Title: PAS Lelong Nama Allah

PAS Lelong Nama Allah

Politik kutip wang yang menjadi fiil Pas sekarang mencatat rekod baru dalam kepintaran mereka mengambil duit orang dengan melelong nama Allah dan agama sebagai umpan. Akhbar Harakah (18/10/99) muka 35 menjemput penyokong PAS menyertai majlis makan dan dialog bersama Fadzil Noor, Presiden Pas dengan pembayaran 'Kad Sekadar RMIOO seorang' pada esok.

Biasanya yuran masuk persembahan artis pujaan pun tidak sebegitu tinggi. Rupa-rupanya Fadzil mempunyai tarikan yang Iebih kuat yang boleh bersaing dengan persembahan artis.

Sudah tentu bukan semua orang mampu membayar yuran mahal RMIOO itu. Ini bermaksud, kebanyakan orang biasa tidak berpeluang mendapat manfaat berjumpa dan berdialog dengan Fadzil pada 1 November ini. (No money no talk).

Oleh kerana ramai orang Islam dalam negara kita yang hidup selesa tetapi masih dalam keadaan 'mencari-cari' maka Pas pun memasang jala untuk meraih keuntungan daripada mereka.

"Mereka menjual ayat Allah dengan harga yang sedikit dan menghalangi manusia dari jalan Allah. Sesungguhnya amat buruk lah apa yang mereka kerjakan itu," (surah 9:9).

Syabas kepada Pas atas kejayaan jual beli mereka ini. Orang yang sudi membayar RMIOO harus peka,,mereka boleh mendengar juga ceramah Fadzil di tepi jalan dan di tengah padang dengan tidak perlu membayar apa-apa. Apakah dengan pembayaran RM100 itu, dangdut Fadzil di ceramah tepi jalan bertukar menjadi dikir barat pula di majlis makan malam ? Tidak mungkin.

Ajaran Allah dan Rasul-Nya berkata:

"Katakanlah, (Aku) tidak meminta upah kepada kamu dalam menyampaikan (al-Quran). AI-Quran itu tidak lain hanyalah peringatan untuk segala umat " (surah 6: 90).

Dan juga ayat yang berikut: "Katakanlah, (Aku) tidak meminta upah sedikit pun kepadamu atas dakwahku, dan bukanlah aku termasuk orang yang mengada-adakan" (Surah 38: 86).

Kita tidak boleh mengambil upah untuk berdakwah mengenai Islam. Walaupun sudah diingatkan berkali-kali, Pas masih berdegil. Mereka hanya menjemput bala daripada Tuhan. Pemimpin Pas halalkan mengambil duit orang atas Allah dan agama, sebenarnya adalah pembohong besar.

Tetapi untuk menarik lebih ramai mangsa membayar RMIOO menghadiri majlis makan malam itu Pas juga adakan judi loteri (cabutan bertuah) dengan pakej umrah sebagai hadiah utama. Makin lama, makin jelas, Pas gemar melanggar ajaran Allah dan Rasul-Nya:

"Hai orang yang beriman, sesungguhnya khamar, berjudi, mengundi nasib dengan panah adalah perbuatan keji termasuk dalam perbuatan syaitan. Maka jauhilah perbuatan itu agar kamu mendapat keberuntungan" (Surah 5: 90).

Sah di sini bahawa Pas menjadi parti ajaran syaitan sehingga boleh mengadakan judi mencabut loteri untuk menipu duit orang. Yang menjijikkan lagi ialah janji pakej umrah ke Tanah Suci sebagai hadiah utama judi loteri itu. Apakah Pas sudah gila?

Apakah Fadzil akan fatwakan juga pada majlis makan malam itu bahawa duit yang terhasil daripada judi Pas boleh digunakan untuk ziarah Umrah? Allah dan Rasulnya mengajar kita mengenai contoh Nabi Yunus yang pernah melakukan kesilapan mencabut nasib.

"Dan sesungguhnya Yunus adalah dari rasul-rasul yang diutus, tatkala ia melarikan diri ke kapal yang penuh sarat. Maka ia pun turut mengundi (mencuba nasib), Ialu menjadilah ia daripada orang yang kalah yang digelunsurkan (ke laut). Selepas itu ia ditelan ikan besar, sedang ia berhak ditempelak" (surah 37: 139-142).

Disebabkan perbuatan mencabut nasib itu, nabi Yunus telah dicampak ke dalam laut. Apakah penyokong Pas yang menang loteri (cabutan bertuah) dengan hadiah pakej umrahnya akan dicampak keluar daripada kapal terbang ketika perjalanan mereka ke Tanah Suci? Mereka perlu was-was dan jangan Ialai. Kalau Allah murka kepada kita, tidak ada sesiapa pun yang boleh menolong kita, terutama penganjur judi Pas.

Sebelum ini Pas begitu bising membantah judil dan arak dalam negara kifa walaupun orang bukan Islam yang berhak mengamalkan kesukaan mereka itu. Tetapi jelas sekarang bahawa Pas adalah hipokrit besar.

Malang sekali, oleh kerana pemimpin Pas selalu membalut kepala kepala dan malas bercukur dan mereka juga pandai berbelit dalam ucapan mereka maka ada juga sebahagian orang yang mudah tertelan pembohongan Pas.

Sebenarnya, gelagat pemimpin Pas macam ini sudah tercatat dalam al-Quran dari awal lagi:

"Dan apabila engkau melihat mereka, engkau tertarik hati kepada tubuh mereka (pakaian yang zahir) dan apabila mereka berkata-kata engkau juga mendengar tutur katanya (manis dan petah). Dalam pada itu mereka adalah seperti batang kayu yang tersandar. Mereka menyangka setiap jeritan (teguran) adalah untuk membahayakan mereka. Mereka itulah musuh yang sebenar-benarnya maka berjaga-jagalah engkau terhadap mereka. Semoga Allah membinasa dan menyingkirkan mereka dari rahmat-Nya. Bagaimana mereka dipalingkan (oleh hawa nafsunya)" (surah 63: 4).

Hak orang bukan Islam untuk mengamalkan pilihan berjudi dan minum arak dibidas oleh Pas sebagai mencemar Islam tetapi bagi Pas sendiri ianya menjadi OK untuk mengadakan cabutan loteri untuk memancing RM100 daripada saku orang Islam. Inilah maksudnya hipokrit yang: sebenarnya.

Fadzil mempunyai peranan yang aneh juga dalam Pas. Sekarang kita jarang melihat Fadzil muncul dalam Harakah. Selalunya Harakah memberi keutamaan kepada Nik Aziz dan Hadi Awang dalam liputan mereka. Walaupun Fadzil adalah presiden parti, mengikut hompej Pas dalam Internet pemimpin Pas yang utama yang disenaraikan mukanya ialah Nik Aziz.

Fadzil cuma berpeluang mainkan peranannya sebagai presiden pada muktamar Pas apabila beliau diberi peluang memberi ucapan pembukaan dan penutup.

Fadzil sebenarnya mewakili mazhab Pantai Barat dalam Pas yang cumamenjadi pengapit kepada mazhab Pantai Timur pimpinan hadi Awang dan Nik Aziz yang lebih dominan dalam Pas. Pada masa yang sama Anwar Ibrahim menjadi Timbalan Perdana Menteri, saham Fadzil naik makin tinggi sebab Anwar dan Fadzil adalah rakan seperjuangan dalam Abim dan masih mempunyai pertalian persahabatan rapat.

Sekiranya Anwar Ibrahim berjaya menjadi Perdana Menteri, Pas mempunyai peluang yang baik menyertai semula dalam Barisan Nasional.

Dalam senario yang demikian, sudah tentu Fadzil dan kroninya akan maju jauh ke depan mendahului Hadi Awang dan geng Pantai Timur.

Mungkin perkara ini tidak begitu disenangi oleh konco Pas yang lain. Walaupun Pas menonjolkan diri sebagai parti politik kebangsaan, mereka tidak boleh nafikan bahawa Pas mempunyai semangat kedaerahan yang kuat yang berpusar di sekitar politik negeri Kelantan.

Begitu juga isu perhubungan antara Nik Aziz, dan timbalannya pernah menjadi bahan perbualan orang Pas. Dalam Pas mazhab tertentu yang mengawasi karier politik mazhab yang lain.

Sudah tentu judi loteri pada majlis makan malam dengan Fadzil boleh memalukannya juga. Apakah sudah ada konspirasi dalam lilitan di kepala Pas?

 

Kirim email ke