*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
 {  Sila lawat Laman Hizbi-Net -  http://www.hizbi.net     }
 {        Hantarkan mesej anda ke:  [EMAIL PROTECTED]         }
 {        Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED]     }
 *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
  Undilah PAS : MENENTANG KEZALIMAN & MENEGAKKAN KEADILAN
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
SEMBANG-SEMBANG PWTC



Calon Wakil Rakyat

Sampai hari ini tak ada siapa dapat confirm siapa yang akan kekal jadi wakil 
rakyat dan siapa muka
baru yang akan di ketengahkan. Ramai yang tertanya-tanya, nama-nama seperti 
Rafidah, Daim, Aziz
Shamsuddin dan Megat Junit bertanding lagi ke kali ini ? Kan ke nama mereka 
dah disebut oleh Pak
Syeikh di Mahkamah? Kecoh juga. Kalau tak letak nama mereka tu siapalah 
tokoh yang lebih layak
untuk parlimen tempat mereka bertanding dulu.

Bukan setakat nama menteri saja, nama-nama yang dulunya diketahui orang kuat 
Pak Syeikh tapi dah
bertukar haluan seperti Zahid Hamidi, lagi susah nak diketengahkan. Kalau 
dikekalkan, payah juga,
maklumlah sedikit sebanyak ada pengundi yang percaya. Disokong pula dengan 
repot polis, lagilah
orang percaya.

Memang sukar kali ini. Kalau Menteri tidak bertanding di kerusi parlimen 
mereka dahulu, dah tentu
akan dikatakan Barisan Nasional dah tak kuat, sampai menteri sendiri pun dah 
tak dijadikan calon.



Dato' Murad

Tengah orang lain sibuk memperkatakan tentang belanjawan kerajaan yang 
dikatakan menarik,
alih-alih Dato' Murad keluar teori, I believe, adanya akaun milik Pak 
Syeikh. Kalau ya pun tunggulah
selepas orang lain bagi komen tentang belanjawan yang didakwa belanjawan 
pilihan raya. Hilang
mood orang nak berbincang tentang belanjawan, apa tah lagi nak menangkis 
kononnya fitnah
belanjawan kali ini adalah semata-mata belanjawan pilihan raya.

Ada member-member Umno bagi tahu Dato' Murad katanya dah pun keluar negeri. 
Betul atau tidak
tak ada siapa bagi komen. Takkan lah Dato' Murad boleh keluar negeri dalam 
kegawatan isu akaun
ni, lagipun kan ke dulu pasport dia kena tahan oleh mahkamah?



Yati Oh Yati

Belum pun reda teori Dato' Murad, Yati cucu mak cik Pendek keluar muka depan 
surat khabar.
Macam filem star. Dulu seorang pun tak kenal macamanalah rupa Yati yang 
kononnya ada skandal
dengan 14 orang pemuda. Ada yang kata, taklah lawa sangat, sampai ramai 
betul yang tergila-gilakan
dan terkena hukuman.

Si Yati nak bersumpah dalam masjid yang dia tak ada apa-apa hubungan dengan 
bekas seorang
Ketua Menteri. Yang menjadi tanda tanya kenapa sekarang, setelah 14 orang 
dihukum, selepas
Ketua Menteri teraniaya meletakkan jawatan, selepas seorang wakil rakyat 
yang membela Yati,
dipenjarakan 18 bulan dan tak boleh bertanding untuk pilihan raya yang akan 
datang, selepas anak
yang dilahirkan tercari-cari siapa bapanya yang sebenar. Selepas pentas DAP 
menyaksikan titisan air
mata dan pengakuan Yati.

Sehinggakan seorang doktor menyifatkan pertolAongannya umpama melepaskan 
ANJING tersepit.
Sehingga member-member dari Bekas Kelab Komando turut merungut. Sia-sia 
sahaja Kapten (B)
Sudirman dan Rahim King bawa Yati menghadap Dr. Mahathir dulu. Kenapa depan 
PM masa tu, tak
bagi tahu hal yang sebenar.

Kalau dah seluruh keluarga Yati tak percaya dengan pengakuannya, terutamanya 
pak saudara Yati
dan Mak cik Pendek sendiri apatah lagi orang lain. Apa yang Yati buat pada 
masa ini semata-mata
menguntungkan Barisan Alternatif. Dari tak ada isu dah dapat isu baru. 
Cerita dan pengakuan Yati
seumpama nak perbetulkan cerita dongeng orang-orang tua yang dah lama 
bersemadi dalam jiwa dan
fikiran masyarakat Malaysia. Yang nyatanya, pengakuan Si Yati sudah pasti 
tidak akan
mengubahkan apa-apa tanggapan dan fikiran orang lain.

Cukuplah bersumpah depan anak yang tidak berdosa itu.




Ke Laman Utama


______________________________________________________
Get Your Private, Free Email at http://www.hotmail.com

 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
 ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED]   pada body : SUBSCRIBE HIZB)
 ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED]  pada body:  UNSUBSCRIBE HIZB)
 ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan             )
 ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net                  )
 ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED]                    )
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Pengirim: "Perisik Persendirian" <[EMAIL PROTECTED]>

Kirim email ke