KES BEKAS KM MELAKA: PANDANGAN AHLI AHLI UMNO

       Depa ni betoi nak menghina akal fikiran kita noo! Berkata seorang Pak Haji di Kubang Pasu. Tak dak lagi modai depa ni! Yang depa sibuk keluarkan pengakuan gadis ni pasai apa? Tak kena, tak kena! Awat depa ingat kami bodoh? Tiba tiba nak bawa keluark pengakuan ni? Hiss, nampak sangat! Lepas satu, satu cerita lagi depa reka. Tak tak tau malu! Dok kata dah gadis ni mesti terima habuan untuk buat pengakuan lagu ni!. Depa nak bohong lagu mana. Pak Haji yang tak sekolah tinggi yang dulunya ahli UMNO karat biru pun tak percaya dengan drama baru yang dihidangkan oleh UMNO dengan dibantu oleh media massa milik mereka!

       Disebuah kampong yang lain pula, mengeluh geram seorang lagi Pak Haji, juga ahli UMNO. Bini aku bila dengark cerita ni, dia punya geram, dia suruh aku pi ambik borang PAS cepat cepat. Dia berletir tak habis habis. Awatlah depa ni nak buat cerita pun, biarlah elok sikit. Ini tak dak, cerita lagu ni depa nak suruh kita percaya. Mampus pilah UMNO. Kita dah tua tua ni tak mau tanggung dosa! Bersemangat sungguh Pak Haji ni menyampaikan hujah hujahnya semasa menikmati sarapan pagi disebuah warong.

      Sampuk pula seorang rakannya, juga seorang Pak Haji, kan aku dah kata dulu, hampa tak percaya. Lani, macam mana? Depa ni dah tak kenai dosa lagi. Aku, bini aku, anak anak aku, menantu menantu aku habis  semua dah masuk PAS. Buat pa dok dalam UMNO lagi. Bertambah dosa lagi! Tunggu apa lagi?

       Alhamdullillah, tuhan punya kuasa, terbongkarlah rahsia konspirators! Angkara angkara pemimpin pemimpin UMNO yang jahatlah yang membuat ramai ahli ahli UMNO cabut lari dari UMNO! Disebabkan terlalu rakus dan tak takut lagi dengan dosa, pemimpin pemimpin ini yang sudah tersepit, tanpa segan silu sanggup mencipta adegan adegan yang menjijikkan. Ramai Pak Haji dan Mak Haji yang tidak mahu bersekongkol lagi dengan parti yang menabur dosa demi dosa! UMNO jelas menuju kehancuran disebabkan segelintir pemimpin pemimpinnya yang telah bertindak menghina minda rakyat termasuk ahli ahlinya. UMNO masih nak menegakkan benang yang basah!

ALLAHUAKHBAR(3X)
DULU UMNO SEKARANG BA

Kirim email ke