*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
 {  Sila lawat Laman Hizbi-Net -  http://www.hizbi.net     }
 {        Hantarkan mesej anda ke:  [EMAIL PROTECTED]         }
 {        Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED]     }
 *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
  Undilah PAS : MENENTANG KEZALIMAN & MENEGAKKAN KEADILAN
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Assalamualaikum,
                 Saya tertarik sungguh dengan konsep Master Account yang 
diperkenalkan oleh Barisan Kroni baru-baru ini. DSAI dikatakan mempunyai 
Master Account. Master Account ini dipunyai oleh seorang Towkay. Sesiapa 
yang hendak beri duit kepada DSAI diminta masukkan duit kedalam Master 
Account ini. Tetapi buku cek Towkay itu pegang, yang boleh sign pun dia 
seorang saja, malah nama akaun pun nama dia seorang saja!

                 Isy! Bagus betul konsep ini. Saya pun teringin nak buka 
Master Account untuk DSAI, untuk membantu kos guaman beliau dan sebagainya. 
Nanti saya akan umumkan kepada pembaca budiman nombor akaun dan nama bank 
itu, ya? Sesiapa hendak contribute kepada DSAI sila masukkan duit 
banyak-banyak kedalam akaun ini ya? Tapi buku cek saya pegang, yang sign 
saya seorang saja dan nama akaun pun nama saya seorang saja, OK? Isy! Takkan 
tak percaya kepada saya kot?

                  Justeru itu saya nak buka Master Akaun untuk Dr Mahathir 
juga. Kroni-kroni sila ambil perhatian! Siapa berminat untuk bagi duit untuk 
Dr Mahathir sila hantar emel kapada saya dialamat ini, [EMAIL PROTECTED] Nanti 
saya balas balik bagi tau nombor akaun nama bank dsb. Harap hantar duit 
juta-juta, ya? Nanti malu kat Anwar, Master Account Mahathir mesti banyak 
lagi kan?

                   Oh ya! Untuk makluman Polis, SB dan Badan Pembantu 
Rasuah, saya percaya Musa Hassan ada memegang Master Account untuk Rahim 
Noor. Saya harap tuan-tuan akan mengambil tindakan terhadap Rahim Noor 
sebagaimana tuan2 mengancam mengambil tindakan terhadap  DSAI, diatas 
'kepercayaan' Dato Murad. Barulah adil kan? Kes sama saja, Dato Murad 
percaya, saya pun percaya, Dato Murad 'verily believe' saya pun 'verily 
believe', Dato Murad tidak kemukakan bukti2 kukuh saya pun tidak kemukakan. 
Sama kuat saja kes kita kan?

                   Oh! Makcik saya pesan dia pun ada pegang Master Account 
untuk Rafidah Aziz tapi entah kenapa sumbangan turun mendadak
baru-baru ini, tinggal 50 sen saja dalam akaun.

                   Kucing saya pun ada Master Account untuk isteri kawan 
dia, Dugong yang mati dahulu. Tetapi bila pergi kat Bumiputra Commerce 
diberitahu akaun SPTF dia telah ditutup dan dipindahkan kat Bank Muamalat, 
Cawangan Timbuktu.

                    Saya kira konsep Master Account ini adalah suatu
penemuan baru sumbangan Malaysia Boleh kepada dunia. Pak Man Telo pun angkat 
tabik! Mana tidak, buka akaun atas nama sendiri, kata untuk orang lain dan 
berjuta-juta duit masuk. Master Account ke, Master Bohong, Master Dusta dan 
Master Fitnah?

Wassalam,

Ahmad Adil


______________________________________________________
Get Your Private, Free Email at http://www.hotmail.com

 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
 ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED]   pada body : SUBSCRIBE HIZB)
 ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED]  pada body:  UNSUBSCRIBE HIZB)
 ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan             )
 ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net                  )
 ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED]                    )
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Pengirim: "Ahmad Adil" <[EMAIL PROTECTED]>

Kirim email ke