*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
 {  Sila lawat Laman Hizbi-Net -  http://www.hizbi.net     }
 {        Hantarkan mesej anda ke:  [EMAIL PROTECTED]         }
 {        Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED]     }
 *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
  Undilah PAS : MENENTANG KEZALIMAN & MENEGAKKAN KEADILAN
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
PESANAN PENTING ! AWAS DENGAN TAKTIK-TAKTIK  KOTOR  INI

Saya telah mendapat maklumat dan ingin memberikan peringatan dan AMARAN KERAS  kepada 
para penyokong Barisan
Alternatif dan rakyat Malaysia amnya akan taktik-taktik kotor di bawah yang  akan 
dicetuskan oleh Barisan Nasional dalam
pilihanraya kali ini. 

1. Mahathir akan  gunakan isu PM bukan Islam yang disebut oleh TG Dato Nik Aziz 
baru-baru ini untuk menakut-nakutkan
orang Melayu ‘kununnya’ ketuanan Melayu akan  lenyap jika dibiarkan PAS menang. 
INGAT…. JANGAN SEKALI-KALI 
TERPENGARUH DAN TERTIPU DENGAN PUTAR BELIT INI. 

2. Perisytiharan Mahathir - Negara akan huruhara dan kacau bilau jika BA  menang. 
Dalam Utusan Meloya hari ini (11
November) Mahathir sudah membayangkan yang rusuhan pasti akan terjadi. Ini dilakukan 
dengan  perbuatan provokasi oleh
SB-SB polis dan SB UMNO dan daripada pasukan Gerak Gempur UMNO dengan menyamar sebagai 
“orang-orang BA” dan
akan mencetuskan kekacauan di beberapa tempat khususnya Ibukota KL. Kekacauan dan 
rusuhan ini akan dibuat
sungguh-sungguh sekiranya keputusan awal mendapati BA mendahului kemenangan 
pilihanraya pada 27 atau 28 November ini.
INGAT  KEPADA SEMUA PENYOKONG BA…. Jika ada di mana-mana orang-orang yang cuba 
bertindak diluar tabie
seperti mahu membakar bangunan, menyerang tempat ibadat dan bergaduh antara kaum 
Melayu, India dan Cina, segera
bertindak dengan menangkap mereka. Ingat ! Jangan bertindak sendirian kerana risikonya 
tinggi. Bertindak dalam kumpulan
yang agak besar. INGAT !! Ancaman huruhara ini merupakan suatu ugutan Mahathir kepada 
rakyat supaya menjadi gentar dan
takut untuk mengundi BA kerana kununnya negara akan kacau bilau jika  pembangkang 
menang. 

3. Pasukan Gerak Gempur UMNO dan SB-SB mereka akan memakai t-shirt yang berlambangkan 
parti-parti Barisan
Alternatif. Mereka-mereka ini akan cuba membuat provokasi dengan tujuan untuk 
menggugat ketenteraman awam dan
seterusnya perisytiharan darurat sekiranya keadaan sudah tidak terkawal. 

Saya mencadangkan supaya para penyokong BA jangan sekali-kali memakai t-shirt yang 
berlambangkan parti masing-masing.
Cukup memakai pakaian biasa sahaja. KETIKA KEADAAN INI AMAT SUKAR UNTUK MENGENALI MUSUH
DALAM SELIMUT  DAN GUNTING  DALAM LIPATAN YANG BERTINDAK SEPERTI MUSANG BERBULU
AYAM !! 

4. Berikut saya perturunkan semula sekali lagi akan taktik-taktik kotor yang akan 
dilakukan oleh BN seperti yang didedahkan
oleh seorang Hamba Allah yang menyokong perjuangan BA pada 15 Oktober lepas. Sila 
edarkan dan cetak seluas-luasnya dan
beri penerangan kepada sekalian orang-orang kampung serta rakyat sekalian. SAYA 
MEMINTA AGAR SEMUA RAKYAT
TIDAK TERPEDAYA DENGAN KERJA_KERJA KOTOR BARISAN NASIONAL DALAM PILIHANRAYA KALI
INI. 
INGAT…SEMUA 
KERJA-KERJA KOTOR TERSEBUT BUKAN SEKALI-KALI KERJA BARISAN ALTERNATIF, TETAPI KERJA
BARISAN NASIONAL. DAN AWASSLAH DENGAN MEREKA-MEREKA YANG MENYAMAR  !! 

Antara Taktik Kotor Yang Bakal Dimainkan Oleh BN: JAHAT ITU SATU KEMESTIAN 

Saudaraku yang dihormati sekelian, Berikut adalah hasil keputusan mesyuarat  sulit 
yang telah dijalankan oleh beberapa para
konspirator @ diktator  bersama unit gerak saraf UMNO/BN, unit risik 7, dan SB yang 
akan dipastikan  80 % penghasilannya
akan membawa kejayaan. Antara lain tujuan yang paling  utama ialah untuk memastikan 
kemenangan BN sewaktu pilihanraya
nanti. Saudaraku, Tidak semua SB itu anjing Mahathir. Ada juga yang berhati insan. Ada 
juga yang berperikemanusiaan.
Namun begitu penonjolan diri tidak perlu. Yang penting sekali adalah keikhlasan dan 
kejujuran dalam menangani yang mana
benar dan yang mana salah. Berikut diperturunkan kertas kerja  penghasilan keputusan 
mesyuarat tersebut. 
Objektif : 

A. AGAR RAKYAT MARAHKAN BARISAN ALTERNATIF (BA) 
B. PERPECAHAN TIMBUL DI KALANGAN BA 
C. KELAM KABUT BERLAKU DI PIHAK BA 
D. BA BERTINDAK BALAS HINGGA BERLAKU 
E. PERGADUHAN BERLAKU RUSUHAN KAUM YANG MEMBAWA KEPADA DHARURAT 

(1) Bendera dan poster Barisan Alternatif akan di tampal oleh puak BN di tempat awam 
dengan teknik penampalan yang
menyusahkan orang awam.Contohnya, di tampal menutupi papan tanda. Tumpuan utama ialah 
lampu isyarat dan arah jalan. 

(2) Menampal sticker dan poster mini Barisan Alternatif di cermin hadapan dan belakang 
kereta orang ramai. 

(3) Menampal poster dan sepanduk di tempat ibadat semua kaum. 

(4) Menconteng secara grafitti dengan warna /logo barisan alternatif pada dinding 
rumah ibadat dan tempat awam serta papan
tanda. 

(5) Mengedar gambar dan kartun lucah pemimpin wanita UMNOdan pemimpin UMNO agar rakyat 
menganggap ini angkara
Barisan Alternatif. 

(6) Menabur surat layang yang keterlaluan dam biadap yang ditujukan pada  pemimpin 
UMNO agar rakyat silap sangka ianya
ditulis dan diedarkan oleh Barisan Alternatif. 

(7) Berkonvoi dengan sombong dengan kereta dan motosikal dengan memakai baju Barisan 
Alternatif dan bendera Barisan
Alternatif agar imej BA dirosakan. Termasuk melalui mesjid di waktu solat sambil 
bersorak-sorak REFORMASI, Takbir !!
semata-mata agar tuduhan dilemparkan kepada BA. 

(8) Mengupah tukang kacau dan tukang sorak diceramah BN agar rakyat menuduh ahli BA 
kaki kacau. 

(9) Mengoyak dan membakar poster dan billboard Barisan Nasional. Media akan memainkan 
peranan menuduh pembangkang
main kotor. 

(10) Menyembur lembu dan kambing dengan logo Barisan Alternatif Agar BA dituduh zalim 
dan keterlaluan. Menyembur cat
secara grafitti pada kereta orang awam dengan logo Parti Alternatif. 

(11) Meletakan kain pelikat murah dan lambang BA supaya rakyat tuduh BA ciplak BN dan 
ingin rasuah pengundi. 

(12) Menaikan sepanduk berbunyi " UMNO PARTI KAFIR!!". " UNDI PAS MASUK SYURGA! " 
"MAHATHIR
FIRAUN " dsb. Dengan rakyat akan menuduh jelaslah memang satu komponen parti BA adalah 
ekstremis agama. 

(13) Mengedar surah Yasin berlogokan Barisan alternatif dan diedar dimesjid seluruh 
negara supaya rakyat tuduh BA sanggup
mempermainkan agama. 

(14) Menconteng belakang bas-bas tempatan dan ekspress dengan kata-kata menghina 
Mahazalim dan BN semata-mata agar
BA dituduh ekstrim. 

(15) Menalipon secara rambang dan menjerit undilah Barisan Alternatif! Ini akan 
dilakukan sepanjang masa. 

(16) Menaburkan beratus ribu poster super mini BA dari bangunan tinggi Di KL agar 
jalan-jalanraya di KL dipenuhi poster
super mini Dan rakyat memarahi BA  kerana mengotorksn bandaraya. 

(17) Menyebarkan risalah berbau ugutan dikalangan kaum wanita bahawa PAS akan 
menghukum wanita yang tidak menutup
aurat. 

(18) Menyebarkan poster palsu ceramah BA . Tajuk ,Penceramah, Masa yang sama tetapi 
tempat berlainan. Rakyat akan
keliru dan marah. 

(19) Menyebarkan gambar-gambar super impose DSAI seolah-olah berada di Nudist Camp di 
USA. 

(20) Mengedarkan kaset yang di edit dan dubbing secara profesional kununnya perbualan 
DSAi dengan isteri seorang
pemimpin Perak. 

(21) Mengedarkan video yang diedit secara profesional kununnya DSAI sedang melakukan 
hubungan seks dengan
wanita-wanita asing. 

(22) Mengedarkan kononnya surat dari pejabat Kadhi menyatakan permohonan cerai dari 
DSWA kepada DSAI serta
beraneka tuduhan kununnya DSAI memukul DSWA dan melakukan seks luar tabii. 

(23) Menyebarkan surat layang yang kononnya jika BN kalah DAP akan memerintah 
Malaysia. 

(24) AWAS..Reformis India harap ambil perhatian. Ada dalam senarai tindakan khas ialah 
membakar kuil-kuil Hindu dengan
menyamar kumpulan berserban dan berjubah. Awas tektik kotor membakar sentimen 
keagamaan. Undi orang India penting.
Oleh itu usaha terkotor akan dibuat agar orang India bencikan PAS dan BA. Jaga kuil 
anda. 

(25) AWAS?Juga dalam pelan tindakan khas membakar mesjid dan surau oleh kumpulan 
berkulit gelap dan di sangka orang
Hindu. Akibatnya orang Islam  silap faham dan menyerang kuil Hindu. Perang besar! ??.. 
DHARURAT!!! 

(26) Mengedarkan lapuran palsu Pusat Perubatan mengesahkan DSAI adalah HIV positif. 
Semata-mata untuk mengukuhkan
tuduhan DSAI adalah bi-seksual. Semua perancangan di atas akan dilaksanakan dengan 
cara yang berbeza pada tempat yang
berbeza mengikut pecahan kaum,intelektual penduduk, Arahan adhoc  oleh Ketua parti. 
Ada risalah akan di tabur melalui
helikopter Pada  waktu  malam. 
  

YA ALLAH TUHAN RABBUL JALIL, TUHAN YANG MAHA PERKASA DAN MAHA MELIHAT, 
KAMI 
BERMOHON KEPADAMU YA ALLAH, HANCURKANLAH DAN PATAHKANLAH SEGALA 
TIPUDAYA 
DAN MAKAR JAHAT GOLONGAN MUNAFIK DAN JAHILLIYYAH ITU DENGAN KEBESARAN 
DAN 
KEAGUNGANMU. YA ALLAH,  ENGKAU TIMPAKANLAH KEHINAAN DAN KEHANCURAN YANG 

BESAR KE ATAS PERKUMPULAN MEREKA. YA ALLAH, ENGKAU PECAHBELAHKANLAH  HATI-HATI
MEREKA DAN CAMPAKKANLAH RASA PERMUSUHAN DAN KEBENCIAN SESAMA  MEREKA DAN
MUSNAHKANLAH KUMPULAN MEREKA YA ALLAH. YA ALLAH, BANTULAH KAMI  UNTUK
MENGALAHKAN KAUM YANG ZALIM DAN MENINDAS ITU.  YA ALLAH, ENGKAU MUSNAHKANLAH
KEKUASAAN  KERAJAAN BARISAN NASIONAL ITU SEHINGGA NAMAMEREKA TENGGELAM MENJADI
KUTUKAN AKIBAT KEZALIMAN MEREKA. YA ALLAH, TUHAN YANG MEMILIKI DAN MENGUASAI
HATI-HATI MANUSIA, ENGKAU BUKAKANLAH PINTU HATI SEMUA PARA PENGUNDI AGAR HANYA
MENGUNDI BARISAN ALTERNATIF DAN KURNIAKANLAH KEMENANGAN YANG HAMPIR KEPADA KAMI
YA ALLAH. WAHAI TUHAN YANG MEMILIKI  KEBESARAN DAN KEAGUNGAN, ENGKAU KIRIMKANLAH
TENTERA-TENTERAMU YANG KELIHATAN  DAN TIDAK KELIHATAN UNTUK MENGGAGALKAN SEGALA
RANCANGAN JAHAT BARISAN  NASIONAL DAN BERBUAT ANIAYA KEPADA RAKYAT YANG TIDAK
BERDOSA. WAHAI TUHAN YANG MEMILIKI KERAJAAN, ENGKAU KURNIAKAN KERAJAAN KEPADA
SIAPA YANG ENGKAU  KEHENDAKI DAN ENGKAU CABUT KERAJAAN ITU DARI SIAPA YANG ENGKAU
KEHENDAKI. KURNIAKANLAH KEPADA KAMI GOLONGAN RAKYAT YANG TERTINDAS INI
KEMENANGAN YANG DEKAT WAHAI TUHAN KAMI. YA ALLAH, YA RAHMAN YA RAHIMM, HANYALAH
KEPADAMU  KAMI MEMOHON DAN MEMINTA PERTOLONGAN. KABULKANLAH YA ALLAH DAN
SELAMATKANLAH  NEGARA KAMI DARI KEHANCURAN DAN KEMUSNAHAN OLEH GOLONGAN ZALIM
YANG  SANGAT  DURHAKA KEPADAMU ITU. 

SILA TERJEMAHKAN DALAM BAHASA INGGERIS, CINA DAN INDIA. CETAK DAN EDARKAN 
SELUAS-LUASNYA AGAR TEMBELANG-TEMBELANG BN INI TERBONGKAR SEBELUM  DILAKSANAKAN
KERANA KITA TIDAK PUNYA MEDIA UNTUK MEMBERI PENJELASAN DALAM  MASA YANG SINGKAT
JIKA BN BERJAYA MELAKSANAKANNYA. 

INGAT ! JANGAN SEKALI-KALI MEMANDANG RINGAN ANCAMAN JAHAT BN INI !! 

Cucu Datuk Bahaman 
  
INGAT SATU UNDI UNTUK BN ADALAH HARAM --- Badrul Amin  


 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
 ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED]   pada body : SUBSCRIBE HIZB)
 ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED]  pada body:  UNSUBSCRIBE HIZB)
 ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan             )
 ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net                  )
 ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED]                    )
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Pengirim: [EMAIL PROTECTED]

Kirim email ke