*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
 {  Sila lawat Laman Hizbi-Net -  http://www.hizbi.net     }
 {        Hantarkan mesej anda ke:  [EMAIL PROTECTED]         }
 {        Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED]     }
 *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
  Undilah PAS : MENENTANG KEZALIMAN & MENEGAKKAN KEADILAN
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Assalamualaikum dan salam reformasi...

Saya tertarik dengan pendapat saudari...memang betul tu...tapi dahulu
siapa yang memajukan Malaysia bukan Mahathir seorang...dah 4 PM kita lalui 
dan 4 orang 4 orang TPM diera Mahathir...pelik lah sikit...patutnya masalah 
dalaman patut dirunding bersama bukan dipecat terus...

Tapi negara kita mengamalkan demokrasi kalau barisan Alternatif tidak 
berjaya seperti yang diwarwarkan apasalahnya kita ganti semula kepada 
BN...cuma kita test dalam masa 5 tahun sahaja...kalau baik kita akan 
teruskan dan kalau tidak membawa sebarang kemajuan kita ganti balik dalam 
masa 5 tahun kemudian...FIKIRKAN!!!Tapi undilah barisan 
Alternatif...InsyaAllah perubahan akan berlaku...

Mungkin di Batu Pahat tak teruk sosialnya macam kat KL nie pasal saya org KL 
dan saya lihat dengan mata kepala saya sendiri keruntuhan akhlaq dan moral 
para pemudi kita...terutama orang melayu...yang mengaku Islam...FIKIRKAN!!!

HARIS KL


>From: juliana <[EMAIL PROTECTED]>
>To: [EMAIL PROTECTED]
>Subject: H-Net* Pandangan dr celah tingkap
>Date: Thu, 28 Oct 1999 23:07:31 +0800
>
>
>  *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
>  {  Sila lawat Laman Hizbi-Net -  http://www.hizbi.net     }
>  {        Hantarkan mesej anda ke:  [EMAIL PROTECTED]         }
>  {        Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED]     }
>  *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
>   Undilah PAS : MENENTANG KEZALIMAN & MENEGAKKAN KEADILAN
>  ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
>
>Assalamualaikum kepada semua warga hizbi.
>
>Saya ingin memberikan pandangan saya berkenaan kemelut politik di negara
>kita ini.
>
>Ramai org tua- muda hangat memperkatakan isu politik, Mahathir,Anwar dan
>macam macam lagi.
>Saya dibesarkan dlm kelompok UMNO di mana arwah datuk saya adalah angkatan
>pertama yang membawa bendera UMNO tatkala zaman Onn Jaafar, ibu saya juga
>adalah bekas Ketua wanita UMNO di bahagian Batu Pahat dan bapa saudara saya
>masih lagi menjawat jawatan penting di dlm organisasi UMNO.
>
>Telah 28 thn saya hidup di bumi Allah ini dan apa yang saya dapat
>perhatikan adalah pertumbuhan, kemajuan negara yang telah dibangunkan di
>zaman permerintahan UMNO sebagai kerajaan pusat.Alhamdulillah. Tiba tiba
>saya dikejutkan dengan berita saudara Anwar dipecat dihukum dengan alasan
>yang cukup jelek. Saya terduduk.. Betulke?? Ye ke??
>
>Kemudian saya mengikuti sejarah perbicaraannya.. Sungguh mengecewakan. Hari
>demi hari, saya dapat perhatikan bahawa rakyat mula menentang kerajaan
>UMNO,menentang pucuk pimpinan parti.
>
>Persoalannya sekarang adakah UMNO bersalah??
>
>UMNO diterajui oleh persident, naib president dan ahli ahli parlimennya.
>Pada pandangan saya UMNO cumalah sebuah kerajaan parti yang dahulukalanya
>diterajui oleh pahlawan negara yang menjadi contoh kepada rakyat, tetapi
>sekarang iannya telah dipimpin oleh seorg diktator yang mahukan segala
>galanya sehingga lupa bahawa hari makin senja..
>
>Saya cukup tertarik dengan tulisan dr salah seorg netter di dlm email ini,
>yg mengatakan kita semua ini ibarat menaiki bas express, tetapi bas itu
>telah membawa penumpang denagn cara berbahaya.. jadi kita cuma perlu
>tukarkan driver bas dan kelidannya sahaja.. Bas tetap sama.. masih bas
>express yang itu jugak. Samalah juga iramanya dengan politik di dilm UMNO,
>disebabkan seorg dua yang membawa `bas' dengan cara yang amat berbahaya
>ianya telah mengancam keselamatan `penumpangnya'. Dan paling menyedihkan
>sekali `pemandu bas' itu telah memegang tiket bas dan jika didapati sesiapa
>yg membantah cara ianya memandu penumpang itu tentunya dihumban keluar dari
>bas itu. Amat Menyedihkan....
>
>Saya berada di persimpangan di mana saya amat buntu untuk membuat keputusan
>yang tepat, Saya perlukan org yang boleh tegakkan pandangan beliau di
>persada antarabangsa mengenai ekonomi seperti Mahathir,org yang boleh
>bersuara yakin didlm membahaskan isu industri seperti Rafidah. Kemudian
>saya terfikir semula adakah org seperti itu di dalam kerajaan Pas dan parti
>alternatif yang lain. Saya juga terfikir bolehkah Nik Aziz membahaskan isu
>isu kemelut ekonomi di dlm persidangan antara bangsa? Saya masih di dlm
>kesamaran...
>
>Saya adalah anak kecil yang masih tercari cari jawapan didlm soalan saya
>ini. Pastinya saya tidak mahu melihat UMNO terus terusan bernasib sebegini
>yang hanya dimonopolikan oleh org2 tertentu, apa yg saya idamkan adalah
>UMNO dipimpin oleh org yg boleh tegakkan undang2 negara justera undang2
>Islam, yang mahir didlm bidang ekonomi, yang boleh bersikap adil dan
>saksama,yang boleh manjadikan motto `bersih,cekap dan amanah' sebagai
>landasannya.
>
>Ini adalah pandangan saya yang masih amateur di dlm bidang politik tanah
>air. Tiada niat bagi saya utk menyentuh peribadi seseorg..diharapkan tiada
>siapa yg ambil hati..
>
>masih tercari cari.....
>
>
>
>  ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
>  ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED]   pada body : SUBSCRIBE HIZB)
>  ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED]  pada body:  UNSUBSCRIBE HIZB)
>  ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan             )
>  ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net                  )
>  ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED]                    )
>  ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
>
>Pengirim: juliana <[EMAIL PROTECTED]>

______________________________________________________
Get Your Private, Free Email at http://www.hotmail.com

 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
 ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED]   pada body : SUBSCRIBE HIZB)
 ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED]  pada body:  UNSUBSCRIBE HIZB)
 ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan             )
 ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net                  )
 ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED]                    )
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Pengirim: "Neo de Uno" <[EMAIL PROTECTED]>

Kirim email ke