yang menjadi kebanggaan ialah kejayaannya untuk mengubah pemikiran rakyat Kelantan supaya lebih berminat terhadap Islam tanpa perlu menggunakan tekanan.

BERITA MALAYSIA


November 12 , 1999 15:14PM

 

NIK AZIZ BERBANGGA mengubah pemikiran rakyat Kelantan supaya lebih berminat terhadap Islam

 

KOTA BAHARU, 12 Nov (Bernama) -- Menteri Besar Kelantan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata kejayaan kerajaan PAS melaksanakan pembangunan seperti membina jalan-jalan raya sejak memerintah Kelantan pada 1990 bukan menjadi kebanggaannya.

Sebaliknya apa yang menjadi kebanggaan ialah kejayaannya untuk mengubah pemikiran rakyat Kelantan supaya lebih berminat terhadap Islam tanpa perlu menggunakan tekanan.

"Ini jauh berbeza jika dibanding dengan negeri-negeri lain yang tidak diperintah oleh kerajaan PAS," katanya ketika menyampaikan kuliah Jumaat di pejabat PAS di sini hari ini.

Mengenai pilihan raya umum ini, beliau mahu anggota PAS membulatkan hati atau istiqamah dengan perjuangan parti sehingga ke hari mengundi pada 29 Nov.

Nik Aziz berkata mereka mesti berada dalam keadaan berzikir, sering bersembahyang hajat supaya dapat mengawal dan melawan pujuk rayu parti politik yang lain supaya menyokong perjuangan mereka.

Nik Aziz yang juga Mursyidul Am PAS turut meminta setiap anggota parti supaya memberikan bantuan sama ada dalam bentuk kewangan dan kempen bagi menjamin kemenangan PAS kerana PAS memerlukan segala bentuk bantuan daripada anggotanya dalam menghadapi pilihan raya umum kali ini. -- BERNAMA

blue.gif

Kirim email ke