Berita pembubaran Parlimen amat mengembirakan!


Berita pembubaran Parlimen yang akan disiarkan petang ini oleh kerajaan zalim amat mengembirakan hati rakyat. Tengahari tadi berita 1.30 TV3 telah menyiarkan berita bahawa Mahathir bersama Abdullah setelah berbincang dengan para Menteri Besar sekalian telah berangkat ke Istana untuk mendapatkan kununnya keizinan bagi membubarkan Parlimen.

Setelah mendapat perkenan YTM Tunku, beliau kembali ke Putrajaya dan membincangkan strategik bagi menghadapi Pilihanraya.

Berita ini sangat mengambirakan hati beberapa kawan-kawan yang berdering dering menalipon saya bertanyakan apakah langkah seterusnya dan bagaimana kita menyusun perancangan kita bagi menghadapi mereka.

Suka saya khabarkan jika diteliti secara halus akan kelihatan beberapa masalah sampingan antaranya kekurangan sumber bantuan kewangan dan persediaan peralatan serta jentera tenaga. Itu bagi pihak Alternatif manakala bagi pihak Barisan, mereka telah bersedia dengan segala jentera mereka tambahan lagi mereka boleh menggunakan jentera kerajaan. Itu tidak dapat dinafikan oleh mereka.

Bagi kita yang berada dipihak Alternatif, perlulah kita ketika ini banyak berlapang dada dan memberi kerjasama serta komitment bersungguh-sungguh bagi mengambil peluang yang sedia ada sekarang. Berusahalah dengan sepenuh daya upaya dan kekuatan yang ada, sampingkanlah masalah keluarga bagi tampoh seminggu dua ini. Konsterasi perlu pada menghadapi pilihanraya kali ini.

Dapatkan seberapa ramai kawan-kawan yang boleh membantu, tak kira dari segi apa. Dan jangan tolak sebarang sumbangan yang mereka hulurkan, kemungkinan sumbangan itu walaupun pada matakaca kita ianya tidak diperlukan tetapi mungkin pada situasi dan keadaan tertentu ianya amat berguna.

Bagi yang akan turun mengundi, pastikan nama anda tersenarai dan dapatkan kepastian tempat anda akan membuang undi. Jika terdapat kekeliruan, bersegeralah laporkan kepada pegawai yang bertugas. Bagi yang akan memangkah Alternatif segara laporkan kepada ahli dan pegawai Alternatif yang bertugas.

Dalam sehari dua dan mungkin seterusnya sehingga tarikh menbuang undi, jangan terkejut jika media kerajaan akan memamparkan berbagai propaganda mereka, kali ini jauh lebih teruk dari kes Kuli memakai tengkolok salib. (bukankah mereka juga yang memerima kambali sipemakai tongkolok salib itu)

Akhir sekali selamat BERJUANG dan selamat menuju kearah REFORMASI. Ayuh mari kita tunbangkan kerajaan zalim ini!!!

oleh saviour
 

Kirim email ke