http://members.tripod.com/~mahazalimt/031199xp.html
 
Antara Datuk Nalla dan Datuk Murad

Apabila Datuk Murad tiba tiba muncul dengan akuan berkanun nya yang kononnya DSAI mempunyai dana berjumlah RM 3 billion, tiba tiba saya teringat kepada kes Datuk Nalla.

Marilah kita mengimbas kembali kes Datuk Nalla, maka ini. Alhamdulillah, semoga Allah memberi daya ingatan yang kuat kepada kita dan janganlah hendaknya kita termasuk dari kalangan orang yang pendek daya ingatannya seperti anggapan sesetengah pihak bahawa orang melayu paling lama hanya dapat mengingat tiga bulan sahaja sesuatu perkara.

Julai - September 1998, kita dikejutkan dengan penangkapan dan pendakwaan keatas Datuk Nalla, kawan sepermainan tenis DSAI dengan beberapa tuduhan yang besar besar yang mengerunkan, melibatkan senjatapi (pistol), peluru, wang tunai berjuta juta ringgit, memberi rasuah RM60 juta kepada DSAI dan beberapa dokumen rasmi kerajaan yang dianggap rahsia negara. Kalau diteliti sudah pasti Datuk Nalla akan dijatuhkan hukuman mati atau pun penjara seumur hidup.

Antaranya ialah yang disebut secara terperinci ialah:-
·
· 125 butir peluru jenis Fiocchi 6.35mm
· 150 butir peluru .38 special
· 96 butir peluru bore
· Sepucuk pistol .38 Smith & Wesson.
· Wang tunai bercampur campur bernilai RM 2 juta.
· Beberapa keping surat rasmi kerajaan.

Dalam Afidafit Musa Hassan keatas Datuk Nalla juga mengatakan bahawa pihak polis mempunyai keterangan bahawa Datuk Nalla memberi RM 60 juta kepada DSAI untuk pilihanraya 1995. (Mengapa BPR tidak membentuk yang dilakukan kepada kes Datuk Murad) Sila baca Afidafit Musa Hassan keatas Datuk Nalla.

Kemudian Datuk Nalla mengeluarkan afidavit balas yang lebih kurang berbunyi bahawa beliau telah diugut supaya menanda tangani dokumen kosong  supaya pertuduhan keatasnya akan diringankan. Beliau juga memberitahu bahawa beliau didera dan keluarganya diugut semasa dalam tahanan polis. Beliau diminta supaya mengaku menjadi "orang tengah atau pembekal pelacur kepada DSAI". Tetapi beliau enggan berkerjasama dengan para konspirasi dan sanggup menghadapi segala pertuduhan. Datuk Nalla juga telah dinafikan hak bertemu dengan peguamnya.
 
Diperenggan terakhir Afidavit, Datuk Nalla menulis " Suatu kezaliman telah dilakukan ke atas Dato' Seri yang telah diakibatkan keatas seorang manusia yang baik dan tidak bersalah, keluarganya dan negara adalah besar. (Sila baca Afidafit Datuk Nalla).

Semasa pembicaraan kesnya, sekali lagi pihak peguam negara membuat "deal" dengan beliau iaitu sekiranya beliau bekerjasama dengan pihak pendakwa dan menjadi saksi polis sebagai pembekal pelacur kepada DSAI, tuduhan keatasnya akan diringankan. Hal ini disahkan oleh peguamnya sendiri (Manjeet Singh) dan membawa perkara ini ke mahkamah "Augustine Paul"  dalam pembicaraan kes rasuah DSAI tetapi  telah "tidak relevan" kan.

Kesimpulannya, beliau tetap dengan pendiriannya sebagai seorang sahabat dan tidak berganjak dengan mempertahankan sifat setiakawannya walaupun menempuh bermacam macam ancaman dan kepahitan termasuk terpaksa berpisah dari keluarga dan hilang pekerjaan, kemewahan dan punca pendapatan. Beliau juga telah dipecat dari Magnum Corporation semasa kesnya masih belum selesai.

Akhirnya, pihak pendakwa hanya dapat membuktikan bahawa beliau hanya bersalah memiliki senjata yang telah tamat lesennya dan dipenjarakan enam bulan sahaja. Jika dilihat kepada peringkat awal kes, beliau mungkin akan dipenjara seumur hidup atau pun dijatuhkan hukuman mati. Kini beliau telah bebas dan hidup aman damai bersama keluarganya.

Beberapa bulan lalu, kita dengar beberapa orang tokoh korporat telah ditangkap dan didakwa diatas beberapa kesalahan yang berlainan termasuk Datuk Murad dengan tuduhan gagal mengistiharkan hartanya berjumlah RM 23.9 juta. Kita tidak tahu apa yang berlaku semasa penangkapan dan hari hari berikutnya beliau bersama polis.

Kita terkejut tiba tiba beliau keluar dengan akuan berkanunnya yang langsung tidak ada kena mengena dengan pertuduhannya sendiri. Lihat kes Datuk Nalla, Kes senjatapi tidak ada kena mengena dengan kes membekalkan pelacur.

Akhirnya, saya percaya Kes Datuk Murad ini ada persamaan dengan kes Datuk Nalla, bezanya Datuk Nalla sanggup menghadapi apa juga risiko demi seorang sahabat berbanding dengan Datuk Murad.

Kita percaya, sekiranya Datuk Nalla bersetuju menandatangani dokumen kosong pihak polis tersebut, baris terakhirnya pasti akan berbunyi  "Bahawa apa yang saya jelaskan disini adalah benar dan diatas kerelaan diri saya sendiri, tanpa ada paksaan atau dipengaruh dari mana mana pihak."

Kepada Datuk Nalla dan keluarganya, saya ucapkan "Selamat Hari Deepavali". Andalah sesungguhnya mengajar erti seorang sahabat walaupun berlainan agama.

Lain lain kes yang boleh dilihat sebagai paksaan dan ugutan pihak polis terhadap orang awam ialah kes Sukma, kes Dr. Munawar dan kes Meor.

Akhir sekali, jangan percaya kepada mereka kerana mereka telah banyak kali menipu kita. Tidak berdosa kalau kita tidak mempercayai mereka.

Salam Reformasi

Al-Qudri

Kirim email ke