*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~* { Sila lawat Laman Hizbi-Net - http://www.hizbi.net } { Hantarkan mesej anda ke: [EMAIL PROTECTED] } { Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED] } *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~* Undilah PAS : MENENTANG KEZALIMAN & MENEGAKKAN KEADILAN ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~ PERAKUAN BERKUNUN SEORANG BACUL BERNAMA MURAD Budaya pendakwaan selektif (selective prosecution) telah menjadi sebati di dalam sistem undang-undang negara kita. Persis undang-undang semerah padi.Pendakwaan dilakukan sesuka hati. Ikut nafsu. Tidak perlu ada undang-undang mahupun peraturan. Kalaupun ada, undang-undang yang digubal oleh Parlimen (yang majoritinya wakil rakyat BN) mempunyai serampang dua mata. Pertama, bagi melindungi hak-hak dan kepentingan mereka (orang-orang BN) yang berkuasa. Kedua, bagi menindas mana-mana parti pembankgnag termasuk rakyat jelata. Maka itu setelah Anwar Ibrahim dipecat, kabinet BN termasuk seluruh jentera kerajaan yang diterajui MAHAFIRAUN berusaha habis-habisan memerangi perjuangan reformasi. Terbaru, kita dipersendakan dengan satu lagi adengan jenaka "Master Akaun Anwar Ibrahim" yang didedahkan melalui akuan "berkunun" seekor bacul bernama Murad. Kebanyakkan kita tidak kenal dengan siapa si Murad ini. Kita bukan kroni yang sering berurusan dengan Bank Negara. Bagi kebanyakan kita, si Murad tidak penting, samada ketika beliau di Bank Negara atau bank saudagar. Apa yang lebih penting bagi kita ialah mereka yang menjalankan kewajipan di Bank Negara dan ban saudagar juga perlu merupakan seseorang yang penuh dengan sifat amanah, mempunyai integriti tinggi dan bukan pak turut yang sentiasa mengiakan arahan sesiapa sahaja termasuk mencuri wang rakyat. Jika mereka itu tidak mempunyai ciri-ciri demikian, layaklah mereka menjadi seekor keldai sahaja, yang akan akur perintah membabi buta. Melihat kenyataan akhbar Murad, ternyatalah dari raut wajahnya bekas Gabenor Bank Negara ini merupakan seekor keldai yang bacul dan dungu. Kita hairan bagaimana mungkin seorang yang dikatakan berpelajaran, beragama dan dihormati dikalangan sektor kewangan bersikap seperti yang ditonjolkan. Kandungan kenyataan akhbar si Murad ini samalah bunyinya dengan kenyataan Umi Hafilda ketika menjelaskan kenapa Umi mendedahkan perihal salah laku Anwar Ibrahim. Kata Umi "Apa yang saya lakukan ini adalah diatas rasa keinsafan demi bangsa, agama dan negara". Bukankah demikian juga alasan Murad ‘keldai’ ini semasa membuat pendedahan baru-baru ini? Malahan, menurut akuan berkunun si Murad, apa yang didedahkannya itu adalah dengan penuh suci hati, penuh kerelaan, tanpa paksaan atau ugutan dari mana-mana pihak. Begitulah jujurnya bunyi Murad ini di dalam pengakuannya. Tidak kita sangka tiba-tiba sahaja Murad ini menjadi begitu patriotik. Bila kita amati kandungan akuan berkunun Murad, adalah terlalu sukar untuk mana-mana orang yang waras akal untuk mempercayainya. Masakan tidak, akuan berkunun itu penuh dengan "saya percaya" tanpa disokong sebarang bukti yang nyata dan sahih. Kalau benarlah si Murad ini penuh percaya, kenapa tidak dedahkan akaun-akaun yang dikatakan milik Anwar Ibrahim. Tidak mustahil jika ada tangan ajaib yang telah menyediakan akuan berkunun si Murad ini di dalam proses "turning over", sebagai kompromi melepaskan leher Murad ini dari pertuduhan tidak mengistiharkan harta yang sedang dihadapinya. Jika benarlah di Murad ini percaya, kenapa laluan yang dipilihnya ialah membuat pendedahan melalui akuan berkunun? Jika benar Murad ini percaya mengenai perbuatan salahlaku dan rasuah Anwar Ibrahim, bukankah laluan yang lebih waras ialah dengan membuat laporan polis? Kenapa keldai ini tidak membuat laporan polis? Apakah akuan berkunun itu merupakan cara baru untuk melaporkan kegiatan jenayah seperti yang ditetapkan di bawah undang-undang? Sebab sebenar mengapa si Murad tidak membuat laporan polis adalah kerana atas nasihat pihak polis sendiri. Jika laporan polis dibuat oleh si Murad ini, sudah pastilah rakyat akan membuat tanggapan bahawa laporan berkenaan tidak bebas kerana dipengaruhi oleh polis. Kita mempunyai sebab untuk mempercayai bahawa cara akuan berkunun ini ialah untuk menunjukkan kepada rakyat bahawa si Murad ini membuat pendedahan tersebut di atas sebab-sebab keinsafan dirinya sendiri, tanpa sebarang peranan mana-mana pihak lain. Pendedahan Murad mengejutkan banyak pihak terutama reaksi pertama Dollah Badawi dan akhirnya MAHAFIRAUN sendiri, seoalah suatu sandiwara bahawa mereka ini semua tidak tahu apa-apa sebelum pendedahan Murad itu. Rakyat cuba ditemberangkan bahawa kerajaan MAHAFIRAUN tidak tahu menahu dengan apa yang di dedahkan oleh Murad. Kita tidak sebodoh untuk Murad dan MAHAFIRAUN persendakan. Bukankah di dalam akuan berkunun Murad ini ada menyebut bahawa kerajaan tahu mengenai akaun-akuan ini? Bukankah sehari selepas pendedahan itu BPR umumkan untuk siasat? Bukankah sehari selepas itu juga MAHAFIRAUN umumkan untuk melantik suruhanjaya siasatan. Reaksi "terperanjat beruk" mereka hanyalah lakonan semata-mata bagi mengabui rakyat bahawa Murad ini telah membuat pendedahan itu secara bebas dan rela. Tindakan BPR dan penubuhan suruhanjaya siasatan nampaknya begitu responsif. Bukan suatu perkara yang menghairankan dalam budaya pendakwan selektif. Jika benarlah MAHAFIRAUN, Daim, Rafidah, Rahim Tambi Chik dan lain-lain kroni itu bersih, kita minta penjelasan dengan MAHAFIRAUN, Dugong dan BPR kenapa sehingga kini kes Perwaja masih belum selesai penyiasatannya? Kes Rafidah dan Rahim Tambi Chik digugurkan pendakwaannya? Laporan polis terhadap Daim apa beritanya? Apa jadi dengan laporan BPR terhadap Gabenor Bank Negara sekarang yang dikatakan menyimpan wang tunai lebih dari RM 100,000 di dalam biliknya ketika di EPU? Agenda sebenar disebalik pendedahan Murad itu adalah untuk mengalih pandangan rakyat dari pendedahan yang sedang dibuat oleh Anwar Ibrahim di mahkamah kini. Ia bertujuan mengelirukan rakyat bagi persediaan pilihanraya. Setakat ini sekali lagi strategi MAHAFIRAUN makan tuan. Mana tidaknya, mereka yang dinamakan mendapat faedah dari akaun-akaun Anwar Ibrahim itu termasuk orang kanan UMNO sendiri (Abdullah Ahmad) telah membuat penafian. Murad itu tidak perlu gentar dengan tindakan undang-undang yang akan diambil terhadapnya oleh mereka yang berkaitan. Kenapa perlu beliau gentar kerana tangan ajaib akan muncul lagi di dalam perbicaraan fitnah Murad ini nanti. Kepada mereka yang dinamakan oleh Murad ini silalah buat laporan polis terhadap Murad tunggangan MAHAFIRAUN ini kerana fitnah jenayah. Kepada pemimpin-pemimpin BA, segeralah buat laporan polis terhadap Murad ini kerana bersubahat di dalam kesalahan jenayah Anwar Ibrahim (pedulikan jika Murad ini diberikan kekebalan (imuniti) kerana menjadi saksi pendakwaaan). Berdasarkan kes-kes yang masih sedang di dalam penyiasatan (BPR, SC dan pihak polis) kita tunggu siri akuan berkunun dari mereka ini seterusnya nanti.Oleh Awang ISA 1 NOVEMBER 1999 EKORAN DAKWAAN MURAD - KECEKAPAN BPR MEMULAKAN SIASATAN Pengarah Siasatan BPR, Abdul Razak Idris telah mebuat kenyataan bahawa suatu laporan telah dibuat oleh BPR pada hari Sabtu 30hb Oktober mengenai penyelewengan Anwar yang melibatkan lebih RM 3 billion. Kita ucapkan setinggi-tinggi tahniah di atas kecekapan ajaib BPR yang selama ini macam lembu kenyang, tiba-tiba dikejutkan dengan berita sensasi "Master Accounts" Anwar. Isnin nanti, Ketua Pengarah BPR Datuk Ahmad Zaki akan mempengerusikan sendiri mesyuarat siasatan berkenaan. Segala-galanya seperti sudah di’orchestra’kan. Setiap pihak tahu apa yang perlu mereka cakap atau lakukan sebaik sahaja Murad membuat tuduhan. Kata si Murad,akuan berkununnya itu adalah di atas rasa keinsafannya terhadap kesalahannya selama ini kerana mengikut perintah Anwar membabi buta. Si Murad kata tiada paksaan atau tekanan dari mana-mana pihak. Itu sebab si Murad ini membuat laporan mengenai penyelewengan Anwar melalui akuan berkunun, bukan laporan polis atau BPR. Dollah Badawi membuat pengesahan bahawa akuan berkunun Murad tidak didorong oleh kerajaan. Itu cerita peribadi Murad. Rafidah Aziz menggunakan kesempatan itu sebaik-baiknya dengan menyerang balas Anwar. Daim pula menekankan bahawa integriti Bank Negara tidak terjejas kerana apa yang berlaku adalah pada zaman Anwar. Sejak diterajui Daim, pegawai-pegawai Bank Negara terdiri dari orang yang baik-baik belaka. Ghani Othman pula akan mendedahkan perbuatan rasuah Anwar di negeri Johor. Ulasan dan perkara yang berlaku selepas pendedahan si Murad menampakkan rentetan peristiwa yang begitu tersusun rapi, berdasarkan suatu skrip yang begitu lengkap dan kemas untuk terus memperbodohkan penyokong-penyokong BN. Mengikut laporan, penyiasatan BPR masih belum dimulakan. Ianya akan bermula pada hari Isnin, 1hb November dengan mesyuarat yang akan dipengerusikan oleh Datuk Ahmad Zaki untuk menentukan skop siasatan. Sungguhpun siasatan belum bermula, skop siasatan belum ditentukan, akhbar-akhbar BN hari ini (lihat Sunday Times 31/10/99 muka hadapan) telah melaporkan petikan sidang akhbar Ahmad Zaki yang menyebut bahawa penyiasatan itu akan dipecahkan kepada beberapa kumpulan untuk memudahkan kerja-kerja siasatan. Tambah si Zaki, kita akan buka lebih dari satu fail. Bukankah pelik sangat bunyinya? Sedang bidang siasatan masih belum ditentukan, si Zaki ini sudah dapat anggar berapa banyak fail yang perlu dibuka untuk tujuan siasatan. Syabas dan tahniah kepada BPR yang begitu cekap menjalankan tugas mereka. BPR anggap tuduhan yang dibuat oleh si Murad dalam akuan berkununnya amat serius. Maka itu perlu disiasat segera. Yang menjadikan perkara ini serius sebenarnya adalah kerana akuan berkunun berkenaan adalah berkaitan tuduhan terhadap Anwar. Jesteru, perlu diberikan keutamaan. Laporan polis yang dibuat oleh Anwar terhadap Daim, Rafidah, Rahim Tambi Chik, Eric Chia dan MAHAFIRAUN sendiri semuanya tidak serius. Tak perlu berikan keutamaan. Kita tidak hairan selepas ini akan muncul lebih banyak orang yang akan tampil membuat perakuan berkunun seperti si Murad. Budaya "Muradisma" akan diperkenalkan di Malaysia tidak lama lagi dengan pengakuan-pengakuan baru terhadap Anwar hasil dari proses "turning over". Secara lojiknya, jIka benarlah Anwar telah menyelewengan RM 3 billion, khususnya RM 50 million ke akaun peribadinya, takkanlah sedikitpun dari jumlah itu selama ini tidak diketahui oleh MAHAFIRAUN. Kenapa penyelewengan ini tidak dijadikan sebahagian dari pertuduhan Anwar semasa dibicarakan terhadap pertuduhan rasuah dahulu. Mungkin tidak keterlaluan untuk kita jangkakan bila tiba-tiba akaun bank Anwar akan mengandungi jutaan RM, yang akan dikreditkan oleh MAHAFIRAUN. Bukankah Bank Negara dan bank saudagar juga di kawal Daim. Tidak mustahilkan jika ada transaksi ghaib di dalam akaun bank Anwar. Kita tidak boleh menolak kemungkinan perkara ini akan berlaku seperti kes racun arsenic dahulu. MAHAFIRAUN begitu gentar sekarang ini untuk menghadapi pilihan raya dengan pendedahan demi pendedahan salahlaku dan penyelewengan yang dibuat Anwar melalui laporan-laporan polis. MAHAFIRAUN dan kuncu-kuncunya lebih gentar lagi kerana Anwar mula membuat pendedahan di dalam perbicaraan yang sedang dihadapinya ketika ini. MAHAFIRAUN akan membinasakan Anwar dengan apa cara sekalipun demi menjadi kepentingannya. Kita semua jangan terkecut jika selepas ini suatu plot baru akan menyusul. Jika plot pertama berkaitan tuduhan rasuah (tanpa melibatkan wang) dan kedua salahlaku seks, plot ketiga ini adalah tuduhan rasuah yang melibatkan jumlah wang yang amat besar. Kita tunggu hasil siasatan BPR yang pastinya akan disudahkan sebelum pilihanraya. Supaya siasatan kelihatan bebas dan tidak bermotifkan politik, kita boleh agak laporan ini akan diselesaikan dan didedahkan kepada seluruh dunia sebelum pengumuman pilihanraya. Tak percaya, tunggu saja. Kita sudah boleh baca percaturan mereka.Oleh Awang ISA 1 NOVEMBER 1999 BELANJAWAN 2000: BELANJAWAN PEMURAH JELMAAN MACHIAVELLI Tiba-tiba sahaja BN-UMNO(baru) berubah 180 darjah. BN-UMNO(baru) yang dulunya kedekut, bakhil, ‘taik idong masin’ - tiba-tiba menjadi begitu pemurah dan dermawan! Lalu terbelalaklah mata rakyat pabila mendengar pembentangan belanjawan ‘pemurah’ ini. Rasa macam tidak percaya bilamana satu belanjawan yang teramatlah mesra rakyat di bentangkan tatkala suasana politik negara kian memihak kepada Barisan Alternatif. Maka gegak-gempitalah seketika kedai-kedai kopi di seluruh negara. Masing-masing terfikir mungkinkah ini petanda parlimen akan di bubarkan? Terlupalah rakyat seketika tentang kezaliman BN-UMNO(baru) merampas tanah rakyat untuk projek ternakan udang harimau di Kerpan serta berbagai tragedi rampasan tanah yang lain. Kenaikan kos pembelajaran akibat pengkorporatan IPT yang menyusahkan rakyat juga hilang dari ingatan seketika. Serta berbagai kezaliman BN-UMNO(baru) bagaikan tiada dalam kotak fikiran rakyat. Setelah direnung sekali dan ditenung tiga empat kali, akhirnya rakyat memahami - Oh, inilah rupaya politik sekular ala Machiavelli yang diamalkan oleh BN-UMNO (baru). Demi mengekalkan tampuk kekuasan maka BN-UMNO(baru) akan bertindak apa sahaja termasuklah membentangkan belanjawan yang kononnya ‘pemurah’. Matlamat menghalalkan cara sudah sebati dalam jiwa BN-UMNO(baru). Para pemimpin BN-UMNO(baru) melihat pengekalan tampuk kekuasaan sebagai satu cara untuk terus memunggah hasil mahsul negara ke dalam poket mereka.Maka belanjawan ‘pemurah’ di lihat sebagai satu cara untuk menarik sokongan rakyat terhadap mereka. BN-UMNO(baru) amat mengharapkan undi dari rakyat untuk terus mengaut keuntungan ke dalam kantung mereka. Dalam suasana ekonomi yang masih belum memberangsangkan, tiba-tiba setiap kakitangan awam yang berjumlah kira-kira 880,000 orang akan mendapat bonus paling minima RM1,000! Juga 880,000 kakitangan awam ini akan menikmati kenaikan gaji 10 peratus!. Sungguh aneh. Kenapa masa ekonomi mencanak gaji mereka tak naik dan semasa ekonomi merudum dan suasana politik gawat , maka gaji mereka naik? Dapat bonus pulak tu. Tatkala ekonomi negara mengalami pertumbuhan 8% setiap tahun, bukan sahaja bonus, malah gaji kakitangan awam pun susah nak naik. Macam mana nak naik kalau berbilion-bilion kekayaan negara di gunakan untuk projek-projek mega seperti pembinaan KLCC, Litar F1, Mahligai PM, serta berbagai projek mega lain. Pada masa itu BN-UMNO(baru) terramatlah kedekut nak mampus untuk memberikan kenaikan gaji. Dalam belanjawan ‘pemurah’ ini juga, cukai pendapatan individu, koperasi serta berbagai cukai pendapatan lain akan di kurangkan. Caruman wang KWSP juga boleh di keluarkan untuk membiayai pengajian anak-anak. Dan lesen television pula turut di mansuhkan dalam belanjawan ini!. Jika bayaran untuk lesen television ialah RM 24, maka hasil dari lesen television ini ialah berjumlah RM 48,000,000 sekiranya 2 juta rakyat membayar lesen. Namun jelas sekali bahawa belanjawan ‘pemurah’ di waktu ekonomi merudum ini sebenarnya mampu untuk membina 100,000 buah rumah kos rendah setahun!Maka jelas juga bahawa ketika ekonomi begitu memberansangkan, rakyat telah di tipu oleh BN-UMNO(baru). Di negara ini terdapat ramai rakyat yang amat memerlukan rumah kos rendah. BN-UMNO(baru) kelihatannya berkeyakinan bahawa rakyat akan menghargai belanjawan ini dan terus memberikan mandat kepada mereka. Tetapi natijahnya BN-UMNO(baru) sebenarnya menjerat diri sendiri. Rakyat yang mampu menganalisa dengan baik pembentangan belanjawan ‘pemurah’ ini akan dapat merasakan terdapat beratus-ratus pembohongan telah di lakukan oleh BN-UMNO(baru) selama ini. Rakyat kebanyakannya tahu bahawa semua hasil mahsul negara yang bernilai berbilion-bilion ringgit telah di faraidkan ke dalam kantung suku-sakat dan kroni-kroni BN-UMNO(baru) selama ini. Rakyat tidak akan tertipu lagi. Rakyat melihat pembentangan belanjawan ini adalah merupakan taktik jelmaan Machiavelli yang akan merugikan rakyat. Rakyat sedar bahawa sekiranya undi di berikan kepada BN-UMNO(baru), maka undi itu nanti akan di balas dengan tuba beracun. Hakikatnya belanjawan ‘pemurah’ yang di bentangkan di parlimen ini hanyalah merupakan satu belanjawan terdesak. Belanjawan ini sebenarnya mahukan rakyat menjelmakan sokongan mereka terhadap BN-UMNO(baru) dalam bentuk undi. Apabila mandat kembali kepada BN-UMNO(baru) maka belanjawan ‘pemurah’ akan bertukar kepada belanjawan ‘peras rakyat’. Hakikatnya BN-UMNO(baru) kini sedang bergelut dengan cabaran yang amat getir. Kemelut politik yang melanda BN-UMNO(baru) menjadikan para pemimpinnya lemas bagai di landa gelombang. Malangnya penawar yang mereka pilih adalah politik sekular tajaan Machiavelli. Ironisnya ramai rakyat kini menjadi ‘the silent majority’. Dan hakikatnya rakyat telah sedar betapa selama ini BN-UMNO(baru) tidak mementingkan rakyat selama ini. BN-UMNO(baru) tidak layak diberikan mandat lagi.Bahkan satu liang lahat telah di sediakan oleh rakyat untuk menguburkan 14 komponen parti di dalam BN. Rakyat di negara ini kini telah ramai yang kembali berpaksikan keadilan. Jatidiri mereka tidak akan dapat di jual-beli dengan belanjawan ‘pemurah’. Setiap mereka bertanggungjawap terhadap agama, bangsa dan negara. Demi maslahat politik, ekonomi dan sosial maka kebanyakan rakyat negara ini tidak akan bersekongkol lagi dengan BN-UMNO(baru). Sistem politik negara ini memerlukan reformasi. Mereka bertekad untuk merobah iklim politik negara ini yang selama ini di kuasai oleh ahli politik jelmaan Machiavelli. Mereka bertekad untuk merobah dari segenap penjuru. Biarpun dada di tusuk besi kursani namun paksi keadilan yang telah mereka genggam tidak akan goyang. Persepsi BN-UMNO(baru) bahawa rakyat akan terpesona dan terpedaya dengan belanjawan ‘pemurah’ adalah satu persepsi mabuk. Rata-rata rakyat sebenarnya telah dapat membaca pencak politik BN-UMNO(baru). Rakyat sebenarnya mengerti bahawa belanjawan ‘pemurah’ ini adalah antara agenda BN-UMNO(baru) menjelang ‘pilihanraya terkotor’. Sebelum ini pun telah banyak agenda BN-UMNO(baru) di jalankan demi mengekalkan majoriti 2/3 menjelang ‘pilihanraya terkotor’. Antaranya ialah mencabul institusi mahkamah, hospital dan polis supaya mengikut telunjuk mereka. Agenda yang lain pula ialah meletakkan arsenik di dalam makanan bakal Perdana Menteri Dato Seri Anwar Ibrahim. Bagi rakyat cukuplah dengan segala macam kezaliman, ketidakadilan dan penindasan terhadap rakyat yang telah dilakukan oleh BN-UMNO(baru). Rakyat tidak akan tertipu hanya kerana belanjawan ‘pemurah’. Justeru, usahlah BN-UMNO(baru) berangan untuk terus mendapat mandat dari rakyat. Menjelang alaf baru, satu sinaran keADIlan sedang memancar di ufuk timur untuk rakyat Malaysia. Dan di celah-celah sinaran itu terdapat bayangan batu nesan untuk BN-UMNO(baru). Akhirul kalam, belanjawan ‘pemurah’ jelmaan Machiavelli ini sebenarnya tidak akan mampu untuk menarik sokongan rakyat. Rakyat tahu bahawa belanjawan ‘pemurah’ ini akan bertukar menjadi belanjawan ‘rompak rakyat’ jika mandat terus di berikan kepada BN-UMNO(baru). Nyata, jelas dan terang sekali bahawa belanjawan ‘pemurah’ ini telah berjaya menyerlahkan kebejatan BN-UMNO(baru) selama ini! Oleh LanaR SAMY VELLU HINA ISLAM Assalaamualaikum dan salam sejahtera kepada semua pencinta keadilan sekalian.Darah saya betul-betul mendidih bila terbaca kata-kata Samy Vellu dalam majalah Detik keluaran 15 Oktober 1999 mukasurat 11. Dalam temuramah dengan Ustaz Ahmad Awang itu, Ustaz telah mendedahkan bahawa dalam satu ceramah di Sungai Siput, Samy Vellu telah berkata: "Apa, Quran boleh bikin lebuhraya ka?".Kata-kata itu disambut pula dengan tepukan dari barua-barua UMNO! Cis, lancang betul mulut kamu ye Samy! Kamu betul-betul mencabar kejantanan kami anak-anak muda Muslim. Berani kamu hina Al-Quran yang tiada cacat cela dan sentiasa kami junjung dan cium sejak kami kecil lagi berkat asuhan ibu-bapa kami. Kamu rasa kamu akan terlepas begitu saja tanpa meminta maaf secara terbuka kepada seluruh umat Islam? Nampaknya kamu nak join Ling Liong Sik dan Lim Kheng Yeik memperleceh agama kami ye? Mentang-mentang kamu ingat bahawa boss kamu si MAHAFIRAUN tu tak akan melakukan tindak-balas sebagaimana Ayatullah Khomeini lakukan terhadap Salman Rushdi, maka kamu ingat kamu selamat? Apa, kamu ingat kami hairan dengan tepukan barua-barua UMNO tu ke? Mereka semua tu hidup bertuhankan pangkat dan harta, bahlol dan bacul! Ya kami tahu yang MAHAFIRAUN pun selalu cakap yang lebih-kurang begitu, sebab itulah kami rakyat Islam Malaysia memang mempunyai agenda dan perhitungan tersendiri untuk meng’ajar’nya nanti. Kamu sendiri sedar yang nyawa politik kamu tu bergantung pada undi orang Islam bukan? Why ‘so stupid then’? Fikirlah dahulu sebelum mengatakan sesuatu? Sebenarnya mengikut Al-Quran, jika kamu tidak mengetahui cara melakukan sesuatu (seperti membina lebuharaya), maka pergilah berjumpa dengan mereka yang pakar dalam perkara berkenaan. Juga Al-Quran mengajar kita untuk mengejar ilmu pengetahuan duniawi dan akhirat.Sebenarnya kamu sebagai seorang yang berpangkat besar dan berpengaruh patut memahami sikap sensitif rakyat Islam terhadap perkara sebegini. Juga saya syorkan agar kamu membaca Al-Quran dengan hati yang ikhlas, barulah kamu akan memahami perasaan kami mengenai agama suci kami.Kami bukan mencari musuh dan bukan pula golongan extremist. Tapi kamu telah hina Al-Quran yang menjadi Imam atau pegangan hidup kami. Dan jangan pula kamu jadikan isu ini isu perkauman. ‘We have great respect to our fellow countrymen like MGG Pillai,Sivarasiah, Irene Fernandez, P. Uthayakumar and a lot more’. Kami berjiran dan bercampur-gaul dengan semua orang tanpa mengira latar-belakang bangsa dan agama. ‘But by saying those craps, you really have gone one blasphemous step too far! You’d better watch who’s behind you from now on....’ Jebat Siber 1 NOVEMBER 1999 LAGI PENIPUAN BN DALAM KEM TENTERA A.T.M MK 2 Bgd. Ipoh.Saya telah menghadiri taklimat pilihan raya pada jam 2:30 petang hingga 3:45 petang pada 26 Okt. 99 di pejabat majikan saya. Saya telah dilantik oleh pegawai A.T.M agar dapat menjalankan urusan pentadbiran pilihanraya kepada anggota dan keluarga tentera secara POS.Untuk makluman, kalau Kem 2 RRD. 23 RAMD mempunyai pengundi berdaftar seramai 492 orang, tetapi dalam taklimat yang disampaikan, dari jumlah tersebut seramai 130 orang akan dipindahkan ke DUN Ulu Kinta dan 362 orang lagi akan tetap di DUN Ipoh Timur. Apabila ditanya kenapa 130 orang ini akan dipindahkan ke DUN Ulu Kinta? Jawapan yang diberikan, INI ADALAH ARAHAN PIHAK ATASAN KERAJAAN!!! Di Ipoh saja mempunyai lebih kurang 7 atau 8 kem Tentera Darat dan Udara yang berlainan Kor perkhidmatan. Kalau satu kem dipindahkan 130 ke 150 orang, kalau 7 atau 8 kem, kiralah sendiri. Untuk makluman, ini adalah kali ke 3 saya ditugaskan menguruskan pengundian anggota dan keluarga tentera tetapi pilihan raya ke 10 ini, awal-awal lagi penipuan telah dapat dikesan oleh kami yang menjadi KULI kepada kerajaan. Kami A.T.M bersumpah tetap mempertahankan kedaulatan negara, bangsa dan agama, tetapi bukan ta’at setia kami kepada BN atau UMNO yang memerintah penuh dengan kepura-puraan. Walau pun kami diberi gaji tetapi kami tetap tidak menyokong BN dan UMNO demi untuk menyenangkan MAHAFIRAUN dan kroni-kroninya. Kami telah dikerah untuk menguruskan segala persiapan untuk pemilih-pemilih membuang undi tanpa satu sen pun dibayar upah. Sedangkan di luar sana, budak tampal poster DACING saja dapat RM 50-60. Sekarang siapa yang menggunakan jentera kerajaan..BN atau BA???? Kalau benar-benar demokrasi biar pihak awam jadi pemerhati untuk anggota tentera semasa mengundi..baru adil.Kalau di Sabah, peti undi POS ikan yang kira….dari atas helikopter terus dicampak ke laut. Ini semua arahan dari pihak atasan BN.Buatlah apa yang patut. Tipu tetap tipu, kami hanya lihat, dengar buat diam-diam. Itu saja…tak boleh buat apa-apa. Tolonglah. Reformasi ATM dan TUDM,TDM, TLDM. Oleh pembaca MAHAFIRAUN 2020 1 NOVEMBER 1999 QARUN MALAYSIA BENTANG BELANJAWAN MEMBAZIR Dalam sibuk Qarun Malaysia Daim Zainuddin menuduh Anwar Ibrahim kononnya tidak peka terhadap keutamaan peruntukan negara, Daim sendiri membentangkan belanjawan membazir. Sudah RM 1.8 juta wang rakyat diberi kepada Alexander Yoong. Berapa rumah murah boleh dibina dengan wang tersebut? Berapa keluarga miskin boleh dibantu berdikari dengan wang tersebut? Daim yang tidak pernah memahami erti hidup susah sekali lagi memalukan rakyat Malaysia dengan sikap bongkaknya itu...PENDAHULUAN RM1.8 JUTA UNTUK LAHIR PELUMBA FORMULA ONE KUALA LUMPUR, 29 Okt (Bernama) -- Kerajaan akan menyediakan bantuan pendahuluan sebanyak RM1.8 juta dalam usahanya melahirkan seorang pelumba Malaysia beraksi dalam perlumbaan kereta Formula One. Ketika membentangkan Belanjawan 2000 di Dewan Rakyat hari ini, Menteri Kewangan Pertama Tun Daim Zainuddin berkata kerajaan sentiasa bersedia membantu rakyat Malaysia yang berpotensi mencapai kecemerlangan dalam bidang sukan. "Berikutan kejayaan pelayaran solo seorang anak watan mengelilingi dunia baru-baru ini, adalah menjadi harapan kita supaya seorang lagi anak Malaysia untuk berlumba di perlumbaan Formula One pada masa yang singkat. Pengumuman Daim itu sekaligus mencerahkan harapan negara untuk melihat seorang pelumba Malaysia beraksi dalam Formula Satu. Pelumba muda Alexander Yoong, yang kini berlumba dalam Formula 3, merupakan pelumba harapan negara untuk berlumba dalam perlumbaanberprestij itu (Formula One).Yoong sebelum ini menghadapi masalah kewangan untuk meneruskan cita-citanya kerana beliau perlu menyertai seberapa banyak perlumbaan Formula 3 bagi membolehkannya memperbaiki ranking dunia sebelum membolehkannya menyertai Formula Satu. Kementerian Belia dan Sukan telah menyumbangkan RM150,000 kepada Yoong untuk mengurangkan bebannya menyertai perlumbaan Formula 3 Britain Ogos lepas.MEDIA RAKYAT FIRAUN 2020 31 OKTOBER 1999 ______________________________________________________ Get Your Private, Free Email at http://www.hotmail.com ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~ ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED] pada body : SUBSCRIBE HIZB) ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED] pada body: UNSUBSCRIBE HIZB) ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan ) ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net ) ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED] ) ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~ Pengirim: "Hoot Hoot" <[EMAIL PROTECTED]>