*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
 {  Sila lawat Laman Hizbi-Net -  http://www.hizbi.net     }
 {        Hantarkan mesej anda ke:  [EMAIL PROTECTED]         }
 {        Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED]     }
 *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
  Undilah PAS : MENENTANG KEZALIMAN & MENEGAKKAN KEADILAN
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Sambungan....

        Para intelektual sekular dgn fahaman kebendaannya itu
di universiti2 di tanah air telah menyuntik ke dlm
fikiran anak2 muda Islam yg terbaik dgn fikiran2
terburuk dari fikiran2 yg pernah difikirkan oleh
manusia. Dasar dari penyelewengan para intelektual
sekular dan yg masih berakliah sekular ialah
kelonggaran mereka berpegang teguh dgn ajaran2 akidah
tauhid di dlm pemahaman dan pemikiran yg mereka
lakukan. Sesungguhnya peranan ulama'2 tauhid mestilah
dipulihkan kembali di universiti2 tanah air kita dan
usaha2 utk menjauhkan mereka dari medan2 kepimpinan
universiti sebagaimana di medan kepimpinan politik
mestilah ditamatkan utk selama2nya. Taujihat2 para
ulama' Islam itu mestilah melampaui masjid2, surau2
dan pondok2 utk kembali semula membimbing pemikiran
seluruh generasi penuntut Muslimin di tanah air.

Firman Allah swt di dlm surah ar-Ruum ayat 20-26 yg
bermaksud:"Dan di antara tanda2 yg membuktikan
kekuasaanNya (menghidupkan kamu semula), bahawa ia
menciptakan kamu dari tanah; setelah sempurna sahaja
peringkat2 kejadian kamu, kamu menjadi manusia yg
hidup bertebaran di muka bumi.

Dan di antara tanda2 yg membuktikan kekuasaanNya dan
rahmatNya, bahawa Ia menciptakan utk kamu (wahai kaum
lelaki), isteri2 dari jenis kamu sendiri supaya kamu
bersenang hati dan hidup mesra dgnnya dan dijadikanNya
di antara kamu (suami isteri) perasaan kasih sayang
dan belas kasihan. Sesungguhnya yg demikian itu
mengandungi keterangan2 (yg menimbulkan kesedaran)
bagi org2 yg berfikir.

Dan di antara tanda2 yg membuktikan kekuasaanNya ialah
kejadian langit dan bumi, perbezaan bahasa kamu dan
warna kulit kamu. Sesungguhnya yg demikian itu
mengandungi keterangan2 bagi org2 yg berpengetahuan.

Dan di antara tanda2 yg membuktikan kemurahanNya dan
kasih sayangNya ialah tidurnya kamu pada malam dan
pada siang hari, dan usaha kamu mencari rezeki dari
limpah kurniaNya (pada kedua2 waktu itu). Sesungguhnya
keadaan yg demikian itu mengandungi keterangan2 bagi
org2 yg mahu mendengar (nasihat pengajaran). 

Dan di antara tanda2 yg membuktikan kebesaranNya dan
kekuasaanNya, ia memperlihatkan kilat kpd kamu utk
menakutkan (dari panahan petir)dan memberi harapan
(dgn turunnya hujan) dan Ia menurunkan hujan dari
langit lalu Ia hidupkan bumi sesudah mati sesudah
matinya dgn hujan itu. Sesungguhnya yg demikian itu
mengandungi keterangan2 bagi org2 yg menggunakan akal
utk memahamiNya.

Dan di antara tanda2 yg membuktikan keluasan ilmuNya
dan kekuasaanNya ialah terdirinya langit dan bumi (dlm
keadaan yg menakjubkan itu) dgn perintah dan penentuan
takdirNya; akhirnya apabila Ia menyeru kamu dgn satu
seruan (supaya kamu bangkit hidup semula) dari bumi,
kamu dgn serta merta keluar (dari kubur masing2).

Dan sekalian makhluk yg ada di langit dan di bumi
adalah hak kepunyaanNya, masing2 tetap tunduk kpd
hukum peraturanNya.

        Kefahaman materialistik terhadap alam, manusia dan
masyarakat yg dibawa oleh ajaran Sekularisme di zaman
ini yg diajarkan di sekolah2 dan universiti2 telah
menjadi dinding yg tebal yg menyekat manusia dari
melihat bukti2 kebesaran dan kekuasaan Allah Azza
Wajalla. Ia adalah suatu usaha musuh2 Allah swt utk
memalingkan manusia dari melihat alam, manusia dan
masyarakatnya sebagai bukti2 dari kewujudan dan
ketauhidan Allah swt itu. Manakala menjadikan alam dan
manusia sabagai bukti2 dari kewujudan dan kebesaran
Allah swt itu melalui iradah Allah swt utk mentadbir
alam ini dgn suatu cara yg selalu tetap itu, adalah
nikmat dan rahmat yg tidak terhingga yg tidak pernah
dinilai dan dihargai oleh kebanyakan manusia di zaman
ini......bersambung.    

=====

__________________________________________________
Do You Yahoo!?
Bid and sell for free at http://auctions.yahoo.com

 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
 ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED]   pada body : SUBSCRIBE HIZB)
 ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED]  pada body:  UNSUBSCRIBE HIZB)
 ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan             )
 ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net                  )
 ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED]                    )
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Pengirim: mohd adib <[EMAIL PROTECTED]>

Kirim email ke