Penjualan Malaysia Airports Berhad- Satu Lagi Projek Penswastaan Yang Bermuslihat?

Kerajaan MAHAFIRAUN begitu ghairah dengan penawaran saham-saham Malaysia Airports Bhd. Malah media propaganda MAHAFIRAUN sudah ghairah menceritakan keuntungan yang bakal diperolehi daripada saham-saham yang ditawarkan.

Walau bagaimanapun, rakyat yang berfikiran kritis tidak dapat menerima hujah-hujah mudah ini. Bagi mereka, penawaran saham Malaysia Airports merupakan satu lagi skim MAHAFIRAUN untuk memperolehi keuntungan mudah tanpa memikir panjang kesan dan perlaksanaan skimnya itu.

Seperti program-program penswastaan yang lain, penjualan saham Malaysia Airports Bhd ini tidak bermakna kerajaan masih akan melepaskan kawalan dengan begitu sahaja. Selain daripada masih memiliki saham-saham majoriti dalam syarikat tersebut, Minister of Finance Inc. yang memegang saham bagi pihak kerajaan (atau lebih tepat lagi, bagi pihak UMNO) masih memegang 'golden share' yang membolehkannya veto mana-mana cadangan pihak pengurusan.

Jadi dari itu sahaja, rakyat dapat melihat bahawa Malaysia Airports tidak mungkin akan melihat peningkatan yang begitu banyak dari segi prestasinya. Malah ramai pelabur asing begitu curiga dengan motif MAHAFIRAUN dalam penawaran saham tersebut.

Status Malaysia Airports sebagai monopoli juga menyebabkannya menjadi sebuah syarikat yang tidak disentuh bahang persaingan daripada syarikat-syarikat lain. Jadi di manakah peningkatan yang akan terlihat daripada penswastaan ini. Tidak ada motivasi untuk syarikat ini bertambah maju.

Berkenaan dengan program penswastaan MAHAFIRAUN selama ini pun, program ini tidak mempunyai sejarah yang baik. Banyak projek penswastaan dijual kepada syarikat-syarikat swasta yang kononnya akan melaksanakan projek ini dengan baik. Hari ini syarikat-syarikat inilah yang merupakan paling banyak berhutang.

Lihatlah sahaja bagaimana Renong, UEM dan Time Engineering begitu bercita-cita tinggi untuk membina PLUS. Kini mereka menjadi beban hutang kepada rakyat dan kerajaan. Kerana terlalu bermurah hati kepada kroni-kroni Qarun Malaysia seperti Halim Saad, kini Qarun menggunakan pelbagai cara untuk menyelamatkan mereka, termasuk merompak saham-saham di CLOB.

Adakah juga penjualan Malaysia Airports ini bebas daripada campurtangan yang tidak wajar? Malaysia Airports diketahui ada mempunyai hubungan rapat dengan MAS. Mungkin hasil keuntungan yang diperolehi tidak akan terlihat kerana disalurkan kepada MAS bagi meringankan beban hutangnya.

MAHAFIRAUN, walaupun terbukti gagal dalam program penswastaannya yang tidak dilaksanakan dengan betul, masih ghairah untuk berlagak sebagai raja ekonomi moden dan begitu bersungguh-sungguh dalam kepercayaannya terhadap sokongan sektor swasta bagi kejayaan ekonominya.

Seperti Pak Pandir yang cuba membaiki labunya, MAHAFIRAUN hanya akan memburukkan keadaan bagi dirinya dan negara

Oleh pembaca MAHAFIRAUN 2020
10 NOVEMBER 1999

http://members.tripod.com/mahafiraun

Kirim email ke