*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
 {  Sila lawat Laman Hizbi-Net -  http://www.hizbi.net     }
 {        Hantarkan mesej anda ke:  [EMAIL PROTECTED]         }
 {        Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED]     }
 *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
  Undilah PAS : MENENTANG KEZALIMAN & MENEGAKKAN KEADILAN
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Itulah sikap manusia, hanya melihat keburukan seseorang.... BUKANKAH didalam 
alquran tiada manusia yang sempurna dan tiad amanusia yang tidak lari 
daripada kelemahannya sendiri..........

Inilah manusia, orang melayu sendiri sanggup memperkecilkan maruah sesama 
melayu kerana inginkan kuasa....Sanggup bermusuhan sedangkan didalam HIZBI 
ini terbukti.... MELAYU sama MELAYU memaki hamun.... setahu saya, didalam 
islam tiada maki hamun , kenapa pengikutnya yang mengatakan sebenar-benar 
islam melakukan sedemikian??? BUKAN KAH ITU KELEMAHAN DIRI SENDIRI????

MANUSIA ADA KELEMAHANNYA????? BENAR ATAU SALAH??< siapa yang menafikan 
nya.......... ??

"ketenangan lebih baik daripada kekecohan".....



>Alanglah sedihnya kita kebelakangan ini bila jasa
>seorang negarawan sebesar Dr. Mahathir telah dinafikan
>dan sekarang dipanggil pengkhianat negara. Amat sukar
>untuk menulis keseluruhan jasa mahathir kepada negara
>ini. Namun pembaca sekelian boleh membuat penilaian
>sendiri berdasarkan fakta di bawah:-
>
>
>
>--------------------------------------------------------------------------------
>
>Sebelum Merdeka
>
>
>
>Menjadi anggota beberapa gerakan rakyat seperti
>SABERKAS (Sayang Akan Bangsa Erti Redha Korban Apa
>Sahaja), Kesatuan Melayu Kedah, Kesatuan Pemuda Melayu
>Kedah dan akhirnya UMNO. Merupakan Pelajar Universiti
>Malaya Singapura dan menjadi terkenal melalui
>tulisan-tulisan di akhbar yang anti-British.
>
>--------------------------------------------------------------------------------
>
>Selepas 1957
>
>Menentang tindakan Tunku Abdul Rahman mengadakan
>kerjasama Pertahanan dengan british.
>1959-DR. Mahathir sebagai Pengerusi Umno Negeri Kedah
>telah mencadang supaya pemilihan wakil rakyat Umno
>diasaskan kepada kelayakan tertentu terutama taraf
>pendidikan. cadangan ini menimbulkan perbalahan dengan
>pucuk tertinggi UMNO iaitu Tunku Abdul Rahman. Tunku
>merasakan Mahathir mula memberi masalah kepadanya. Dr.
>Mahathir yang menyedari hakikat itu dan tersinggung
>dengan perasaan Tunku telah mengundur diri dari
>memegang jawatan parti dan enggan bertanding dalam
>piliharaya 1959.
>langkah ini menurut Zainuddin Maidin, telah
>menyebabkan beliau terlepas peluang menikmati hasil
>perjuangan kemerdekaan seperti yang dinikmati oleh
>rakan-rakan seperjuangannya yang telah menjadi wakil
>rakyat atau ahli Dewan Negara. (Inikah wajah orang
>yang gila kuasa? Orang yang meninggalkan jawatan dan
>peluang menikmati kehidupan yang lebih selesa kerana
>prinsip boleh dikatakan sebagai orang yang gila kuasa?
>Apakah Anwar Ibrahim berani berbuat begitu?)
>
>Beliau juga merupakan Doktor Melayu pertama membuka
>klinik sendiri di Alor Setar. Lebih daripada itu
>tanyalah berapa ramai orang Melayu zaman tersebut yang
>mendapat rawatan percuma atau dengan bayaran seberapa
>mampu sahaja. Inikah orang yang kita panggil Firaun?
>
>
>--------------------------------------------------------------------------------
>
>Pandangan Mahathir ketika Zaman Tunku
>Dr. Mahathir amat tidak setuju dengan falsafah Tunku
>"biar cina berniaga dan biar melayu Berpolitik" dan
>"biar mati anak, jangan mati adat."
>Beliau menampakkan kegelisahan dan penentangan
>terhadap sikap tolak ansur Tunku secara berlebihan
>yang mambahayakan masa depan orang Melayu.
>
>
>Pandangan Dr. Mahathir ialah : "... jika anak sudah
>mati, adat tidak mungkin hidup lagi."
>Walaupun beliau menyepi daripada jawatan politik,
>namun kritikan anti-establishment, kritikan terhadap
>pegawai kerajaan yang lembab, suka bersukaria dan
>tidak menepati masa telah menjadikan beliau mendapat
>sokongan rakyat dan ramai yang berharap beliau kembali
>ke dalam kancah politik umno.
>Jawapan beliau:"Jangan Harap saya akan pergi ke Kuala
>Lumpur mengikut Tunku main golf untuk kembali ke
>politik."
>
>
>
>
>
>--------------------------------------------------------------------------------
>
>Zaman Baru Mahathir Bersama Umno
>
>Oleh kerana desakan Umno Kedah, maka beliau kembali
>menyertai pilihanraya 1964 dengan bertanding bagi
>kawasan Parlimen Kota Setar Selatan bagi parti
>Perikatan.Beliau menang.
>Tahun 1964-1969, krisis politik negara bermula.
>Berpunca daripada Konfrontasi dengan Indonesia dan
>kempen Malaysian Malaysia oleh Lee Kwan Yew. Dr.
>Mahathir benar-benar memperjuangkan bangsa Melayu
>hinggakan Lee Kwan Yew menggelar Dr. Mahathir sebagai
>Malay Ultra. (malangnya Hari ini, orang yang
>menghabiskan segala sisa mudanya berjuang untuk orang
>Melayu telah dituduh mengkhianati bangsanya. Apakah
>Anwar telah berjuang sejauh ini?)
>Apabila Tunku terlalu banyak berkompromi dengan MCA,
>Dr. Mahathir terus menjadi harapan orang Umno
>peringkat bawahan dan juga orang Melayu lain.
>
>Dr. Mahathir di Tipu oleh Pas
>
>
>Dalam pilihan raya 1969, tersebar berita bahawa Dr.
>Mahathir, yang begitu kecewa dengan MCA, telah berkata
>bahawa ia tidak perlukan undi cina untuk menang
>pilihanraya. Ini kerana khabarnya beliau mendapat
>janji oleh PAS bahawa mereka akan menyokongnya.
>Akhirnya, mahathir kalah bila Cina enggan memberi undi
>pada Ultra Malay ini, sebaliknya mengundi PAS.
>Menurut Datuk Syed Nahar Shahabuddin, "Dr. Mahathir
>terperangkap dengan strategi Pas yang meyakinkan
>bahawa orang Pas akan menyokongnya."
>
>Suara Dr. Mahathir terus menjadi azimat orang Melayu
>pada masa selepas 13 Mei 1969. Surat peribadi yang
>mengkritik Tunku entah bagai mana telah tersebar luas
>kepada orang Melayu pada masa itu. Surat itu
>melahirkan kekecewaan Dr. Mahathir terhadap kerajaan
>yang gagal membela nasib orang Melayu. Dr. Mahathir
>amat marah kerana Tunku bermain poker ketika peristiwa
>13 Mei 1969.
>Jawapan Tunku: "Apa salahnya saya ajak kawan-kawan
>saya main poker. Sudah dua tiga hari saya dok tengok
>api menjulang di Chow Kit. saya dah jemu dan sunyi,
>saya panggillah kawan-kawan ke rumah, salahkah,
>salahkah saya nak bersuka-suka dengan kawan-kawan,
>saya bukan ambil duit orang, saya bukan ambil bini
>orang."
>demikianlah Dr. Mahathir sentiasa menjadi kritikal
>kepada nasib orang Melayu. Sanggup bertelingkah dengan
>Tunku; yang sekaligus bermakna menutup kariernya
>menjadi ahli politik yang lebih cemerlang.
>
>
>Perjuangan beliau juga menyebabkan beliau dipecat oleh
>UMNO kerana Tunku memberi kata dua antara Mahathir dan
>dia.Kerana itu, Majlis Tertinggi Umno terpaksa memecat
>Mahathir
>(SEDIHNYA, HARI INI GOLONGAN REFORMIST MENERBITKAN
>SURAT TUNKU MENGENAI KEKECEWAANNYA TERHADAP MAHATHIR
>TANPA MENJELASKAN SEBAB AKIBAT PENULISAN ARTIKEL
>TERSEBUT OLEH TUNKU! TUNKU BERHAK MARAH KEPADA
>MAHATHIR TAPI KITA JUGA WAJAR MEMAHAMI BAHAWA MAHATHIR
>MELAKUKANNYA DEMI BANGSA MELAYU).
>
>
>Zainuddin Maidin menulis:"Sekalipun sentimen jutaan
>orang Melayu kepada Dr. Mahathir pada masa itu begitu
>hangat tetapi inilah masanya beliau merasakan
>keseorangan. Rumahnya telah digeledah oleh
>pegawai-pegawai dari Jabatan hasil Dalam Negeri,
>kawan-kawan menjauhkan diri."
>Malangnya, tidak ada bukti untuk mendakwa Mahathir di
>mahkamah awam. Timbul khabar angin bahawa mahathir
>akan ditangkap di bawah ISA tetapi dihalang oleh Tun
>Abd. Razak.
>
>
>Subky Latiff menulis: "Selama dalam pembuangan kurang
>tiga bulan tiga tahun, Dr. Mahathir menjadi punca
>krisis fikiran orang politik dan orang yang tertarik
>dengan politik negara ini."
>
>
>--------------------------------------------------------------------------------
>
>Kembalinya SuperM
>
>Dr. Mahathir menggunakan pelbagai platform termasuk
>Pas untuk menyatakan pendirina politiknya, tapi belai
>tidak pernah menyertai mana-mana parti politik. Jiwa
>dan keazamannya tetap bersama UMNO. Akhirnya bila
>Tunku mengundur diri, usaha membawa masuk Mahathir
>bermula dan ini dilakukan oleh Datuk Harun Idris.
>
>
>Dr. Mahathir dijuk menyertai UMNO. Beliau memohon
>menyertai UMNO melalui Bahagian Rawang. Ditolak oleh
>MT UMNO kerana tidak meminta maaf. Mahathir enggan
>meminta maaf tetapi akhirnya menandatangani surat
>permohonan maaf setelah didesak hebat oleh datuk harun
>dan beberap pemimpin UMNO Kedah.
>
>Akhirnya setelah beberapa lama pimpinan tertentu dalam
>UMNO berusaha maka mahathir diterima masuk kembali.
>Subky Latiff menulis,"Dr. Mahathir diterima masuk UMNO
>laksana superman pulang dari kayangan, dua singa
>bergurau, gajah pun takut ketawa; yang nyata kemasukan
>Dr. Mahathir ini disambut oleh orang UMNO di segala
>ceruk rantau, macam menyambut orang dari kayangan.",
>ketika mengulas kemasukan Dr. Mahathir ke dalam Umno
>dan pelawaan Syed Jaafar Albar yang menawar semua
>jawatan parti milik beliau kepada Mahathir.
>
>
>Apabila Datuk harun dihadapkan ke Mahkamah Tengah
>Kuala Lumpur pada 24 November 1975, atas 16 tuduhan di
>bawah Akta Mencegah rasuah 1961 dan Ordinan Darurat,
>Dr. mahathir merasakan "bukan harun yang didakwa,
>sebenarnya UMNO dan orang Melayu yang menghadapi
>perbicaraan." (Surat beliau kepada seorang Wartawan
>Utusan, 4 hari selepas harun didakwa.)
>
>Dr. Mahathir dimarah oleh Tun Hussien Onn ketika belai
>berjumpa Tun Hussien On secara peribadi untuk
>menghalang Datuk Harun dipecat daripada UMNO.
>
>Harun didapati bersalah. Pada & Februari 1981 Dr.
>Mahathir yang ketika itu menjawan pemangku PM (Tun
>Hussien On ke London untuk pembedahan) telah
>menyembahkan rayuan pegampunan bagi Harun kepada Sri
>Paduka Baginda Yang Dipertuan Agong. Harun telah
>diampunkan pada 1 Ogos 1981.
>
>
>--------------------------------------------------------------------------------
>
>Perdana Menteri Malaysia Keempat
>
>Langkah pertama selepas menjadi Perdana Menteri ialah
>membebaskan seramai 21 orang tahanan ISA. Langkah
>pertama ke arah demokrasi yang lebih luas.
>
>Meminta maaf secara terbuka kepada Tunku Abdul Rahman.
>
>
>Kali pertama dalam sejarah pentadbiran negara: Dr.
>Mahatahir telah mencatatkan dalam kad jemputan
>perkahwinan anak perempuannya pada tahun 1982 supaya
>tetamu "jangan membawa sebarang hadiah."(Inikah
>pemimpin yang gila harta?)
>
>
>--------------------------------------------------------------------------------
>
>Mahathir List
>Melancarkan Slogan Bersih, Cekap, Amanah
>Dasar Pandang ke Timur
>Punch Card
>Penerapan Nilai-nilai Islam
>Kepimpinan Melalui Teladan
>Buy British Last
>Membawa masuk Saudara Anwar Ibrahim seorang pejuang
>Islam masa itu ke dalam UMNO.
>(apakah mahathir akan membawa masuk beliau sekiranya
>Mahathir anti Islam? Apakah mahathir akan meletakkan
>begitu ramai calon pilihanraya daripada ABIM sekiranya
>beliau tidak mahu Islam?)
>Mengambil Balik Carcosa Seri Negara daripada British
>Menghapuskan imuniti raja-raja
>Menyamakan waktu sabah dan sarawk dengan semenanjung
>Menubuhkan Universiti Islam Antarabangsa
>(Dakwaan bahawa UIA adalah idea Anwar langsung tidak
>tepat dan merupakan satu penafian sejarah. Idea ini
>adalah dikemukankan oleh Dr. Mahathir di Persidangan
>Pendidikan Islam di Mekah pada 1977. Malahan ketika
>Anwar masuk ke dalam UMNO pada 1982, proposal UIA
>telah siap. Ketika Anwar masih baru membuka langkah
>dalam UMNO, UIA telah pun ditubuhkan dengan Tun
>Hussien On sebagai Presiden pertama dan Sultan Ahmad
>Shah sebagai Canselor. Anwar hanya menjadi Presiden
>ketiga. Bagaimanapun tidak dapat dinafikan jasa Anwar
>mengemmbangkan UIA pada masa beliau. Cuma idea UIA
>adalah Idea Mahathir yang sekarang dipanggil
>Mahafiraun oleh pembangkang.)
>Mempergiatkan usaha melaksanakan sistem perbankan dan
>Insuran Islam yang dirancang oleh UMNO sejak tahun
>1970-an.
>Proton Saga*
>Lebuh raya Timur-Barat*
>Jambatan Pulau Pinang*
>Mewujudkan Jabatan Kemajuan Islam
>Jabatan Kehakiman Syriah
>Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM)
>Wawasan 2020
>Putrajaya
>Cyberjaya
>Formula One
>Sukan Komanwel
>KLCC
>KLIA
>dan banyak lagi
>
>
>--------------------------------------------------------------------------------
>
>Inikah Seorang pemimpin yang kita panggil pengkhianat
>bangsa? Pemimpin yang telah menghabiskan seluruh
>kehidupannya untuk bangsa Melayu akhirnya dipanggil
>mamak bangsat, mahafiraun dan mahazalim. Siapakah yang
>lebih zalim?
>
>*Projek ini sekarang diakui telah menjana ekonomi dan
>industri negara ini juga telah dikutuk suatu ketika
>dahulu oleh pembangkang yang sama, oleh ahli ekonomi
>yang sama dengan tuduhan yang lebih kurang sama iaitu
>membazir dan akan gagal. Tuduhan dan hentaman terhadap
>kerajaan adalah sama seperti apa yang dibuat oleh
>pembangkang pada hari ini. Apakah mereka ini tidak
>malu melihat kritikan mereka dahulu tidak tepat?
>
>
>
>
>--------------------------------------------------------------------------------
>
>Nota khas
>Dr. mahathir mewarisi satu masyarakat bumiputera yang
>malas, malu, sentimental, rendah diri, tidak terbuka,
>dan menjadikan tradisi serta agama sebagai pantang
>larang kepada penerokaan untuk maju dalam masyarakat
>Melayu. Lama sebelum itu beliau telah menjadi kritikal
>kepada sifat orang melayu tersebut. Tapi
>pemimpin-pemimpin sebelumnya tidak pernah mengambil
>inisiatif untuk merawat kerana enggan terlibat dengan
>masalah sensitif orang Melayu iaitu agama.
>
>
>Dr.Mahathir tidak ada pilihan kecuali memperbaikinya
>dengan menyerang sikap taksub, kolot dan jumud orang
>melayu dengan menggunakan hadis dan al-quran. Beliau
>tidak senang dengan siakp orang Melayu yang berserah
>kepada takdir dan tidak mahu mengumpul harta kerana
>kepercayaan harta tidak akan membawa mati. Beliau
>berpendapat ini tidak akan membantu survival orang
>Islam dan bangsa melayu di Malaysia.
>
>Pada pendapatnya, "orang islam yang hanya menyalahkan
>takdir sedangkan ia boleh memperbaiki nasib nasibnya
>ialah orang yang kurang percaya kepada keadilan Allah
>S.W.T.. katanya, Allah tidak memberi akal fikiran,
>tenaga dan pacaindera kepada manusia jika mereka hanya
>dikehendaki menunggu dan menerima nasibnya sahaja."
>
>"Segala anggota tenaga dan akal fikiran diberi kepada
>mahkluk allah untuk digunakan menyelamat dan
>menjayakan diri mereka. Manusia yang bermulut tetapi
>tidak makan dan minum akan mati. Kematiannya apabila
>berlaku memang ditakdirkan tetapi jika ia makan dan
>minum serta hidup bertenaga, itu juga takdir.
>
>Dr. Mahathir menjadi marah kepada guru agama dan ulama
>yang menegurnya kerana memberikan tafsiran agama
>sedangkan beliau tidak mempunyai kelayakan sekolah
>atau universiti agama dan tidak fasih dalam bahasa
>Arab. Beliau menyifatkan mereka itu sebagai angkuh dan
>sombong dan berkata "Allah tidak suka kepada orang
>yang sombong".
>
>Beliau juga mengecam guru-guru agama yang mengajar
>orang Islam supaya tidak bersungguh-sungguh sebagai
>jahil walaupun memiliki ijazah berjela-jela. Katanya
>"Agama Islam sepatutnya membawa kejayaan kepada
>umatnya tetapi ajaran yang kerap disampaikan kepada
>umat Islam tertumpu semata-mata kepada kebahagian
>akhirat dan pentafsir-pentafsir agama inilah yang
>telah menyebabkan masyarakat Islam mundur dan jahil."
>
>Beliau juga mengecam Doktor Wanita Melayu yang
>menggunakan merawat pesakit lelaki menggunakan pen
>kerana tidak mahu memegang atas alasan agama.
>
>=====
>
>__________________________________________________
>Do You Yahoo!?
>Bid and sell for free at http://auctions.yahoo.com
>
>  ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
>  ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED]   pada body : SUBSCRIBE HIZB)
>  ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED]  pada body:  UNSUBSCRIBE HIZB)
>  ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan             )
>  ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net                  )
>  ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED]                    )
>  ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
>
>Pengirim: Mat Rencana <[EMAIL PROTECTED]>

______________________________________________________
Get Your Private, Free Email at http://www.hotmail.com

 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
 ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED]   pada body : SUBSCRIBE HIZB)
 ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED]  pada body:  UNSUBSCRIBE HIZB)
 ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan             )
 ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net                  )
 ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED]                    )
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Pengirim: "none none" <[EMAIL PROTECTED]>

Kirim email ke