*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
 {  Sila lawat Laman Hizbi-Net -  http://www.hizbi.net     }
 {        Hantarkan mesej anda ke:  [EMAIL PROTECTED]         }
 {        Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED]     }
 *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
  Undilah PAS : MENENTANG KEZALIMAN & MENEGAKKAN KEADILAN
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
-----BEGIN PGP SIGNED MESSAGE-----
Hash: SHA1


[EMAIL PROTECTED] 
http://www.bigfoot.com/~hafnie 
http://orgmaya.cjb.net 
______________________________________________

E-Makalah Bil 14 12 November 1999 - Email Hoax
______________________________________________

Assalamualaikum dan salam sejahtera buat sahabat-sahabat.
Ini adalah E-mail yang dikirimkan kepada 
sahabat-sahabat yang menyertai melalui Onelist dan juga
Listbot. Ia juga dipanjangkan kepada senarai email tertentu.

Sila abaikan e-mail ini jika saudara/i tidak kehendakinya.
Jika e-mail ini adalah satu gangguan sila hantarkan e-mail 
kepada [EMAIL PROTECTED] untuk membuat laporan. 
Sila rujuk akhir Ema ini untuk berhenti atau sertai
senarai yang Haris kendalikan.

(1)  Email Hoax
(2)  BubbleBoy
(3a) http://astalavista.box.sk/
(3b) http://www.freetutorials.com/


(1) Email Hoax
==============

There is a computer virus that is being sent across
the Internet.

If you receive an e-mail message with the subject line
"http://ku.rindu.net", DO NOT  read the message. DELETE
it immediately.

Some miscreant is sending people files under the title 
"http://ku.rindu.net". If you receive this mail or file,
do not download it. It has a virus that rewrites your hard drive,
obliterating anything on it. Please be careful and forward this 
mail to anyone you care about.

(Information received from the Professor Edward
Prideaux, College of  Slavonic Studies, London).

Tentu sebaik sahaja saudara/i menerima email ini daripada
sahabat yang kita kenali akan terus memanjangkan kepada
orang lain. Adakah kita sudah mengambil masa untuk
memastikan bahawa virus itu wujud ?.

Adalah tidak mungkin, virus akan memasuki PC kita jika
hanya dengan membaca email. Tidak mungkin sama sekali.

Adalah juga diperhatikan email memberi amaran lebih banyak
diterima daripada email virus itu sendiri. Sepanjang
Haris mengunakan email tidak pernah Haris menerima email
virus yang telah diberikan amaran.

Lagi banyak email pemberi amaran adalah. Balik-balik yang sama.

Sebelum kita memanjangkan sesuatu email. Renung sekejap.

(a) Adakah yang disampaikan dalam email ini adalah benar ?
Mahukah kita menjadi penyampai cerita palsu ?.

(b) Email Hoax adalah satu pembaziran ruang internet. Ia
memakan ruang masa pelayan email dan router. Ia mengambil
ruang cakera keras mana-mana komputer yang ia berada. Walaupun
ia mungkin 2KB. 

Bayangkan jika email palsu itu dipanjangkan
kepada 10 orang dan kemudian 10 orang itu memanjangkan
kepada 10 orang lagi 10 kali 10 sudah 200KB. Masa yang berlalu
berapa banyak email palsu sudah disebarkan.
10 kali 10 kali 10 kali 10 kali 10, ini sahaja sudah cecah
100000KB. Sudah banyak pembaziran berlaku.

Ini baru satu email hoax. Bagaimana pula dengan berpuluh-puluh
lagi email sebegini.

Bagi menyakin saudara/i semua sila rujuk laman ini.

http://urbanlegends.about.com/culture/beliefs/urbanlegends/

Cari dalam Archive.

Ada juga email Hoax telah menjadi gangguan kepada orang yang
dinamakan dalam email. Contohnya email tentang penyakit hati
David "Darren" Bucklew.

Orangnya memang ada tetapi sihat. Asalnya email ini hanya
gurauan kawan-kawan. Sehingga kini keluarganya masih
menerima panggilan telepon bertanya tentangnya. Perkara
ini menjadi gangguan kepadanya.

Satu lagi laman Email-Hoax yang boleh dirujuk.

http://www.icsa.net/services/consortia/anti-virus/alerthoax.shtml

Untuk amaran virus dan keselamatan komputer. Rujuk laman ini

http://www.cert.org/
dan laman email-hoax http://www.cert.org/other_sources/viruses.html

Virus adalah satu applikasi, sama seperti Microsoft Words atau
applkasi email yang kita gunakan sekarang. Ia dibina adalah
dengan satu tujuan. Untuk menyusahkan kita.

Seperti applikasi lain. Ia hanya akan berfungsi bila kita
menjalankannya. Jika kita membaca fail dengan attachment fail
virus. Kita masih belum dijangkiti. Hanya bila kita klik
fail attachment itu, untuk menjalankannya, maka barulah
virus akan memasuki PC kita.

Amalkan amalan untuk tidak membuka fail attachment walaupun
ia datang daripada orang yang kita percayai. Ada virus
boleh menyebarkan dirinya sendiri melalui email tanpa
pengetahuan pemilik email itu.

Kalu hendak buka juga. Pastikan definasi anti-virus kita
dikemas-kini.

=============
(2) BubbleBoy
=============

Kita sepatutnya tidak bimbangkan virus. Yang kita patut bimbangkan
adakah kita sudah mengambil langkah-langkah yang cukup dalam
melindungi PC kita daripada virus. Adakah applikasi anti-virus
kita sudah dikemas-kini fail definasinya.

BubbleBoy adalah satu ujikaji virus di makmal untuk membuktikan
bahawa ada masalah dalam soal keselamatan pada Microsoft Outlook
dan Outlook Express. Dalam ujikaji ini virus ini mengambil
kesempatan untuk merosakkan data komputer melalui masalah
keselamatan pada 2 ActiveX controls criptlet.typelib
dan Eyedog.

BubbleBoy hanyalah ujian makmal. Rujuk laman ini untuk
memasukkan tempekan (patch) Win95/98.

http://www.microsoft.com/security/Bulletins/ms99-032.asp

atau baca panduan bagaimana untuk memasukkan tempekan
ini.

http://listserv.aol.com/cgi-bin/wa?A2=ind9911B&L=tourbus&P=R249&m=101

(Link-link adalah satu sambungan yang panjang)


(3) Laman Pilihan
=================

(a) http://astalavista.box.sk/

Laman ini adalah enjin pencari untuk masalah-masalah keselamatan
komputer dan bahan-bahan berkaitan dengan keselamatan komputer.
Ia memgumpulkan masalah-masalah keselamatan
hampir semua sistem operasi yang ada. Win95/98, WinNT, unix dan
Linux.

(b) http://www.freetutorials.com/

Ini adalah laman yang mengumpulkan bahan-bahan pembelajaran
percuma yang boleh dimanfaatkan. Ia merangkumi tajuk-tajuk
komputer dan internet. Sebagai contoh pengunaan Linux
dan cara membina laman.

(c) http://ku.rindu.net

Laman ini memang wujud. 

===========

Setakat ini sahaja buat kali ini. Harapan Haris, sesuatu yang baik
dapat digunakan oleh saudara/i semua. Walau bagaimana pun,
Haris tidak dapat bertanggungjawab kepada sebarang masalah
yang timbul langsung atau tidak langsung hasil daripada penulisan
Haris. Situasi dan keadaan mungkin berbeza.

Sila hantarkan komen dan pendapat anda ke [EMAIL PROTECTED] .
Haris sedia mendengarnya.

Jika anda mahu berkongsi E-Makalah ini dengan orang lain. Harapan
Haris
anda kirimkan kesemua E-Makalah ini tanpa ada sebarang perubahan.
Haris amat menghargainya.

Sekian.

wassalam

: )

12 Nov 1999

==============================================================

Email ini adalah  OpenContent
- - - - -->  http://www.opencontent.org/opl.shtml
http://www.bigfoot.com/~hafnie
OPEN-SOURCE URL: http://www.muslimsonline.com/~open-src

Hakcipta Terpelihara 1998 1999 - Harisfazillah Jamel

Untuk keluar daripada senarai haris. Hantarkan email kosong ke
[EMAIL PROTECTED]

Untuk sertai senarai haris. Hantarkan email kosong ke
[EMAIL PROTECTED]

Bagi senarai email listboat.
http://members.theglobe.com/hafnie/art/art.htm

Masalah komputer. Hantarkan masalah anda dengan menyertai
senarai email dunia-digital dengan menghantar email kepada
[EMAIL PROTECTED]

Masalah hendaklah dihantar kepada [EMAIL PROTECTED]

Bagi kumpulan sokongan lain. Hantarkan kepada Autoresponder
[EMAIL PROTECTED] <mailto:[EMAIL PROTECTED]>

Keluaran lalu di
http://alpha.mysmac.com/~hafnie/makalah/ema.html
____________________________________________________________
-----BEGIN PGP SIGNATURE-----
Version: PGPfreeware 6.0.2i

iQA/AwUBOCtEkygZae/x0t8jEQI9jACgj6TLoMFDDT8TB91v1ZjB/k0PdncAoKWU
Yzrt1oq/EEenoFjAdCIR9SNL
=v5hm
-----END PGP SIGNATURE-----

 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
 ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED]   pada body : SUBSCRIBE HIZB)
 ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED]  pada body:  UNSUBSCRIBE HIZB)
 ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan             )
 ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net                  )
 ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED]                    )
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Pengirim: "Harisfazillah Jamel" <[EMAIL PROTECTED]>

Reply via email to