*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
 {  Sila lawat Laman Hizbi-Net -  http://www.hizbi.net     }
 {        Hantarkan mesej anda ke:  [EMAIL PROTECTED]         }
 {        Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED]     }
 *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
  Undilah PAS : MENENTANG KEZALIMAN & MENEGAKKAN KEADILAN
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
PERDANA MENTERI: MELAYU ATAU BUKAN MELAYU?

UMNO-BN terus MELATAH DAN ESMOSIONAL apabila Dato" Ustaz Nik Abd Aziz, MB
Kelantan, berdasarkan kepada FAKTA, menyatakan bahawa PAS bersedia menerima
bukan Melayu, khususnya dari DAP, untuk menjadi Perdana Menteri Malaysia.

Kenyataan ini adalah berdasarkan kepada FAKTA yang ada:

1. Perlembagaan Persekutuan tidak pernah menyebut syarat bagi sesorang untuk
menjadi PM ialah Melayu atau Islam. Berdasarkan atas semangat Perlembagaan
Persekutuan inilah, maka orang China atau India turut sama mempunyai hak untuk
menjadi PM. Ini adalah FAKTA. Kalau dibawa ke Mahkamah Tinggi sekalipun, sudah
pasti kenyataan Dato' Nik Aziz akan terimapakai.

2. Walaubagaimanapun, dari segi operasinya atau pelaksanaannya, bilangan
kerusi calon bukan Melayu di Parlimen masih terlalu kecil dan belum boleh
melayakkan orang bukan Melayu untuk memegang jawatan PM. Perlu disebut di sini
bahawa bilangan kerusi bukan Melayu khususnya orang China/India dalam Parlimen
dan DUN telah bertambah berikutan dengan tindakan UMNO menyerahkan 17 kerusi
Parlimen dan 39 kerusi DUN bagi kawasan majoriti penduduk Melayu kepada bukan
Melayu bermula pada tahun 1995.  Kenyataan Dato' Nik Aziz sebenarnya telah
mencabar kewibawaan UMNO dan sekaligus membuka tembelang UMNO yang kononnya
menjaga ketuanan Melayu tetapi memebrikan kerusi Parlimen dan DUN kepada bukan
Melayu.

3. PAS telah menyebut secara terbuka sebelum ini bahawa sekiranya mereka
menang, mereka bersedia menerima bukan Melayu tetapi mesti Muslim untuk
menjadi PM Malaysia.

4. PAS telah bersetuju bersama parti-parti dalam Barisan Alternatif untuk
menabalkan DS Anwar Ibrahim sebagai PM.


IMPLIKASI DARI KENYATAAN DATO' NIK AZIZ

1. Kenyataan ini seharusnya membuka mata dan fikiran orang Melayu, khususnya
dari UMNO dan umumnya BN untuk memutuskan perkara ini dengan jelas. Justeru,
malam tadi, BN telah mengeluarkan resolusi bahawa PM seharusnya dari orang
Melayu (tanpa disebut agama). Dato' Nik Aziz memang sengaja mencabar orang
Melayu UMNO-BN supaya memutuskan perkara ini kerana perkara ini tidak
termaktub dalam Perlembagaan.

2. Kenyataan ini seharusnya membuka mata dan fikiran orang bukan Melayu untuk
meneliti sejauh mana hak mereka dalam negara tempat tumpah darah mereka. 

3. Meskipun PAS sedia menerima bukan Melayu, samada dari DAP atau part-parti
lain, menjadi PM, ini tidak bermakna PAS akan menabalkan PM dari bukan Melayu
pada waktu ini sepertimana yang dinyatakan oleh Setiausaha Akhbar MB Kelantan
pada awal minggu ini. Kenyataan itu benar pada prinsip tetapi dari segi
pelaksanaannya perlu mengmbilkira beberapa perkara:

       a. bilangan kerusi bukan Melayu mewakili penduduk bukan Melayu
       b. Islam (PAS meletakkan syarat Islam walaupun bukan dari orang 
          Melayu)
       c. masa dan waktu yang tepat/sesuai (perlantikan orang bukan  
          Melayu-Islam tidak semestinya selepas  
          pilihanraya kali ke 10 ini.

Kesimpulan: UMNO lebih tidak rasional dan tidak objektif (mengambilkira
sentimen perkauman dan emosi) dalam hal ini kecuali setelah mereka putuskan
dalam mesyuarat bersama BN semalam untuk bersetuju melantik PM dari orang
Melayu. PAS- Dato' Nik Aziz lebih rasional dan objektif (mengambilkira
fakta).



____________________________________________________________________
Get your own FREE, personal Netscape WebMail account today at 
http://webmail.netscape.com.

 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
 ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED]   pada body : SUBSCRIBE HIZB)
 ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED]  pada body:  UNSUBSCRIBE HIZB)
 ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan             )
 ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net                  )
 ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED]                    )
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Pengirim: hello hi <[EMAIL PROTECTED]>

Kirim email ke