*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
 {  Sila lawat Laman Hizbi-Net -  http://www.hizbi.net     }
 {        Hantarkan mesej anda ke:  [EMAIL PROTECTED]         }
 {        Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED]     }
 *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
  Undilah PAS : MENENTANG KEZALIMAN & MENEGAKKAN KEADILAN
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Saudara,

Boleh tumpang tanya, sdr cakap dengan sapa ? cakap dengan saya ke ?

Marah sungguh nampak, bila orang menghebohkan keburukan pemimpin pujaan sdr. Taksub 
benar kat pemimpin sdr sehingga sampai taraf mendewa-dewakan pemimpin. Siapa pemimpin 
saya ? Pandai-pandai je sdr menuduh mereka itu pemimpin saya. Sehingga masa ini saya 
belum pun melantik sesiapa menjadi pemimpin saya. Sdr sudah silap orang ni... Itulah 
asik memuja pemimpin pujaan, tak nak siasat dulu. Asalkan orang tegur atau mendedahkan 
keburukkan pemimpin pujaan sdr, sdr terus melatah kata orang ahli pas la, dap la, adil 
la, prm la, ngo la, cia
la, kgb la dan tah apa-apa lagi yang sdr merepek. His kesian.... kesian ....

Saya nak beritahu sdr, rakaman itu telah disahkan sendiri oleh syahidan kasim di mana 
dia mahu tindakan diambil kepada pengedar keset itu kerana rakaman mesyuarat itu 
mengandungi rahsia kerajaan. Sdr dah dengar ke rakaman itu? Atau tak nak dengar ? 
Kalau tak nak dengar dan terus buat kesimpulan macam ni, maka benarlah apa yang saya 
kata. ada mata pejam, ada telinga sumbat, ada hati tapi dah mati. OK, kalau tak nak 
dengar pun tak apa tapi sdr tentu baca akhbar BH, UM, dan seumpamanya setiap hari dari 
kecil sampai tua. Sdr mungkin
pernah terbaca kenyataan di bawah, itu pun kalau sdr perasan. Lainlah kalau sdr tak 
ada perasaan.

"Apabila hukum rejam dengan batu sampai mati kepada penzina dan potong tangan kepada 
pencuri, nescaya ramailah rakyat Islam yang mati dan kudung tangan." [Mahathir Mohamad 
- Interview dengan media massa, 14 Julai 1992]

" Hudud tidak boleh dilaksanakan kerana sukar mendapat saksi yang tidak fasik." 
(Mahathir Mohamad - ucapan di Pusat Bahasa Arab Nilam Puri,Kelantan, 3 Mac 1994)

"Al-Quran perlu ditafsirkan semula untuk disesuaikan dengan keadaan masa kini." 
(Mahathir Mohamad - ucapan di Pasir Mas, 14 Ogos 1994)

"Saya memastikan bahawa negeri-negeri yang diperintahkan Barisan Nasional tidak akan 
melaksanakan hukum hudud." (Mahathir Mohamad - interview selepas sidang Majlis 
Tertinggi UMNO, 1994)

"Hukum rejam kepada penzina adalah primitif." (Mahathir Mohamad - interview di Nilam 
Puri, 3 Mac 1994)

"Al-Quran mestilah ditafsir semula untuk disesuaikan dengan zaman dan keadaan." 
(Mahathir Mohamad - majlis IKIM, 10 Ogos 1994)

Kalaulah hukum di dalam Al-Quran dan Al-Quran itu sendiri pun dicercanya, inikan pula 
nabi yang diutuskan dan diperintahkan menyampaikan ajarahan dari kitab Al-Quran. Tak 
mustahil !!! Saya sendiri pernah mendengar dia mengejek-ejak kandungan Al-Quran dan 
Hadis.

Bahkan !!! PM yang sdr didewa-dewakan itu secara jelas menghina, mencerca, 
memperlekehkan Allah s.w.t yang menurunkan Al-Quran. Tambahan pula, PM yang sdr 
didewa-dewakan itu jelas bersikap angkuh dan menganggap dirinya lebih bijak dari Allah 
s.w.t yang menjadikan manusia dan menurunkan Al-Quran sebagai panduan hidup insan. 
Beginikah sikap sdr yang menganggap diri sendiri seorang yang berpegang teguh kepada 
Islam sebagai satu pegangan hidup. Masyaallah ....

Adilkah sdr ? Kerana dia pemimpin pujaan sdr maka sebarang tindakan dia, sdr halalkan 
? Sdr mungutuk anwar kerana kes liwat tetapi bila anak pemimpin pujaan sdr 
menganjurkan Kuala Lumpur menjadi tuan rumah kepada persidangan liwat maka liwat 
dibolehkan pula. Pada masa itu berbondong-bondong kaki liwat dari seluruh dunia datang 
ke Kuala Lumpur untuk menghadiri persidangan liwat. Dan sdr pula boleh pejam mata 
melihat anak pemimpin sdr mengedarkan kondom berperisa buah-buahan kepada orang ramai 
secara terbuka semasa persidangan.
Bukankah kondom tu diletakkan ditempat sulit, kenapa ada pelbagai perisa ? Kenapa 
kondom berperisa buah-buahan diedarkan kepada orang ramai secara terbuka ? Tak sangka 
sdr sanggup menghalalkan liwat kerana pemimpin pujaan sdr... tak sangka sungguh.

Kalau benarlah anwar itu didapati bersalah di mahkamah syariah, maka dia patut dihukum 
bakar. Tetapi kenapa dalam kes persidangan liwat (telah dipersetujui oleh pemimpin 
pujaan sdr), sdr boleh menghalalkannya. Sdr mahu jadikan negara ini sera boleh ? liwat 
pun boleh ? Sdr seolah-olah mempertuhankan pemimpin pujaan sdr. Masyallah ... Sdr 
sedar tak apa yang sdr lakukan. Jangan ingat sdr tidak akan dibangkitkan nanti.

Ketaksuban terhadap pemimpin pujaan sdr menyebabkan sdr bermusuhan dengan sesiapa 
sahaja yang menentang pemimpin sdr. Dari kenyataan sdr, sdr ni beranggapan bahawa 
pemimpin dan kepimpinan ini satu pertandingan. Dan sdr pula bertungkus lumus untuk 
menang dan memenangi pemimpin pujaan sdr. Sebenarnya pemimpin dan kepimpinan adalah 
satu amanah dari Allah s.w.t kepada manusia. Rakyat mengamanahkan pemimpin dan 
pemimpin yang diamanahkan wajib menunaikan apa yang diamanahkan. Bila pemimpin yang 
diamanahkan khianat maka wajiblah ke atas
rakyat menukar pemimpinnya dan membuat satu perubahan.

Perubahan amat penting dalam kehidupan terutamanya kepada muslimin. Berbahagialah 
seorang muslim yang hari ini baginya adalah lebih baik dari semalam dan hari esok 
baginya adalah lebih baik dari hari ini. Celakalah seorang muslim yang hari semalam 
baginya adalah lebih baik dari hari ini dan hari ini baginya adalah lebih baik dari 
hari esok. Pendek kata perubahan ke arah kebaikan adalah satu tuntutan agama. Saya 
berasa sungguh pelik kepada segolongan manusia di negara ini yang anti kepada 
perubahan dan bersusah payah menentang arus
perubahan walaupun perubahan ke arah kebaikan. Pelik, pelik sungguh.


Zebbo wrote:

> Saudara,
>
> Maaf saya mengatakan yang saudara ini agak taksub dan taat membuta dengan pemimpin 
>saudara. Kalaulah saudara mengakui diri saudara Islam, dan saudara juga faham apa 
>yang sebenarnya Islam kehendakki dari penganutnya, saudara tidak akan dengan cepat 
>menuduh orang dengan sembarangan. Kalaulah bukti yang saudara unjukkan itu cuma dari 
>golongan yang empunyai website itu, dengan terang saya katakan saudara mempercayai 
>fitnah keatas seorang saudara Muslim..
>
> Website itu terbukti di sediakan olih penyokong parti politik yang telah bankrap, 
>dan hanya dapat mengabui mata rakyat melalui dakyah palsu dan fitnah mereka. Saya 
>percaya suadara tidak pernah mendengar atau pun memberi peluang pihak yang dituduh 
>membuat penafian, sebaliknya, saudara dengan buta tuli mempercayai "bukti?" cuma di  
>sebelah pihak yang saudara sokong. Adilkah perbuatan saudara ini? Kita umat Muslim 
>mesti berlaku adil, walaupun kepada musuh kita, tapi tingkah laku saudara tidak 
>langsung mencerminkan keislaman saudara.
>
> Kalaulah "islam" itu seperti yang saudara contohkan, nescaya, saya tidak mau 
>bersama2 saudara kerana jelas orang2 Islam seperti saudara amat mudah dipermainkan 
>musuh2 Islam yang sebenar...
>
> Salam..


 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
 ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED]   pada body : SUBSCRIBE HIZB)
 ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED]  pada body:  UNSUBSCRIBE HIZB)
 ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan             )
 ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net                  )
 ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED]                    )
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Pengirim: Abdullah Ahmad <[EMAIL PROTECTED]>

Kirim email ke