"Saya meminta maaf kerana membiarkan diri saya diperalatkan oleh Datuk Sri
Anwar Ibrahim……" eeh macam biasa dengar saja "confession" ini, apakah juak juak
pengampu MAHAFIRAUN ingat RTM itu "confession box" ke?? Muraddd…. Muraddddd,
dulu Zahid pun menggunakan skrip lawak yang serupa juga, Azizan pun lagi dasyat,
siap tambah "demi kerana kesucian Agama dan maruah negara" lagi ha! Tiba tiba
riuh rendah kena tangkap atas tuduhan percubaan melakukan zina… malah mengaku
telah berzina pun "hmmm demi agama lagi ke orang orang UMNO oi??" Inilah agaknya
rupa wajah orang bermarauah dari pandangan MAHAFIRAUN atau wira wira negara yang
UMNO bangga banggakan? Sayugia dicadangkan kepada JPM untuk rekmen si Azizan
supaya dianugerah "Datukship" agar sama levelnya ketiga tiga orang ini yang
sanggup masuk ke "confession box" untuk mencuci dosa! Very very politically
stinking, indeed! Jumlah wang yang terlibat amatlah besar dan "coincidently" 3 billion, fuhhhh lebih banyak daripada yang Dajjal Qarun Daim songlap dan si anakku Mirzan gasak! "Timing" pun begitu tepat sekali, lebih tepat daripada meramalkan tarikh pilihanraya, iaitu sehari sebelum pembentangan belanjakawan politik untuk merasuah rakyat…. Rakyat Malaysia sekelian, ambil, jangan tak ambil dan segala puji pujian hanyalah layak untuk Allah sahaja, bukannya BN, apatah lagi MAHAFIRAUN laknatullah! Sandiwara kartun yang memang sudah dapat rakyat gambarkan bagaimana jalan cerita dan endingnya, cuma golongan golongan yang malas berfikir, fasik dan bebal sahaja yang masih menerima MAHAFIRAUN dan UMNO sebagai pemimpin, "even animals hate this devil!" Sepanjang 1992-1997 digambarkan Anwar laksana "Santa Claus" pula menaburkan goodies dan duit raya untuk kroni kroni dan kepentingannya; Pertubuhan Islam UK - 1 juta, IIIT- 2 juta, IKD- 5 juta, ABIM- 5 juta, Aliran & Chandra Muzaffar - 5 juta, Dollah Ahmad - 5 juta, Nasaruddin Jalil- 10 juta, APPC/Douglas Paal - 38 juta dan masuk poket sendiri 50 juta, fuhhh jahatnya Anwar ini, even Daim, Eric Chia, Ting Pek Khing, Ananda Krishnan, Vincent Tan, Rahim TC, Megat Joned, Rapidah, Sanusi, Mirzan dan MAHAFIRAUN pun tak dapat celen…ishhh ishhh ishhh! Sebuah pengakuan ataupun pendedahan yang sememangnya "dipaksa rela" yang penuh berbau hanyir dan amat amatur oleh seorang yang berpendidikan tinggi dan pernah menjadi pegawai kanan BNM. Tidak ada fakta fakta dan butiran yang boleh menyokong, apatah lagi bukti bukti yang menyakinkan. Tetapi yang amat menganehkan ialah tindakan BPR yang secara otomatik telahpun menubuhkan satu "task force" untuk menyiasat tohmahan ini walaupun belum ada laporan polis oleh mana mana pihak. Berbeza pula dengan kesemua laporan laporan polis yang telah dikemukakan oleh Anwar, bersertakan dengan lampiran lampiran dokumen dan bukti bukti yang jelas dan nyata, namun siasatan belum pun bermula, apatah lagi untuk membentuk satu "task force". Malahan dalam kes Rafidah Aziz dan Rahim Tambi Chik, disertakan sekali dokumen yang telah siap ditanda tangani oleh Pendakwa Raya pun kerajaan MAHAFIRAUN buat pekak dan buta sahaja! Menteri Dalam Negeri, AWAS, rakyat tidak akan melepaskan kamu dari dipertanggung jawabkan mengenai pengainayaan ini, tunggu saja masa dan ketikanya yang PASti akan tiba, insyaallah! Memanglah sekarang ini Murad tidak perlu takutkan sebarang tindakan mahkamah dari kesemua penama yang disebutkannya itu kerana dunia sudahpun ‘al-maklum’ bahawa Malaysia sekarang ini hanya di bawah telunjuk dan kerajaan solo MAHAFIRAUN. Hakim, Loyar buruk AG, polis kesemuanya sudah kembung disuap oleh MAHAFIRAUN ataupun digenggam "batu batu" mereka! Errr kenapa Murad tidak sebutkan juga nama Raja Raja Melayu yang ‘kununnya’ menerima rasuah daripada Anwar agar pendedahan itu menjadi lebih sensasi dan dapatlah juga juak juak pengampu MAHAFIRAUN seperti Samy Vellu, "Lick" Liong "Sick" dan sebagainya boleh membelasah pula Raja Raja Melayu dalam "confession box" di RTM, bukankah dahulu mereka ini secara biadapnya telah menghina agama Islam dan tidak ada apa apa tindakan ataupun komen dari pemimpin pemimpin UMNO sendiri? Ini semua sudah SEMESTINYA rencana jahat terkini di dalam episod konspirasi yang didalangi oleh MAHAFIRAUN dan enam Jahanamnya! Kepada rakyat Malaysia yang waras, mampu berfikir dan bertanggung jawab,
hendaknya awasilah dan berwaspadalah dengan kejutan demi kejutan yang bakal
mengotorkan suasana pilihanraya ke 10 kali ini seperti yang telah diberitahu
sejak awal awal lagi oleh MAHAFIRAUN dahulu. Apa pula yang akan dipentaskan
selepas ini? Apakah ianya berupa "confession" daripada beberapa ekor desperado
lagi, seorang pelacur, seorang artis, seorang ushawan, pimpinan BA atau seorang
"tokoh" Agama atau mungkinkah video video sensasi, gambar gambar lucah yang
direka khas untuk mengaibkan Anwar, keluarga, sahabat dan pemimpin Barisan
Alternatif disebarkan dengan meluas sebagai langkah "desperate do-or-die"
Barisan Najis dan MAHAFIRAUN untuk mengekalkan kuasa dan meraih kemenangan
secara bacul? Itu adalah sesuatu yang tidak mustahil kerana zaman MAHAFIRAUN ini
serba serbi boleh dan serba serbi pelik! Dengan izin Allah, Anwar makan minum dan mandi arsenic pun tetap
sihat wal’afiat, apa yang MAHAFIRAUN boleh buat? Malaikatul maut bukannya
makhluk hina macam Mokhtar Dugong, Ariffin Joker, Musa-ng Hassan atau Rahim Noor
yang MAHAFIRAUN boleh rasuah, ugut dan beli, malah tunggu saja masanya yang
PASti tiba iaitu ketika malaikat Izra’il datang untuk menyentak nyawa MAHAFIRAUN
beserta dengan kuncu kuncu dan golongan yang cenderung kepadanya dengan penuh
hina dan azab sekali, Insyaallah! Oleh itu jangan kita berasa gentar, gusar dan gerun dengan dakyah mainan MAHAFIRAUN yang Insyaallah akan dihinakan di dunia lagi sedikit masa lagi. Beristiqamahlah di dalam perjuangan kita, dekatkan diri terhadap Allah, sucikan jiwa kita semata mata untuk mengembalikan HAK HAK Allah dan berdoalah di samping menyediakan ikhtiar yang berupa penerangan penerangan, kerjasama yang jujur dan peradaban mulia. Andainya titisan darah para pejuang ditagih sebagai tebusan untuk sebuah kemerdekaan yang sejati "so be it!", kita sahutlah panggilan jihad pada bila bila masa jua dan PAStinya janji janji Allah adalah benar, bak kata Anwar "jangan bicara tentang perjuiangan sekiranya takut menanggung risiko!" "Dan janganlah kamu cenderung kepada orang orang yang zalim yang mnyebabkan
kamu disentuh api neraka, dan sekali kali kamu tiada mempunyai seorang penolong
selain daripada Allah, kemudian kamu tidak akan diberi pertolongan." : Hud ~
113. ALLAHUAKBAR ALLAHUAKBAR ALLAHUAKBAR WALLILLAHHIL HAMD!!! Oleh pembaca MAHAFIRAUN 2020 http://members.tripod.com/MAHAFIRAUN |