*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
 {  Sila lawat Laman Hizbi-Net -  http://www.hizbi.net     }
 {        Hantarkan mesej anda ke:  [EMAIL PROTECTED]         }
 {        Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED]     }
 *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
  Undilah PAS : MENENTANG KEZALIMAN & MENEGAKKAN KEADILAN
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
.... bersambung dari bahagian I

Lalu Rasultillah s.a.w. berkata:

”Wahai Ali, duduklah kamu sesungguhnya Allah s.w.t.
telah menetapkan
tempatmu dan mengetahui isi hatimu.”

Setelah itu Hasan dan Husin bangun dengan berkata:

”Wahai ‘Ukasyah, bukankah kamu tidak tahu bahawa kami
ini adalah cucu
Rasulullah s.a.w., kalau kamu menqishash kami sama
dengan kamu menqishash Rasulullah s.a.w.”

Mendengar kata-kata cucunya Rasulullah s.a.w. pun
berkata:

”Wahai buah hatiku, duduklah kamu berdua.”

Berkata Rasulullah s.a.w.

”Wahai ‘Ukasyah pukullah saya kalau kamu hendak
memukul.”

kemudian ‘Ukasyah berkata:

”Ya Rasulullah s.a.w., anda telah memukul saya sewaktu
saya tidak memakai
baju.”

Maka Rasulullah s.a.w. pun membuka baju, sebaik sahaja
Rasulullah s.a.w.
membuka baju maka  menangislah semua yang hadir.
Sebaik sahaja ‘Ukasyah melihat tubuh badan Rasulullah
s.a.w. maka ia pun mencium beliau dan berkata;

”Saya tebus anda dengan jiwa saya, ya Rasulullah
s.a.w. siapakah yang
sanggup memukul anda. Saya melakukan begini adalah
sebab saya hendak menyentuh badan anda yang dimuliakan
oleh Allah s.w.t dengan badan saya. Dan Allah s.w.t.
menjaga saya dari neraka dengan kehormatanmu.”

Kemudian Rasulullah s.a.w. berkata:

”Dengarlah kamu sekali-an, sekiranya kamu hendak
melihat ahli syurga,
inilah orangnya.”

Kemudian semua para jemaah bersalam-salaman atas
kegembiraan mereka
terhadap peristiwa yang sangat genting itu. Setelah
itu para jemaah pun berkata:

”Wahai ‘Ukasyah, inilah keuntungan yang paling besar
bagimu, engkau telah
memperolehi darjat yang tinggi dan bertemankan
Rasulullah s.a.w. di dalam syurga.”

Apabila ajal Rasulullah s.a.w. makin hampir maka
beliau pun memanggil para
sahabat ke rumah Siti Aisyah r.a. dan beliau berkata:

”Selamat datang kamu semua semoga Allah s.w.t.
mengasihi kamu semua, saya
berwasiat kepada kamu semua agar kamu semua bertaqwa
kepada Allah s.w.t. dan mentaati segala perintahnya.
Sesungguhnya hari perpisahan antara saya dengan kamu
semua hampir dekat, dan dekat pula saat kembalinya
seorang hamba kepada Allah s.w.t dan menempatkannya di
syurga. Kalau telah sampai ajalku maka hendaklah Ali
yang memandikan-ku, Fadhl bin Abas hendaklah
menuangkan air dan Usamah bin Zaid hendaklah menolong
keduanya. Setelah itu kamu kapanilah aku dengan
pakaianku sendiri apabila kamu semua menghendaki, atau
kapanilah aku dengan kain yaman yang putih. Apabila
kamu memandikan aku, maka hendaklah kamu letakkan aku
di atas balai tempat tidurku dalam rumahku ini. 
Setelah itu kamu semua keluarlah sebentar meninggalkan
aku. Pertama yang akan menshalatkan aku ialah Allah
s.w.t., kemudian yang akan menshalat aku ialah Jibril
a.s., kemudian diikuti oleh malaikat Israfil, malaikat
Mikail, dan yang akhir sekali malaikat lzrail berserta
dengan semua para pembantunya. Setelah itu baru kamu
semua masuk beramai-rarnai bershalat ke atasku.”

Sebaik sahaja para sahabat mendengar ucapan yang
sungguh menyayat hati itu
maka mereka pun menangis dengan nada yang  deras dan
berkata:

”Ya Rasulullah s.a.w. anda adalah seorang Rasul yang
diutus kepada kami dan
untuk semua, yang mana selama ini anda memberi
kekuatan dalam penernuan kami dan sebagai penguasa
yang menguruskan perkara kami. Apabila anda sudah
tiada nanti kepada siapakah yang akan kami tanya
setiap persoalan yang timbul nanti?.”

Kemudian Rasulullah s.a.w. berkata:

”Dengarlah para saha-batku, aku tinggalkan kepada kamu
semua jalan yang
benar dan jalan yang terang, dan telah aku tinggalkan
kepada kamu semua dua penasihat yang satu daripadanya
pandai bicara dan yang satu lagi diam sahaja. Yang
pandai bicara itu ialah AI-Quran dan yang diam itu
ialah maut.  Apabila ada sesuatu persoalan yang rumit
di antara kamu, maka hendaklah kamu semua kembali
kepada AI-Quran dan Hadis-ku dan sekiranya hati kamu
itu berkeras maka lembutkan dia dengan mengambil
pengajaran dari mati.”

Setelah Rasulullah s.a.w. berkata demikian, maka sakit
Rasulullah s.a.w.
bermula. Dalam bulan safar Rasulullah s.a.w. sakit
selama 18 hari dan sering diziaiahi oleh para sahabat.
Dalam sebuah kitab diterangkan bahawa Rasulullah
s.a.w. diutus pada hari Isnin dan wafat pada hari
Isnin. Pada hari Isnin penyakit Rasulullah s.a.w.
bertambah berat, setelah Bilal r.a.  selesaikan azan
subuh, maka Bilal r.a. pun pergi ke rumah Rasulullah
s.a.w..  Sesampainya Bilal r.a. di rumah Rasulullah
s.a.w. maka Bilal r.a. pun memberi salam:

”Assalaarnualaika ya rasulullah.”

Lalu dijawab oleh Fatimah r.a.:

”Rasulullah s.a.w. masih sibuk dengan urusan beliau.”

Setelah Bilal r.a. mendengar penjelasan dari Fatimah
r.a. maka Bilal r.a.
pun kembali ke masjid tanpa memahami kata-kata Fatimah
r.a. itu. Apabila waktu subuh hampir hendak lupus,
lalu Bilal pergi sekali lagi ke rumah Rasulullah
s.a.w. dan memberi salam seperti permulaan tadi, kali
ini salam Bilal r.a. telah di dengar oleh Rasulullah
s.a.w. dan baginda berkata;

”Masuklah wahai bilal, sesungguhnya penyakitku ini
semakin berat, oleh itu
kamu suruhlah Abu Bakar mengimarnkan shalat subuh
berjemaah dengan mereka yang hadir.”

Setelah mendengar kata-kata Rasulullah s.a.w. maka
Bilal r.a. pun berjalan
menuju ke masjid sambil meletakkan tangan di atas
kepala dengan berkata:

”Aduh musibah.”

Sebaik sahaja Bilal r.a. sampai di masjid maka Bilal
r.a. pun memberitahu
Abu Bakar tentang apa yang telah Rasulullah s.a.w.
katakan kepadanya. Abu Bakar r.a. tidak dapat menahan
dirinya apabila ia melihat mimbar kosong maka dengan
suara yang keras Abu Bakar r.a. menangis sehingga ia
jatuh pengsan.  Melihatkan peristiwa ini maka riuh
rendah dalam masjid, sehingga Rasulullah s.a.w.
bertanya kepada Fatimah r.a.;

”Wahai Fatimah apakah yang telah berlaku?.”

Maka Fatimah r.a. pun berkata:

”Kekecuhan kaum muslimin, sebab anda tidak pergi ke
masjid.”

Kemudian Rasulullah s.a.w. memanggil Ali r.a. dan
Fadhl bin Abas, lalu
Rasulullah s.a.w. bersandar kepada kedua mereka dan
terus pergi ke masjid.  Setelah Rasulullah s.a.w.
sampai di masjid maka beliau pun bershalat subuh
bersama dengan para jemaah. Setelah selesai shalat
subuh maka Rasulullah s.a.w. pun her-kata:

”Wahai kaum muslimin, kamu semua sentiasa dalam
perto-longan dan
pemeliharaan Allah, oleh itu hendaklah kamu semua
bertaqwa kcpada Allah s.w.t. dan mengerjakan segala
perintahnya. Sesungguhnya aku akan meninggalkan dunia
ini dan kamu semua, dan hari ini adalah hari pertama
aku di akhirat dan hari terakhir aku di dunia.”

Setelah berkala demikian maka Rasulullah s.a.w. pun
pulang ke rumah beliau.
Kemudian Allah s.w.t. mewahyukan kepada  malaikat
lzrail:

”Wahai lzrail, pergilah kamu kepada kekasihku dengan
sebaik-baik rupa, dan
apabila kamu hendak mencabut rohnya maka hendaklah
kamu melakukan dengan cara yang paling lembut sekali.
Apabila kamu pergi ke rumahnya maka minta izinlah
lerlebih dahulu, kalau ia izinkan kamu masuk, maka
masuklah kamu ke rumahnya dan kalau ia tidak izinkan
kamu masuk maka hendaklah kamu kembali padaku.”

Sebaik sahaja malaikat lzrail mendapat perintah dari
Allah s.w.t. maka
malaikal lzrail pun turun dengan menyerupai orang Arab
Badwi. Setelah malaikat lzrail sampai di hadapan rumah
Rasulullah s.a.w. maka ia pun memberi salam:

”Assalaamu alaikum yaa ahia baitin nubuwwati wa ma
danir risaalati a
adkhulu?” [Mudah-mudahan keselamatan tetap untuk kamu
semua sekalian, wahai penghuni rumah nabi dan sumber
risaalah, bolehkan saya masuk?”

Apabila Fatimah mendengar orang memberi salam maka
ia-pun berkata;

”Wahai hamba Allah, Rasulullah s.a.w. sedang sibuk
sebab sakitnya yang
semakin berat.”

Kemudian malaikat lzrail berkata lagi seperti
dipermulaannya, dan kali ini
seruan malaikat itu telah didengar oleh Rasulullah
s.a.w. dan Rasulullah s.a.w. bertanya kepada Falimah
r.a.:

”Wahai Fatimah, siapakah di depan pintu itu.”

Maka Fatimah r.a. pun berkata:

”Ya Rasulullah, ada seorang Arab badwi memanggil mu,
dan aku telah katakan
kepadanya bahawa anda sedang sibuk sebab sakit,
sebaliknya dia memandang saya dengan tajam sehingga
saya merasa menggigil badan saya.”

...... bersambung


=====

__________________________________________________
Do You Yahoo!?
Bid and sell for free at http://auctions.yahoo.com

 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
 ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED]   pada body : SUBSCRIBE HIZB)
 ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED]  pada body:  UNSUBSCRIBE HIZB)
 ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan             )
 ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net                  )
 ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED]                    )
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Pengirim: Pemuda Cawangan <[EMAIL PROTECTED]>

Kirim email ke