*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
 {  Sila lawat Laman Hizbi-Net -  http://www.hizbi.net     }
 {        Hantarkan mesej anda ke:  [EMAIL PROTECTED]         }
 {        Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED]     }
 *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
  Undilah PAS : MENENTANG KEZALIMAN & MENEGAKKAN KEADILAN
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
NORHAYATI MENGECEWAKAN

Maka sekali lagi kita digemparkan dengan Akuan Berkanun dari saudari Noryati 
yang dahulunya digembar-gemburkan mempunyai anak luar nikah menerusi 
hubungan haram antaranya dan bekas Ketua Menteri Melaka. Melalui Akuan 
berkanun itu Noryati telah :-
menafikan beliau ada hubungan sulit dengan Rahim Thamby Chik(RTC) pengakuan 
terbuka itu dibuat kerana Anwar menyentuh perkara itu dalam kes liwatnya 
yang sedan dibicarakan. (pelik sepatunya pengakuan ini untuk membersihkan 
maruahnya) Akuan Berakanun itu bertarikh 2/9/98 (macam kenal je tarikh ni) 
Noryati telah menuduh guru disiplinnya Cikgu Zainal dan Dr. Maamor 
mengajarnya untuk merekacipta pasal hubungannya dengan RTC. Noryati telah 
dibawa berjumpa PM oleh cikgu Zainal dan 4 orang yang tidak dikenali. dan 
penerangan berkenaan kes itu telah diberikan kepada PM (bukan Anwar). DSP 
Chong dari Bukit Aman telah menyuruh Noryati menandatangani kenyataan 
pengakuan tentang salah laku seks itu Semasa perbicaraan Kes Lim Guan Eng, 
Noryati telah mengaku selepas disoal oleg Karpal Singh yang beliau telah 
melakukan hubungan sulit dengan RTC
(Sumber UTUSAN MELOYA - 3/11/99)
Baiklah ini jawapan saya :-
Pertamanya kes ini bukannya dibangkit oleh Anwar pada tahun 1994 yang lalu. 
Ianya tersebar ke media setelah nenek Noryati sendiri bersama beberapa orang 
ahli keluarganya telah mengadu kepada Lim Guang Eng tentang kes ini. Harus 
di ingat nenek Noryati juga telah cuba mengadu kepada seorang Wakil Rakyat 
atau MP (maaf kurang ingat, yang pentingnya ianya adalah ahli UMNO dan 
berjawatan) tetapi tidak dilayan. Oleh itu sebenarnya Anwar tidak ada kena 
mengena langsung dengan kes RTC. Keduanya ketika perbicaraan Kes Lim Guan 
Eng, Noryati sendiri telah mengaku tetantang salah laku seks itu. Harus 
diingat, PM yang mengarahkan Anwar untuk memecat RTC setelah PM mendapat 
penjelasan Noryati Sendiri berkenaan salah laku seks RTC. Untuk pengetahuan 
anda RTC tidak pernah memusuhi Anwar malah jika anda masih ingat team 
wawasan (Anwar+Muhyiddin+Najib+RTC) RTC telah bergabung dengan Anwar. RTC 
hanya menunjukkan ketidakpuasan hatinya setelah Anwar menyuruh RTC 
meletakkan jawatan(atasa arahan PM) dan Anwar tidak melayan permintaan RTC 
supaya siasatan BPR keatas kes rasuah RTC ditutup.
       Rujukan :-
pengakuan Anwar berserta dengan documented evidence ketika perbicaraan kes 
liwat. Kenapa peristiwa yang telah berlaku pada tahun 1994, hanya pada 
tarikh 2hb September 1998 (tarikh Anwar dipecat) barulah Noryati ini membuat 
Akuan Berkanun ini. I smell something fishy here. Macam Azizan juga, setelah 
bontotnya diliwat pada tahun 1993 hanya pada tahun 1997 baru hendak buat 
pengaduan. Macam samanya perjalanan cerita. Yang nyatanya Pangakuan berkanun 
itu sebenarnya hanyalah digunakan untuk menutup kelemahan pemimpin UMNO yang 
sudah pastinya akan diserang oleh penyokong Anwar setelah Anwar dipecat. 
Cerita kononnya Noryati telah dipaksa oleh gurunya dan seorang doktor dan 
kemudiannya DSP Chong pula menyuruhnya untuk menandatangani surat pengakuan 
itu, semuanya seolah-olah sama sahaja jalan ceritanya dengan kes Anwar.  
Seolah-olah plotnya diarah oleh orang yang sama. Timbul banyak pula 
persoalan. Kenapa Noryati ikut sahaja kehendak Cikgu Zainal dan Dr Maamor 
untuk mereka cipta cerita salah laku seks RTC? Adakah kedua-duanya mempunyai 
ilmu sihir yang membolehkan orang ikut sahaja kehendak mereka? adakah 
pangkat mereka sungguh besar sehingga bisa menggetarkan lutut Noryati? 
Didalam Akuan Berkanun Noryati itu tidak pula Noryati menyatakan yang dia 
diugut secara paksa atau ditekan oleh Zainal dan Maamor. Tiba-tiba sahaja 
dia menurut sahaja kehendak Cikgunya dan Maamor, apa dia tak ada otak ke? 
Pelik sungguh. Tetapi jangan terkejut pula nanti Cikgu Zainal dan
Dr. Maamor akan mengeluarkan Akuan Berkanun yang mereka ini orang Anwar dan 
Anwar yang mengarahkan mereka memaksa Noryati mengaku ada hubungan dengan 
RTC.
        Segalanya mungkin di MALAYSIA BOLEH. Kenapa tidak dilakukan ujian 
DNA keatas anak luar nikah yang dilahirkan oleh Noryati untuk membuktikan 
samaada kanak-kanak itu anak RTC atau bukan? Kenapa dalam kes Anwar anak 
Azmin dan Shamsidar diuji DNAnya tetapi kes RTC tidak ada ujian DNA? Kan 
mudah nak lakukan DNA test, Malaysia kan ada pakar DNA iaitu Dr Lim Kon 
Boon. Kesimpulannya ini adalah satu lagi taktik keji dari BN untuk 
menegakkan benang yang basah. Yang nyatanya Noryati tidak jujur dengan 
dirinya sendiri. Dia juga macam Azizan sekejap mengaku, sekejap tidak. 
Mereka berdua mempermainkan sistem kehakiman dan minda rakyat Malaysia. 
Noryati!, disebabkan oleh kamu saudara Lim Guan Eng telah terpenjara, nenek 
kamu serta keluarga kamu telah bersusah payah untuk menebus maruah kamu, 
anak yang kamu lahirkan kedunia secara haram itu juga terpaksa menanggung 
kesengsaraan tanpa seorang ayah kerana kamu berzina dan kamu telah 
memperbodohkan rakyat Malaysia yang bersimpati dengan kamu. sia-sia sahaja 
pengorbanan Lim Guan Eng dan seluruh rakyat Malaysia untuk membela kamu. 
Bertaubatlah dan kembalilah ke jalan yang benar. Ceritalah perkara yang 
sebenarnya. Peringatan  Akan banyak lagi akuan-akuan palsu yang akan 
didedahkan untuk menjatuhkan imej Anwar dan pemimpin-pemimpin Barisan 
alternatif yang lain. Tunggu dan Lihat
LAGI TEKAN...... LAGI LAWAN!!!!!!!! AKOB THE GREAT 4 NOVEMBER 1999

PENGAKUAN DAN PENDEDAHAN TAK BERMORAL

Ternyata sekali kedudukan MAHAFIRAUN Mohamad dan partinya, Umno berada dalam 
keadaan sungguh terdesak. Untuk mengatasi masalah itu berbagai cara telah 
dilakukan, baik cara haram, tak bermoral, melanggar tata budaya dan adat 
ataupun di luar perkiraan otak manusia yang waras. Salah satu tindakan untuk 
membebaskan MAHAFIRAUN dan Umno dari keadaan itu khususnya bagi menghadapi 
pilihanraya yang entah bila bakal diumumkan, ialah diadakan siri pengakuan 
dan pendedahan oleh orang-orang yang sebelum ini dikatakan penyokong kuat 
Anwar Ibrahim mengenai keburukan dan kejelekan mantan Timbalan Perdana 
Menteri itu. Mereka menggunakan orang-orang ini (sebenarnya pejuang yang 
bacul) dengan harapan arus perubahan yang sedang melanda persada politik 
negara dewasa ini akan mengendur dan akhirnya lenyap demi menyelamat masa 
depan MAHAFIRAUN dan krononinya serentak dengan itu demi kelangsungan usia 
Umno di alaf mendatang. Kini telah pun muncul beberapa orang yang tampil ke 
depan membuat pengakuan dan pendedahan. Asalnya orang –orang ini (pejuang 
bacul) dikatakan penyokong kuat Anwar. Mereka yang menghunus kering, 
memegang kapak dan membidik lembing untuk menjaga keutuhan Anwar dan
perjuangannya. MAHAFIRAUN sangat suka mengguna pejuang bacul ini untuk 
menarik keyakinan orang ramai. Dalam perkiraan MAHAFIRAUN kalau pengakuan 
dan pendedahan itu dibuat oleh orang luar, tentu rakyat tidak mudah terpesil 
mata untuk mempercayainya. Sebaliknya jika pengakuan dibuat di kalangan 
pejuang bacul itu, mudah bagi rakyat menyakininnya. Pendedahan dan pengakuan 
ini diadakan secara bersiri dan sangat teratur sekali. Jika kita perhatikan, 
siri pendedahan dan penagkuan ini bermula dengan mantan Ketua Pemuda
Umno Datuk Ahmad Zahid Hamidi. Sewaktu berlangusng perhimpunan agung Umno 
pertengahan tahun lalu, Zahid telah muncul di televisyen membuat pengakuan 
kononnya beliau diperalatkan oleh Anwar untuk kepentingan politiknya.
        Kata Zahid, Anwarlah yang mendesaknya agar membangkitkan isu 
nepotisme dan kronisme. Dalam kata lain beliau telah menjadi kuda kayu 
kepada Anwar untuk menganggu kedudukan MAHAFIRAUN. Pendedahan Zahid itu 
sungguh-sungguh mengaibkan bukan soal moral politik Anwar, tetapi batang 
tubuh bekas Ketua Pemuda itu sendiri sebagai seorang ahli politik. Mengapa 
tidak orang mentertawakan Zahid. Rasa hormat orang ramai kepada Zahid yang 
dilihat sebagai seorang pemimpin muda yang waruk, mempunyai cermin 
keIslaman, hilang dan lenyap terus. Lebih malang kepada Zahid pendedahan dan 
pengakuan (ikhlas) beliau itu bukan memberi gambaran buruk kepada Anwar 
sebaliknya keburukan itu terpalit ke atas dirinya sendiri. Pendedahan itu 
menjelaskan bahawa bekas Ketua Pemuda Umno itu memang tidak mempunyai telor 
(batu peler).  Kenapa kita memperkatakan demikian, kerana orang boleh 
mempertikaikan pengakuan dan pendedahan Zahid itu. Pengakuan itu menunjukkan 
selama ini politik Zahid di monitorkan oleh Anwar. Secara tidak langsung 
Zahid tidak mempunyai kredibiliti dan idealisme sendiri di dalam perjuangan. 
Jadi kalau benar begitu, maka wajarlah kalau beliau berundur dari Pemuda dan 
berhenti bercakap soal perjuangan.
       Sebenarnya Zahid bukan sahaja tidak layak menjadi Ketua Pemuda, 
tetapi tidak sedikit pun layak untuk menerjunkan diri di atas gelanggang 
perjuangan. Apa yang layak dan afdal baginya ialah, terjun di atas katil 
bersama isterinya Hamidah Khamis kemudian tidur diam-diam dalam satu 
selimut! Selepas Zahid, muncul pula pengakuan-pengakuan dari lain-lain 
orang. Yang terbaru ialah pengakuan dan pendedahan yang dibuat oleh bekas 
Penolong Gebenor Bank Negara,Datuk Abdul Murad Khalik. Pendedahan Murad 
terarah kepada penyalahgunaan wang oleh Anwar untuk kepentingan politiknya. 
Bekas Penolong Gebenur BNM itu mendedahkan kononnya Anwar mempunyai 
(mengurus) 30 akaun induk yang mengumpulkan dana politik bernilai RM 3 
billion. Sekali lagi pendedahan ini menjadi tanda tanya orang ramai. 
Pendedahan itu juga seakan (bersesuaian) sama dengan tuduhan dan dakwaan 
MAHAFIRAUN sebelum ini yang kononnya Anwar mempunyai wang yang banyak.
Sebenarnya bagi seorang politik yang bernafsu besar tidak mustahil kalau 
mereka mempunyai dana (peruntukan) kewangan sebanyak itu.  MAHAFIRAUN 
sendiri dalam usaha mengukuhkan dan memperkasakan kedudukannya mempunyai 
kewangan lebih dari itu. Bayangkan sudah berapa lama beliau menjadi Presiden 
Umno dan Perdana Menteri. Dalam politik Umno yang terkenal dengan ‘politik 
wang’ mustahil MAHAFIRAUN tidak menggunakan wang atau mempunyai dana untuk 
tujuan itu. Jika dikira MAHAFIRAUN lebih berkesempatan untuk mengumpul dana 
berbanding Anwar.
       Saya tidak mahu mempersoalkan mengenai kewujudan dana ataupun sumber 
kewangan berkenaan. Tetapi apa yang boleh dipertikaikan dalam hal pendedahan 
dan pengakuan Murad itu ialah, sejauh manakah kebenaran dan kesungguhannya. 
Benarkah Anwar mempunyai akaun induk sebanyak itu? Dan bagaimana dengan 
penafian orang-orang yang dikatikan dengan Anwar seperti tuduhan Murad itu? 
Itu satu sudut, tetapi yang lebih menjadi kemusykilan dan menyebabkan 
pengakuan dan pendedahan Murad itu tidak berautoriti dan boleh ditangkis 
ialah kenapa ianya dibuat selepas beliau ditangkap dan dihadapkan ke 
mahkamah atas tuduhan gagal mengisytiharkan assetnya. Mengapa beliau tidak 
membuat pendedahan dan pengakuan itu sebelum beliau ditangkap atau sebaik 
sahaja setelah Anwar dipecat dari Menteri Kewangan dan Umno,
seandainya beliau takut untuk berbuat demikian sebelum ini kerana Anwar 
masih berkuasa? Atau kenapa tidak dibuat sewaktu Anwar di tahan di bawah 
Akta Keselamatan Dalam Negeri? Kenapa diambil masa terlalu lama? Tindakan 
inilah menjadikan pengakuan idan pendedahan itu sebagai palsu?  Apabila 
beliau membuat pendedahan selepas beliau dihadapkan ke mahkamah, maka 
banyaklah keraguan yang timbul. Orang boleh beranggapan bahawa pengakuan dan 
pendedahana itu dibuat setelah beliau dipaksa. Orang boleh beranggapan 
pendedahan itu sama nilainya dengan pendedahan Zahid Hamidi. Orang 
beranggapan pendedahan dan pengakuan itu sama tarafnya dengan pengakuan 
Azizan Abu Bakar, Umi Hafilda, Daim, Rafidah dan lain-lain. Orang akan 
beranggapan pendedahan itu bukan ikhlas melainkan kerana paksaan. Apa lagi 
di akhir-akhir ini banyak pihak yang kena tekan dan ugut oleh pihak 
berkuasa.
          Ekoran pendedahan yang dibuat oleh Murad itu, maka tercetuslah 
suara-suara dari pihak itu dan pihak ini kononnya turut sama menyimpan 
rahsia kejahatan dan salah laku Anwar. Menteri besar Johor, Ghani Othman 
membuat kenyataan media akan mendedahkan keburukan Anwar bila tiba masanya 
nanti. Ketua Menteri Melaka, Abu Zahar Ithnin juga membuat kenyataan 
kononnya beliau ada disogokkan wang oleh pihak Anwar suapay bahagiannya 
tidak mencalonkan Ghafar yang kena halau oleh rakyat Indonesia.Kedua orang 
ini sebelum ini terkenal sebagai orang kuat Anwar Ibrahim. Ghani Othmanlah 
yang membenarkan negerinya, tempat mula-mula sekali Anwar menimbulkan soal
nepotisme dan kronisme – di Desa Rhu. Manakala Abu Zahar pula satu-satu 
Ketua Menteri yang dilantik sewaktu Anwar menjadi Pemangku Perdana Menteri. 
Adalah dipercayai ramai lagi menteri, timbalan menteri, Setiausaha Parlimen, 
Menteri Besar dan wakil-wakil rakyat akan muncul satu persatu membuat 
pengakuan dan pendedahan mengenai keburukan Anwar. Sikit masa nanti laman 
akhbar Utusan dan Berita Harian tidak kecukupan untuk menyiapkan pendedahan 
demi pendedahan. Tidak mustahil pendedahan dan pengakuan nanti sesuatu yang 
tidak terfikir oleh manusia yang waras. Dan mereka akan sanggup melakukan 
sahaja demi surval politik mereka.Apa lagi dalam situasi hari ini, saat-saat 
tibanya pilihanraya mereka akan lakukan apa sahaja untuk memastikan mereka 
akan dipilih bertanding dalam pilihnaraya kemudian akan
dilantik memegang jawatan sebagai imbalan. Tidak mustahil keburukan dan 
kejelekan Datin Wan Azizah, Nuru Izzah dan semua keluarga Anwar akan menjadi 
mangsa pendedahan dan pengakuan terkutuk itu. Kita tunggu sahajalah 
masanya...
       Dan bagi MAHAFIRAUN pula beliau sangat suka dan merestui pendedahan 
itu kerana pada perkiraan dan sifir politik usangnya segala pendedahan dan 
pengakuan seperti itu dapat memalingkan keyakinan rakyat kepada 
kepimpinannya. Pendedahan dan pengakuan itu dikira dapat mengekalkan 
kekuasaanya. Percaya dan yakinlah pendedahan ini akan berterusan. Ia akan 
disambung dari masa ke semasa. Dan segala macam keburukan dan kejelekkan 
mengenai Anwar akan dilambakkan. Bagi mereka, tidak ada setitik pun kebaikan 
yang pernah dilakukan Anwar. Tidak ada sejuring bakti pun yang pernah dibuat 
oleh Anwar bagi mereka. Mereka akan menggambarkan Anwar sebagai syaitan 
laknat yang sudah berjanji akan menggoda (melakukan kejahatan) di atas muka 
bumi ini. Manakala MAHAFIRAUN pula akan digambarkan sebagai melaikat – suci 
dan bersih. Mata mereka sudah tertutup daripada melihat Anwar dan mata 
mereka terbuka merenung MAHAFIRAUN meskipun MAHAFIRAUN sudah bersalutan 
dengan najis dan diselar api yang marak. Pada pejuang-pejuang bacul itu yang 
kudus dan syahdu buat mereka ialah MAHAFIRAUN bin Mohamad. Tetapi, para 
penggerak keadilan, penegakkan kebenaran, usahlah risau dan bimbang dengan 
taktik dan strategi jahat Umno itu. Yakinlah bahawa apa jua pendedahan, 
pengakuan jahat mengenai Anwar dan sesiapa sahaja di kalangan barisan 
alternatif bukan mudah untuk diterima oleh rakyat. Rakyat sudah muak dengan 
segala permainan busuk dan jahil itu. Rakyat sudah bosan semua itu. Hari ini 
rakyat lebih cerdik dan pintar daripada pemimpin dan tokoh-tokoh Umno dan 
Barisan Nasional.
        Sebenarnya rakyat sudah tidak sanggup untuk mendengar, membaca 
ataupun bercakap mengenai kekejian permainan politik pihak Barisan Nasional 
dan Umno. Rakyat sudah naik bosan. Dan pada masa ini rakya sudah membuat 
keputusan dan ketetapan. Keputusan dan ketetapan itu makin hari makin kemas 
dan makin padu dan telah tersimpul mati dalam kepala dan hati mereka. 
Keputusan dan ketetapan itu ialah mereka akan menolak Umno (Barisan 
Nasional), dan memilih Barisan Alternatif sebagai kerajaan baru di abad 21 
akan datang. Tenang dan yakinlah.....
MOHD SAYUTI OMAR (MSO). [EMAIL PROTECTED] 4 NOVEMBER 1999

JANGAN UNGKIT KISAH LAMA?

Itulah tajuk UM hari ini-3/Nov/1999. Ianya ditujukan kepada kenyataan 
Norhayati di dalam kes dia dengan Rahim Ketua Menteri Melaka waktu itu, hari 
ini tiba-tiba Norhayati membuat kenyataan bahawa dia tidak berjahat dengan 
Rahim. Tajuk itu sebenarnya memperli MAHAFIRAUN. Memperli semua ahli UMNO 
dan meletakkan UMNO di dalam kebodohan dan memperli sesiapa jua yang sedang 
mengambil kes Anwar yang lama itu untuk diungkit. Akhbar ingat dengan 
memilih tajuk itu ia akan dapat menturningoverkan kepercayaan orang bahawa 
UMNO sekarang ialah pertubuhan keparat!, walhal UMNOlah yang sedang 
mereka-reka cerita bahkan ianya sudah lama demi menjatuhkan rakan dalam 
politik UMNO itu?.Adakah UMNO yakin rakyat akan percaya dengan kenyataan 
Norhayati itu adalah perkara sebenar?. Sungguh malang bagi Norhayati kerana 
dia membuat kenyataan sekarang. Sekarang adalah waktu yang amat tidak sesuai 
untuk sesiapa pun membuat kenyataan selagi mana ianya berkait dengan 
kedudukan UMNO di dalam politik Negara Malaysia. Kalau Norhayati seorang 
yang cerdik, dia sepatutnya membuat kenyataan demikian sudah lama dulu. Dia 
sepatutnya membuat kenyataan demikian sebelum Mohtar Abdullah menyelamatkan 
Rahim, tetapi Norhayati lupa, Mohtar telah menyelamatkan Rahim, tetapi dalam 
masa yang sama Norhayati dihodohkan apabila dia dikatakan berbuat jahat 
dengan ramai lagi lelaki lain pula Adakah Norhayati lupa semua itu?.  Sekali 
gus dengan kenyataan itu, Rahim Tamby Chik ialah orang yang paling bertuah 
di Negara Malaysia ini. Peguam Negara sudah bersihkan dia, yang dikatakan 
mangsanya juga sedang membersihkannya. MAHAFIRAUN memang sudah lama 
menjaganya. Maka Rahim sudah seharusnya dinaikkan semula di dalam barisan 
kepemudaan UMNO. Inilah masanya meletakkan semula Rahim Tamby Chik ke tampuk 
asalnya ketua pemuda UMNO. UMNO seharusnya tidak bimbang dengan keadaan 
sekarang sekiranya mereka sungguh-sungguh dalam memperjuangkan kebenaran dan 
keadilan. Namun adakah UMNO yakin semua itu benar sebenarnya?.
        Norhayati lupa dengan mengatakan jangan ingat kisah lama itu 
sebenarnya kata-kata yang boleh menyinggong rasa hati MAHAFIRAUN, Khalid 
Jefri, Ummi Hafilda,Azizan Abu Bakar, Mohtar Abdullah, Abdul Ghani Patail 
dan sekutunya yang lain. Mereka itulah sekarang ini membangkitkan kisah lama 
bahkan ianya dikatakan lagi lama dari kes Rahim dengan dirinya sendiri. Kes 
itu sungguh lama sehinggakan tarikhnya pun beberapa kali dipinda oleh 
seorang peguam yang bertaraf Peguam Negara itu, aka kes Norhayati-Rahim itu 
tidaklah lama kalau nak dibandingkan dengan kes yang ada dalam dalil Khalid 
Jefri. Kalau kes yang begitu lama secara relatifnya itu sedang diungkit oleh 
MAHAFIRAUN sebagai perdana Menteri, maka atas kedudukan apakah Norhayati 
minta kesnya jangan diungkit sebab lama?.Jestifikasi yang MAHAFIRAUN guna 
untuk ungkit semula dalil Khalid Jefri ialah kerana dia kesian dengan Azizan 
yang kununnya diliwat dan dia mesti dibela, Azizan pula kata demi ugama, 
bangsa dan negara kebenaran harus ditegakkan. Di dalam kontek kes yang perlu 
dibuktikan kedudukannya, samada benar atau salah. Maka tidak mengungkit 
kisah lama tidak timbul langsung, yang penting ialah kebenaran. Kalau selama 
ini ianya tidak benar, maka demi kebenaran ianya mesti dibuktikan benar dan 
bukannya hanya membuat kenyataan supaya jangan ungkit kisah lama. Kalau 
begitulah keadaan yang dikehendaki oleh undang-undang, Maka, Anwar boleh 
melepaskan dirinya dengan membuat kenyataan macam Norhayati saja. Adakah ini 
disukai oleh MAHAFIRAUN?. Mustahil!.
       Timbul dua keadaan kontra sedang dihidangkan kepada rakyat oleh Media 
yang dikuasai UMNO. Norhayati tidak mahu orang ungkit kisah lamanya, 
sebaliknya MAHAFIRAUN sekarang berusaha mati-matian untuk mengungkit kisah 
lama Anwar yang ditangkis keras oleh Anwar. Yang menariknya, rakyat tidak 
mempercayai kisah lama yang diungkit oleh MAHAFIRAUN itu sebagai benar. Maka 
dalam hal Norhayati dan Rahim, dimana kebenaran tidak dibuktikan benar itu, 
nampaknya tidak ada kesan keatas menentukan kebenaran terhadap kenyataan 
Norhayati.
Pengajaran yang diambil dari dua keadaan itu ialah, kebenaran dan keadilan 
tidak boleh ditangguhkan, itu pun selagi mana boleh berlaku benar dan adil. 
Sebaliknya ialah zalim. Akhirnya, akibat dari suka menipu dan berbohong 
adalah sudah mainan politik UMNO, maka apabila rakyat tahu dan sedar betapa 
UMNO hari ini adalah suka berbohong dan sanggup berbohong kepada rakyat demi 
mempertahankan kuasa, maka sesuatu kalau benar pun akan tidak dipercayai 
rakyat ramai. Ertinya, UMNO sekarang gagal menjaga dan menghormati 
kepercayaan yang diberi oleh rakyat selama ini. Sebab itulah larangan 
berbohong amat keras di dalam ugama. Kesanya adalah berat sepertimana 
beratnya UMNO sekarang menaggung beban dari Presidennya yang berbohong. 
Sekian muramozi 4 NOVEMBER 1999


MANA BUKTI RASUAH ANWAR?

Meskipun dakwaan-dakwaan Murad begitu sensasi, sebagai seorang umat Islam 
yang ‘husnuzan’ dan berfikiran waras, tidak ada satupun dakwaan-dakwaanya 
yang mboleh diterima. Malah saya hanya bersedih kerana sedar betapa keji dan 
tidak bermoral MAHAFIRAUN dan UMNO kerana sanggup mengaibkan Anwar dengan 
tuduhan-tuduhan demikian. Minda yang rasional memerlukan bukti di atas 
kenyataan-kenyataan yang diterimanya. Saya fikir tidak ada manusia yang 
menelan bulat setiap fakta yang disogok kepadanya. Lebih-lebih lagi 
fakta-fakta yang pada luarnya nampak tidak logik. Biarlah saya ambil contoh 
sumbangan kepada ABIM (kerana ramai kawan saya pernah menyertai ABIM). 
Kalaulah ABIM dikatakan menerima sumbangan RM 5 juta, ke manakah perginya 
duit itu? Saya tidak nampak orang ABIM ke sana ke mari dengan gaya segak. 
Malah orang ABIM dikenali sebagai mereka yang warak dan sentiasa tidak 
mencukupi duit untuk melaksanakan program-program mereka. Mereka yang saya 
kenal didalam ABIM enggan menerima sumbangan yang besar-besar daripada 
sumber luaran kerana takut matlamat dan tujuan ABIM terpesong dengan 
sumbangan yang keterlaluan.
        Ada juga ahli-ahli ABIM susah kerana terpaksa berhenti kerja keran 
tertekan akibat perkaitan mereka dengan ABIM. Malah kawan-kawan mereka dalam 
ABIM terpaksa menyediakan tabung untuk membantu saudara-saudara mereka dalam 
ABIM yang hidup susah. Takkan Murad mengatakan bahawa mereka di pimpinan 
ABIM seperti Ahmad Azam dah Shahrudin menerima duit yang begitu banyak untuk 
kegunaan mereka sendiri.Kalaulah mereka menerima duit sebanyak itu, 
kenapalah mereka tidak menggunakan duit itu untuk menampung kehidupan 
sendiri, lebih-lebih lagi pada masa kegawatan ekonomi sekarang. Fakta-fakta 
ini cukup untuk mengatakan kepada minda lojik saya bahawa dakwaan-dakwaan 
Murad tidak ada asas langsung. Dakwaan-dakwaan ini hanya merupakan satu 
fitnah jahat yang dipaksa ke atas Murad oleh pihak yang tidak 
bertanggungjawab. Mereka yang bertanggungjawab di sebalik fitnah-fitnah 
tersebut tidak berjaya meyakinkan rakyat, malah menyebabkan mereka bertambah 
benci kepada para konspirator. Bukan setakat itu sahaja, yang paling 
menyedihkan ialah Perdana Menteri kita dengan selamba sahaja membiarkan 
dakwaan-dakwaan ini berterusan tanpa memberi peluang untuk Anwar menjawab 
dan membolehkan keadilan ditegakkan dengan betul. Oleh itu MAHAFIRAUN 
janganlah terkejut kalau tidak ada sesiapa lagi di kalangan rakyat yang mahu 
mempercayaimu lagi! Yunus Salleh 4 NOVEMBER 1999

BUKIT JALIL - MAHAFIRAUN DITIPU MENTERINYA SENDIRI

Berberapa setiausaha politik menteri UMNO yang anti MAHAFIRAUN memaklomkan 
kepada pemimpin pemimpin tertinggi Parti keADILan Nasional bahawa semasa 
mesyuarat kabinet yang lepas para menteri di tanya mengapa semasa dia 
membuat ucapan di stadium Bukit Jalil semasa perhimpunan raksaksa Barisan 
Nasional lebih dari 50,000 orang yang duduk di kerusi bertentangan dengan 
nya meninggalkan stadium.
Para menteri yang hadir memang tahu rakyat benci melihat muka MAHAFIRAUN 
dalam stadium itu. Olih kerana takut di murkai olih MAHAFIRAUN para menteri 
UMNO telah sepakat membuat cerita dongeng untuk menyedapkan hati MAHAFIRAUN. 
Mereka meyatakan kepada MAHAFIRAUN bahawa penonton yang berada di kerusi 
bertentangan dengan nya tidak dapat mendengar ucapan nya dengan jelas sebab 
‘sound system’ dan "microphone’ di stadium itu tiba tiba saja rosak dan 
ucapan MAHAFIRAUN tidak dapat di dengar dengan jelas maka penonton pun 
meninggal kan stadium semasa MAHAFIRAUN berucap. MAHAFIRAUN kemudian 
meluluskan peruntukan RM5.0 juta untuk membetulkan ‘sound system’ di Bukit 
Jalil. Tak pasal pasal aje stadium yang baru siap dan jarang di pakai itu 
mendapat peruntukan baru yang tidak di minta atau diperlukan dan membawa 
kepada pembaziran akibat kebodohan Mahthir yang tidak mahu menerima hakikat 
bahawa rakyat dak benci dan dah bosan dengan nya. Sebenar nya ‘sound system’ 
di stadium itu ok yang tak ok MAHAFIRAUN; itu lah sebab nya ribuan rakyat 
lari apabila Firaun berdiri untuk berucap. MAHAFIRAUN memang tegak tegak di 
tipu olih menteri menteri nya sendiri.

Oleh pembaca MAHAFIRAUN 2020 4 NOVEMBER 1999



______________________________________________________
Get Your Private, Free Email at http://www.hotmail.com

 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
 ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED]   pada body : SUBSCRIBE HIZB)
 ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED]  pada body:  UNSUBSCRIBE HIZB)
 ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan             )
 ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net                  )
 ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED]                    )
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Pengirim: "Hoot Hoot" <[EMAIL PROTECTED]>

Kirim email ke