*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
 {  Sila lawat Laman Hizbi-Net -  http://www.hizbi.net     }
 {        Hantarkan mesej anda ke:  [EMAIL PROTECTED]         }
 {        Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED]     }
 *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
  Undilah PAS : MENENTANG KEZALIMAN & MENEGAKKAN KEADILAN
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
a'kum...
kelakar betul.. bila aku dengar citer tuuu...pandai betul kau reka citer
yer... pasni boleh ler kau buat filem.. em mesti best....//

On Wed, 10 Nov 1999, Concorde wrote:

>  
> DOKUMEN RAHSIA BELAYAR BERSAMA JALUR GEMILANG ?
> Dua tiga bulan lepas rakyat Malaysia tumpang gembira dan berbangga dengan kejayaan 
>Dato' Azhar Mansor mengelilingi dunia dengan kapal layar Jalur Gemilang. Cabaran yang 
>dilaluinya dengan tabah amat mengkagumkan. Bukan senang dan mudah untuk mengharungi 
>lautan luas seorang diri dengan hanya berbekalkan kecekalan sebegitu. 
> 
> Walau bagaimana pun, cabaran getir termasuk patah tiang layar di tengah-tengah 
>lautan telah berjaya ditempuh dengan tabah oleh Azhar Mansor. Sebelum ini mungkin 
>tidak terlintas dan terfikir oleh kita betapa projek pelayaran Jalur Gemilang 
>tersebut mendapat naungan yang begitu kuat dan bersemangat daripada Perdana Menteri 
>sendiri. Segala sokongan kewangan, moral dan logistik diberikan dengan penuh 
>perhatian kepada Azhar. Rupanya di sebalik pelayaran tersebut, ada sesuatu yang 
>menjadi rahsia besar ! 
> 
> Saya mendapat cerita bahawa banyak dokumen-dokumen rahsia penyelewengan dan 
>kejahatan Mahathir dibawa bersama dengan kapal Jalur Gemilang, untuk disembunyikan di 
>luar negara. Dengar ceritanya, dokumen-dokumen tersebut dibawa oleh Dato Azhar Mansor 
>dan 'disambut' oleh orang-orang tertentu di luar negara untuk disembunyikan. Mungkin 
>ia dibawa melalui Jalur Gemilang untuk mengelak daripada disyakki oleh sesiapa pun. 
>Dokumen tersebut mungkin disembunyikan kerana Mahathir mendapat maklumat daripada 
>sumber perisikannya sendiri bahawa Barisan Nasional akan kalah teruk dalam 
>pilihanraya yang akan diadakan. 
> 
> Saya percaya dokumen tersebut masih mempunyai nilai tertentu kepada Mahathir, sebab 
>itu ia tidak dimusnahkan. Jika BN masih menang lagi, dokumen tersebut mungkin akan 
>dibawa balik semula. Cerita ini mungkin ada kebenarannya sebab jika diperhatikan, 
>bagaimana ketika tiang layar Jalur Gemilang patah dua dipukul ribu di tengah-tengah 
>lautan, Mahathir dengan serta merta mengarahkan TUDM menghantar tiang ganti, dengan 
>penerbangan yang menjangkau berpuluh ribu batu, ke Kepulauan Falkland. 
> 
> Kejadian menyembunyi atau memusnahkan dokumen-dokumen rahsia berkaitan penyelewengan 
>ini samalah seperti ketika BN kalah dengan pukulan TKO di Kelantan dalam tahun 1990 
>dahulu, dimana banyak dokumen-dokumen yang telah dimusnahkan untuk mengelak daripada 
>diketahui oleh kerajaan baru yang mengambil alih tampuk pemerintahan negeri. 
> 
> Maka tidak mustahil Mahathir akan melakukan perkara yang sama kerana yakin yang BN 
>akan kalah teruk dalam pilihanraya kali ini. Tidak mustahil Dato Azhar Mansor 
>dilantik sebagai "posmen" untuk menghantar dokumen-dokumen tersebut keluar negara, di 
>sebalik pelayaran Jalur Gemilang. Saya harap perisik-perisik reformasi yang berada di 
>dalam dan di luar negara (terutama di Kepulauan Falkland/Argentina) atau mana-mana 
>negara yang disinggahi oleh Azhar Mansor, dapat membongkar perkara ini. 
> 
> Anak Buloh Betong 
> 
> 


 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
 ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED]   pada body : SUBSCRIBE HIZB)
 ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED]  pada body:  UNSUBSCRIBE HIZB)
 ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan             )
 ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net                  )
 ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED]                    )
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Pengirim: "Mohd Amirudin Abd. Wahab" <[EMAIL PROTECTED]>

Kirim email ke