*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
 {  Sila lawat Laman Hizbi-Net -  http://www.hizbi.net     }
 {        Hantarkan mesej anda ke:  [EMAIL PROTECTED]         }
 {        Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED]     }
 *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
  Undilah PAS : MENENTANG KEZALIMAN & MENEGAKKAN KEADILAN
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
aSSLAMUALAIKUM.......

-KEAIBAN ITU SENDIRI DATANG DARIPADA DIRI SAYA SENDIRI-

Inilah bangsa Melayu yang tak sedar diri.. yang sanggup tengok negeri 
sendiri dijajah org lain.
Ini macam nak kembali pada zaman dululah.
Pasal Anwar nak tubuh Adil... entah yang adil pun tak tahulah
Untuk pengetahuan semualah terutama orang melayulah.. sering sangat buat 
kecoh, eik tak malu ke tengok orang cina ke india ke...... mereka-mereka nie 
sekarang tengah cari strategi  nak jatuhkan org melayu....

Kenapa Adil ditubuhkan kerana gara-gara Anwar, memanglah kasihan... tapi 
kita kena fikirkan kenapa dia daapat tu semua?? Mungkin ada silap dia...

Jangan asyik tengok keburukan pada PM kita dan kerajaannya. Sebab kalau ada 
kesilapan memang itu kelemahan mereka.

Mana ada manusia yang tak mabuk bila duit ada berjuta-juta kat depan mata, 
mana ada manusia yang tak lari daripada rasuah, dan mana ada manusia yang 
tak buat dosa..

Kaji diri sendirilah.... cuba tanya pada diri sendiri.
Nak katakan Malaysia nie, negara kafir, tak usahlah sampai nak tukar 
kerajaan bawah kerajaan Pas atau pun Adil atau dll. Cuba kita ikhtiar nak 
tegakkan agama dan tak perlu nak tukar kerajaan.

Memanglah sekarang samaada kerajaan Pas atau Adil atau dll, memang SEKARANG 
mereka boleh kata bermacam-macam, sebab mereka tak ada WANG lagi... masih 
kecil lagi.... TAPI bila dah dapat.......emmm lupa dunia. Jangan lupada 
dalam adil atau Pas mereka tetap manusia yang tak lari daripada godaan.

Kita perlu ingat... kita perlu bekerjasama bukannya ingin berebut taktha 
negara.... Ini bukan kepentingan sesiapa tapi utk jaga anak bini cucu kita 
nanti...

Kenapa kita perlu sokong BN???
1) Sebab BN sudah lama bernaung di Malaysia sejak merdeka lagi... tak ada 
silapnya... semua kita dapat... sekarang dah ada cyberjaya, naik LRT, semua 
kita dpat... nak komisen, nak gaji, semua ada... apa lagi yang tak cukup....
2) Kita sebagai rakyat memerlukan kerajaan yang berpengalaman dalam 
bekerjasama dan menghadapi kelentong negara-negara luar yang sememangnya 
ingin mengambil kesempatan dgn negara kita!!
3) Kita hanya perlu kerjasama bukannya berebut taktha..
4) Tiada manusia yang tak buta hati bila tengok duit berbilion. Tanyalah 
diri sendiri. Kecualilah kalau kita ni nabi ke rasul ke...
5) Apa lagi kita hendak.... cubalah fikir, semata-mata nakkan keadilan, kita 
umpama menjual negara kita.....
6) Jangan jatuhkan KAUM MELAYU......... ORANG CINA DAN INDIA cuma memerphati 
tingkah laku.......
7) Serban di kepala, jubah yang labuh, tudung yang labuh, itu hanyalah 
luaran sahaja......... yang penting dalaman......
8) Apakah orang Adil atau Pas, tidak pernah melakukan kesilapan....
9) Dosa atau tidak adil kita hanya lihat di "MAHKAMAH ALLAH" di hari akhirat 
kelak.... tiada guna nak rebut kuasa. Tak perlulah nak tuduh sapa-sapa.... 
Hanya Allah yang Maha Mengetahui....
10) PM Dato Mahathir, telah banyak sumbangannya pada negara dan bangsa dan 
tak ralat untuk beliau terima habuan. Beliau seorang pemimpin yang 
BERANI.....berhadapan dengan negara luar.......
11)Mana ada hidup yang jalan yang lurus, adakala kita perlu bengkang 
bengkok...........

Tanya pada diri sendiri.... fikirkan anak cucu kita kelak........ kerana 
inginkan keadilan, umpama mengancam kemakmuran negara.........


MELAYU...MELAYU SAMPAI BILALAH MELAYU JADI BEGINI.........

TAPI HARUS FIKIRKAN, "MELAYU TAPI TAK ISLAM", "ISLAM TETAPI BUKAN 
MELAYU".....


Contoh kelemahan yang NYATA sekrang didalam hizbi net nie pun ,MELAYU saling 
nak gaduh-gaduh......... adakah itu cara ADIL DAN PAS!!!

-MAHASISWI NEGARA-


______________________________________________________
Get Your Private, Free Email at http://www.hotmail.com

 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
 ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED]   pada body : SUBSCRIBE HIZB)
 ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED]  pada body:  UNSUBSCRIBE HIZB)
 ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan             )
 ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net                  )
 ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED]                    )
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Pengirim: "none none" <[EMAIL PROTECTED]>

Kirim email ke