pengirim: "Hoot Hoot" <[EMAIL PROTECTED]>

Kirim email ke