Umi Dan Khairuddin Menghina Mahkamah Di Melaka

Malam tadi di Dewan MPMBB Ujong Pasir sekali lagi menyaksikan satu bentuk penghinaan ke atas mahkamah yang dibuat oleh Kahirudin Abu Hassan dan Umi Hafilda dihadapan 100 orang penonton. Jijik dan menjijikkan.MPMBB dipaksa supaya memberi keizinan menggunakan dewan tersebut.

Umi bersama Khairuddin masuk ke Dewan tepat 9.20 malam. ( Janji 8.30 malam ) Ceramah yang dimulakan dengan maki hamun Kahirudin ke atas Anwar dan hampir 96% daripada isi ceramahnya maki hamunnya adalah untuk Anwar Ibrahim. Khairudin sekali menegaskan bahawa Anwar adalah kaum yang dilaknat oleh Nabi Luth , homoseks. Berulangkali dia menyebut bahawa Anwar kaki liwat dan perkara ini dikaitkan Sulaiman Palestine.

Kononnya MAHAFIRAUN telah tahu perkara ini sejak 1994 lagi. Mak Yan, Pak Brahim , Wan Azizah semuanya tahu perkara ini. Pelik bin Ajaib . Butir percakapan antara Mak Yan dengan ibunya masih dia ingat di mana Mak Yan dan Pak Brahim minta ibunya tolong dapatkan dukun , bomoh dan ulamak supaya dapat menyembuhkan penyakit homoseks Anwar.

Betul kah ini Mak Yan ? Betulkah in Pak Brahim, Betulkah ini Kak Wan ? Ini kerana Khairudin telah bersumpah dengan Nama Allah Wallahi, Wabillahi bahawa pengakuannya adalah benar dan terkeluar daripada Islam jika dia berbohong. Mengapa tak minta Allah turunkan bala ke atasnya jika dia berbohong ? Kalau setakat Islam tak Islam bagi Khairudin sebenarnya dia tu nothing tentang Islam sebabnya baca Surah Wal Asyr pun tunggang langgang .. come on lah Khairudin ..lepas ceramah malam tadi ke mana hang pergi menginap dengan Umi yang mengaku masih ada dara tu )

Yang paling ngerinya dia sanggup memberitahu bahawa Kak Wan berulang kali minta cerai daripada Anwar pada tahun 1994 dan 1997. Kak Wan pernah membaling pakaian Sukma dan menghalau Sukma keluar dari rumahnya kerana didapati Sukma sedang melakukan adegan lucah dengan Anwar.

Dia mencabar penyokong alternatif supaya membuat report jika kenyataannya ini berunsur fitnah. ( Khairudin kamu boleh hidup sebab ada MAHAFIRAUN... Daripada sumber mana kamu boleh pergi ke US untuk dapatkan rakaman lawatan Anwar semasa Anwar ke Amerika daripada CNN dengan bayaran US$500.000. dan rakaman itu telah ditayangkan oleh TV3 berulang kali. Khairudin mengaku yang Allahyarham Yusof Rawa , Fadzil Noor , Mahfudz Omar semuanya saudara sepupu dia.( Khairudin mengaku bahawa dia dilahirkan dalam keluarga politician dan semuanya pupu dia tak kira dua pupu atau tiga pupu atau sepuluh pupu selepas nih RTC pun sepupu dia juga ) Ustaz Fadzil Noor telah dicaci , Mahfudz Omar dimaki .

Katanya Fadzil Noor dan Mahfudz Omar ni adalah orang yang paling celaka sanggup menjual maruah demi untuk politik bertujuan menarik pengikut Anwar menyokong PAS. Saudara Mahfudz dan Ustaz Fadzil hendaklah perbetulkan kedudukan ini. Saya yakin ada di kalangan penyokong alternatif yang merakamkan ceramah Khairudin malam tadi tolonglah formatkan dalam RealAudio. Dapatlah sahabat kita mendengarnya.

Begitu juga dengan Umi yang berceramah macam Syarahan Budak Sekolah Rendah . Katanya ` berdirinya saya di sini ialah untuk memberitahu kedudukan sebenar apa yang berlaku kepada haidirin-hadirat semua .. ' Lepas tu mulalah mengutuk dan menghina Anwar. 98% ceramahnya penuh kutukan ke atas Anwar. Umi telah menghina mahkamah berulang kali mengatakan Azizan telah diliwat , Shamsidar setiap Hari Rabu pada pukul 5-6.30 petang dalam seminggu akan pergi memberi bakti terkutuk dengan Anwar di Tivolli Villas.

Dia memberitahu perilaku Shamsidar selepas kena punch oleh Anwar dengan letih lesu tak bermaya seperti baru saja melakukan hubungan jenis dan penonton tertanya tanya macam mana Umi tahu perkara ini kerana hanya yang pernah kahwin atau pernah melakukan hubungan jenis sahaja yang tahu keadaan itu.

Mungkin Umi jauh berpengalam daripada Samsidar lebih-lebih lagi semasa dengan Datuk S'ng di Paris dahulu. Berulang kali dia menyebut bahawa Anwar telah berzina dengan Shamsidar. Sentiasa dia menyebut bahawa Allah telah menolong dia. Memanglah semua manusia Allah akan tolong tapi gunakanlah akal yang Allah bagi untuk menilai buruk baiknya.

Tepat 12.00 malam kita orang bersurai dengan penuh persoalan dan memohon Allah s.w.t. memberi petunjuk kepada semua yang terlibat supaya bertaubatlah.

Khairudin dan Umi kami harap berwasiatlah daripada sekarang supaya apabila mati hangpa mintalah supaya tidak ditanam kerana kerana nanti ramai anak bangsa kita akan kencingkan kubur hangpa dan berwasiatlah supaya mayat hangpa dibakar dan debu mayat hangpa dihambur ke angin lalu seperti yang dibuat oleh Hajjaj Yusuf Al-Saqafi.

Bekas Ahli Pemuda Akar Umbi Kota Melaka
5 NOVEMBER 1999

http://members.tripod.com/mahafiraun

mrf.jpg

Kirim email ke