*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
 {  Sila lawat Laman Hizbi-Net -  http://www.hizbi.net     }
 {        Hantarkan mesej anda ke:  [EMAIL PROTECTED]         }
 {        Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED]     }
 *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
  Undilah PAS : MENENTANG KEZALIMAN & MENEGAKKAN KEADILAN
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~


Semakin parah nampaknya sebuah parti asobiyah yang
sudah kehilangan hala tuju perjuangannya. Setelah
ketua nombor satunya berjaya
mengindoktrinasikan fahaman Mahathirisme kepada semua
pengikut, kini Setiausaha Agungnya pula meminta
mana-mana ahlinya yang didakwa
berjumlah 2 juta orang  tampil ke hadapan untuk
menceritakan pengalaman mereka bersama Anwar Ibrahim
satu ketika dulu. Maka dicanangkanlah ke
seluruh pelosok kampung akan seruan jelek ini.

KM Melaka yang selama ini dilabel sebagai "orang
Anwar", turut berpaling tadah. Dia juga telah mula
melutut di hadapan Mahathir, mengikut jejak langkah si
Murad yang dungu. Muka depan Berita Hairan
edisi Selasa, 2 Nov 99 ada mengandungi kenyataannya
mengenai "orang Anwar" yang pernah menawarkan wang
sogokan kepada UMNO Jasin untuk menolak Ghafar Baba
dalam pemilihan Timbalan Presiden pada tahun 1996
yang lalu. Sebagai bekas "orang Anwar", pastinya Abu
Zahar sendiri terlibat dalam  usaha menjatuhkan Ghafar
Baba ketika itu. Orang Melaka pun selama ini amat
mengetahui bahawa nama Abu Zahar telah dicalonkan oleh
Anwar sendiri selepas kematian arwah Datuk Zin. Dialah
satu-satunya ketua negeri yang dipinggirkan oleh
Mahathir kerana selama
ini dianggap sebagai "orang Anwar."


Barangkali inilah yang dikatakan sebagai perjuangan
yang belum selesai......................(atau lebih
tepat sebagai perjuangan Mahathir yang belum selesai
untuk menghapuskankan saki baki pengaruh
Anwar). Inikah parti yang diharapkan untuk membawa
orang Melayu memasuki alaf baru?

Renungkan..............

Wassalam



=====

__________________________________________________
Do You Yahoo!?
Bid and sell for free at http://auctions.yahoo.com

 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
 ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED]   pada body : SUBSCRIBE HIZB)
 ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED]  pada body:  UNSUBSCRIBE HIZB)
 ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan             )
 ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net                  )
 ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED]                    )
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Pengirim: Engku Hamid Engku Seman <[EMAIL PROTECTED]>

Kirim email ke