How to turn over
 
Parti Altenatif lancar Operasi Membasmi Fitnah

KUALA LUMPUR 6 Nov. - Pimpinan Altenatif hari ini melancarkan Operasi Membasmi Fitnah (Ops Musnah Fitnah) bagi memerangi fitnah dan pembohongan oleh pihak kerajaan secara besar-besaran.

Operasi itu yang dikenali sebagai Ops 10M akan memerangi dan mengecam sepuluh perkara khusus yang sering dilakukan oleh pihak B*arisan N*sional iaitu menzalimi, menganiaya, memfitnah, membohong, memaki hamun, menuduh tanpa bukti, membenci, menyalahguna wang rakyat, menyonglap wang rakyat dan menghasut.

Operasi itu dilancarkan oleh Pimpinan parti Altenatif, di hadapan kira-kira 2,000 ahli jawatankuasa penerangan parti dari semua bahagian seluruh negara.

Objektif kempen itu ialah untuk menyelamatkan agama yang kini telah dikelirukan, maruah bangsa dan negara dengan mewujudkan suasana aman, harmoni, mesra, persefahaman, kemajuan dan kemakmuran yang akhirnya akan memberi keyakinan serta kemenangan kepada Parti Altenatif.

Ia akan melawan setiap fitnah dari parti kerajaan iaitu B*risan N*sional yang kini telah meracuni rakyat dengan dakyah media mereka.

Sehubungan itu, Ops 10M itu akan memberi tumpuan kepada tiga kategori utama iaitu agama, ekonomi dan politik.

Dalam kategori agama, tumpuan akan diberikan bagi menangkis pembohongan dan fitnah yang dilemparkan melalui akhbar-akhbar dan siaran TV.

Dalam ekonomi, penjelasan akan diberikan memulihkan ekonomi yang merundung, mengenai nilai mata wang, pembangunan infrastruktur, kawalan modal, harga barang, saham, pelaburan dan tenaga kerja.

Bagi kategori politik, tumpuan khusus akan diberikan bagi memerangi tuduhan tanpa bukti, menyalagunakan jentera kerajaan sebagai jentera parti dan memerangi kezaliman.

Pimpinan Parti Altenatif  ketika berucap kepada jawatan- kuasa penerangan berkenaan berkata, operasi itu perlu kerana kempen-kempen oleh pihak kerajaan sekarang sudah sampai ke tahap mencampuri sistem keadilan negara dan melakukan pembohongan hingga rakyat keliru antara yang baik dan buruk.

''Sebab itu kita kena perangi, jika tidak rakyat  akan keliru dan apabila pilihan raya mereka akan memilih yang buruk dengan sangkaan ia adalah baik dan tolak yang baik kerana sangka ia buruk,'' katanya.

Adalah menjadi tanggungjawab pemimpin-pemimpin parti Altenatif di setiap peringkat untuk menjelaskan kekeliruan di kalangan rakyat itu.

''Jawatankuasa Penerangan parti Altenatif dan pemimpin-pemimpin parti Altenatif perlu membuat penjelasan hingga rakyat sehingga mereka yakin apa yang digembar-gembur oleh B*arisan N*sional adalah salah dan tidak betul.

Kirim email ke