Laporan Ceramah Umno Di Taman Melawati

Saya ingin melapurkan perkembangan apa yang dipanggil Ceramah Umum Menangkis Tohmahan, Tuduhan dan Fitnah oleh UMNO Bahagian Taman Melawati yang berlangsung malam tadi (01 November 1999). Ceramah tersebut dijalankan di atas tempat letak kereta bekas tapak Pasar Malam lama.

Saya datang hanya untuk meninjau suasana ceramah yang dijalankan oleh Umno untuk membuat perbandingan dengan ceramah-ceramah yang dianjurkan oleh Barisan Alternatif. Jika tuan/puan nak tahu perbezaannya ialah seperti langit dan bumi. Tapak yang begitu besar nampak lengang. Hanya kerusi yang telah disediakan di bawah satu kemah mungkin dalam lingkungan 100 buah dipenuhi manakala satu lagi kemah dibiarkan kosong. Mungkin disediakan sebagai ‘backup’ jika tempat tidak mencukupi. Jangkaan mereka amat meleset kerana pada jangkaan saya jumlah kehadiran tidak melebihi 500 orang.

Ramai juga yang hadir hanya duduk jauh dibelakang dan kemungkinan juga mereka ini seperti saya yang datang hanya untuk meninjau-ninjau. Restoran mamak berhampiran penuh dengan pelanggan yang mungkin datang pada mulanya untuk mendengar ceramah tetapi berubah fikiran kerana melihat sambutan yang amat tidak menggalakkan.

Keadaan jalanraya juga amat lengang tanpa perlu ada kawalan lalu-lintas. Keadaan lalu-lintas pada masa Pasar Malam diadakan sebelum dipindahkan ke tapak baru adalah lebih sibuk jika dibandingkan dengan keadaan malam tadi. Beberapa petugas yang memakai jeket yang bertanda ‘Gerak Gempur’ juga hanya merewang dan duduk bersembang-sembang tanpa perlu membuat sebarang kawalan. Pendek kata suasana malam tadi sungguh menyayat hati kerana jika dilihat dari persiapan yang dijalankan, sambutan tersebut amat diluar dugaan.

Persiapan telah diadakan sejak petang Sabtu lagi dimana penghebahan secara bergerak dengan menggunakan pembesar suara telah dijalankan. Kereta yang membawa pembesar suara telah bergerak mengelilingi seluruh kawasan Taman Melawati untuk menghebahkan maklumat ceramah tersebut. Aktibiti tersebut diulangi semula pada petang Ahad. Sepanduk juga dipasang bagi tujuan penghebahan. Rasanya jawatankuasa penganjur akan dapat menilai sambutan rakyat di kawasan Taman Melawati terhadap ceramah umum parti tersebut.

Saya sampai pada lebih kurang jam 10.00 malam. Ramai juga tetamu pada malam dan diantaranya iaitu Fuad Hassan, Rakibah (ADUN Gombak Setia). Pada masa tersebut penceramah pertama iaitu Ustaz Mustafa Taib Pengarah JAKIM sedang memberi ceramah. Biasalah kalau tak puji MAHAFIRAUN tu apa lagi yang boleh mereka buat. Dia menyampaikan hujah bahawa MAHAFIRAUN ini pemimpin UMNO yang terkenal diseluruh dunia hinggakan jika dia pergi ke Universiti Al-Azhar Mesirpun telah dianugerahkan darjah yang tidak pernah diberikan kepada pemimpin dunia yang lain. Terasa meloya tekak saya mendengarnya. Dia dapat anugerahpun masa Anwar masih dalam kerajaan dan penganugerahan itupun atas usaha penerapan nilai Islam yang j\cuba dibawa oleh Anwar ke dalam kerajaan. Kalau harapkan MAHAFIRAUN makin banyak lesen judi diluluskan adalah.

Ustaz ini juga menyatakan bahawa kemenangan UMNO dalam 9 pilihanraya yag telah lalu adalah anugerah Allah kerana kununnya UMNO cuba mendaulatkan Islam. Banyaklah ayat-ayat Al-Quran dan Al-Hadis yang dibacakan dan diterjemahkan oleh Ustaz ini. Seperti biasalah, tafsirannya mestilah untuk tujuan menguatkan hujahnya yang sememangnya amat mudah untuk dipatahkan. Adake patut dia kata jika nak tehur pemimpin tidak boleh secara terbuka. Mesti ada adap sopan, pimpin tangan pemimpin yang hendak ditegur dan bawa ia jauh dari khalayak ramai dan berikanlah nasihat. Memang hadis tersebut benar tetapi pemimpin yang macamana yang perlu ditegur secara demikian. Jika pemimpin yang sudah terang-terangan tidak bersetuju dengan cara pemerintahan Islam dan sering mempersendakan ulamak dan sunah Rasul, adakah cara demikian berkesan.

Beliau juga membuat hujah bahawa UMNO perlu disokong berdasarkan Hadis tangan yang memberi lebih baik dari yang meminta. Ustaz ini menerangkan UMNO sentiasa memberikan sesuatu kepada pengikutnya dan tidak seperti PAS yang sentiasa mengutip derma dalam setiap ceramah umumnya. Ustaz ini menganggap UMNO lebih mulia kerana sentiasa memberi sedangkan PAS sentiasa meminta. Hoi Al-Ustaz, tak tauke jumlah wang yang mereka dah makan secara bathil rasanya lebih banyak dari jumlah yang didermakan oleh rakyat kepada PAS. Kami juga pasti derma yang kami hulurkan adalah atas dasar iklas untuk memastikan syiar Islam ditegakkan di negara ini. Kami tidak pernah terlintas bahawa sumbangan kami atas dasar kedaifan PAS tetapi ianya sebagai jariah kami yang akan dihitung oleh Allah di akhirat nanti.

Banyak juga ayat-ayat Al-Quran dan Hadis yang dibacakan oleh Ustaz ini tetapi saya tidak dapat mengingat semuanya.

Penceramah kedua ialah Hj Badrudin ahli Parlimen Yan kedah yang terkenal dengan mulut celuparnya. Saya sememangnya meluat dengan dia ini setelah mengetahui kebiadapan beliau di dalam Parlimen tahun lalu semasa MAHAFIRAUN membaca lapuran belanjawan tahun 1999 yang lalu. Terdapat beberapa percakapan beliau kepada Karpal Singh yang amat biadap dan tidak menggambarkan kedudukan beliau sebagai seorang Ahli Parlimen dan seorang muslim yang telah menunaikan haji. Saya tidak mendengar keseluruhan ucapannya dan selepas mukadimah saya terus angkat kaki. Ramai juga yang sependapat dengan saya agaknya kerana ramai juga yang mengikut jejak langkah saya meninggalkan majlis tersebut sebelum ianya berakhir.

Sekian wasallam.

Oleh pembaca MAHAFIRAUN 2020
3 NOVEMBER 1999

http://members.tripod.com/mahafiraun

mrf.jpg

Kirim email ke