ini pandangan masing22...walaupun penceraian itu halal...tapi amat di benci oleh allah swt
parti UMNO dan PAS adalah sebuah parti politik...dalam POLITIK mana ader KEJUJURAN dan KEIKHALASAN kerana apa???KUASA....
JADI JANGAN LAH SEBAB IITU PULA RUMAHTANGGA SANGGUP BERCERAI BERAI....PUTUSNYA TALI SILATURAHIM DI ANTARA AYAH DENGAN ANAK dsb....berpolitik niih macam main bola kkat padang jjer..mesti ader yang menang atau kalah..lepas tu yang kalah kener hormat pada yang menang..startegi pandai-pandai llah..tapi jangan sampai MAIN FOUL****cuba elakkan llah dari perkara-perkara yang mengaibkan...wallahuallam-bisawab.

Yang BAIK itu dari ALLAH SWT..yang TIDAK BAIK ITU DATANG NYA DARI DIRI SAYA SENDIRI...
 

Concorde wrote:

   
Isteri sepatutnya akur dengan suami kecuali perkara2 maksiat. Mana satu MAKSIAT - ikut UMNO atau PAS? 

 

BERITA MALAYSIA 


November 02 , 1999 20:51PM 
 
ISTERI DICERAI KERANA ENGGAN IKUT SUAMI SOKONG PAS 
 
TUMPAT, 2 Nov (Bernama) -- Seorang wanita berusia 63 tahun yang mengaku terlalu sayang pada Umno, diceraikan pagi tadi setelah suaminya enggan bersamanya mendaftar dengan Lembaga Tabung Haji kerana mendakwa anggota Umno kafir dan tidak layak menunaikan haji kerana ia tidak diterima Allah. 

Esah Yusof, seorang suri rumah, mengadu bahawa suaminya menceraikannnya setelah terpengaruh dengan ceramah politik PAS yang diadakan berhampiran rumahnya di Kampung Alor Durian, di sini malam tadi. 

Ketika ditemui di rumahnya di sini, Esah berkata suaminya Wan Ahmad WanJusoh, 64, melafazkan cerai talak satu kepadanya setelah dia tetap menyatakan pendirian menyokong Umno dan Barisan Nasional serta enggan mengikut kehendak suaminya supaya menyokong PAS. 

Katanya sikap suaminya itu berubah dipercayai setelah mendengar ceramah politik beberapa pemimpin PAS. 

Esah, ibu kepada tiga orang anak, berkata dia berasa amat terharu dengan peristiwa yang menimpa keluarganya itu terutama ketika mereka suami isteri merancang untuk menunaikan haji. 

Ketika menceritakan peristiwa, Esah berkata pagi tadi dia telah mengajak suaminya untuk pergi mendaftarkan diri di pejabat Tabung Haji bagi membolehkan mereka menunaikan ibadat haji. 

Katanya suaminya enggan kerana mendakwa orang Umno kafir dan tidak layak untuk menunaikan fardu haji kerana tidak diterima Allah. Esah mendakwa suaminya memperolehi "fatwa' berkenaan semasa mendengar ceramah politik. 

Suaminya itu memintanya membuat pilihan sama ada untuk terus bersamanya atau memilih UMNO. 

Menurutnya, dia mengaku menyayangi kedua-duanya tetapi apabila suaminya terus memaksa membuat pilihan, dia akhirnya mengaku tetap menyayangi Umno menyebabkan dia diceraikan. -- BERNAMA

 
 
 

Kirim email ke