*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
 {  Sila lawat Laman Hizbi-Net -  http://www.hizbi.net     }
 {        Hantarkan mesej anda ke:  [EMAIL PROTECTED]         }
 {        Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED]     }
 *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
  Undilah PAS : MENENTANG KEZALIMAN & MENEGAKKAN KEADILAN
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
salam,

secara ringkasnya ia adalah Tablik Jamaat....

:)

Ahmad Zaker bin Salleh Hamdi <[EMAIL PROTECTED]> wrote:
> saya sekadar forwardkan dari saudara kita di sini juga iaitu
> [EMAIL PROTECTED], dan saya juga berpandangan adalah baik direnungkan
> apa yang disampaikan oleh saudara kita ini....marilah kita sama-sama
> fikirkan...semoga Allah SWT memilih kita bersama jemaah yang benar, jemaah
> yang paling hampir dengan apa yang diusahakan oleh Nabi SAW., jemaah yang
> kehidupan, fikir, risau, bimbang mereka sama dengan apa yang menjadi
> kehidupan, fikir, risau dan bimbang Nabi SAW. Yang tidak terkesan dengan
> kehebatan makhluk, tidak terkesan dengan kehebatan usaha mereka sendiri,
> walau macamana hebat pun usaha mereka, walaupun gagal dan tiada hasil di
> dunia ini, tetapi mendapat kejayaan di akhirat segala apa yang Nabi buat
> jika kita ikut macamana sahabat r.a. ikut, pasti Allah akan bagi kejayaan,
> keredhaan Allahlah yang menjadi matlamat, penuh harap dan yaqeen hanya pada
> Allah, Allah yang MAHA berkuasa memberi hidayat...insyaAllah....
> 
>  Assalamualaikum..
> 
>  Sekadar memberi pandangan. Tuan2 nilailah sendiri. Kalau ada komen2
>  tu sila balas personally kepada saya.
>  Ringkasan criteria untuk memilih jemaah..
>  - Jemaah yang memperbaiki hubungan/TAQWA/YAQEEN kepada Pencipta
>  yang maha agung; Allah s.w.t.
> 
>  - Jemaah yang memudahkan kita untuk mengucapkan KALIMAH LA ILA HA
>  IL LAULLAH di akhir kalam kita.
> 
>  - Jemaah yang memberi kekuatan untuk mengamalkan sunnah Rasullullah
>  s.a.w di dalam 24 jam kehidupan kita dan masyarakat.
> 
>  - Jemaah yang beramal dengan sunnah Rasulullah s.a.w dan Para
>  Sahabat r.a.
> 
>  - Jemaah yang TIDAK mengikut CARA HIDUP DAN AMALAN  YAHUDI dan
>  NASRANI.
> 
>  - Jemaah yang dapat bantuan Allah s.w.t daripada langit dengan
>  perantaraan 2 rakaat Solat.
> 
>  - Jemaah yang taat dengan menjunjung perintah Allah s.w.t (Alquran
>  dan Sunnah) dalam segala keadaan dan ketika.
> 
>  - Jemaah yang menjadikan kita lebih BERTAQWA dan BERAMAL dengan
>  ilmu/kepandaian kita BUKAN  takabur/bangga diri dengan
>  ilmu/kepandaian kita.
> 
>  - Jemaah yang mengingati Allah s.w.t siang dan malam.
> 
>  - Jemaah yang tidak memecahbelahkan ummat Rasulullah s.a.w.
> 
>  - Jemaah yang memperbaiki akhlak, sopan santun seperti akhlak
>  Rasulullah s.a.w dan Para Sahabat r.a. dan memperbaiki hati
>  daripada hasad, dengki, khianat, sombong, takabur, keji, mengumpat
>  dan bermacam2 sifat mazmumah lagi.
> 
>  - Jemaah yang menjaga lidah/mata untuk mengucapkan/melihat yang
>  baik2 dan menjauhi dari perkataan/perkara sia-sia.
> 
>  - Jemaah yang memperbaiki keikhlasan atas segala amalan kita.
> 
>  - Jemaah yang membuat amalan2 yang mendatangkan KEREDAAN Allah
>  s.w.t didunia lebih2 lagi di akhirat.
> 
>  - Jemaah yang menjadikan kita bersedia untuk bekalan ke kubur,
>  mahsyar, titian sirat dan jannah.
> 
>  - Jemaah yang menuju kepada MAKSUD HIDUP kita diciptakan oleh Allah
>  s.a.w. Tanya diri sendiri, apa MAKSUD HIDUP hidup anda diciptakan?
> 
>  - Jemaah yang menjalankan muamalat dan muasyarah dengan betul.
> 
>  - Jemaah yang mengimmarahkan Masjid-masjid dan Surau-surau.
> 
>  - Jemaah yang mengajak kepada yang maaruf dan menghalang
>  kemungkaran.
> 
>  - Jemaah yang boleh diambil bahagian oleh semua orang selagi dia
>  orang Islam tanpa mengira bangsa, keturunan, Arab/Ajam, tua/muda,
>  warna kulit, negara, bahasa, bisu, pekak, tuli, cacat atau
>  sempurna, kudung, boleh/takboleh membaca/menulis, hatta segala
>  lapisan hidup tanpa sempadan hingga di hujung2 ceruk dunia.
> 
>  - Jemaah yang hanya takut kepada Allah s.w.t dan tidak takut kepada
>  makhluk (bom atom, orang kafir, raja/pemerintah zalim, binatang,
>  taufan, gempa bumi, air, api, angin, tanah, orang yahudi, orang
>  kristian, senjata, majoriti/minoriti, dunia, ...... kerana setiap
>  zarah, hati, nyawa dan pergerakan manusia dan tujuh petala langit
>  dan bumi adalah di tadbir oleh Allah s.w.t)
> 
>  - Jemaah yang mengajak kepada kehebatan PENCIPTA yang Maha Agung
>  dan bukan mengajak kepada ciptaan (manusia, harta, pangkat,
>  kedudukan, ilmu, kepandaian & kehebatan makhluk/manusia).
> 
>  - Jemaah yang membuat amalan2 yang dicintai oleh para malaikat dan
>  menjauhi amalan2 maksiat (pergaulan lelaki wanita) yang disukai
>  oleh Syaitan.
> 
>  - Jemaah yang mendapat nusrah/bantuan Allah s.w.t tanpa mengira
>  majoriti/minoriti.
> 
>  - Jemaah yang menyediakan orang Islam supaya mempunyai semangat
>  jihad yakni bersedia untuk mengorbankan diri, harta dan masa
>  semata2 kerana agama,
> 
>  - Jemaah yang mirip-mirip kepada usaha Rasululah s.a.w yakni
>  Baginda s.a.w pergi dari pintu ke pintu, kabilah ke kabilah, lorong
>  ke lorong mengajak manusia kapada Allah s.w.t.
> 
>  Jika masih ragu2nak pilih Jemaah yang mana, saya syurkan anda
>  bersolatlah istiqarah dan minta pada Allah s.w.t dengan IKHLAS
>  sebagaimana seorang yang faqir berdoa.... supaya Allah s.w.t
>  menunjukkan Jemaah yang Haq... mungkin ia akan datang mengetuk di
>  depan pintu... oops betul2 ada di depan mata anda..bukalah HATI dan
>  pintu untuk bersamanya.


____________________________________________________________________
Get your own FREE, personal Netscape WebMail account today at 
http://webmail.netscape.com.

 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
 ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED]   pada body : SUBSCRIBE HIZB)
 ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED]  pada body:  UNSUBSCRIBE HIZB)
 ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan             )
 ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net                  )
 ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED]                    )
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Pengirim: ibnu muhajir <[EMAIL PROTECTED]>

Kirim email ke