*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
 {  Sila lawat Laman Hizbi-Net -  http://www.hizbi.net     }
 {        Hantarkan mesej anda ke:  [EMAIL PROTECTED]         }
 {        Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED]     }
 *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
  Undilah PAS : MENENTANG KEZALIMAN & MENEGAKKAN KEADILAN
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Assalamu 'Alaikum,

Sebutan Fir'aun bererti raja bagi zaman Mesir kuno. Banyak
Fir'aun yang bersilih-ganti memerintah kerajaan Mesir kuno.
Di zaman Nabi Musa, hidupnya seorang Fir'aun yang sangat 
dzalim. Kedzalimannya amat hebat sekali, tetapi ahli sejarah
bangsa Bani Israel tidak pernah catat nama Fir'aun itu. Tentu
sekali dia mempunyai nama tertentu. Al-Qur'an sendiri tidak 
menyebut nama Fir'aun itu.

Dikatakan tidak perlu disebut nama Fir'aun zaman Nabi Musa kerana 
jika terdapat nama itu dalam Al-Qur'an, tentu manusia zaman moden 
ini akan pertikaikan nama itu dan menjadikan penat umat Islam 
memikirkan bagaimana hendak menjawab orang-orang yang anti-Islam.
Kebetulan juga nama itu tidak tersebut dalam kitab Bible.

Yang menghairankan kita ialah kenapa nama seorang menteri di zaman
Nabi Musa disebut sebagai Haman. Kenapa nama itu begitu penting
disebut dalam Al-Qur'an? Sedangkan nama menteri yang mengambil
Nabi Yusuf sebagai anak angkat tidak juga disebut namanya dalam
Al-Qur'an, hanya dikenali sebagai Al-Aziz. Dalam Bible menteri
itu dipanggil Potiphar. Nama Haman dalam Al-Qur'an disebut sebanyak
6 kali..dalam ayat-ayat (28:6),(28:8),(28:38),(29:39),(40:24) dan
(40:36). Satu contoh ayat ialah,

Dan berkata Fir'aun: "Hai Haman, buatkanlah bagiku sebuah bangunan
yang tinggi supaya aku sampai ke pintu-pintu (syurga)..[Al-Mu'min
(40):36]

Perhatikan ayat di atas tentang kata-kata Fir'aun sebagai memper-
senda ajaran Nabi Musa. Kata-katanya adalah senda-gurau padahal 
dia tahu dia tidak mampu membuat bangunan setinggi itu. Manusia
macam Fir'aun sentiasa mencari dalih untuk menolak kebenaran yang
ditunjukkan oleh Nabi Musa. Dalam ertikata lain dia adalah manusia
yang suka memperolok-olokkan hukum-hakam ugama.

Apa bezanya manusia zaman ini. Fir'aun moden memang banyak. Memang
Fir'aun zaman Nabi Musa sudah lama mati..tetapi Al-Quran menjadikan
dia sebagai satu iktibar, seorang raja atau pemerintah yang sentiasa
mencari jalan untuk menolak perlaksanaan hukum dan peraturan ugama.

Kembali kepada persoalan nama Haman. Dia adalah salah satu contoh
orang mempunyai kuasa politik. Dia mengikut saja apa kata "boss"nya
Fir'aun. Bukan setakat itu sahaja, dia mempunyai kepentingan duniawi
dan mengampu bossnya. Haman adalah contoh menteri yang tidak jujur.
Dia tahu bossnya dzalim, dia sendiri setuju bersama bossnya membuat
kedzaliman. Inilah satu pengajaran bahawa apabila seorang menteri
itu jahat, ia akan memberi galakan dan semangat kepada bossnya lebih
ghairah membuat kedzaliman dan kejahatan.

Mungkin dalam Al-Qur'an diulangi sebanyak 6 kali sebutan "menteri"
Haman tentang bala dan bahaya kita memilih orang-orang yang jahat
menjadi pemimpin. Ini adalah amaran daripada Allah sendiri. Dalam
zaman moden ini, bukan saja pemimpin-pemimpin macam "Fir'aun" ini
ramai, malahan "menteri-menteri" macam Haman pun ramai juga. Oleh
itu awasi orang-orang macam Haman, singkirkan mereka, bukan setakat
Fir'aun bahkan Haman bersekali. Singkirkan mereka semua.

Abu Hasan Chan (Tiger)

 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
 ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED]   pada body : SUBSCRIBE HIZB)
 ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED]  pada body:  UNSUBSCRIBE HIZB)
 ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan             )
 ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net                  )
 ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED]                    )
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Pengirim: AHC <[EMAIL PROTECTED]>

Kirim email ke