assalamu'alaikum. mari kita semua solat hajat untuk sdra kita ni... wassalam

Concorde wrote:

Fadzil perjelas dakwaan

ALOR STAR, Khamis - Presiden Pas, Datuk Fadzil Noor berkata dakwaan bekas kerani akaun Harakah, kononnya berlaku penyelewengan terhadap wang sumbangan orang ramai kepada parti itu bertujuan membalas dendam.

Sambil menafikan dakwaan itu, beliau pula mendakwa bekas kerani berkenaan, Ishak Che Meh terbabit melesapkan wang milik Harakah sebanyak RM27,000 beberapa bulan lalu.

Fadzil mendakwa Ishak yang gagal mengembalikan semula wang itu diminta berhenti dan pihak Harakah telah membuat aduan di Balai Polis Dang Wangi, Kuala Lumpur.

"Ini adalah kes balas dendam kerana dia sendiri telah melesapkan wang RM27,000 milik Harakah beberapa bulan lalu. Kita minta dia kembalikan wang tetapi gagal dan terpaksa berhenti," katanya hari ini.

Mengenai dakwaan akaun bersama atas namanya dan dua pemimpin Pas lain, Fadzil mengakui kewujudan akaun berkenan tetapi menafikan wujud unsur penyalahgunaan atau penyelewengan.

Menurutnya, akaun berkenaan dibuka khusus untuk tabung pilihan raya bagi menyimpan wang sumbangan orang ramai kepada parti bagi perbelanjaan pilihan raya umum akan datang.

Beliau berkata, akaun itu dibuka dengan restu kepimpinan parti dan tidak ada sebab mengapa ia perlu dipertikaikan.

Fadzil juga menjelaskan oleh kerana tabung itu disimpan di Harakah, Pas memutuskan supaya akaun dibuka atas namanya, Naib Presiden, Mustafa Ali yang juga pengerusi lembaga pengarah Harakah dan bekas pemangku Setiausaha Agung parti merangkap Pengarah Urusan Harakah, Datuk Hishamuddin Yahya.

"Ia adalah keputusan parti, manakala sumbangan orang ramai dan akaun bersama untuk tabung pilihan raya adalah perkara biasa dan berlaku dalam parti politik lain," katanya.

Semalam Ishak berkata beliau telah membuat laporan polis terhadap tiga pemimpin Pas kerana membuka akaun atas nama mereka bagi menyimpan wang sumbangan untuk parti.

Bercakap dalam persidangan akhbar di Kuala Lumpur, Ishak yang merahsiakan umurnya mendakwa akaun Pacific Bank itu dibuka pada 27 April lalu menggunakan cek bernilai RM200,000. Beliau mempercayai wang itu disumbangkan seorang pensyarah Universiti Malaya tetapi tidak begitu pasti mengenainya.

Ishak juga mendakwa beliau tampil membuat pendedahan itu kerana tidak mahu orang ramai ditipu oleh Pas. Selain itu, Ishak yang kini bertugas sebagai Eksekutif Pemasaran DMSB Kurnia Sdn Bhd yang mengendalikan majalah Tamadun menjelaskan bahawa beliau dipaksa berhenti daripada Harakah kerana berjuang untuk kebajikan kakitangannya.

Reply via email to