*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~* { Sila lawat Laman Hizbi-Net - http://www.hizbi.net } { Hantarkan mesej anda ke: [EMAIL PROTECTED] } { Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED] } *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~* Undilah PAS : MENENTANG KEZALIMAN & MENEGAKKAN KEADILAN ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~ Assalamualaikum Menulis tentang bahasa ini terlebih dahulu saya meminta maaf jika ada kesilapan dalam menghurai serba sedikit penggunaan bahasa yang telah mencemari Roh Islam. Kerana saya bukan pakar bahasa dan pakar istilah. Cuma untuk meluahkan rasa ketidakpuas hati oleh orang-orang yang benar mengambil kira keharmonian Roh Islam. Dalam sedar tidak sedar ketidak sesuaian bahasa itu boleh menyebabkan akidah umat islam menyimpang jauh. Lihatlah sejak akhir2 ini kita sering dengar tentang 'konsert Amal' atau 'Malam Amal' oleh badan2 tertentu bagi bertujuan menganjurkan pertunjukkan, pesta untuk memungut derma. 'Amal' ialah perkataan Arab asalnya yang membawa erti usaha, kerja, perbuatan yang menjurus kepada kebaikan. Jika dikatakan beramal beerti berbuat kebajikan. Dan bila dikatakan malam amal beerti malam berbuat kebajikan untuk mengisi sesuatu tabung atau persatuan. Tapi jangan lupa, apabila disebut berbuat kebajikan, ia bukanlah satu sebab untuk menghalalkan cara, cara tertentu pula seringnya dikait dengan amal kebajikan yang dituntu oleh Islam. Saya tak tahu mengapa isu ini tidak diambil tahu oleh orang ramai. Mungkin kerana ia bertujuan baik maka perbuatan itu secara lansung dianggap baik. Satu ketika dulu ada ulama dan cerdik pandai Islam membantah menggunakan perkataan 'Malam Amal' ini tapi tidak diendahkan oleh masyarakat sekarang ini. Malah sewenang-wenangnya mereka menggunakan dan telah menjadi publisiti yang meluas. Ini terbukti dipentas-pentas hiburan bukan Melayu/Islam menggunakan perkataan 'Malam Amal' yang dilakukan itu tidak menepati dengan roh Islam. Persoalannya sekarang istilah amal ini diguna pakai sebarang sedangkan amal itu adalah istilah yang bercirikan roh Islam? Jauh dari memprovok soal ini, kita rasa kesucian istilah ini tidak harus berpanjangan dan ia mestilah diambil berat untuk masa hadapan. Meletak istilah yang bercirikan Islam pada tempat yang tidak kena sama saja dengan meletakkan hidangan teh diatas meja yang penuh dengan minuman arak. Kemudian kita temui lagi perkataan 'Khalwat' yang sering tertera di dalam akhbar atau disebut oleh sesiapa sahaja mengambarkan tidak lain dan tidak bukan tentang penangkapan atau berlakunya kesalahan seorang lelaki bukan mahram berdua-duan dengan seorang perempuan ditempat sunyi yang tiada orang. Seperti umumnya 'khalwat' itu membawa makna mengasingkan diri ditempat sunyi iaitu bertakfur, beribadah dan lain-lain. Inilah asas pengertian perkataan khalwat. Saya tidak hairan mengapa ada segelintir diantara kita yang bertanyakan mengapa Nabi dikatakan berkhalwat didalam Gua Hira'? sedangkan apa yang dia faham khalwat itu mengandungi maksud satu kesalahan. Maka secara lansungnya masyarakat Islam kini dan akan datang akan sendirinya akan terpesong. Auzubillah..... Roh Islam dalam memahami perkataan khalwat ini tidak ada syak wasangka. Ia sesuatu yang bersih dilakukan oleh Nabi sewaktu berkhalwat seorang diri dalam Gua hira'. Jadi mengapa perkataan yang dihasilkan oleh perbuatan Nabi Muhammad ini disalah erti dan disalah tafsir. Sejak akhir-akhir ini kita dikejutkan dengan penyakit Japanese Encephalitis (JE) yang datangnya dari binatang babi (jika pihak media dilembutkan bahasa jadi 'khinzir) sengaja saya sebut perkataan babi ini untuk melambangkan sesungguhnya binatang ini dilarang sama sekali dalam Islam kita mendekatinya tambah lagi untuk dijadikan sebagai bahan makanan. Rata2 media massa menyebut 'penyembelihan kinzir' tidak dapat dilakukan sekarang kerana berikutan penyakit JE ini. Mengapa tidak sahaja digunakan perkataan 'potong'. Persoalannya apakah sesuai binatang babi itu diistilahkan kepada istilah sembelih? Sembelih menurut pengertian agama mempunyai ciri-ciri tertentu, mempunyai ciri-ciri tertentu, mempunyai adab dan etika, mempunyai syarat sehingga membawa kepada sah. Jika binatang babi yang terang-terang dinyatakan di dalam Al-Quran sebagai binatang yang haram dimakan, maka sesuaikah kita menggunakan perkataan sembelih? Demikian lah serba sedikit dan saya percaya banyak lagi istilah-istilah Melayu yang berunsur Islam, istilah-istilah agama yang digunakan sewenang-wenangnya sehingga boleh membawa keliru bagi orang yang mahu berfikir. sekian wassalam Rose ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~ ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED] pada body : SUBSCRIBE HIZB) ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED] pada body: UNSUBSCRIBE HIZB) ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan ) ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net ) ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED] ) ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~ Pengirim: Rose <[EMAIL PROTECTED]>