*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
 {  Sila lawat Laman Hizbi-Net -  http://www.hizbi.net     }
 {        Hantarkan mesej anda ke:  [EMAIL PROTECTED]         }
 {        Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED]     }
 *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
  Undilah PAS : MENENTANG KEZALIMAN & MENEGAKKAN KEADILAN
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Assalamu'alaikum,

>Mat Rencana <[EMAIL PROTECTED]> wrote:
>
>Alanglah sedihnya kita kebelakangan ini bila jasa
>seorang negarawan sebesar Dr. Mahathir telah dinafikan
>dan sekarang dipanggil pengkhianat negara. Amat sukar
>untuk menulis keseluruhan jasa mahathir kepada negara
>ini. Namun pembaca sekelian boleh membuat penilaian
>sendiri berdasarkan fakta di bawah:-  

Seandainya jasa2nya dibukukan dan penuh library kat jalan
tun razak tu, tapi pada masa yang sama asyik dok perlekeh
sunnah nabi dan hukum-hakam Islam, sampai orang kafir 
laknat pun dah berani menghina Islam, maka dia tetap 
seorang pengkhianat bagi semua mukmin/mukminat.  

Apa nak dinilai lagi?   

Sekian.

--------

Sebelum Merdeka



Menjadi anggota beberapa gerakan rakyat seperti
SABERKAS (Sayang Akan Bangsa Erti Redha Korban Apa
Sahaja), Kesatuan Melayu Kedah, Kesatuan Pemuda Melayu
Kedah dan akhirnya UMNO. Merupakan Pelajar Universiti
Malaya Singapura dan menjadi terkenal melalui
tulisan-tulisan di akhbar yang anti-British.  

--------------------------------------------------------------------------------

Selepas 1957

Menentang tindakan Tunku Abdul Rahman mengadakan
kerjasama Pertahanan dengan british. 
1959-DR. Mahathir sebagai Pengerusi Umno Negeri Kedah
telah mencadang supaya pemilihan wakil rakyat Umno
diasaskan kepada kelayakan tertentu terutama taraf
pendidikan. cadangan ini menimbulkan perbalahan dengan
pucuk tertinggi UMNO iaitu Tunku Abdul Rahman. Tunku
merasakan Mahathir mula memberi masalah kepadanya. Dr.
Mahathir yang menyedari hakikat itu dan tersinggung
dengan perasaan Tunku telah mengundur diri dari
memegang jawatan parti dan enggan bertanding dalam
piliharaya 1959. 
langkah ini menurut Zainuddin Maidin, telah
menyebabkan beliau terlepas peluang menikmati hasil
perjuangan kemerdekaan seperti yang dinikmati oleh
rakan-rakan seperjuangannya yang telah menjadi wakil
rakyat atau ahli Dewan Negara. (Inikah wajah orang
yang gila kuasa? Orang yang meninggalkan jawatan dan
peluang menikmati kehidupan yang lebih selesa kerana
prinsip boleh dikatakan sebagai orang yang gila kuasa?
Apakah Anwar Ibrahim berani berbuat begitu?)

Beliau juga merupakan Doktor Melayu pertama membuka
klinik sendiri di Alor Setar. Lebih daripada itu
tanyalah berapa ramai orang Melayu zaman tersebut yang
mendapat rawatan percuma atau dengan bayaran seberapa
mampu sahaja. Inikah orang yang kita panggil Firaun?  
 

--------------------------------------------------------------------------------

Pandangan Mahathir ketika Zaman Tunku
Dr. Mahathir amat tidak setuju dengan falsafah Tunku
"biar cina berniaga dan biar melayu Berpolitik" dan
"biar mati anak, jangan mati adat."
Beliau menampakkan kegelisahan dan penentangan
terhadap sikap tolak ansur Tunku secara berlebihan
yang mambahayakan masa depan orang Melayu.


Pandangan Dr. Mahathir ialah : "... jika anak sudah
mati, adat tidak mungkin hidup lagi."
Walaupun beliau menyepi daripada jawatan politik,
namun kritikan anti-establishment, kritikan terhadap
pegawai kerajaan yang lembab, suka bersukaria dan
tidak menepati masa telah menjadikan beliau mendapat
sokongan rakyat dan ramai yang berharap beliau kembali
ke dalam kancah politik umno.
Jawapan beliau:"Jangan Harap saya akan pergi ke Kuala
Lumpur mengikut Tunku main golf untuk kembali ke
politik."
 
 



--------------------------------------------------------------------------------

Zaman Baru Mahathir Bersama Umno

Oleh kerana desakan Umno Kedah, maka beliau kembali
menyertai pilihanraya 1964 dengan bertanding bagi
kawasan Parlimen Kota Setar Selatan bagi parti
Perikatan.Beliau menang. 
Tahun 1964-1969, krisis politik negara bermula.
Berpunca daripada Konfrontasi dengan Indonesia dan
kempen Malaysian Malaysia oleh Lee Kwan Yew. Dr.
Mahathir benar-benar memperjuangkan bangsa Melayu
hinggakan Lee Kwan Yew menggelar Dr. Mahathir sebagai
Malay Ultra. (malangnya Hari ini, orang yang
menghabiskan segala sisa mudanya berjuang untuk orang
Melayu telah dituduh mengkhianati bangsanya. Apakah
Anwar telah berjuang sejauh ini?) 
Apabila Tunku terlalu banyak berkompromi dengan MCA,
Dr. Mahathir terus menjadi harapan orang Umno
peringkat bawahan dan juga orang Melayu lain. 
 
Dr. Mahathir di Tipu oleh Pas


Dalam pilihan raya 1969, tersebar berita bahawa Dr.
Mahathir, yang begitu kecewa dengan MCA, telah berkata
bahawa ia tidak perlukan undi cina untuk menang
pilihanraya. Ini kerana khabarnya beliau mendapat
janji oleh PAS bahawa mereka akan menyokongnya.
Akhirnya, mahathir kalah bila Cina enggan memberi undi
pada Ultra Malay ini, sebaliknya mengundi PAS.
Menurut Datuk Syed Nahar Shahabuddin, "Dr. Mahathir
terperangkap dengan strategi Pas yang meyakinkan
bahawa orang Pas akan menyokongnya." 

Suara Dr. Mahathir terus menjadi azimat orang Melayu
pada masa selepas 13 Mei 1969. Surat peribadi yang
mengkritik Tunku entah bagai mana telah tersebar luas
kepada orang Melayu pada masa itu. Surat itu
melahirkan kekecewaan Dr. Mahathir terhadap kerajaan
yang gagal membela nasib orang Melayu. Dr. Mahathir
amat marah kerana Tunku bermain poker ketika peristiwa
13 Mei 1969. 
Jawapan Tunku: "Apa salahnya saya ajak kawan-kawan
saya main poker. Sudah dua tiga hari saya dok tengok
api menjulang di Chow Kit. saya dah jemu dan sunyi,
saya panggillah kawan-kawan ke rumah, salahkah,
salahkah saya nak bersuka-suka dengan kawan-kawan,
saya bukan ambil duit orang, saya bukan ambil bini
orang." 
demikianlah Dr. Mahathir sentiasa menjadi kritikal
kepada nasib orang Melayu. Sanggup bertelingkah dengan
Tunku; yang sekaligus bermakna menutup kariernya
menjadi ahli politik yang lebih cemerlang. 


Perjuangan beliau juga menyebabkan beliau dipecat oleh
UMNO kerana Tunku memberi kata dua antara Mahathir dan
dia.Kerana itu, Majlis Tertinggi Umno terpaksa memecat
Mahathir
(SEDIHNYA, HARI INI GOLONGAN REFORMIST MENERBITKAN
SURAT TUNKU MENGENAI KEKECEWAANNYA TERHADAP MAHATHIR
TANPA MENJELASKAN SEBAB AKIBAT PENULISAN ARTIKEL
TERSEBUT OLEH TUNKU! TUNKU BERHAK MARAH KEPADA
MAHATHIR TAPI KITA JUGA WAJAR MEMAHAMI BAHAWA MAHATHIR
MELAKUKANNYA DEMI BANGSA MELAYU).


Zainuddin Maidin menulis:"Sekalipun sentimen jutaan
orang Melayu kepada Dr. Mahathir pada masa itu begitu
hangat tetapi inilah masanya beliau merasakan
keseorangan. Rumahnya telah digeledah oleh
pegawai-pegawai dari Jabatan hasil Dalam Negeri,
kawan-kawan menjauhkan diri." 
Malangnya, tidak ada bukti untuk mendakwa Mahathir di
mahkamah awam. Timbul khabar angin bahawa mahathir
akan ditangkap di bawah ISA tetapi dihalang oleh Tun
Abd. Razak.


Subky Latiff menulis: "Selama dalam pembuangan kurang
tiga bulan tiga tahun, Dr. Mahathir menjadi punca
krisis fikiran orang politik dan orang yang tertarik
dengan politik negara ini."  
 

--------------------------------------------------------------------------------

Kembalinya SuperM

Dr. Mahathir menggunakan pelbagai platform termasuk
Pas untuk menyatakan pendirina politiknya, tapi belai
tidak pernah menyertai mana-mana parti politik. Jiwa
dan keazamannya tetap bersama UMNO. Akhirnya bila
Tunku mengundur diri, usaha membawa masuk Mahathir
bermula dan ini dilakukan oleh Datuk Harun Idris.


Dr. Mahathir dijuk menyertai UMNO. Beliau memohon
menyertai UMNO melalui Bahagian Rawang. Ditolak oleh
MT UMNO kerana tidak meminta maaf. Mahathir enggan
meminta maaf tetapi akhirnya menandatangani surat
permohonan maaf setelah didesak hebat oleh datuk harun
dan beberap pemimpin UMNO Kedah. 

Akhirnya setelah beberapa lama pimpinan tertentu dalam
UMNO berusaha maka mahathir diterima masuk kembali.
Subky Latiff menulis,"Dr. Mahathir diterima masuk UMNO
laksana superman pulang dari kayangan, dua singa
bergurau, gajah pun takut ketawa; yang nyata kemasukan
Dr. Mahathir ini disambut oleh orang UMNO di segala
ceruk rantau, macam menyambut orang dari kayangan.",
ketika mengulas kemasukan Dr. Mahathir ke dalam Umno
dan pelawaan Syed Jaafar Albar yang menawar semua
jawatan parti milik beliau kepada Mahathir.


Apabila Datuk harun dihadapkan ke Mahkamah Tengah
Kuala Lumpur pada 24 November 1975, atas 16 tuduhan di
bawah Akta Mencegah rasuah 1961 dan Ordinan Darurat,
Dr. mahathir merasakan "bukan harun yang didakwa,
sebenarnya UMNO dan orang Melayu yang menghadapi
perbicaraan." (Surat beliau kepada seorang Wartawan
Utusan, 4 hari selepas harun didakwa.) 

Dr. Mahathir dimarah oleh Tun Hussien Onn ketika belai
berjumpa Tun Hussien On secara peribadi untuk
menghalang Datuk Harun dipecat daripada UMNO. 

Harun didapati bersalah. Pada & Februari 1981 Dr.
Mahathir yang ketika itu menjawan pemangku PM (Tun
Hussien On ke London untuk pembedahan) telah
menyembahkan rayuan pegampunan bagi Harun kepada Sri
Paduka Baginda Yang Dipertuan Agong. Harun telah
diampunkan pada 1 Ogos 1981.  
 

--------------------------------------------------------------------------------

Perdana Menteri Malaysia Keempat

Langkah pertama selepas menjadi Perdana Menteri ialah
membebaskan seramai 21 orang tahanan ISA. Langkah
pertama ke arah demokrasi yang lebih luas. 

Meminta maaf secara terbuka kepada Tunku Abdul Rahman.


Kali pertama dalam sejarah pentadbiran negara: Dr.
Mahatahir telah mencatatkan dalam kad jemputan
perkahwinan anak perempuannya pada tahun 1982 supaya
tetamu "jangan membawa sebarang hadiah."(Inikah
pemimpin yang gila harta?)  
 

--------------------------------------------------------------------------------

Mahathir List
Melancarkan Slogan Bersih, Cekap, Amanah 
Dasar Pandang ke Timur 
Punch Card 
Penerapan Nilai-nilai Islam 
Kepimpinan Melalui Teladan 
Buy British Last 
Membawa masuk Saudara Anwar Ibrahim seorang pejuang
Islam masa itu ke dalam UMNO.
(apakah mahathir akan membawa masuk beliau sekiranya
Mahathir anti Islam? Apakah mahathir akan meletakkan
begitu ramai calon pilihanraya daripada ABIM sekiranya
beliau tidak mahu Islam?) 
Mengambil Balik Carcosa Seri Negara daripada British 
Menghapuskan imuniti raja-raja 
Menyamakan waktu sabah dan sarawk dengan semenanjung 
Menubuhkan Universiti Islam Antarabangsa
(Dakwaan bahawa UIA adalah idea Anwar langsung tidak
tepat dan merupakan satu penafian sejarah. Idea ini
adalah dikemukankan oleh Dr. Mahathir di Persidangan
Pendidikan Islam di Mekah pada 1977. Malahan ketika
Anwar masuk ke dalam UMNO pada 1982, proposal UIA
telah siap. Ketika Anwar masih baru membuka langkah
dalam UMNO, UIA telah pun ditubuhkan dengan Tun
Hussien On sebagai Presiden pertama dan Sultan Ahmad
Shah sebagai Canselor. Anwar hanya menjadi Presiden
ketiga. Bagaimanapun tidak dapat dinafikan jasa Anwar
mengemmbangkan UIA pada masa beliau. Cuma idea UIA
adalah Idea Mahathir yang sekarang dipanggil
Mahafiraun oleh pembangkang.) 
Mempergiatkan usaha melaksanakan sistem perbankan dan
Insuran Islam yang dirancang oleh UMNO sejak tahun
1970-an. 
Proton Saga* 
Lebuh raya Timur-Barat* 
Jambatan Pulau Pinang* 
Mewujudkan Jabatan Kemajuan Islam 
Jabatan Kehakiman Syriah 
Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM) 
Wawasan 2020 
Putrajaya 
Cyberjaya 
Formula One 
Sukan Komanwel 
KLCC 
KLIA 
dan banyak lagi  
 

--------------------------------------------------------------------------------

Inikah Seorang pemimpin yang kita panggil pengkhianat
bangsa? Pemimpin yang telah menghabiskan seluruh
kehidupannya untuk bangsa Melayu akhirnya dipanggil
mamak bangsat, mahafiraun dan mahazalim. Siapakah yang
lebih zalim? 

*Projek ini sekarang diakui telah menjana ekonomi dan
industri negara ini juga telah dikutuk suatu ketika
dahulu oleh pembangkang yang sama, oleh ahli ekonomi
yang sama dengan tuduhan yang lebih kurang sama iaitu
membazir dan akan gagal. Tuduhan dan hentaman terhadap
kerajaan adalah sama seperti apa yang dibuat oleh
pembangkang pada hari ini. Apakah mereka ini tidak
malu melihat kritikan mereka dahulu tidak tepat?  
 



--------------------------------------------------------------------------------

Nota khas
Dr. mahathir mewarisi satu masyarakat bumiputera yang
malas, malu, sentimental, rendah diri, tidak terbuka,
dan menjadikan tradisi serta agama sebagai pantang
larang kepada penerokaan untuk maju dalam masyarakat
Melayu. Lama sebelum itu beliau telah menjadi kritikal
kepada sifat orang melayu tersebut. Tapi
pemimpin-pemimpin sebelumnya tidak pernah mengambil
inisiatif untuk merawat kerana enggan terlibat dengan
masalah sensitif orang Melayu iaitu agama.


Dr.Mahathir tidak ada pilihan kecuali memperbaikinya
dengan menyerang sikap taksub, kolot dan jumud orang
melayu dengan menggunakan hadis dan al-quran. Beliau
tidak senang dengan siakp orang Melayu yang berserah
kepada takdir dan tidak mahu mengumpul harta kerana
kepercayaan harta tidak akan membawa mati. Beliau
berpendapat ini tidak akan membantu survival orang
Islam dan bangsa melayu di Malaysia. 

Pada pendapatnya, "orang islam yang hanya menyalahkan
takdir sedangkan ia boleh memperbaiki nasib nasibnya
ialah orang yang kurang percaya kepada keadilan Allah
S.W.T.. katanya, Allah tidak memberi akal fikiran,
tenaga dan pacaindera kepada manusia jika mereka hanya
dikehendaki menunggu dan menerima nasibnya sahaja." 

"Segala anggota tenaga dan akal fikiran diberi kepada
mahkluk allah untuk digunakan menyelamat dan
menjayakan diri mereka. Manusia yang bermulut tetapi
tidak makan dan minum akan mati. Kematiannya apabila
berlaku memang ditakdirkan tetapi jika ia makan dan
minum serta hidup bertenaga, itu juga takdir. 

Dr. Mahathir menjadi marah kepada guru agama dan ulama
yang menegurnya kerana memberikan tafsiran agama
sedangkan beliau tidak mempunyai kelayakan sekolah
atau universiti agama dan tidak fasih dalam bahasa
Arab. Beliau menyifatkan mereka itu sebagai angkuh dan
sombong dan berkata "Allah tidak suka kepada orang
yang sombong". 

Beliau juga mengecam guru-guru agama yang mengajar
orang Islam supaya tidak bersungguh-sungguh sebagai
jahil walaupun memiliki ijazah berjela-jela. Katanya
"Agama Islam sepatutnya membawa kejayaan kepada
umatnya tetapi ajaran yang kerap disampaikan kepada
umat Islam tertumpu semata-mata kepada kebahagian
akhirat dan pentafsir-pentafsir agama inilah yang
telah menyebabkan masyarakat Islam mundur dan jahil." 

Beliau juga mengecam Doktor Wanita Melayu yang
menggunakan merawat pesakit lelaki menggunakan pen
kerana tidak mahu memegang atas alasan agama.

=====

__________________________________________________
Do You Yahoo!?
Bid and sell for free at http://auctions.yahoo.com

 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
 ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED]   pada body : SUBSCRIBE HIZB)
 ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED]  pada body:  UNSUBSCRIBE HIZB)
 ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan             )
 ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net                  )
 ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED]                    )
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Pengirim: Mat Rencana <[EMAIL PROTECTED]>


____________________________________________________________________
Get your own FREE, personal Netscape WebMail account today at 
http://webmail.netscape.com.

 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
 ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED]   pada body : SUBSCRIBE HIZB)
 ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED]  pada body:  UNSUBSCRIBE HIZB)
 ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan             )
 ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net                  )
 ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED]                    )
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Pengirim: spy leman <[EMAIL PROTECTED]>

Kirim email ke