*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~* { Sila lawat Laman Hizbi-Net - http://www.hizbi.net } { Hantarkan mesej anda ke: [EMAIL PROTECTED] } { Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED] } *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~* Undilah PAS : MENENTANG KEZALIMAN & MENEGAKKAN KEADILAN ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~ ASSALAMUALAIKUM Sahabatku saudara/i yang dikasihi, disayangi, diingati dan dirahmati Allah Ta'ala sentiasa. Izinkan saya membicarakan pula tentang Al-Qur'an yang perkaitannya dilihat dari sudut saintifik. Semoga dalil-dalil yang dikemukakan menjadi i'tibar di dalam kita membuat penilaian dan "pengenalan" ke pada-Nya. InsyaAllah, Amin! AL-QUR'AN DILIHAT DARI SUDUT SAINTIFIK SESUATU yang amat jelas, Al-Qur'an bukanlah sebuah kitab sains. Al-Qur'an adalah kitab hidayah. Pembuka fikiran manusia kepada sesuatu yang benar. Yang paling utama menyuluh jalan menuju Allah SWT. Mengenali Allah dengan sebenar-benarnya. Mengimani-Nya dengan sepenuh jiwa raga. Mengamalkan ajaran-Nya dengan penuh keikhlasan kepada-Nya. Di dalam sebuah Hadis Qudsi, Allah Ta'ala berfirman, bermaksud : "Wahai anak Adam carilah Aku nescaya kamu akan menujui Daku. Sekiranya telah kamu tujui Daku maka kamu akan menujui segala-galanya. Dan jika kamu (tidak menujui-Ku) maka kamu akan hilang segala-galanya." [HR. Al-Hakim] Untuk menujui Allah dan mengenali-Nya dengan sebaik-baiknya maka Al-Qur'an sebagai kitab hidayah yang akan memberi petunjuk kepada-Nya. Al-Qur'an sebagai kitab hidayah telah memaparkan kepada insan sekalian berbagai-bagai pendekatan untuk memudahkan mereka memahami dan menghayatinya. Begitu juga Al-Qur'an boleh dilihat dari berbagai-bagai aspek yang mampu insan melihatnya. Dari sudut pengetahuan, Al-Qur'an mengandungi berbagai ilmu pengetahuan di dalamnya. Dari sudut saintifik, Al-Qur'an memuatkan berbagai-bagai fakta saintifik di dalamnya. Sebagai contoh yang ringkas, dari sudut saintifik, Al-Qur'an telah menyentuh dari perkara yang besar hingga kepada perkara-perkara kecil yang boleh menjadi titik menungan manusia hari ini, yang perlu diambil ingatan selalu, bahawa Al-Qur'an ini diturunkan sejak lebih dari empat belas abad yang silam. Pada abad-abad tersebut manusia belum terdedah kepada dunia saintifik yang canggih, seperti sekarang ini. Dunia ketika itu masih dalam serba kejahilan. Sains tabi'i belum diterokai. Astronomi belum dikaji. Ekologi belum diketahui. Malah apa yang disebut pada hari ini sebagai pusat-pusat pengajian belum ada lagi. Dalam keadaan sedemikian itulah Al-Qur'an diturunkan, yang antara lain isinya menyentuh secara kasar dan umum tentang fakta berhubung fenomena alam. Dengan menyebut ayat yang bermaksud : Alam ini pada mulanya hanya gas yang disebut dukhan. [Fussilat : 11] Asal alam ini hanya satu sahaja macam seketul. [Al-Anbiya' : 30] Daripada seketul itu dipecah-pecahkan. [Al-Anbiya' : 30] Semua penghidupan di maya pada ini berpunca daripada air. [Al-Anbiya' : 30] Alam dijadikan berfasa-fasa dalam masa yang panjang. [Al-Furqan : 59] Langit berlapis-lapis. [Nuh : 71; Al-Mulk : 67] Langit amat kukuh dan padat. [Al-Naba' : 78] Langit sentiasa mengembang dan meluas. [Al-Dzariyat : 47] Matahari beredar pada orbit demikian juga bulan. [Ya Sin : 38] Seluruh cakerawala di langit mempunyai orbit. [Ya Sin : 40] Di bawah gulung langit yang pertama penuh dihiasi dengan galaksi. [Al-Buruj : 1; Al-Hijr : 16; Al-Furqan : 61] Seluruh isi langit ditadbirkan melalui sistem yang tetap dan jitu. [Al-Ra'd : 8; Ya Sin : 39] Makhluk-makhluk yang hidup dan melata seperti manusia dan haiwan wujud bertaburan di merata planet di merata cakerawala. [Al-Syura : 29] Oksigen akan berkurangan dan habis apabila semakin tinggi dari paras bumi. [Al-An'am : 125] Atom wujud dan boleh ditimbang. [Al-Zalzalah : 7-8] Atom boleh dibahagi-bahagi komponennya. [Yunus : 49] Setiap sesuatu benda apa pun dijadikan berpasangan. [Al-Dzariyat : 49] Angin berperanan antara lain untuk pendebungaan. [Surah Al-Hijr : 22] Hujan berasal dari air laut yang masin tetapi ditapis di awan dan menurunkan air tawar (yang sepatutnya masin). [Al-Waqi'ah : 68-70] Bumi ini bulat tapi lebih mirip kepada bentuk telur ayam. [Al-Nazi'at : 30] Bumi berputar seperti gasing. [Al-Zumar : 5] Bukit bakau menjadi paksi utama yang bertindak sebagai tumang. [Al-Naba' : 7] Matahari sebagai bebola api yang amat hebat dan banyak yang dijadikan. [Al-Naba' : 3; Nuh : 16] Graviti akan tamat dayanya pada suatu hari nanti. [Al-Qaria'ah : 5] Masa (time) itu relatif. [Al-Sajadah : 32; Al-Hajj : 47] Satu tahun mengikut sistem luna (qamariah) berkurangan dari satu tahun sistem solar (syamsiah) dengan kadar 10-11 hari. Oleh itu 300 tahun solar bersamaan dengan 309 tahun luna. [Al-Kahfi : 25] Dan berbagai-bagai fakta lagi yang disebut oleh Al-Qur'an dalam semua bidang saintifik. Kalaulah Al-Qur'an itu diturunkan pada hari ini, pada abad yang penuh dengan kecanggihan ilmu dan perhubungan, tentulah tidak menjadi suatu kehairanan, kerana sains telah menguasai berbagai-bagai ilmu dan menemui berbagai-bagai penemuan. Akan tetapi Al-Qur'an diturunkan ketika manusia belum mengenali ilmu seperti itu tentulah ianya tidak merupakan ilmu yang diterokai oleh manusia, malahan ilmu yang diberitakan oleh Allah kepada Rasul-Nya, Muhammad SAW melalui wahyu-Nya, Al-Qur'an. Wallahu ta'ala a'lam....... Wassalamu....... Al-Fakir Ilallah - Abdul Jamil Lam Al-Qadiri ______________________________________________________ Get Your Private, Free Email at http://www.hotmail.com ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~ ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED] pada body : SUBSCRIBE HIZB) ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED] pada body: UNSUBSCRIBE HIZB) ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan ) ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net ) ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED] ) ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~ Pengirim: "Abdul Jamil Lam" <[EMAIL PROTECTED]>