*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
 {  Sila lawat Laman Hizbi-Net -  http://www.hizbi.net     }
 {        Hantarkan mesej anda ke:  [EMAIL PROTECTED]         }
 {        Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED]     }
 *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
  Undilah PAS : MENENTANG KEZALIMAN & MENEGAKKAN KEADILAN
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Assalamualaikum Concorde 

APa pasai gambaq budak pompuan Kedah yang tak cukup
kain ni ada dalam Hizbinet ???????
Awat dah maju sangat ka sampai macam orang Sakai ??

Wassalam

Adam



--- Concorde <[EMAIL PROTECTED]> wrote:

> ZILA... bangga sehingga kini sudah berlakon 30 drama
> televisyen. 
> 
> Makna seksi kepada Zila
> SEKSI dan berani. Demikianlah pandangan setiap
> pasang mata yang memandang tepat ke arah artis muda
> Zila Bakarin sewaktu penggambaran wajahnya untuk
> menghiasi muka depan Pancaindera di studio Utusan
> baru-baru ini. 
> 
> Dia seorang yang cukup selamba dan tidak
> mempedulikan apa yang akan diperkatakan oleh
> masyarakat terhadapnya. 
> 
> Zila yang dibesarkan di bandar raya Kuala Lumpur
> sebenarnya cukup selesa dengan keadaan sedemikian. 
> 
> "Pada saya seni seksi itu suatu yang cukup
> subjektif. Sebagai artis saya rasa apa yang saya
> tampilkan hanya sekadar untuk kepuasan diri. Pada
> masa yang sama, saya juga masih sedar batas susila
> sebagai bangsa Melayu,'' ujar Zila ketika ditanya
> apakah makna seksi dari kaca matanya. 
> 
> Zila atau nama sebenarnya Rosmawati Bakarin
> sebenarnya dilahirkan di negeri jelapang padi,
> Kedah, 24 tahun lalu dan sehingga kini sudah
> membintangi lebih 30 buah drama televisyen. 
> 
> Pelakon ini juga sebenarnya seorang yang cukup mudah
> didekati. Zila juga seorang yang kelakar. Seperkara
> lagi mengenai anak ketiga daripada tujuh adik-
> beradik ini ialah dia seorang yang suka ketawa. 
> 
> Lantaran itu tidak hairanlah mengapa sepanjang temu
> bual dengannya, dia lebih banyak ketawa daripada
> berbicara. 
> 
> Namun begitu, di sebalik bicaranya yang diatur penuh
> tersusun itu, menyimpan pelbagai makna yang
> seolah-olah menggambarkan peribadi Zila. 
> 
> Di sebalik karakter happy go lucky yang ada dalam
> dirinya itu, Zila bagaimanapun mengakui kepada
> Pancaindera yang dia seorang yang cukup sensitif. 
> 
> Ekoran sikapnya yang mudah percaya kepada orang
> lain, Zila mengakui sudah beberapa kali dia menjadi
> mangsa pihak tertentu yang suka mengambil kesempatan
> di atas kebaikan dan keramahannya. 
> 
> "Saya sudah mengalaminya beberapa kali dan keadaan
> sebegitu menyebabkan saya menjadi manusia yang
> paling sedih dan sensitif kerana saya tidak
> menyangka masih ada pihak yang cuba menyalahanggap
> kebaikan dan keramahan saya,'' katanya dalam nada
> kesal. 
> 
> Kata Zila, dalam menjalin persahabatan dengan
> sesiapa sahaja dia sentiasa mengharapkan, jalinan
> itu akan memberi kebaikan untuk jangka panjang. 
> 
> "Saya mahu berbuat baik dengan sesiapa sahaja dan
> juga mahu menjalin persahabatan untuk tempoh masa
> yang panjang... bukannya untuk sehari dua. 
> 
> "Malangnya jalinan persahabatan itu disalah anggap
> dan terhenti di pertengahan jalan hanya kerana
> mereka suka mengambil kesempatan terhadap diri
> saya,'' jelas Zila sambil memberitahu dia kini cukup
> berhati-hati dalam memilih sahabat. 
> 
> Bercerita mengenai profesionnya sebagai pelakon,
> Zila memberitahu, sebagai artis baru dia tidak
> menafikan seseorang artis itu memerlukan publisiti
> yang meluas untuk membantu menaikkan nama mereka di
> persada seni tanah air. 
> 
> Justeru itu Zila memberitahu, langkahnya yang berani
> menggayakan aksi seksi juga antara faktor yang
> menjadikan dia dikenali para pengarah dan penerbit
> drama. 
> 
> "Sebagai pelakon drama, siapa yang akan mengenal
> saya, kerana saya bukan bintang atau pelakon utama,
> tanpa publisiti tentu ramai pengarah yang tidak tahu
> dan mengenal saya. Jadi dengan publisiti di akhbar
> dan peluang untuk berlakon tentu lebih mudah. 
> 
> "Pada masa yang sama saya juga selalu mengingatkan
> diri ini agar jangan mudah terpengaruh dan terpedaya
> dengan peluang yang datang kerana ada kalanya
> peluang itu akan memakan diri. 
> 
> "Bagaimanapun saya bersyukur kerana keluarga
> sentiasa memberi nasihat dan bimbingan kepada saya
> supaya saya tidak pergi lebih jauh. Inilah
> kelebihannya apabila kita rapat dengan keluarga, dan
> lebih penting saya juga perlu jaga nama baik
> keluarga,'' ceritanya lagi sebelum mengakhiri
> perbualan petang itu. 


=====
**nak keluar,sila hantar emel pada [EMAIL PROTECTED]**
*********************************************************
>>>>>>> SUDAHKAH ANDA MENYEMAK DAFTAR UNDI ANDA <<<<<<<<<
*********************************************************
__________________________________________________
Do You Yahoo!?
Bid and sell for free at http://auctions.yahoo.com

 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
 ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED]   pada body : SUBSCRIBE HIZB)
 ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED]  pada body:  UNSUBSCRIBE HIZB)
 ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan             )
 ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net                  )
 ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED]                    )
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Pengirim: Adam <[EMAIL PROTECTED]>

Kirim email ke